11/07/2014

Thanks Mr. Nuffnang : Tesco Delivery Lab

Dah beberapa hari jugak sebenarnya CPUV baru dari Mr. Nuffnang ni bertapak di blog Iolls. Nak buat entri tak menyempat. Dua minggu busy siapkan report suku tahunan. Bila dah settle, hal semalam pulak yang terjadi. 








Tesco Delivery Lab

Thanks Mr. Nuffnang dan juga Tesco. Bila tengok perkataan Delivery tu, dalam konteks modern life bermaksud kata lain adalah online shopping. Uolls bukan setakat boleh shopping kasut, baju secara online tapi nak beli barang keperluan dapur di Tesco pun boleh dilakukan secara online juga. 

Rumah sewa Iolls yang sebelum ini memang dekat sangat dengan Tesco. Biarpun dekat, tetap banyak kali juga terserempak dengan lori-lori delivery Tesco, nak deliver barang. Yang ada anak kecik memang sangat memudahkan kerja. Just click itu dan click ini dan seterusnya cuma bersiap sedia lah menanti barang-barang dapur anda untuk sampai di depan pintu rumah. Tak perlu pening-pening kepala memikirkan nak tinggalkan anak sebentar untuk membeli barang-barang keperluan sahaja. Atau nak bawa anak-anak kecik semata-mata nak restock barang-barang keperluan rumah.

Mudah sangat kan? Semuanya di hujung jari cuma. Tak perlu fikir nak cari parking, nak bayar parking. Tak perlu pening untuk bersesak dengan orang ramai dan tak perlu beratur panjang di kaunter pembayaran. Cuma click sahaja. Simple.

p/s : Semua dah di hujung jari. Tak perlu nak susah-susah.

9 comments

7/11/2014 08:21:00 am

alhamdulillah...congrats

7/11/2014 08:55:00 am

Dapat CPUV? Tahniah!!!

7/11/2014 11:33:00 am

Alhamdulilah, rezekikan sis

7/11/2014 04:37:00 pm

wehuuu tahniah2...:D

7/11/2014 09:41:00 pm

wahhh tahniahh kak :D

7/12/2014 10:15:00 am

wahhh...best eyhhh :)

7/13/2014 07:19:00 pm

Alhamdulillah =)

7/15/2014 09:10:00 pm

tahniah kak aisya..:)

7/17/2014 02:01:00 am

taniah aisya..ade yg sama ngn k.shida :)

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...