30/06/2014

Salam Ramadhan dan Selamat Berpuasa

Alhamdulillah, bertemu kembali kita dengan bulan Ramadhan pada tahun ini. Semalam, 1 ramadhan bersamaan dengan hari ahad. Mesti ramai yang ambik peluang untuk menyambut ketibaan bulan puasa bersama keluarga kan? Sahur sama-sama dan berpuasa sama-sama dengan family tersayang. Rindu pulak suasana macam tu. Hari first puasa Iolls dalam 5-6 tahun ni, semuanya di perantauan. Hari first puasa ni, rasa homesick berlipat kali ganda pulak. Er, baik I stop kat sini sebelum mata mulai bergenang. Ehem

Apa-apapun Salam Ramadhan dan Selamat menjalani ibadah puasa buat uolls semua. Semoga ramadhan kali ini lebih baik dari yang lepas dan membawa 1001 makna buat kita semua ya. 


Macam mana dengan 1st Ramadhan uolls? Mesti ramai yang tak sabar-sabar menanti tibanya Ramadhan kan. Bukan sahaja bagi umat Islam sahaja, even yang berlainan agama juga excited nak tunggu bulan puasa. Member-member Iolls yang non muslim memang cukup suka bulan puasa. Dan sebab utamanya adalah Bazaar Ramadhan.

Bercakap pasal Bazaar Ramadhan ni kan, peringatan bukan cuma buat I je tapi untuk kita semua. Membeli biar berpada-pada. Jangan membeli ikut nafsu, tapi beli lah mengikut kapasiti yang boleh ditampung perut. Kalau jenis yang perut kecik, makan sikit macam I ni tak perlu lah nak bawa beg plastik tu penuh dua-dua tangan. Nampak ini, beli. Nampak itu, pun beli jugak. Tak elok, tak elok. Takut nanti membazir pulak. 

Sumber : Google

p/s : Ramadhan, semoga kita semua berubah ke arah kebaikan dan menjadi insan yang lebih baik dan lebih dekat lagi dengan-Nya berbanding hari semalam.

29/06/2014

Review Transformers : Age of Extinction

Malam tadi aku dan Chipmunk pergilah tengok cerita ini. Kali ini kitorang tengok kat Encorp Strand Mall sebabnya kat situ masih lagi baru dan tak ramai orang sangat. Cadangnya nak tengok kat Sunway Pyramid tapi bila nak beli tiket online tengok penuh pula. Ok, ini posternya.



Cerita kali ini mengisahkan seorang mekanik robot, Cade Yeager (Mark Wahlberg) menemui sebuah trak lama dan terkejut trak tersebut merupakan Optimus Prime. Anak Cade Yeager, Tessa Yeager (Nicola Peltz) pula bingung kerana masalah kewangan untuk melanjutkan pengajian. Autobot pula terpaksa bersembunyi daripada manusia atas sebab-sebab tertentu. Pada masa yang sama, Megatron dihidupkan kembali. Kenapa autobot bersembunyi dan macam mana pula Megatron boleh muncul semula? Nak tahu kena tengoklah cerita ini.





Pada aku cerita ini memang mempunyai jalan cerita yang detail iaitu menerangkan sesuatu kejadian dengan sangat jelas. Jangan terkejut kalau cerita kali ini sampai dua jam setengah. Watak yang pelbagai dan peranan watak yang sesuai pada tempatnya menjadikan cerita ini lebih menarik. Setiap watak dalam cerita ini juga agak seimbang. Kalau nak tengok Transformers ini, kena tengok episod yang sebelumnya. Takut ada bahagian cerita yang korang tak berapa faham. Secara keseluruhannya bagi aku cerita ini 7/10.





Sumber : Google dan IMDb

28/06/2014

Naan Cheese Marvelous @ RSMY - House of Real Beriani

Hari ini, hari terakhir sebelum kita mula berpuasa pada esoknya. Tak sabar pulak kan. Kemeriahan Ramadhan dah makin terasa. Apapun, sebelum dah start puasa ni baik lah Iolls habiskan story pasal makan-makan. Ini kisah 2 minggu lepas, baru nak update hari ini. Adoyai, cerita basi dah la cik kak. 

Alkisahnya begini, masa family Iolls datang KL last two weeks. Bila family datang ni, dua aktiviti utama adalah Shopping dan Makan. Pada hari kejadian, asalnya En. Barney nak bawa makan kat satu kedai berdekatan dengan Bangunan MARA. Tapi hari tu, tutup pulak. Cari je kedai makan yang terdekat sebab perut masing-masing dah mula menangis kelaparan. Yang paling dekat pada masa itu adalah Restoran Selera MY (RSMY)

Bila dapat order, tengok banyak variasi hidangan Naan. I dan En. Barney ni dah lah hantu Naan Cheese, nampak je perkataan Naan Cheese je terus order yang itu. Dan seterusnya diikuti oleh adik-adik dan parents I. Ambik kau, semua order Naan Cheese. 

Garlic Naan Cheese

Iolls ni sebenarnya keturunan vampire sikit. Bawang-bawang semua ni I tak makan. Maybe lagi teruk dari vampire kot, vampire alah dengan bawang putih. I pulak apa-apa jenis bawang I tak suka. Pelik. Cuma bawang putih I boleh terima. Dan Garlic Naan Cheese ni memang terbaik lah. 

Chicken Naan Cheese

En. Barney dan adik-adik I pulak order Chicken Naan Cheese. Dah nama pun chicken, memang ada ayam lah kat dalam tu.Tak payah cari nasi dah untuk tengahari. Ini sudah mencukupi. 


I sangat suka kari di RSMY. Sedap! Perut I yang sangat manja ni sebenarnya tak boleh nak hadam masakan-masakan yang terlalu banyak menggunakan rempah ratus. Rendang atau curry yang banyak sangat rempah tu memang I tak boleh makan. Mula lah perut meragam. Tapi kari RSMY ni rasa macam nak bawa balik satu periuk je terus. 


RSMY - House of Real Beriani

Naan Cheese Hunter yang sedang mencari-cari Naan Cheese yang gemuk dengan Cheese, sila lah datang sini untuk mencuba. Memang tak rugi. Nanti lain kali nak try Beriani kat sini pulak lah. Mungkin sehebat Naan Cheese nya jugak. Kata House of Real Beriani kan?

Address :11 & 13, Jalan Medan Tuanku50300 Kuala LumpurKuala Lumpur, Malaysia
TEL : +60 3-2697 0700
Twitter : @officialrsmy

p/s : Nasib baik tak taip entry ni masa bulan puasa. Hiks

27/06/2014

Thanks Mr. Nuffnang : Bulgogi Brothers

Sementara menunggu match antara USA dan Germany, sempat lagi untuk taip satu entri autopublish untuk pagi ini. So faham-faham lah, ini adalah entri autopublish yang ditaip dalam keadaan mengantuk. Tapi tetap nak tengok bola jugak. 

Okay, back to basic topik yang asal. Sebenarnya sebelum ini tak perasan pun dengan kehadiran satu CPUV ni. Tapi berapa hari lepas, tengok-tengok ada pulak. Alhamdulillah, ada jugak CPUV baru ye. 








Bulgogi Brothers

Thanks to Mr. Nuffnang dan juga Bulgogi Brothers. Mungkin ada yang tak tahu apa sebenarnya Bulgogi Brothers ni kan? Sebenarnya Bulgogi Brothers adalah tempat yang paling sesuai bagi mereka yang teringin nak makan makanan Korea tanpa perlu terbang dan jejakkan kaki di bumi Korea. Pendek cerita Bulgogi Brothers ni Restoran Makanan Korea lah. 


Sebenarnya Iolls dah lama teringin nak pergi makan kat sini tapi tak pernah berkesempatan. Tengok gambar-gambar yang member-member upload macam best je makan-makan di Bulgogi Brothers ni. Taip entri ini pun dah start kriuk kriuk berkeroncong dah perut ni.


Bagi yang teringin nak makan di Bulgogi Brothers tapi tak tau dimanakah lokasinya boleh refer gambar di atas. Ada siapa-siapa yang nak ikut I makan di sini? 

p/s : Kalau tengok Running Man dengan perut kosong, bila time mission makan-makan automatik terliur nak makan jugak. 

26/06/2014

Berbantalkan Sebiji Nenas

Sebenarnya minggu ini agak tingtong sedikit. Asyik tak sempat nak blogwalking. Kalau last week sebab tengok World Cup punca I tak sempat nak blogwalking, minggu ini memang betul-betul tak sempat. Nak tengok World Cup pun tak sempat. OT sampai pukul 8 malam, balik rumah terus kuak lentang atas katil dan berdengkur sampai ke subuh. Part berdengkur tu propa je sebenarnya. Hari dan tarikh pun dah silap kira. Ku sangkakan hari ini hari Jumaat, rupanya baru hari Khamis. Ini semua sebab hari Ahad hari tu I masuk office sebab nak siapkan kerja. 

Kejap, tak nampak langsung perkaitan antara tajuk dan mukadimah kan?

Well, ini sudah biasa terjadi. Bukan I nak cakap I yang tidur berbantalkan sebiji nenas gara-gara workload kat office bertimbun-timbun. Tapi Si Bulus yang bernama Cik TengTeng


Kalau tak silap ini bukan pertama kali Mak whatsapp gambar Cik TengTeng dengan buah nenas. Ada lah dalam dua tiga kali jugak lah. Entah apa lah yang dia syok sangat dengan buah nenas sampai nak tidur pun buah nenas jadi bantal. Agaknya buat urutan wajah dengan buah nenas kot. 

p/s : Pagi-pagi dah mengantuk, minggu ini memang berat sikit lah. Tak sabar nak weekend, tak sabar nak puasa.

24/06/2014

Sekuntum Mawar Merah, Sebuah Puisi


Tengok gambar ini, automatik teringat lagu ini..

Sekuntum Mawar Merah, Sebuah Puisi
Alleycats

Sekuntum mawar merah sebuah puisi
Untuk gadis pilihan oh.. di bulan Februari
Mulanya cinta bersemi dan kehadiran
Ribuan mimpi-mimpi oh di bulan Februari
Kemesraanmu dan cintaku
Berlagu dalam irama nan syahdu
Tapi mengapa hanya sementara
Cinta yang menyala padam tiba-tiba
Terkenang kembali lagu cinta lama
Kisah mawar merah berduri
Menusuk di hati
Haruskah ku ulangi
Apakah dosaku dan apakah salahku
Sering gagal dalam bercinta
Mengapa cinta hanya sementara
Api yang menyala padam tiba-tiba
Sekuntum mawar merah sebuah puisi
Di bulan Februari


p/s : Terima kasih daun keladi, lepas ni bagi lah lagi. Sekuntum dua kuntum, lama-lama biar bertimbun. Ehem.

23/06/2014

Gempak di #OlaBola FIFA2014 bersama Astro-On-The-Go & Stadium Astro!

Sponsored Post. Kindly scroll down for latest entry.

Kita mulakan kisah dengan titik permulaan. Pada suatu petang hari Jumaat yang dibelenggu oleh Friday Blues, tetiba I dapat phone call dari satu number yang tak dikenali. Dengan suara riang ria raya, I dengar suara “Hi, I’m Felicia from Nuffnang,” and I was like, serius dari Nuffnang? Jakun sekejap, biasalah tak pernah-pernah dapat phone call dari Nuffnang pulak tu kan. Anyway, that phone call sebenarnya untuk invite Iolls untuk menghadiri satu event gempak bersempena dengan Piala Dunia 2014 bersama dengan Astro selaku penyiar rasmi FIFA World Cup 2014 dengan kesemua 64 siaran langsung perlawanan yang boleh ditonton secara HD bertempat di HongDae-Mun @ One City Mall, USJ pada 14 June 2014.

Motif pakai jaket? En. Barney cover perut sebenarnya.

Celebration bermula pada pukul 5 petang dan suasana digamatkan lagi dengan kehadiran Rueben Kang dan Jun Yong sebagai Hos. Oh, Iolls jumpa Budiey dan Abang Nara jugak  di sini. Nak ambik gambar malu pulak. Biasalah, Iolls kan malu-malu kucing. Meow!

Bersempena dengan World Cup 2014 di Brazil, Stadium Astro kali ini menjanjikan yang terbaik dan kepuasan maksima buat peminat-peminat sukan bola sepak especially uolls yang tengah demam World Cup tu.  Terima kasih kepada kemajuan teknologi yang membolehkan kemunculan aplikasi-aplikasi seperti Astro On The Go, Astro Go 2014 FIFA World Cup, Ola Bola Football Predictor dan juga Stadium Astro. Yang sememangnya bagai cendawan tumbuh selepas hujan semuanya.

World Cup Party Celebration #OlaBola di HongDae-Mun ini membolehkan weolls untuk memahami lebih lanjut lagi mengenai aplikasi-aplikasi tersebut. Melihat demonstrasi dan berpeluang untuk mencuba sendiri aplikasi tersebut. Siap ada game lagi tau. Kami dibahagikan dengan beberapa kumpulan yang dinamakan bersempena dengan negara-negara yang menyertai World Cup 2014.  I dan En. Barney diletakkan di dalam kumpulan France, bersama Blogger Fazrol dan Blogger Firdaus Redscarz serta beberapa lagi individu lain. Ada hadiah yang sangat menarik buat tiga kumpulan terbaik pada malam itu. Tapi sayang, kumpulan kami tidak tersenarai di dalam 3 kumpulan terbaik tersebut. Tak apalah, tak ada rezeki nak buat macam mana kan. Anyway, jom kita story-story dengan lebih lanjut tentang aktiviti-aktiviti menarik dan juga apa yang syok nya tentang aplikasi yang membolehkan kita sentiasa up-to-date dengan World Cup edisi 2014 ini.

Astro Go 2014 FIFA World Cup

Game Station #1 : Astro Go 2014 FIFA World Cup

Aplikasi Astro Go 2014 FIFA World Cup ini membolehkan para peminat bola sepak yang tidak mahu ketinggalan walau sedetik pun untuk menonton kesemua 64 perlawanan Siaran Langsung melalui 6 Multi-Camera feeds dengan Timeline dan Event Markers untuk instant replay, Multi-angle review, info dan statistik yang komprehensif dan juga lebih dari 4,000 Video On Demand Clips di dalam satu aplikasi. Meh sini I story tentang permainan weolls pada hari tersebut yang melibatkan aplikasi ini. Ada 6 task kesemuanya dan sudah semestinya 6 task tersebut perlu dilakukan dalam masa kalau tak silap dua minit sahaja. Task senang je pun, macam mana nak replay match, macam mana nak tengok schedule dan semua yang berkaitan dengan Piala Dunia kali ini. Kumpulan terpantas yang boleh menyelesaikan task yang diberikan dalam masa ditetapkan seharusnya akan mendapat point yang lebih banyak. Macam Iolls hari tu dapat task yang simple mimple. Kena show macam mana untuk replay match dengan menggunakan aplikasi Astro Go 2014 FIFA World Cup 2014. See, very the kacang putih kan? Dengan aplikasi ini kita boleh replay match yang kita tak berkesempatan untuk tengok. Memang tiada istilah ketinggalan lah dalam hal ini. 

Astro Go 2014 FIFA World Cup : Schedule and standing


Game Station #2 : Ola Bola Football Predictor

Iolls suka sangat aplikasi yang ini. Most favourite lah senang cerita. Salah satu game station masa di World Cup Party di HongDae-Mun tempoh hari adalah berkenaan dengan aplikasi Ola Bola Football Predictor. Game station yang paling havoc dan paling syok. Yang mana pada hari tersebut, klip perlawanan dimainkan dan weolls disuruh meneka apa yang akan terjadi sepanjang perlawanan tersebut. I bagi contoh lah, apa yang jadi selepas corner kick dalam satu-satu perlawanan? Mungkin missed? Ataupun mungkin goal dalam masa 30 saat? Setiap tekaan yang tepat akan diberikan markah dan sudah semestinya markah yang terkumpul itu akan memberikan pulangan yang lumayan kepada uolls. Despite jadi pengulas tak bertauliah di laman social sepanjang perlawanan bola sepak, apa kata uolls download aplikasi ini dan predict apa yang jadi masa perlawanan tersebut. Lagi tinggi mata uolls dapat, lagi bagus. Bukan saja aplikasi ini menggunakan kuasa psikik uolls untuk meneka dengan tepat, tapi ada mini game jugak tau. Syok tak syok game tersebut cuba uolls try dulu. Kalau tanya I, haruslah I suka. Hiks.

Siapa teka dengan tepat dia menang. Hiks

Game station ketiga buat kumpulan France

Game Station #3

Serius I tak ingat Game Station yang ini dipanggil sebagai apa. Tapi for sure uolls kena sepak bola masuk ke dalam gawang dan lebih baik kalau bola tersebut terkena petak-petak hitam tersebut. Kalau sepak bola kena petak hitam yang tinggi (All 64 Match Live) tu lagi hebat! Lagi hebat uolls sepak bola, lagi banyak markah group uolls dapat. Dan lagi satu, kalau uolls share gambar di game station yang ketiga ini kat Instagram, automatic dapat satu point per member yang mengupload gambar. Dengar je Crew World Cup Party cakap macam tu, masing-masing bawa keluar handphone dan snap-snap. Semua berebut nak dapat extra point katakan. Take note ya that weolls boleh tengok 30 free live matches bersama Astro On The Go. 30 matches? Banyak tu. Mana lagi nak dapat offer tonton 30 live matches secara PERCUMA kalau bukan di Astro On The Go? Tak nak lepaskan peluang? Ha, cepat-cepat download Aplikasi Astro On The Go dan Astro Go 2014 FIFA World Cup sekarang. Jangan lengah-lengah. 

Whose Side Will You Take?

Game Station #4 : Face-Painting Whose Side Will You Take?

Meriahkan World Cup uolls dengan face painting! Ha, itu lah yang weolls bersuka ria buat masa di game station yang terakhir sabtu lepas. Masing-masing cuba ‘mewarnakan’ wajah dengan bendera group kegemaran masing-masing. Eh eh, bukan painting betul-betul ya. Kita face painting via online saja. Well, dunia kan semakin maju. Uolls boleh try masuk olabola.my and try this face painting. Jangan risau lah tiada water colour segala bagai akan mengotorkan jari dan muka anda. Smartphone anda juga selamat tanpa dicemari sebarang comot-comotan dek kerana water colour kerana semuanya online sahaja. En. Barney bukan main syok lagi dia main benda alah ni. Dah lah guna smartphone Iolls, dia yang excited. Dengan jersey Germany di badan dan haruslah bendera Germany setepek kat muka. Uolls pulak letak bendera apa? Lepas tu jangan lupa share dekat Facebook pulak ye. Kita tengok bendera mana yang paling banyak sekali bertenggek di muka manusia yakni peminat-peminat sukan bola sepak khususnya peminat tegar kejohanan berprestij World Cup ini. 

Ada blogger yang uolls kenal di sini?

Memang have fun sangat-sangat masa #OlaBola World Cup Celebration di HongDae-Mun ini. Boleh tahu macam mana nak up-to-date dengan perkembangsan semasa World Cup edisi 2014 di Brazil. Jangan risau, uolls takkan tertinggal perkembangan-perkembangan hangat lagi sensasi dengan adanya aplikasi-aplikasi hebat dari Stadium Astro. Predictor ada, nak tengok schedule dan tengok result pun boleh. Dan ada satu lagi perkara yang menarik untuk uolls semua iaitu aplikasi yang diberi nama Stadium Astro. Try search and download di Play Store / Apps Store uolls. News, live updates, fixtures, highlights semua ada. Bukan sahaja latest update dan news tentang World Cup, malah sukan-sukan lain pun ada. So no worries, orang tak kan cop uolls kaki bangku atau whatsoever lah sebab tak tau apa-apa mengenai sports. Especially ladies, update lah sikit dengan sukan kan. Nak sembang pasal sukan dengan buah hati pun best jugak sebenarnya. Tak percaya? Ha, sila try. Iolls dan En. Barney memang selalu gaduh pasal bola. Especially kalau Manchester United menentang Chelsea. Haru biru jadinya!

Aplikasi-aplikasi seperti ini sangat membantu okay masa nak jawab pop quiz World Cup. Kot-kot lah dapat menang macam-macam. Thanks to Astro On The Go dan Stadium Astro, tak pasal-pasal boleh menang hadiah ribu riban kan. Siapa tahu tuah manusia mungkin ada pada smartphone nya?

Jangan lupa dapatkan aplikasi-aplikasi yang tertera di atas iaitu Astro On The Go, Astro GO 2014 FIFA World Cup, Ola Bola Football Predictor dan Stadium Astro di Google Play Store / Apple Apps Store secara percuma dan rasakan sendiri kemeriahan Piala Dunia 2014 di Brazil. Olaaaaa!

p/s : Terima kasih Nuffnang dan terima kasih juga buat Astro sebab jemput Iolls. Lain kali jemput lagi. Hiks

Thanks Mr. Nuffnang : Invest Smart Campaign

Hai hai hai! Selamat Hari Isnin uolls biarpun I tak rasa pun hari ni macam hari isnin. Semalam masuk office satu hari sebab ada benda nak settle kan. Automatik hari ni rasa macam hari selasa.

Anyway, beberapa hari lepas I intai-intai earning Nuffnang masa nak siapkan draf untuk #OlaBola Bersama Astro, rupanya ada satu CPUV baru. Yela, last week satu minggu jenguk blog sebab nak taip entri je. Nak blogwalking semua tak sempat. Penat berjaga nak tengok bola punya pasal sebenarnya. Hiks.


Invest Smart Campaign

Thanks Mr. Nuffnang untuk CPUV yang terbaru ini biarpun sekarang blogging macam tenggelam timbul sikit seiring dengan Piala Dunia 2014. Sebab kalau nak tengok bola pukul 12 tengah malam atau pukul 3 pagi, pukul 9 malam I dah tidur dah sebab nak bangun pagi buta demi bola. So nak blogwalking pun tak sempat. 

Dan sebab itu jugak, selepas beberapa hari CPUV ini bertenggek kat blog comel Iolls ni, baru lah I terserempak dengan iklan Invest Smart Campaign ini. Kalau uolls tanya I iklan ini pasal apa memang I tak reti nak jawab lah. Tengah try memahami iklan tersebut jugak ni. Mungkin adalah tu kaitannya dengan pelaburan whatsoever. Nak tau lebih lanjut, uolls boleh lah klik iklan tersebut ye. Terima kasih!


p/s : Memang gejala tak cukup tidur sekarang ni amat berleluasa. 

22/06/2014

Kose Sekkisei Lotion Mask dari Blogger Ayue Idris

Sebenarnya Iolls pun dah lupa juga pasal Kose Sekkisei Lotion Mask sehinggalah Iolls dapat panggilan dari receptionist office, bagitau ada surat untuk Iolls so kena datang ke kaunter receptionist untuk tuntut surat. Bila surat dah dalam tangan tu, penat je fikir. Ni datang dari mana pulak ni. Punya lah tak sabar nak tau apa isi surat, masuk je lif terus koyakkan sampul. 

Ini rupanya.

Terima kasih diucapkan kepada Blogger Ayue Idris and thanks jugak buat Blogger Aqilah sebab mengkhabarkan perkhabaran yang baik ini. Entah bila nak try mask ni agaknya. Tak menyempat nak manjakan diri sendiri dalam tempoh sebulan ni. Orang lain hari Ahad bersantai di hujung minggu, Iolls hari ahad kena masuk office. Ada projek besar kena settle before July. Dah la busy dengan world cup lagi ni. Argh, alasan je semua ini!

p/s : hadiah hari tu tak pos-pos lagi ni. Bilanya nak settle oi. 

20/06/2014

Evolusi Bola Piala Dunia

Sekarang ini kan dah musim Piala Dunia. Setiap orang mesti ada sokong pasukan masing-masing. Piala Dunia tu Piala Dunia juga tapi jangan sampai aktiviti harian terabai ye. Sekarang ini aku nak berkongsi tentang evolusi bola untuk Piala Dunia.

Kalau korang perasan, setiap kali Piala Dunia mesti design bola unik-unik. Korang boleh tengok evolusi bola sepak kat bawah ini.


p/s : Makin banyak Piala Dunia berlangsung, makin kreatif diorang ini design bola. Lepas ini bola untuk Piala Dunia akan datang macam mana pula ye?


Sumber : 9gag

19/06/2014

Spontaneous Thursday : Ola Bola!

Kunci jam, 
pagi buta,
Tengok bola. 

Tidur awal, 
bangun awal, 
dan tengok bola. 

Semuanya bola!


Iolls ni biarpun dari kecik suka teman bapa tengok bola sampai lah besar ni suka tengok bola tapi jersey satu pun tak ada. Terima kasih kepada Nuffnang dan Astro On The Go & Stadium Astro, menggelupur cari jersey keranamu! Oh, esok lusa adalah entri Iolls story-story pasal ni. Tengah busy drafting lagi. 

Oh ya, siapa yang cari-cari kat mana nak streaming online World Cup 2014 Brazil, boleh try link di bawah ini. Kat sini lah Iolls tengok kalau tak ada game kat TV1, TV2 ataupun Astro Arena. 

Watch Online World Cup 2014 Brazil

p/s : Siapa Juara Pilihan uolls untuk tahun ini?

18/06/2014

Pemilihan Tayar Motorsikal

Tayar ini kebiasaannya lama-lama akan jadi botak juga. Mana ada tayar yang takkan botak. Betul tak? Jadi aku nak berkongsi sedikit maklumat mengenai pemilihan tayar yang sesuai untuk motorsikal masing-masing.

Jenis tayar ini terbahagi kepada tiga, iaitu :

Soft Compound
Tayar soft compound ini mempunyai cengkaman yang kuat pada permukaan dan sangat sesuai digunakan pada jalan yang basah mahupun yang kering. Cuma tayar jenis ini cepat haus bunganya. Contoh tayar :


Pirelli Diablo Rosso


Michelin Pilot Power 2CT


Metzeler Racetec


Bridgestone Battlax BT-016


Bridgestone Battlax BT-090


Medium Compound
Tayar medium compound ini mempunyai cengkaman yang kuat juga tetapi kurang berbanding tayar jenis soft compound. Sesuai juga untuk jalan kering dan juga basah.

Maxxis M7302 DTR-1


Samurai Swallow

Maxxis Diamond

Hard Compound
Tayar jenis ini kurang sedikit cengkamannya pada jalan basah mahupun kering. Kelebihan tayar hard compound ini bunganya lambat haus dan sesuai bagi orang yang kerap menunggang pada jarak yang jauh.

Battlax TYPE2 Hard

Avon VP2 XTREME RADIAL




Pada aku, aku lebih suka untuk menggunakan tayar jenis medium compound sebab milage bulanan aku mencecah 2000++km dan tayar tak cepat sangat haus dan tak lambat habis bunganya. Jadi sekarang ini aku pakai tayar Samurai Swallow sebab menepati ciri-ciri yang aku nak. Korang pula bagaimana?



17/06/2014

Makan-makan @ Restoran Golek-Golek Suasana Kampung, Gombak

Masih lagi dengan cerita basi minggu lepas. Er, mungkin tak adalah basi sangat kot. Buat kali yang mungkin ke 5 kali I ulang, family Iolls terbang bercuti di sini. Menjenguk si perantau yang keseorangan kat sini. Amboi, bukan main sadis lagi ayat kan. Over je. Anyway, bila family datang, haruslah I nak bawa pergi makan-makan somewhere yang mungkin rasa macam special sikit. And thanks to Blogger Retis Ayue Jean untuk entri beliau yang INI

I tahu tentang Restoran Golek-Golek memang dari Blogger AJ. Dah baca entri beliau, baru perasan signboard Restoran Golek-Golek betul-betul tepi highway MRR2. Time tu I dan En. Barney like, "Seriously, ada restoran ke kat dalam ni? Dah la macam sunyi je." Pelik tak pelik, weolls tetap pergi jugak. Tapi before tu, whatsapp Blogger AJ dulu nak confirm kan balik. Sebab macam tak percaya ada tempat makan di kawasan itu. 


Memang bertemankan suasana kampung bila makan di Restoran Golek-golek ni. Tengok lah rumah dalam gambar di atas. Cantik kan? I dah lah memang suka rumah-rumah kampung yang macam ni. 

Biarkan saja lovebirds ini yang menuang air untuk anak-anak yang kelaparan. Hiks.

Ikan Siakap

Ikan Pari

Disebabkan bapa I tak makan petai, so weolls tak order ikan bakar dengan sambal petai. Order sambal biasa saja. Kejap lagi penyakit Gout dia datang, tak boleh nak shopping sakan. Dan adik-adik Iolls memang suka sangat makan Ikan Pari Bakar. Order sambal bagi kurang pedas sebab yang tahan pedas cuma En. Barney saja dan family I pulak memang jenis yang tak makan dan tak tahan pedas. 


Ikan bakar bertemankan sayur terung dan campuran sayur kacang botol, kacang bendi dan satu lagi yang I tak ingat sayur apa lagi dalam menu tu sebab I main makan saja, tak tengok dah apa bahan-bahannya. Yang I tahu dalam sayur kacang tu ada petai. At least tak lah kempunan makan sambal petai kan. Ehem. 

Apa yang I boleh cakap, Ikan Bakar Restoran Golek-Golek ni fuhhhhhhh, sedap gila! Itu baru sambal biasa. Belum sambal petai lagi. Tapi I paling suka dengan menu sayur kacang tu. Biarpun pedas sampai menangis-nangis I makan, tapi tetap tak boleh nak berhenti. Adik I yang tak pernah-pernah minta nasi tambah, tiba-tiba kali ini boleh minta nasi tambah pulak. Bapa Iolls yang agak jarang memuji satu-satu makanan pulak, memang tak habis-habis bagitau sayur Restoran Golek-Golek sangat sedap! Sayur terung tu memang tak bergerak-gerak dari kedudukan asalnya di depan pinggan Bapa I. I pun tak sempat nak rasa, tengok-tengok dah habis dah. 

Memang happy sangat sebab ambik keputusan untuk bawa family datang makan sini sebab semua berpuas hati dengan makanannya dan juga suasana di sini. Dah la tempat cantik, makanan pun sedap. 

Restoran Golek-Golek Suasana Kampung
Lot 2074, Lingkaran Tengah 2, KM10, Gombak, 68100, Selangor.

Nak bagi directions macam agak susah sikit. Tapi kalau uolls perhati je signboard kat tepi highway MRR2 yang menghala ke Taman Melati, uolls mesti akan jumpa jalan masuk nak ke Restoran Golek-Golek. Agak hidden sikit restorannya. Dan untuk pengetahuan uolls, Restoran Golek-Golek hanya beroperasi pada hari Jumaat sehingga Ahad sahaja dari pukul 7 malam sehingga 12 tengah malam. Sesuai sangat kalau uolls nak bawa family datang makan-makan di sini. Tenang saja suasananya.

p/s : Mungkin ada dua sebab kenapa dinamakan sebagai Restoran Golek-Golek. Nak ke sini pun dah bergolek-golek naik bukit tinggi. Dah selesai pulak, bergolek-golek kepedasan. Suka hati I je buat konklusi sendiri. 

16/06/2014

A Breath of Fresh Air : Erica James

Rutin pagi I setiap hari bekerja. Biarpun office hours start pukul 8.30, 7.40 pagi lagi I dah sampai office. Buat Teh O' panas bertemankan tiga keping biskut Oatkrunch dan baca news online. Selesai semuanya, I akan ambik masa dalam 15 minit untuk membaca. Pukul 8.30 pagi, I dah tutup novel dan start buat kerja. Cuma kadang-kadang kalau banyak sangat kerja, paling kurang pun I membaca dalam masa 5 minit. Konklusinya, baca novel sebelum memulakan kerja di pagi hari adalah satu perkara wajib bagi I. 

Selesai novel Quantum (Tom Grace) tempoh hari, I start baca novel Erica James pulak, A Breath of Fresh Air. Start minat dengan karya Erica James lepas baca novel Tell It To The Skies. So bila nampak je novel Erica James masa Big Bad Wolf lepas, I tak fikir apa terus ambik. 


A Breath of Fresh Air
Erica James

Sinopsis A Breath of Fresh Air

Charlotte Lawrence is consumed by guilt - after months of agonising she finally asked her workaholic husband for a divorce. The very same day, Peter was killed in a tragic accident. Charlotte's only wish is to return home to idyllic Cheshire village of her childhood. 

Ivy Cottage and Hulme Welford are all Charlotte remembered - lunch in the shade of the fig tree and fork suppers. And her interfering sister Hilary hasn't changed either, organising everything from milk on the doorstep to Alex, the sitting tenant. Hilary is determined that Charlotte, far too young for a widow's weeds, should find love anew. And what better place to start with the eligible bachelor next door?
Main point cerita ni sebenarnya tentang bagaimana Charlotte cope up dengan life dia after suaminya meninggal dunia. Dia pulang semula ke kampung halamannya kerana sememangnya itu yang dia mahukan dan itu juga merupakan sebab utama kenapa Charlotte mahu bercerai. Dia sudah muak dengan hidup yang berpindah-randah. London, Singapore, Brussels, semuanya atas tuntutan kerja Peter yang tersangat workaholic. 

Pulang semula ke Hulme Welford dan Charlotte tidak seperti seorang wanita yang baru kehilangan suami. Dia langsung tidak meratapi pemergian suaminya dan itu yang menimbulkan kerisauan keluarganya. Dia seolah-olah memakan dirinya sendiri. Dan mungkin Alex, satu-satunya yang boleh membantu Charlotte untuk keluar dari kepompong rasa bersalah terhadap kematian Peter? Namun bolehkah Charlotte menerima kehadiran lelaki lain tidak lama selepas dia kematian suaminya?

Tepat jangkaan I, novel Erica James memang best. A Breath of Fresh Air ini I rasa lebih santai dan ringan sedikit berbanding Tell It To The Skies. Story line macam lancar and straight to the point je. Tak perlu pening-pening kepala memikirkan macam-macam. Lepas ni apa jadi, lepas tu pulak macam mana. Untuk bacaan santai memang novel ini sangat best. 

p/s : Tengah fikir nak start baca novel mana pulak ni. 

15/06/2014

Bursting with Syiok-ness @ The Chicken Rice Shop

Macam dalam entri INI, Iolls dah cakap bab makan-makan kita buka cerita lain. Mind that ini baru Part I. Akan ada lagi bab makan-makan selepas ini. Harap sempat story-story semua sebelum puasa. Before ambik Family Iolls kat airport last friday, I dan En. Barney pergi melantak dulu. Perut pun dah menangis-nangis macam Game Candy Crush tak lepas level. So tempat yang paling hampir terlintas dalam kepala adalah Giant Section 13 Shah Alam. Dah sampai ada orang tu request nak makan di The Chicken Rice Shop pulak. 


Sebab nak cepat, datang-datang terus je order menu baru dari The Chicken Rice Shop. Kalau before ni Red Pepper Chicken (Selalu je confused dengan Red Hot Chili Peppers, bezanya itu Chili Peppers pandai nyanyi), kali ini kita try Ayam Briyani pulak!

sumber : Google

Ayam Briyani The Chicken Rice Shop

En. Barney suka Ayam Briyani ini. Dia cakap macam makan Nasi Kandar dah. Sedap memang sedap cuma perut I ni sangat sensitif tak boleh nak terima makanan yang macam ni. I ni kalau Nasi kandar memang out lah. Iolls tak boleh makan sebab perut tak boleh terima. Rugi bukan? Sobs.

Dragon Fizz

Kalau makan di The Chicken Rice Shop, kebiasaannya I akan order Berrylicious. Tapi kali ini nak try menu baru pulak. Soft Drink 7Up plus Dragon Fruit yang dipanggil Dragon Fizz. Sedap! Memang taste I sangat yang macam ni. 

Uolls dah try belum Ayam Briyani dan Dragon Fizz dari The Chicken Rice Shop? Memang syiok lah! 

p/s : Dua weekend yang sangat full.