23/06/2014

Gempak di #OlaBola FIFA2014 bersama Astro-On-The-Go & Stadium Astro!

Sponsored Post. Kindly scroll down for latest entry.

Kita mulakan kisah dengan titik permulaan. Pada suatu petang hari Jumaat yang dibelenggu oleh Friday Blues, tetiba I dapat phone call dari satu number yang tak dikenali. Dengan suara riang ria raya, I dengar suara “Hi, I’m Felicia from Nuffnang,” and I was like, serius dari Nuffnang? Jakun sekejap, biasalah tak pernah-pernah dapat phone call dari Nuffnang pulak tu kan. Anyway, that phone call sebenarnya untuk invite Iolls untuk menghadiri satu event gempak bersempena dengan Piala Dunia 2014 bersama dengan Astro selaku penyiar rasmi FIFA World Cup 2014 dengan kesemua 64 siaran langsung perlawanan yang boleh ditonton secara HD bertempat di HongDae-Mun @ One City Mall, USJ pada 14 June 2014.

Motif pakai jaket? En. Barney cover perut sebenarnya.

Celebration bermula pada pukul 5 petang dan suasana digamatkan lagi dengan kehadiran Rueben Kang dan Jun Yong sebagai Hos. Oh, Iolls jumpa Budiey dan Abang Nara jugak  di sini. Nak ambik gambar malu pulak. Biasalah, Iolls kan malu-malu kucing. Meow!

Bersempena dengan World Cup 2014 di Brazil, Stadium Astro kali ini menjanjikan yang terbaik dan kepuasan maksima buat peminat-peminat sukan bola sepak especially uolls yang tengah demam World Cup tu.  Terima kasih kepada kemajuan teknologi yang membolehkan kemunculan aplikasi-aplikasi seperti Astro On The Go, Astro Go 2014 FIFA World Cup, Ola Bola Football Predictor dan juga Stadium Astro. Yang sememangnya bagai cendawan tumbuh selepas hujan semuanya.

World Cup Party Celebration #OlaBola di HongDae-Mun ini membolehkan weolls untuk memahami lebih lanjut lagi mengenai aplikasi-aplikasi tersebut. Melihat demonstrasi dan berpeluang untuk mencuba sendiri aplikasi tersebut. Siap ada game lagi tau. Kami dibahagikan dengan beberapa kumpulan yang dinamakan bersempena dengan negara-negara yang menyertai World Cup 2014.  I dan En. Barney diletakkan di dalam kumpulan France, bersama Blogger Fazrol dan Blogger Firdaus Redscarz serta beberapa lagi individu lain. Ada hadiah yang sangat menarik buat tiga kumpulan terbaik pada malam itu. Tapi sayang, kumpulan kami tidak tersenarai di dalam 3 kumpulan terbaik tersebut. Tak apalah, tak ada rezeki nak buat macam mana kan. Anyway, jom kita story-story dengan lebih lanjut tentang aktiviti-aktiviti menarik dan juga apa yang syok nya tentang aplikasi yang membolehkan kita sentiasa up-to-date dengan World Cup edisi 2014 ini.

Astro Go 2014 FIFA World Cup

Game Station #1 : Astro Go 2014 FIFA World Cup

Aplikasi Astro Go 2014 FIFA World Cup ini membolehkan para peminat bola sepak yang tidak mahu ketinggalan walau sedetik pun untuk menonton kesemua 64 perlawanan Siaran Langsung melalui 6 Multi-Camera feeds dengan Timeline dan Event Markers untuk instant replay, Multi-angle review, info dan statistik yang komprehensif dan juga lebih dari 4,000 Video On Demand Clips di dalam satu aplikasi. Meh sini I story tentang permainan weolls pada hari tersebut yang melibatkan aplikasi ini. Ada 6 task kesemuanya dan sudah semestinya 6 task tersebut perlu dilakukan dalam masa kalau tak silap dua minit sahaja. Task senang je pun, macam mana nak replay match, macam mana nak tengok schedule dan semua yang berkaitan dengan Piala Dunia kali ini. Kumpulan terpantas yang boleh menyelesaikan task yang diberikan dalam masa ditetapkan seharusnya akan mendapat point yang lebih banyak. Macam Iolls hari tu dapat task yang simple mimple. Kena show macam mana untuk replay match dengan menggunakan aplikasi Astro Go 2014 FIFA World Cup 2014. See, very the kacang putih kan? Dengan aplikasi ini kita boleh replay match yang kita tak berkesempatan untuk tengok. Memang tiada istilah ketinggalan lah dalam hal ini. 

Astro Go 2014 FIFA World Cup : Schedule and standing


Game Station #2 : Ola Bola Football Predictor

Iolls suka sangat aplikasi yang ini. Most favourite lah senang cerita. Salah satu game station masa di World Cup Party di HongDae-Mun tempoh hari adalah berkenaan dengan aplikasi Ola Bola Football Predictor. Game station yang paling havoc dan paling syok. Yang mana pada hari tersebut, klip perlawanan dimainkan dan weolls disuruh meneka apa yang akan terjadi sepanjang perlawanan tersebut. I bagi contoh lah, apa yang jadi selepas corner kick dalam satu-satu perlawanan? Mungkin missed? Ataupun mungkin goal dalam masa 30 saat? Setiap tekaan yang tepat akan diberikan markah dan sudah semestinya markah yang terkumpul itu akan memberikan pulangan yang lumayan kepada uolls. Despite jadi pengulas tak bertauliah di laman social sepanjang perlawanan bola sepak, apa kata uolls download aplikasi ini dan predict apa yang jadi masa perlawanan tersebut. Lagi tinggi mata uolls dapat, lagi bagus. Bukan saja aplikasi ini menggunakan kuasa psikik uolls untuk meneka dengan tepat, tapi ada mini game jugak tau. Syok tak syok game tersebut cuba uolls try dulu. Kalau tanya I, haruslah I suka. Hiks.

Siapa teka dengan tepat dia menang. Hiks

Game station ketiga buat kumpulan France

Game Station #3

Serius I tak ingat Game Station yang ini dipanggil sebagai apa. Tapi for sure uolls kena sepak bola masuk ke dalam gawang dan lebih baik kalau bola tersebut terkena petak-petak hitam tersebut. Kalau sepak bola kena petak hitam yang tinggi (All 64 Match Live) tu lagi hebat! Lagi hebat uolls sepak bola, lagi banyak markah group uolls dapat. Dan lagi satu, kalau uolls share gambar di game station yang ketiga ini kat Instagram, automatic dapat satu point per member yang mengupload gambar. Dengar je Crew World Cup Party cakap macam tu, masing-masing bawa keluar handphone dan snap-snap. Semua berebut nak dapat extra point katakan. Take note ya that weolls boleh tengok 30 free live matches bersama Astro On The Go. 30 matches? Banyak tu. Mana lagi nak dapat offer tonton 30 live matches secara PERCUMA kalau bukan di Astro On The Go? Tak nak lepaskan peluang? Ha, cepat-cepat download Aplikasi Astro On The Go dan Astro Go 2014 FIFA World Cup sekarang. Jangan lengah-lengah. 

Whose Side Will You Take?

Game Station #4 : Face-Painting Whose Side Will You Take?

Meriahkan World Cup uolls dengan face painting! Ha, itu lah yang weolls bersuka ria buat masa di game station yang terakhir sabtu lepas. Masing-masing cuba ‘mewarnakan’ wajah dengan bendera group kegemaran masing-masing. Eh eh, bukan painting betul-betul ya. Kita face painting via online saja. Well, dunia kan semakin maju. Uolls boleh try masuk olabola.my and try this face painting. Jangan risau lah tiada water colour segala bagai akan mengotorkan jari dan muka anda. Smartphone anda juga selamat tanpa dicemari sebarang comot-comotan dek kerana water colour kerana semuanya online sahaja. En. Barney bukan main syok lagi dia main benda alah ni. Dah lah guna smartphone Iolls, dia yang excited. Dengan jersey Germany di badan dan haruslah bendera Germany setepek kat muka. Uolls pulak letak bendera apa? Lepas tu jangan lupa share dekat Facebook pulak ye. Kita tengok bendera mana yang paling banyak sekali bertenggek di muka manusia yakni peminat-peminat sukan bola sepak khususnya peminat tegar kejohanan berprestij World Cup ini. 

Ada blogger yang uolls kenal di sini?

Memang have fun sangat-sangat masa #OlaBola World Cup Celebration di HongDae-Mun ini. Boleh tahu macam mana nak up-to-date dengan perkembangsan semasa World Cup edisi 2014 di Brazil. Jangan risau, uolls takkan tertinggal perkembangan-perkembangan hangat lagi sensasi dengan adanya aplikasi-aplikasi hebat dari Stadium Astro. Predictor ada, nak tengok schedule dan tengok result pun boleh. Dan ada satu lagi perkara yang menarik untuk uolls semua iaitu aplikasi yang diberi nama Stadium Astro. Try search and download di Play Store / Apps Store uolls. News, live updates, fixtures, highlights semua ada. Bukan sahaja latest update dan news tentang World Cup, malah sukan-sukan lain pun ada. So no worries, orang tak kan cop uolls kaki bangku atau whatsoever lah sebab tak tau apa-apa mengenai sports. Especially ladies, update lah sikit dengan sukan kan. Nak sembang pasal sukan dengan buah hati pun best jugak sebenarnya. Tak percaya? Ha, sila try. Iolls dan En. Barney memang selalu gaduh pasal bola. Especially kalau Manchester United menentang Chelsea. Haru biru jadinya!

Aplikasi-aplikasi seperti ini sangat membantu okay masa nak jawab pop quiz World Cup. Kot-kot lah dapat menang macam-macam. Thanks to Astro On The Go dan Stadium Astro, tak pasal-pasal boleh menang hadiah ribu riban kan. Siapa tahu tuah manusia mungkin ada pada smartphone nya?

Jangan lupa dapatkan aplikasi-aplikasi yang tertera di atas iaitu Astro On The Go, Astro GO 2014 FIFA World Cup, Ola Bola Football Predictor dan Stadium Astro di Google Play Store / Apple Apps Store secara percuma dan rasakan sendiri kemeriahan Piala Dunia 2014 di Brazil. Olaaaaa!

p/s : Terima kasih Nuffnang dan terima kasih juga buat Astro sebab jemput Iolls. Lain kali jemput lagi. Hiks

13 comments

6/20/2014 09:47:00 pm

haha..cover perut adalah antara skill yg penting bagi seorang lelaki di malaysia.. hehehe

6/20/2014 09:58:00 pm

As'salam..\wahh besh la tu ye dpt p...
sape blogger2 tu..?xtau pula..yg tau cik aisya je..heheheh ^,^

6/21/2014 01:09:00 am

wah bestnyer dapat invitation...siap telefon lagi tu... :D

6/21/2014 10:00:00 am

wah best tuh dpt invitation...

6/21/2014 10:29:00 am

How dare u tinggalkan nurie ! Hahahahaha. :P

6/21/2014 10:40:00 am

wah mmg gempaklah...byk ye event2 skrg pasal bola..maklum lah FIFA..:D

6/21/2014 10:42:00 am

Bestnyaaa :D

Anonymous
6/22/2014 11:49:00 pm

Patut laa pakai jaket.. cover perut.. ha ha...
Jangan marah..

at least dapat tambah kawan blogger baru... he he..

6/24/2014 09:11:00 am

huntungglah..kmk ada dwload apps astro ya tp dh delete balit sbb team kmk dh keluar..hiks

6/26/2014 03:49:00 pm

wahhh...serius giler best..asal laa nuffnang tak nak invite saya..hahaha

Regards,
-Strider-

6/27/2014 02:13:00 am

wahhh gi event bestnye ^_^

7/06/2014 09:12:00 pm

@Fazrol Amer

hahaha.. kantoi plak kat situ.. :p

7/06/2014 09:12:00 pm

@Pha Is

haha.. all time skill for men.

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...