28/06/2014

Naan Cheese Marvelous @ RSMY - House of Real Beriani

Hari ini, hari terakhir sebelum kita mula berpuasa pada esoknya. Tak sabar pulak kan. Kemeriahan Ramadhan dah makin terasa. Apapun, sebelum dah start puasa ni baik lah Iolls habiskan story pasal makan-makan. Ini kisah 2 minggu lepas, baru nak update hari ini. Adoyai, cerita basi dah la cik kak. 

Alkisahnya begini, masa family Iolls datang KL last two weeks. Bila family datang ni, dua aktiviti utama adalah Shopping dan Makan. Pada hari kejadian, asalnya En. Barney nak bawa makan kat satu kedai berdekatan dengan Bangunan MARA. Tapi hari tu, tutup pulak. Cari je kedai makan yang terdekat sebab perut masing-masing dah mula menangis kelaparan. Yang paling dekat pada masa itu adalah Restoran Selera MY (RSMY)

Bila dapat order, tengok banyak variasi hidangan Naan. I dan En. Barney ni dah lah hantu Naan Cheese, nampak je perkataan Naan Cheese je terus order yang itu. Dan seterusnya diikuti oleh adik-adik dan parents I. Ambik kau, semua order Naan Cheese. 

Garlic Naan Cheese

Iolls ni sebenarnya keturunan vampire sikit. Bawang-bawang semua ni I tak makan. Maybe lagi teruk dari vampire kot, vampire alah dengan bawang putih. I pulak apa-apa jenis bawang I tak suka. Pelik. Cuma bawang putih I boleh terima. Dan Garlic Naan Cheese ni memang terbaik lah. 

Chicken Naan Cheese

En. Barney dan adik-adik I pulak order Chicken Naan Cheese. Dah nama pun chicken, memang ada ayam lah kat dalam tu.Tak payah cari nasi dah untuk tengahari. Ini sudah mencukupi. 


I sangat suka kari di RSMY. Sedap! Perut I yang sangat manja ni sebenarnya tak boleh nak hadam masakan-masakan yang terlalu banyak menggunakan rempah ratus. Rendang atau curry yang banyak sangat rempah tu memang I tak boleh makan. Mula lah perut meragam. Tapi kari RSMY ni rasa macam nak bawa balik satu periuk je terus. 


RSMY - House of Real Beriani

Naan Cheese Hunter yang sedang mencari-cari Naan Cheese yang gemuk dengan Cheese, sila lah datang sini untuk mencuba. Memang tak rugi. Nanti lain kali nak try Beriani kat sini pulak lah. Mungkin sehebat Naan Cheese nya jugak. Kata House of Real Beriani kan?

Address :11 & 13, Jalan Medan Tuanku50300 Kuala LumpurKuala Lumpur, Malaysia
TEL : +60 3-2697 0700
Twitter : @officialrsmy

p/s : Nasib baik tak taip entry ni masa bulan puasa. Hiks

7 comments

6/28/2014 09:56:00 am

nmpak sedap..

6/28/2014 06:47:00 pm

sedapnyaa. :D

6/28/2014 07:01:00 pm

Teringin mowk makan tapi kamek kat Sarawak.

6/29/2014 02:39:00 pm

gebu tengok naan cheese tuh..>_<

6/29/2014 03:17:00 pm

ini dulu sebelah ex opis lan nie..hehehe...memang sedap nasi beriani kat sini...hehehe

Regards,
-Strider-

6/29/2014 11:13:00 pm

amboi adik manis ni..sampai periuk pun nak bawa balik yer..hehe

6/29/2014 11:21:00 pm

sedap plak tgok...aishh..
nasib bek tgok time mlm ni..
lau time siang kang telan liuq plak..ahahaha

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...