Sebenarnya minggu ini agak tingtong sedikit. Asyik tak sempat nak blogwalking. Kalau last week sebab tengok World Cup punca I tak sempat nak blogwalking, minggu ini memang betul-betul tak sempat. Nak tengok World Cup pun tak sempat. OT sampai pukul 8 malam, balik rumah terus kuak lentang atas katil dan berdengkur sampai ke subuh. Part berdengkur tu propa je sebenarnya. Hari dan tarikh pun dah silap kira. Ku sangkakan hari ini hari Jumaat, rupanya baru hari Khamis. Ini semua sebab hari Ahad hari tu I masuk office sebab nak siapkan kerja.
Kejap, tak nampak langsung perkaitan antara tajuk dan mukadimah kan?
Well, ini sudah biasa terjadi. Bukan I nak cakap I yang tidur berbantalkan sebiji nenas gara-gara workload kat office bertimbun-timbun. Tapi Si Bulus yang bernama Cik TengTeng.
Kalau tak silap ini bukan pertama kali Mak whatsapp gambar Cik TengTeng dengan buah nenas. Ada lah dalam dua tiga kali jugak lah. Entah apa lah yang dia syok sangat dengan buah nenas sampai nak tidur pun buah nenas jadi bantal. Agaknya buat urutan wajah dengan buah nenas kot.
p/s : Pagi-pagi dah mengantuk, minggu ini memang berat sikit lah. Tak sabar nak weekend, tak sabar nak puasa.
9 comments
wah..nasib baik tak berbantalkan durian.tu lagi rare..hehe
suka betul dengan nenas ye =)
alamak.. tak tajam ke duri nenas tu.. hihi.. tengok gaya mcm dia cuddle dengan teddy bear pulak ..
done klik volkswagen
Cik Teng Teng tolong jangan comel sangat. Nak kene gigit ke. :P
Ini nenas, ana yg punya..muahahaha :P
wahhh...selelasa plak dia tidor berbantalkan nenas..hehehe..mungkin itu petua dia kekal comel kot..hahaha
Regards,
-Strider-
Hahaha, nasib bait sik kenak ajok nanas.
aii tak rasa ke tajam2 kulit nenas tu cik teng teng oii..:p
moden mak aisya pndai guna wasup hehe.. :)
comel je teng2 hehee..