14/06/2014

Family Outing lah katanya

First of all, maafkan Iolls sebab I ni suka bercerita tentang cerita yang tertunggak. Kisah minggu lepas, minggu ini baru nak story-story. Hari Jumaat lepas, family I terbang dari Sarawak ke Kuala Lumpur dengan menggunakan penerbangan terakhir Malaysia Airlines pada hari tersebut. Sampai around pukul 11 malam. Sempat jugak Iolls nak berkejar-kejaran ke sana ke mari sebelum pecut ke KLIA. 

I habis kerja pukul 6 petang. Seperti yang dah dijanjikan, terus balik rumah sebab En. Barney dah tunggu di sana. Sampai-sampai je terus pergi melantak dulu sebelum gerak ambik kereta sewa pulak. Bab makan-makan nanti Iolls story lain. 

Janji dengan owner kereta sewa, nak ambik around pukul 8.30 malam. Sewa Avanza untuk 3 hari. Quite affordable jugak lah. Siapa yang tengah cari nak sewa kereta Avanza atau Serena boleh email I di aisyaahd@gmail.com, nanti I bagi contact number orang tu. Lokasi di Kampung Melayu Subang

Adik sempat whatsapp gambar ni kat I before berlepas.


Lepas ambik kereta sewa, terus pecut ke KLIA. Suruh En. Barney drive relaks-relaks je sebab tak kejar masa sangat pun. Itupun I dan En. Barney sampai awal juga dalam 15 minit. 

Ruang menunggu Balai Ketibaan, KLIA. 

Benda first yang I tengok adalah Brasilia. Mentang-mentang lah sekarang tengah hot nak berWorld Cup. Terus congak-congak, nak kunci alarm pukul berapa tengok bola pagi-pagi. 

Untuk tiga hari, rasa je macam tak cukup tapi memang pack sungguh dengan aktiviti. Especially bershopping lah. Selalunya family I akan sewa hotel di area-area Jalan Tuanku Abdul Rahman (Jalan TAR). Senang nak makan, senang nak shopping dengan bank pun merata-rata. 

Hari ahad sempat ke Kenanga Wholesale City. Rambang mata uolls! Itu cantik, ini cantik. Semualah cantik! Boleh jumpa macam-macam, baju kurung, accesories, baju, dress dan segala-galanya dengan harga borong di sini. Tapi syaratnya uolls harus memborong juga lah. 

KWC Map

Hari Isnin pulak, bapa ajak ke Nilai 3. Nak tengok apa yang ada di sana sebab ramai yang kata Nilai 3 adalah tempat syok shopping. Dengan cuaca yang panas, pergi sana tengahari pulak. Memang mandi peluh dan sangat lah tak selesa. Memang memborong sakan lah. Nak harapkan memborong sakan di Miri? Putih mata je lah. Semuanya paling kurang pun 4-5 kali ganda dengan harga di sini. Sepasang kain cantik yang harganya di Sarawak maybe around RM60-70, kat Nilai 3 dapat RM20 sepasang. Jubah yang boleh capai harga RM100 sepasang paling kurang, kat sini boleh dapat 4 pasang dengan harga RM100. Mahu taknya family Iolls menggelupur tengok harga yang macam ni. 

Sempat lagi before family masuk Departure Hall

Penat dan letih tak terkata lah sepanjang berapa hari tu. Disebabkan penat punya pasal. Iolls dan En. Barney boleh pulak pening cari mana kitorang park kereta. Masuk coin dalam autopay machine katanya 'Salah Blok'. Pelik sekejap. Bila fikir balik, rupanya memang kitorang salah blok pun. Park kat Blok A/B tapi kaki cepat je melangkah ke Blok C/D, memang tak lah nak jumpa kereta kat mana. 

p/s : Lain kali nak bawa family ke Cameron Highland. Hari tu tak tercapai hasrat. Hotel semua fully booked. Sobs. 

10 comments

6/14/2014 11:59:00 am

Murah na barang sinun?? :/ Tp okay la ya, dpt lepaskan rindu ;)

6/14/2014 01:28:00 pm

wah..banyak shopping ye.untuk raya ke?

6/14/2014 03:26:00 pm

Waa bestnye pergi bercuti kan :3

6/14/2014 08:47:00 pm

hotel kat cameron highlands time nak cuti sekolah, kalo lmbt book memang penuh.

6/14/2014 09:43:00 pm

Besttttttt ;D

6/15/2014 10:58:00 pm

bestnya dapat holiday cmni..kak shida nye family jrg skali nk bjln..

6/15/2014 11:10:00 pm

nilai 3 memang tmpt utk shopping..lame yaya xpergi..huuu
lupa jalan dahh

6/16/2014 12:43:00 am

kat nilai 3 tu memang best borong memborong...hehehe

6/16/2014 03:44:00 pm

wahhh..banyak jugak tempat aisya cover untuk 3 hari kan???tapi as expected last 2 weeks memang banyak tempat penginapan yang fully book..mungkin sebab time cuti sekolah kot..hehehe

Regards,
-Strider-

6/16/2014 05:35:00 pm

bestnya, cuti2 malaysia :)

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...