18/06/2014

Pemilihan Tayar Motorsikal

Tayar ini kebiasaannya lama-lama akan jadi botak juga. Mana ada tayar yang takkan botak. Betul tak? Jadi aku nak berkongsi sedikit maklumat mengenai pemilihan tayar yang sesuai untuk motorsikal masing-masing.

Jenis tayar ini terbahagi kepada tiga, iaitu :

Soft Compound
Tayar soft compound ini mempunyai cengkaman yang kuat pada permukaan dan sangat sesuai digunakan pada jalan yang basah mahupun yang kering. Cuma tayar jenis ini cepat haus bunganya. Contoh tayar :


Pirelli Diablo Rosso


Michelin Pilot Power 2CT


Metzeler Racetec


Bridgestone Battlax BT-016


Bridgestone Battlax BT-090


Medium Compound
Tayar medium compound ini mempunyai cengkaman yang kuat juga tetapi kurang berbanding tayar jenis soft compound. Sesuai juga untuk jalan kering dan juga basah.

Maxxis M7302 DTR-1


Samurai Swallow

Maxxis Diamond

Hard Compound
Tayar jenis ini kurang sedikit cengkamannya pada jalan basah mahupun kering. Kelebihan tayar hard compound ini bunganya lambat haus dan sesuai bagi orang yang kerap menunggang pada jarak yang jauh.

Battlax TYPE2 Hard

Avon VP2 XTREME RADIAL




Pada aku, aku lebih suka untuk menggunakan tayar jenis medium compound sebab milage bulanan aku mencecah 2000++km dan tayar tak cepat sangat haus dan tak lambat habis bunganya. Jadi sekarang ini aku pakai tayar Samurai Swallow sebab menepati ciri-ciri yang aku nak. Korang pula bagaimana?



9 comments

6/18/2014 09:33:00 am

kmk xtauk apa2 pasal tayar..tauk pakey jak..hahaha...

6/18/2014 10:16:00 am

Bagus info ni..

6/18/2014 10:58:00 am

selalu bab kereta @ motor, en suami yang tolong settlekan...hehe...
apa2pon terima kasih berkongsi..maklumat yang bermanfaat...

6/19/2014 01:21:00 am

tayar sotong kategori mana?

6/19/2014 07:28:00 am

betul.. sekarang ni, kejap2 hujan.. kalau pakai tayar soft compound tu, cepat2 la tukar kalau dah botak...

6/20/2014 10:12:00 pm

alahai xtaula plak jenis2 tayar ni..yg tau bunga mesti ade..hehe ;p

6/21/2014 08:36:00 am

wah tabik sprink la tau bab bab nih...akak haram tak tau...motor pun akak bg suami gune sbb de klac...

10/06/2015 02:02:00 pm

Suke tayar Pirelli Diablo Rosso 2... Layan corner pun sedap

3/18/2016 03:36:00 pm

Pakai tayar fong kiong racing (fkr)..murah,tahan lama dan boleh membawa maut kalau buat main corner..kahkah

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...