05/10/2014

Salam Aidiladha 1435H / 2014


Salam Aidiladha dan selamat bercuti semua! Mesti ramai yang balik kampung raya haji tahun ni kan? Yela, cuti panjang sikit. Iolls macam biasa lah kalau raya haji di perantauan memang tak ada feel raya lah. Hari ini I ingat nak masuk office settle kan report. Perangai perempuan ni kan, orang lain sibuk bercuti dia pulak sibuk nak masuk office. Tapi disebabkan kesihatan yang tak mengizinkan, duduk rumah tarik selimut je mampu. Dua hari demam, dua hari jugak lah katil jadi best friend. Bila bosan tidur, cari novel. 

Alhamdulillah, sekarang macam rasa macam dah okay sikit. Tak macam malam hari jumaat hari tu. Balik kerja terus terbaring. Perut lapar semua tolak tepi, tak peduli. Fikir nak tidur je. Padahal keroncong di perut dah bertukar jadi konsert rock. Tak memasal En. Barney datang rumah I pukul 10 malam sebab nak bawa orang sakit ni pergi makan. Pakcik tu tak sempat rest pun, balik dari outstation kat Melaka terus pecut pergi rumah I pulak. 

Kejap, ini entri hari raya atau nak cerita pasal perempuan ni demam? 

p / s : Ada orang tu cakap, semalam dia belajar lipat ketupat palas. Ha, sila belajar rajin-rajin ye. Nanti boleh ajar I pulak.

8 comments

10/05/2014 04:48:00 pm

semoga cepat sembuh ... ada juga yg rajin manjakan dia ye . salam aiidil adha ...

10/05/2014 07:22:00 pm

selamat hari raya aidiladha kak :D

Anonymous
10/05/2014 07:30:00 pm

Salam Aidiladha kak :)

10/05/2014 08:21:00 pm

Selamat hari raya! get well soon sista! :)

10/05/2014 11:19:00 pm

alahai caring nya encik barney. get well soon aisya

10/06/2014 11:48:00 pm

slmt hari rye aidiladha =)

10/07/2014 12:29:00 am

get well soon adik manis :)

10/08/2014 10:20:00 am

Selamat hari raya aidil adha..

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...