Dah lama I jerukkan gambar-gambar ini dalam folder picture.
Lebih sebulan. Kalau setahun simpan jadi jeruk mahu transform jadi jeruk asam
boi agaknya. I cakap kalau eh. Ini bukan resepi jeruk asam boi paling simple di
dunia nyata tapi resepi jeruk asam boi yang dalam mimpi pun tetap takkan jadi
jeruk asam boi jua. Alamak, dah termerepek.
Anyway, masa balik
bertunang tempoh hari sempat lah jugak bawa family En. Barney pusing-pusing
Bandar Miri. Sebelum sesi borong-memborong Kek Lapis Sarawak di Habibi CakeShop, sempat juga bawa orang jauh untuk hirup udara tepi laut. Bertemankan
bunyi ombak yang merdu, di bawah terik cahaya matahari. I tak tau nama tempat
ni apa sebenarnya, tapi local people just panggil Pulau Melayu. Disebabkan oleh
nama kampung yang berdekatan agaknya. Nak tau lebih tepat kena tanya orang tua-tua. Sebenarnya tempat ni macam tambak atau benteng
batu-batu besar. Tak sure panjangnya berapa kilometer. Mungkin 2 hingga 3
kilometer mungkin.
Masa weolls pergi tu, ramai pulak manusia. Ada Pertandingan
Memancing. Kalau tak silap hadiah tempat pertama RM10,000. Disebabkan ramai
orang, Bapa malas nak park kereta sampai di kawasan yang paling hujung. Cukup lah
dekat-dekat jalan masuk je. Bapa I ni kalau dah nama ikan, laut dan pantai
disebut terus lesap. Lagi-lagi bila ada geng. Sanggup jalan kaki tengahari buta
nak tengok pertandingan memancing di hujung sana nun. Bila dah ditinggalkan
anak-anak dan mak-mak menunggu je lah. Yang anak-anak ni apa lagi, masing-masing
bawa keluar phone. Snap sana, snap sini. Snap itu dan snap ini.
Bukan main di sebalik bunga siap effect blur lagi.
Paling kanan, my own version of Lee Kwang Soo. Perangai pun lebih kurang.
Tempat lepak dengan kawan-kawan zaman muda mudi dulu. Asal
cuti semester, bila masing-masing balik bercuti tempat ini lah port wajib
lepak. Duduk atas batu sambil gosip-gosip. Ala-ala lagu Allahyarham
Sudirman gitu Tulis Nama Atas Batu.
Except part tulis nama tu eching je.
Kaedahnya budak ni suruh ambik gambar dia tengah lompat sambil pegang payung begitu. Dengan badan keding, angin kuat. Bukan dia yang pegang payung tapi payung yang heret dia.
Pantai kat sini tak best sangat sebab kotor. Kalau perasan
dalam gambar ada hitam-hitam di pantai tu kan. Member Iolls cakap sebab orang
korek minyak di tengah laut sana. Biasalah bandar minyak pelantar minyak pun
sana sini. Kalau nak cari pantai best di Miri harus pergi Luak Esplanade. Tak
pun Hawaii Beach cuma I tak sure lah kalau Hawaii Beach tu masih wujud lagi.
Tapi orang kata air lautnya biru. Oh susah-susah pergi pantai tepi sekolah
Iolls je. Petang weekend boleh tengok orang parasailing, para gliding dan para
para sakura. Eh.
p/s : Actually tempat ni terletak di muara sungai. Dan
sebenarnya muara sungai miri yang sekarang ini bukan lah muara di kedudukan
yang asal. Tetapi dah dialihkan. Adalah tu untuk tujuan development sana-sini
tu.
18 comments
Luak Bay memang best...nampak platform minyak sayup-sayup je.Aisya orang Miri ek?
Bestttttttt lepak pantai pulau melayu..
bestnya gi miri...
Salam, owh patutlah nmpk mcm ade hitam2 tu, minyak rupanya, nasib xmandi-manda ye..hahah..
Mun pergi time owg ada event nang best. Banyak owg. Banyak aktiviti. Banyak makanan tapi susah carik parking. Heheh.
seronoknya jalan-jalan tepi pantai...
seronoknya tengok pantai..lama tak pegi pantai
dulu masa praktikal dan stay kat resort sebelah pantai, tiap2 petang lepak tepi tu.. nyaman je.. stress pun hilang bila dengar bunyi ombak.. ^_^
@SalbiahM
yup. hehe.
@lynndamya
eh2 yg hitam tu bukan minyak tapi mcm pasir, mcm habuk kayu pun iye jugak.
bestnyer..lama tak lepak tepi pantai. Bilalah nak pergi bercuti ni
nak lepak gak.. stress study ni.. huhuhu
mcm pernah lalu jak kwsn tok..tp kurang pasti..pantey luak best!klmj eh..rindu nk dating kt sia...eh?hhahah
cantk dan bersih pantai tu tapi rasanya x de orang mandi kan ...
pantai mcm tu mmg xleh nak mdi la kan..huuuu
koto plak tu..kesan minyak? errr...
@Niesa
untung la tempat dating. haha
@Vee Sandi
ini dh termasuk kategori kotor dah ni. so mmg tak ada la org nak mandi. hehe
@Cik Yaya
bukan kesan minyak. senang cerita pasir hitam..