30/11/2014

Kenduri Sana Sini Part III : Mila's Reception @ Melaka

Sebelum-sebelum ini kenduri di KL / Selangor kemudian diikuti dengan kenduri kahwin di sebelah utara, kali ini weolls menghala ke arah selatan pulak. Cuma tak adalah lah ke Johor nya, ke Melaka cuma.

Kalau sebelum ini juga menyerbu wedding rakan blogger dan wedding officemate, kali ini wedding member zaman universiti dulu pula. Janji jumpa dengan yang lain di Masjid UKM tapi before tu ambik 'partner-in-crime' zaman uni dulu di Kampung Baru. On the way menunggu, kawan I dapat phone call dari Mak dia bagitau PLUS Highway dari Nilai ke Seremban jammed due to major accident. Cecepat check waze, tengok merah memanjang. Tapi gigih jugak guna PLUS sebab member dalam kereta lagi satu bagitau kalau ikut highway Lekas lebih kurang je pun sebenarnya. Makanya hadap je lah jammed dengan sabarnya. Nasib baik lah naik kereta En. Barney, kalau drive kereta Iolls mahu lenguh kaki bawa kereta manual time jammed begini. 

petanda bosan dalam kereta hadap jammed panjang

Gerak dari UKM dalam pukul 11 lebih tapi dengan jammed dan sesat bagai, pukul tiga lebih baru sampai rumah pengantin. Dengan perut keroncong-keroncong ingat nak duduk makan terus tapi jumpa pengantin dulu sebabnya takut pengantin nak keluar untuk outdoor photoshoot pulak. 


Congrats dan selamat pengantin baru buat Mila dan husband. Semoga berbahagia hingga ke ahir hayat! Tetiba rindu pulak time sama-sama kena marah, kena jerit dengan choreographer tarian. Time susah senang balik training pukul 2-3 pagi. Balik bilik dengan lenguh satu badan, melecet kat tapak kaki. Biarpun letih tapi tetap gelak memanjang. 

Snap satu gambar satu kamera, masing-masing kemudian cari nasi, cari rendang bagai. Kebulur tahap apa dah. Mana taknya, dah hampir pukul 4 baru nak lunch. 

Geng stalk mamat handsome zaman uni. Eee, stalker! Kahkah

Masa ajak budak ini pergi sama-sama, cepat-cepat dia bagitau dia nak pergi somewhere. So lepas makan, kita pergi makan lagi. Tapi tak adalah makan pun tapi cuba something yang sangat yummy! Ha, pergi mana next entry I story .

p/s : Lepas ini kenduri di Pantai Timur pulak kita ye. Cuti-cuti Malaysia sangat!

5 comments

12/01/2014 09:15:00 am

Sakan sangat tau dia attend wedding 1 semenanjung. Hahaha

12/01/2014 12:36:00 pm

selmt pgtin btu buat mber tu.
tema pink ye.. ^,^

12/01/2014 09:07:00 pm

cuti cuti kenduri kawin la ni ye...hehe :D

12/02/2014 03:55:00 pm

yang mana satu bloggernya? yang minum 5 gelas coconut shake tu ka?

12/07/2014 11:30:00 am

Teringat dulu² masa bujang, ada jugalah masa nak pergi kenduri kawen kwn².. Ni dah kawen payah sikitlah, kesian kat anak nak jalan jauh.

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...