07/11/2014

Antara Entri, Gambar dan Tajuk, mana pilihan anda?

Part time blogger. Dah nama pun part time, memang tak lah 100% komitmen hadap blog saja kan. Haruslah sibuk dengan tugasan-tugasan lain jugak. Bila sibuk, masa dengan blog jadi terhad. Yang nak kejar ranking alexa, yang nak maintain trafik blog sudah semestinya agak semput mencari masa yang terluang. Betul tak?

Bila sibuk ni mula lah meninggalkan jejak sepantas banjir kilat. Baca entri dengan kelajuan 100 km/h, cumanya kadang-kadang tak baca pun. Tengok gambar dan klik Post a Comment. Oh kadang-kadang I buat jugak baca sekilas pandang ni. Dan kemudian lama merenung keyboard, fikir apa yang perlu ditinggalkan di ruangan komen. Dan kadang-kadang juga rasa macam nak tepuk dahi sendiri sambil cakap apa salahnya baca betul-betul. Sama jugak kaedahnya. 

sumber : Google

Kadang-kadang lagi, I menyampah jugak dengan soalan-soalan yang sudah terang lagi bersuluh ada dalam entri. Kita taip, kita mention tapi tanya lagi. Apa yang I perlu taip dan post sebenarnya supaya anda tidak menyoal sesuatu yang dah ada, yang dah disediakan jawapannya? Mungkin patut tinggalkan titik noktah sahaja? 

Oh entri ini sebenarnya penuh dengan kadang-kadang. Mungkin kita patut tukar tajuk entri menjadi Entri Kadang-kadang? Kadang-kadang ada juga mereka yang tinggalkan komen tapi komen hanya berasaskan gambar. Well, itu tidak jadi masalah lah. Masing-masing dengan kesibukan tersendiri. Tengok gambar dan komen, at least punya inisiatif untuk ambil tahu. Tak tahu cerita, at least tahu sedikit dan boleh buat hipotesis sendiri. Sama ada diterima, hampir tepat atau sedikit tersasar. 

Tapi ada juga manusia yang buat konklusi lepas baca tajuk entri. Contoh nya Encik / Cik Anon di bawah ini. 


Actually I sokong dengan pandangan Anon kat atas ni. Say No to AP Set sebab I pun tak beli dan tak pernah beli AP Set jugak. Sepanjang I beli handphone ni semua yang ori set. Just like 2 Samsung S4 and Iphone 5s you. Cuma tak adalah handphone memahal gitu kan. Tak apa tak mahal asalkan jangan yang ciplak dan biar tak rosak. Betul tak? Alah setakat tukar bateri boleh didefinisikan sebagai rosak ke? 

Ini mesti kes tak baca entri ni, that's why lah jangan baca tajuk je sebab kalau baca betul-betul tak adanya mention beli kat situ. Alangkah baiknya kalau baca betul-betul, mesti conclusion pun tak tersasar. Thus, at least baca lah okay? Tak paham pun tak apa, asal tak menyimpang. Cheers. 

I'm talking about their service by the way. AP Set or Ori Set ke kalau dah service ke laut maka karam jugak lah pengakhirannya. Konklusi tajuk pun dah silap, macam mana tu? 

Blogger dan manusia ada macam-macam ragam. Macam tu jugaklah komen-komen yang ditinggalkan di ruangan komen. I punya polisi, jangan soal apa yang dah ada. Jaga lah hati si tukang taip. Penat dia taip tau. At least komen gambar pun jadi lah kalau dah nak cepat sangat. 


Sumber : Google

Kalau uolls pulak macam mana? Apa faktor penyebab untuk uolls klik Post A Comment satu-satu entri tu? Gambar cantik? Entri menarik? Atau sesaja nak bertegur sapa? 

p/s : rambut sama hitam, hati lain-lain. Relevan kah lagi?

14 comments

11/07/2014 08:36:00 am

anon tu baca tajok je tu...malas nak baca entry kot...hik!hik!

11/07/2014 09:23:00 am

first sebab terasa ingin nak komen. mostly kalau benda ya related to org yg mmbaca entri ya juak lah. and ya adalah salah satu cara juak utk betegur sapa. hihihihi.

11/07/2014 09:51:00 am

akak pun pernah dpt komen sebegitu..komen tak kena dgn pengisian entry..maybe dia baca tajuk jer kot terus buat konklusi..hehe.. :D

11/07/2014 11:43:00 am

saya akan komen kalau rasa komen tu ada point.kalau tak tau nak komen apa, senyum je, klik ads nuffnang..appreciate kawan dah penat-penat taip entry..huhu

11/07/2014 12:02:00 pm

nasib baik dia pakai nama Anon. kalau tak, mesti blog dia kena serbu.. keh keh keh.. Of course lah tertarik dgn Entri menarik. kalau tak menarik, nak baca pun skip2.. huhu.. sorry ye.. yg annoying bila orang dok komen sepatah dua kata and tiap2 kali komen, komen benda yg sama. pelik tul. ini tidak adil buat blogger lain yg letak komen sampai berjela2 panjangnya tapi nama dia show up sebagai pengomen terbanyak. kualiti itu lebih penting berbanding kuantiti tau.. tapi apa boleh buat... ~.~

11/07/2014 12:10:00 pm

Hai dear.. Entry ni menarik. Nuha sipi2 nak terasa pedasnya but for me.. Nuha takkan komen yg details if nuha tak baca entry blogger tu in details. Kan sendiri malu if salah tembak. Just my 2cents

Jemput ke blog nuha. Ada entry baru: 3+1 Konsep Asas Urus Kewangan

Thank you :)

11/07/2014 03:21:00 pm

Mun kamek blogwalking, memang kamek baca sampe habis sebab bloglist kamek sikit jak pun. Sekejap jak dah habis. So, rugilah mun sik baca sampe habis.

11/07/2014 06:00:00 pm

baca entry lah sblm buat comment cuma bila quota dah habis , loading lambat , mmg x de nya nak nampak gambar ... sadis sungguh komen x dpt tgk gambar ... huhuhuu

11/07/2014 09:01:00 pm

saya pun kadang2 baca sekilas pandang dan komen.. tapi selalu jugak baca entri tu betul2 then bru komen..

semuanya bergantung pada apa yg owner cuba sampaikan , kalau tajuknya menarik, pasti saya akan membacanya dari awal hingga akhir entry. hehehe

Anonymous
11/08/2014 04:48:00 am

nice entry. hehe. kdg2 kalau comment, boleh share pandangan/agree with people yg post tu :)

11/08/2014 10:52:00 pm

memula mestila baca tajuk.. pastu kalau entri pjg sgt baca random je & tgk gambar.. kekeke..

11/10/2014 11:57:00 pm

cam yaya tengok jugak tajuk entri tu lau menarik yaya akn baca smpai hbis..lau pnjng berjela2..memng baca tang 5baris atas,5 baris bawah je..huhu..lagi xska lau tulisan tu plak buat mata sakit.. >,< mmg komen bertegur sapa semata.. ngeee

11/13/2014 09:03:00 am

kena jujur ke? hehe.. saya mula2 baca tajuk..kadang2 ertarik dgn entri sebab tajuk dia menarik sangat..pastu baca, kalau panjang sangat sya baca skip2 ja.. baru komen..

11/19/2014 01:28:00 am

selalu nyer aku komen sbb aku ada idea utk komen. regardless of entri tu menarik ke, gmbr lawa ke, etc.

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...