15/11/2014

[ Korean Drama ] Liar Game

Salah satu lagi drama korea best untuk tontonan uolls yang tak minat love story, kisah nangis-nangis drama-drama korea iaitu Liar Game. Kalau tak silap I, drama Liar Game ni kira remake drama Jepun lah. Based on manga series dengan judul yang sama. Selalunya kalau remake ni I tak tengok sangat sebab bagi I bukan storyline yang original. I prefer yang raw gitu. Sebab I tak suka nak banding-bandingkan antara version yang ini dan version yang itu. 



Sinopsis Liar Game

Liar Game merupakan satu rancangan realiti TV yang bermain dengan psikologi para peserta apabila mereka perlu memikirkan helah, menipu dan memperdayakan sesama sendiri untuk memenangi wang tunai dengan jumlah yang sungguh besar. Nam Da Jung (Kim So Eun) merupakan seorang pelajar kolej yang naif turut mengambil bahagian dalam permainan tersebut demi melangsaikan hutang ayahnya. Terdesak untuk memenangi Liar Game, dia meminta pertolongan daripada seorang bekas pensyarah psikologi, Ha Woo Jin (Lee Sang Yoon) yang baru sahaja menjejakkan kaki ke luar penjara untuk membantunya dalam permainan tersebut. 

I kan suka cerita sebegini dan sudah semestinya I cakap cerita ni best. Ada certain scene rasa sakit hati pulak. Menyampah tengok watak Kang Do Young, pengacara rancangan The Liar Game yang dilakonkan oleh Shin Sung Rok.


The Liar Game menunjukkan bahawa bagaimana manusia boleh berubah sekelip mata jika disogokkan wang beribu-ribu dengan cara yang paling mudah. Seolah-olah wang kertas berjumlah ribu-ribuan gugur dari langit. Yang karib dan rapat menjadi renggang. Hormat pula dengan mudahnya terbang melayang. 

I baru sempat tengok beberapa episod. Disebabkan busy dengan itu dan ini, er padahal busy attend kenduri kahwin sana sini, tak sempat lagi sambung tengok. Suka pulak tengok sebab ada kelainan sikit padahal terasnya cuma duit dan sifat manusia. Konsep rancangan Liar Game tu yang macam outstanding sikit. Yela, manusia mana yang akan cakap TAK kalau dah dihulurkan duit ribu riban gitu saja. 

Tonton Online Liar Game

p/s : ada banyak lagi drama korea baru yang tak sempat nak tengok. Hujung tahun busy oh. Nak blogwalking pun belum ada kesempatan masa lagi. 

10 comments

11/15/2014 09:08:00 am

Saya suka cerita macam ni..yang ending kita selalu xjangka..nak tonton jugalah..lagi satu pasal saya minat Kim So Eun yang cute =)

11/15/2014 11:55:00 am

Macam best jak! Tapi kmk banyak gilak dah drama tertangguh eh. Haha!

11/15/2014 02:42:00 pm

The Hunger Games dah lama tahu.
Yang ni baru tahu.
But since dah lama berikrar takkan layan cerita Korean, maka cerita ini pun takkan dilayan.
Kalau tak jadi ketagih lagi dasyat dari drug addicts.
Hehehe ^_^

11/15/2014 08:45:00 pm

macam menarik je. ada juga nampak di viki.com nanti free boleh la tengok :)

jemput join > http://buatwanita.blogspot.com/2014/10/segmen-buatwanitablogspotcom-mencari.html

11/15/2014 10:24:00 pm

layan ceta korea rupanya.. hehe

11/16/2014 11:59:00 am

Macam menarik je cerita ni, nak tengok jugalah nanti :)

11/16/2014 04:13:00 pm

Just nak suggest bad guys.. bez jgk.. cter pasal polis n pmbunuh bersiri aka banduan bgabung utk tangkap penjenayah..

11/17/2014 02:05:00 am

Macam best jak tapi kamek sik pat nangga gik. Port kamek nangga cite korea dah kenak block. Huhu.

11/17/2014 01:32:00 pm

@Zenith Iman
lambat la u ni yunk.. dah buat entri dah pun pasal bad guys. hikhik

12/28/2014 10:00:00 am

Liar Game ni saya pernah tonton versi Jepun masa study kat UiTM dulu (2008 - 2009). Memang sakit jiwa! Tapi best! ;)

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...