28/09/2015

Dinner Date With Besties @ BBQ Chicken, Permaisuri Imperial City Mall Miri

Sedang leka si husband melayan anime Naruto, maka si isteri pun ambik kesempatan untuk menaip serangkap dua pantun sepuluh kerat. Okay, part pantun tu tipu. Padahal taip draf entri je pun. Makin lama En. Barney tengok anime, makin panjang draf Iolls boleh taip. Okay yang ini pulak, konon konon je. Sebab Iolls pun ada jugak terjoin tengok seminit sepuluh minit eh satu episod. Er, satu episod tak sampai kot. 

Maaf, mukadimah pun terpanjang pulak. Padahal title lain sungguh. By the way, ini memang betul-betul entri basi. Tapi tak kisah lah. Janji jadi entri jugak. Tak gitu? Hiks. 

Sebenarnya, entri ini sambungan daripada story yang INI. Kali terakhir keluar lepaking dengan BFF before tukar status jadi isteri orang kan. At the same time sambut birthday Iolls sekali. Pre celebration kaedahnya sebab birthday treat awal sehari. 

Nak dijadikan cerita, Iolls tak tahu pun mana hala tuju malam tu. Main ikut je. Kononnya BFF nak bagi surprise lah kan. Dan destinasinya ialah Permaisuri Imperial City Mall. First time jejak kaki di sini setelah sekian lama mall tersebut dibuka. Tak ada lah lama mana pun sebenarnya dan tak ada lah baru sangat. Cuma I je yang tak berkesempatan nak pergi. Adik panggil tempat ni Queen's sebab katanya Mirian yang panggil begitu dan dia pun ikut dan kemudian Iolls pun ikut sekaki. 

Asyik termelencong aje kan. So berbalik kepada cerita tadi, sebagai first timer jadi ikut je lah mana le BFFs pergi dan akhirnya I dibawa masuk ke satu tempat ni. Eching suspens lah padahal tak pun. Pfft. 


BBQ Chicken. Memula Iolls ingat ini Chicken Restaurant yang menghidangkan chicken / ayam semata. Bila buka buku menu, okay Iolls silap. Lesson learnt, don't judge a restaurant book by its name cover. 


First time jejak kaki ke Queen's, first time juga singgah makan di BBQ Chicken. Makanya hal order mengorder serahkan kepada yang pakar. Kimchi, Pizza and satu lagi, kalau tak silap Korean Salad. 

Gambar air tak ada lah ye sebab semua order warm water je. Sebabnya tak nak full sebab nak makan cake lagi. Ehem. 


Salad tu Iolls suka. Pizza tu pulak boleh lah dikategorikan sebagai superb. Kimchi, okay lah. Tapi yang tak menahan, BFF iolls boleh pulak cakap, "Still tak boleh lawan kimchi aku buat sendiri.


Gambar si birthday girl tak clear pun tak apa sebab nak highlight kan watak di sebalik tabir yang menjayakan malam tersebut. Eh eh. 

Apapun thank you girlfriends! Kawan dah 16 tahun, biar kawan sampai bila bila. Hopefully. 

Oh ye, muka En. Barney masa tengok gambar makanan dan kemudian tanya lagi pizza and salad tu sedap tak dah nampak dah dia macam nak try jugak je. Dear En. Barney, nanti kita jenguk BBQ Chicken kat KL Festival City tu eh. 

p/s : Wedding Story nanti nanti lah. Tunggu mood datang. Hiks. 

9 comments

9/28/2015 10:11:00 am

Selamat ulang tahun buat kawan Aa..

Psst aa...buat sarapan apa pagi ni untuk husband :-))

9/28/2015 10:12:00 am

Sedapnyaaa :D

9/28/2015 10:15:00 am

punya lama tak datang sini, dah naik pelamin rupanya chipmunk dan barney..eh,terpantun plak! Selamat Pengantin baru, gais!!!

9/28/2015 01:56:00 pm

rasanya pernah nampak branch kat kl festival city. tp xramai org so igt xsedap n xhalal. huhu

9/29/2015 08:10:00 am

wahh sonoknyer dinner date dgn bff tuuu, wak pon dh lama tak gi miri., miri tu obersea jugak kannn., hehe2

9/30/2015 05:08:00 am

Wah sedap..rasa sempat lagi nih.selamat pengantin baru dear hehe

9/30/2015 08:21:00 am

Obersea sgt!

10/02/2015 08:16:00 am

Tq! Hehe

10/14/2015 11:39:00 am

pergh!! dap nyer..
terliuq tgok... ><

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...