13/09/2015

[Movie] The Transporter Refueled

Rasa macam dah lama betul tak tengok wayang. Last pun akhir bulan July, tengok movie Paper Towns. Sibuk punya pasal. Kalau tak hal wedding, hal kerja. Haish, selalu mengata orang lain kat office tak ada life, padahal diri sendiri yang tak ada life. Hari-hari OT, balik malam. Sigh.

Anyway, semalam keluar kejap jumpa member-member satu universiti. Ini tengah fikir sama ada nak buat entri atau tak. Tapi tak ada cerita sangat pun. Eh, jangan melencong. Nak cakap pasal movie yang weolls tengok semalam. Jadinya perempuan tak perlu lah cerita pasal benda lain ye. 

Asalnya nak tengok Maze Runner : The Scorch Trials. Tapi masa tayangan yang paling hampir tak ada seat yang syok. Semua depan-depan nak kena mendongak aje. Last sekali The Transporter Refueled lah jadi pilihan biarpun Iolls tak tengok pun sequel yang sebelumnya. 


Sinopsis The Transporter Refueled

Frank Martin (Ed Skrein) a former special-ops mercenary, is now living a less perilous life - or so he thinks - transporting classified packages for questionable people. When Frank's father (Ray Stevenson) pays him a visit in the south of France, their father-son bonding weekend takes a turn for the worse when Frank is engaged by a cunning femme-fatale, Anna (Loan Chabanol), and her three seductive sidekicks to orchestrate the bank heist of the century. Frank must use his covert expertise and knowledge of fast cars, fast driving and fast women to outrun a sinister Russian kingpin, and worse than that, he is thrust into a dangerous game of chess with a team of gorgeous women out for revenge.

Sebelum tengok movie yang ini, Iolls tanya dulu En. Barney. Ada kesinambungan tak dengan Transporter Series yang sebelum ni. Dia jawab tak. Kalau begitu okay lah. Tak ada lah Iolls nak jadi wartawan panggung tanya itu ini sebab tak tahu. 

Masa tengok movie pulak, ada satu soalan je yang Iolls tanya. "Transporter ni apa sebenarnya?" which is jawapannya ada di dalam sinopsis di atas.  Memang betul la kot tak ada kesinambungan dengan movie sebelum ni sebab Iolls tak ada pulak terpinga-pinga dalam panggung wayang sebab tak faham. 


Bagi Iolls movie ni okay lah. Nak kata best, hmm belum cukup untuk classified as best. Itu menurut I lah, mungkin bagi orang lain best la kot. Tapi member Iolls cakap tak cukup best macam Transporter sebelum ni. 


Highlight utama dalam movie ni, mesti lah kereta Audi milik Si Transporter tu. Siap ada auto pilot system kaedahnya. Bak kata En. Barney, cerita Transporter memang dari dulu guna kereta Audi pun. 


Tapi yang agak tak masuk akal. Kereta polis bukan main barai lagi. Tengok kereta lain helok je. Tak ada pulak bersepai sampai begitu. Terus buat konklusi, "Movie ni nak tunjuk kereta Audi ni bagus sangat lah? Peugeot pulak macam diperbuat daripada tin minuman bikarbonat tu?"

Agak-agak lah nak buat kesan dramatik sampai begitu sekali. Kalau satu dua kereta tak apa lah jugak. Ini semua kot. Hiks. 

Tengok Transporter Refueled yang ini, tak berjaya menghasut Iolls untuk tengok Transporter yang sebelumnya. Maksudnya tak cukup best lah tu kot. I ni kalau kes-kes back dated ni memang dah jadi habit. Iron Man, Transformers. Semua Iolls tengok movie yang tengah-tengah dulu baru tengok movie sebelumnya. Tapi yang ini? Hmm. 

Tapi kan, tak tau lah kenapa Iolls suka sangat compare movie ni dengan Bourne Legacy. Sebab dua-dua new hero kot berbanding sequel sebelumnya. Oh by the way, Bourne Series yang baru keluar tahun depan. Tapi En. Barney kata, dia tak faham cerita ni. Nanti mesti dia cakap tak best. Tapi I suka. Hero cerita tu. Eh. 

p/s : Pack barang nak terbang tak siap lagi ni. Haish. 

2 comments

9/13/2015 03:10:00 pm

asalam kenalkan blog Etuza dari Sabah bah. terbaik entry hal movie

9/13/2015 10:08:00 pm

salam..
yaya pon da tgok movie ni..boleh thn laa..
movie ni mmg cenggitu cerita dier..nk bg truk kete dbuatnye truk2..pdhal kete len elok je plak..haha mmg bnyk xmsuk akl tp lynkan je la..kalo pikir semua nk msuk akal pyh lak..xbesh la movie ^,^"

psst..g tgok pat maze runner..beshhh!da tgok dah =p

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...