14/04/2012

Marvel's The Avenger


Entry ini adalah untuk menjawab soalan pihak Nuffnang yang INI.

soalan :
What superhero would you be if you could create a new member for The Avenger's team and how would you save the world?

Ahli baru untuk The Avenger's team? Macam dalam jawapan yang pernah saya beri untuk mendapatkan tiket The Hunger Games dulu, saya masih lagi ingin mengekalkan imej seorang budak perempuan yang comel dan jugak kelihatan innocent tapi mempunyai suatu kuasa yang digeruni. First impression musuh terhadap saya, merupakan seorang budak perempuan yang menyusahkan dan hanya mampu meraih simpati orang lain. Tapi bagi yang sudah mengenali saya, mereka pasti akan berasa gentar. And I am known as The Little One.

nampak comel dan innocent bukan?

Namun, semua persepsi budak comel dan innocent tu berubah setelah meliha saya bertukar memakai kostum saya iaitu seperti gambar-gambar di bawah ini.




Erza Scarlet dari anime Fairy Tail

Hebat bukan? Kostum tersebut boleh berubah-ubah mengikut keadaan dan juga lawan. Senjata juga berubah mengikut kostum yang dipakai. (Inilah akibatnya banyak sangat tengok anime Fairy Tail sampai terpengaruh).

Macam mana agaknya saya boleh menyelamatkan dunia?

Selain daripada kostum hebat tersebut, saya juga mempunyai kuasa untuk menjadi halimunan. Oleh itu, saya mempunyai kebolehan untuk bertindak dan menyerang musuh dalam keadaan yang halimunan. Walaupun bunyinya kedengaran seperti tidak adil tapi ia adalah kekuatan saya yang amat digeruni oleh pihak musuh. Akan tetapi, kuasa halimunan tersebut amat terhad dan kelemahannya amat merunsingkan iaitu alahan terhadap perfume. Kelakar bukan, tapi itulah yang mengehadkan saya untuk menggunakan kuasa halimunan tersebut. There is something special about my blood structure. Keistimewaan ini yang membolehkan saya untuk menjadi halimunan dan memberi kesan terhadap semua yang mempunyai direct contact dengn kulit saya iaitu kostum dan juga senjata yang saya gunakan. Akan tetapi sekiranya deria bau saya menerima rangsangan bau perfume ia akan secara automatik mengubah struktur darah saya kembali menjadi normal seterusnya mengakibatkan saya kehilangan kuasa halimunan. Namun ianya tidaklah menakutkan saya. Ini adalah kerana saya mempunyai kostum yang hebat untuk membantu saya mempertahankan diri dari serangan musuh. Selain daripada kuasa halimunan dan juga kostum yang hebat, kepantasan saya melakukan serangan terhadap pihak musuh memang tidak dapat disangkalkan lagi dalam menjayakan misi saya untuk menyelamatkan dunia.

Dan yang paling penting, sidekick saya. Tak lain tak bukan Cik TengTeng. Baca SINI kalau nak tau macam mana Cik TengTeng melawan musuh dalam movie Puss In Boots tahun lepas. Biarpun orang tengok macam Cik TengTeng ni hanya sekadar seekor kucing peliharaan tapi orang tak tahu yang beliau sangat pandai dan handal merisik. Bertopengkan muka dan perwatakan yang comel, siapa sangka Cik TengTeng ni sebenarnya adalah secret agent.

 The Little One suka sembunyikan Cik TengTeng dalam beg smurf yang comel

 Ini adalah gaya Cik TengTeng untuk mengumpan musuh

 Ini dipanggil sebagai Gaya Katak iaitu Cik TengTeng sedang bersembunyi daripada pihak musuh

Ini hanya digunakan bila perlu, Hypnotizing Skill

p/s: sebenarnya ini dikarang tanpa pengetahuan En. Barney. Tapi bila beliau baca ni of course lah beliau akan dapat tau jugak kan? InsyaAllah, kalau dapat tiket ni nanti Chipmunk jadikan hadiah sampingan sempena anniversary kami yang kedua nanti. Happy anniversary in advance sayang. =)

13/04/2012

Tips Penjagaan Ken si Otai


Hari ni Chipmunk nak cerita pasal haiwan selain dari kucing. Dah lama Ken si Otai tak merangkak lalu red carpet blog ni. Nanti merajuk pulak Ken si Otai ni kan. Chipmunk tau, mesti ramai yang tertanya-tanya Ken Si Otai tu siapa. Nak tau, kena  baca entry ni sampai habis. Pernah je Chipmunk story-story tapi dah lama dulu lah.

Kali ni nak cerita pulak macam mana Ken ni makan, tempat Ken ni beradu tapi yang paling penting besar mana dah Ken si Otai ni dan macam mana Chipmunk dan En. Barney jaga Ken si Otai ni sampai la umur Ken hampir setahun.


Ni tempat tinggal Ken si Otai dan anak-anak. Sebenarnya bukan anak Ken pun. Chipmunk dan En. Barney suka panggil macam tu. Bekas ni dalam perancangan Chipmunk nak tukar ke bekas yang lagi besar memandangkan Ken si Otai dan anak-anak pun dah makin besar. Dan nak modified sikit untuk keselesaan dan kesenangan diorang dan jugak kami yang menjaga ni. Bekas ni hari-hari Chipmunk basuh, termasuk sekali dengan batu dan jugak kayu tu. Air pun Chipmunk tukar hari-hari. Lagipun air tu cepat busuk dan untuk mengelakkan Ken si Otai terkena infection dan yang sewaktu dengannya.


Ni makanan Ken si Otai dan anak-anak. Mesti semua dapat agak Ken tu siapa kan? Tunjuk makanan dulu, Ken dan anak-anak kemudian ye. Selain daripada pellet ni, boleh bagi makan sayuran hijau seperti kangkung. Tapi Ken diorang ni tak makan sangat sayur, nak pellet jugak. Dah tu, nak jenis yang ini je. Kalau beli lain, diorang tak nak. Demand kan? Kalau kura-kura tu kecik lagi, digalakkan patahkan pellet tu kecik-kecik. Macam Ken, Chipmunk patah dua je memandangkan diorang semua dah debab-debab.


Ni gambar diorang tengah makan. Chipmunk memang bagi makan diorang dekat bekas yang lain. Kalau boleh bagi kura-kura makan kat bekas lain. Senang sikit nak basuh, bekas makanan dan jugak bekas yang satu lagi. Dan lagi satu, jangan bagi pellet tu banyak sangat. Takut nanti overfeeding, kura-kura boleh mati.


Ni la Ken si Otai. Dah hampir setahun dah Chipmunk dan En. Barney jaga. Memang sayang sangat kat Ken ni. Dah hampir sama besar dengan tapak tangan Chipmunk dah. Kalau nak baca entry masa Chipmunk beli Ken dulu boleh baca kat SINI. Kalau nak baca entry Ken jadi Superman pulak boleh baca kat SINI.



Lupa pulak nak bagitau, kura-kura Chipmunk ada 3 ekor semuanya. Ken Si Otai, Tweety dan jugak TinTin. Yang dua ekor lagi tu adalah lebih kurang setengah tahun dah Chipmunk dan En. Barney bela. Ada la sikit-sikit pengalaman bela kura-kura ni. Jadi, siapa yang baru berjinak-jinak dengan kura-kura kalau ada apa-apa pertanyaan mengenai tips-tips penjagaan kura-kura boleh lah tanya Chipmunk dan En. Barney. InsyaAllah, kalau ada yang boleh dibantu tu dengan rela hati kami tolong jawab semua soalan-soalan mengenai kura-kura ni. Kalau nak kongsi pengalaman pun boleh jugak, dialu-alukan.

12/04/2012

Spontaneous Thursday : Footprints.


Many people will walk in and out of your life..
but only true friends will leave footprints in your heart.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...