Setelah mencuba nasib untuk The Adventures of Tin Tin hari tu, sekali lagi ingin mencuba nasib tapi kali ini untuk movie Puss In Boots pulak. For those yang memang follow blog ni dah sedia maklumlah, ada banyak sangat kisah dan cerita kucing nakal En. Tim dan Cik Teng-teng.
Kali ni sama macam The Adventures of Tin Tin jugak, pihak Nuffnang suruh buat satu entry untuk dapatkan pairs of tickets menonton Nuffnang Premiere Screening : Puss In Boots. Tapi yang berbeza adalah soalan yang kita kena jawab tu lah. Kali ni pihak Nuffnang tanya, macam mana saya nak kalahkan orang-orang jahat kalau saya adalah Puss dan Kitty Softpaws?
Kalau saya adalah Puss dan Kitty Softpaws, sudah semestinya saya akan mengalahkan penjahat-penjahat dengan menggunakan segala kebijaksanaan dan kekuatan saya. Namun yang demikian, first impression adalah sangat penting. Oleh itu gaya, mutu dan keunggulan itu tersangatlah penting (Eh, macam pernah dengar je ni). Macam gambar En. Tim dibawah ini...
Saya Taiko kawasan ini. Ada rantai emas besar. Gigi taring kat bawah yang terkeluar satu tu senang-senang nak pengsankan orang-orang jahat dengan satu gigitan sahaja. Ada berani?
Selain daripada itu, sebagai orang penting bagi mengalahkan penjahat-penjahat yang sedia ada ini, saya mestilah mempersiapkan diri dengan segala kelengkapan-kelengkapan serta peralatan-peralatan yang dirasakan penting. Sebagai contoh, jarum mungkin. Macam dalam gambar Cik Teng-teng dibawah ini...
Jarum dan benang? Nampak cantik je kalau boleh jahit mulut-mulut penjahat-penjahat ni? Kalau guna benang warna-warni lagi cantik ye.
Dan yang paling penting adalah PLAN B. Malang tak berbau, siapa yang tau kalau-kalau plan tak berjaya. Jadi Plan B sahaja harapan yang ada. Plan B yang dimaksudkan disini adalah seperti gambar En. Tim dibawah ini...
Sila angkat tangan, surrender macam En. Tim. Jangan lupa buat muka comel-comel tau. Gerenti penjahat-penjahat tu cair punya. Lepas tu, apa lagi. Gunalah peluang yang ada dengan sebaik mungkin.
Dengan gaya dan cara-cara diatas, nescaya musuh-musuh dan penjahat-penjahat boleh dikalahkan dengan senang, pantas dan bergaya. Tapi jangan lupa buat macam Cik Teng-Teng dalam gambar dibawah ini ye...
Apa pandang-pandang? Cakar nak?
16 comments
suke kucen eyh? ^^
Good Luck ye..
sgt comel kucing ni..geram tgk.. ^_^
Good luck. nak masuk jugak. :) Bleh buat entry bahasa melayu ke wak?
@Cik Nurul
suka sangat-sangat!! hehe
@LiLy @ MumMyQiStInA
kucing-kucing kat rumah tu sis.. comel tapi sangat nakal!
@LydSunshine
belasah je.. hehe.. hari tu penah dapat..
kucing yang comel :)
pic last fuhh jelingan kilat..hihih
kucing2 aisya tu seriuss comel
btw, gud luck 4 the contest :)
@::ini belog saya . cinta hati saya::
hehe.. =D
@MaYa MustWany
haha.. tau xpe.. =)
@Miss Purple Ungu
hehe.. thanks! =)
gengster betul muke si tim tu. mesti taiko besar atau abang long kat kawasan die. hehe
@huda jamil
memang taiko besar pun.. haha
~takutnya tengok pic yg pakai rantai tue..>_<
@BlueiceButterfly
garang kan? padahal action je lebih.. hehe