14/10/2012

Blog Review : Detective Fiqa

Hai hai..
Kita bertemu kembali di dalam Segmen Teka Gambar dan Review
Okay, berhenti merepek.

*warning : Chipmunk mengantok dah ni sebenarnya. Ada salah silap kat mana-mana tu minta maaf ye*
Hari ini sorang lagi blogger bertuah yang Chipmunk akan review. Minta maaf la sebab agak lambat sikit process nak me'review' ni. Mood tak sampai lah, tak sempat lah. Lepas ni ada tiga lagi yang Chipmunk akan review. Tu belum review ringkas lagi. InsyaAllah, Chipmunk cuba settle kan semua cepat-cepat ye. 

Dan hari ni, Chipmunk nak review blog sorang adik comel ni...



Mesti kenal kan? Yang famous dengan kisah Conan tu. Chipmunk sebenarnya dah lama kenal Adik Fiqa ni dalam dunia blogging. Before beliau pergi PLKN lagi. Fiqa PLKN bulan July kan? Tapi tak ingat pulak bila. Dan antara blogger yang tak pernah miss unttuk menjadi antara pengomen terbanyak kat blog ni. Terima kasih sangat-sangat!!

Adik Fiqa sebenarnya baru je lepas renovate rumah blog tau. Kalau dulu bertemakan warna hitam dan biru. Kali ini lain pulak. Nak tau warna apa? Dan macam mana make-up terbaru blog beliau? Kena lah terjah. Tapi Adik Fiqa cakap, untuk design lama dulu blog beliau lebih berat. Untuk design baru ni, ringan je. Tapi blog beliau memang ringan. Sepanjang Chipmunk kenal Adik Fiqa, beliau senang nak ramah dengan orang. Perkataan senang, friendly lah. Dan based on entri-entri beliau, Adik Fiqa ni suka mengenakan orang tau. Hehe. Betul tak?


FYI, susah tau Chipmunk nak capture header ni. Nak tau kenapa? Tengok lah sendiri. Just klik je gambar header kat atas ni. Fiqa, header ni siapa yang buat ye? Fiqa atau En. abang yang buatkan? Comel sangat tau! Sama macam Fiqa dan En. Abang beliau tu. *ehem* Nak tau siapa En. Abang beliau kena lah tanya tuan punya badan tu sendiri. Tak pun tengok je kat blog. Untuk pengetahuan, En. Abang Adik Fiqa ni pun blogger jugak. Ha, siapakah gerangannya itu? Kena la jadi macam Detective Conan, menyiasat sikit. 

Chipmunk nak jadi Detective ni terjah blog Detective Fiqa. Ada yang nak ikut jadi Detective jugak macam Chipmunk tak? Sambil-sambil tu anda semua boleh la berkenalan dengan adik yang manis lagi comel ni. Jom!


Sekali lagi nak ucap good luck and all the best buat Fiqa sempena temuduga beliau 17 Oktober ni nanti. Yakin boleh! =)

p/s : Tunggu birthday boy balik kerja nak bagi something. Tapi mengantok dah niiii!

13/10/2012

Belut Oren dengan Gaya Kuak Lentang

Plan nak buat review tapi mood tak sampai pulak nak mengarang. Esok-esok lah ye. Lagipun dah ngantok jugak ni. 

Ni, ada satu gambar si Belut Oren buat tatapan semua. Ada lagi gambar Baby E'el dan Cik TengTeng. Tapi tak transfer ke laptop lagi.


Kena tido awal, walaupun sekarang dah lebih pukul 1 pagi. Kira awal lah jugak tu. Esok kena pergi somewhere. Untuk uruskan hal-hal majlis yang Chipmunk cerita kat SINI tu lah. Haih, nervous!

12/10/2012

Bintang bentuknya macam ni rupanya.

Malam tadi, macam biasa buka la nota-nota subjek Ekologi kejap. Baca betul-betul, BUKA ye. Sekadar nak mencukupkan syarat je. Sambil tu mulut tak berhenti nak mengunyah Honey Stars, sambil ditemani oleh segelas Sunquick Oren kat tepi. Dan mata pulak pandang skrin laptop. Buka nota tapi pandang skrin laptop. Dapat tak apa yang cuba disampaikan kat sini? Multitasking bukan. Kononnya lah. 


Kalau makan Honey Stars ni, makan sebutir-sebutir memang tak puas! Mesti penuh segenggam tangan dan terus padatkan masuk dalam mulut. Tak sedar diri tangan tu kecik bukan main, Honey Stars yang cuba untuk digenggam tu pulak sama banyak dengan genggaman tangan King Kong. Haruslah ada yang berguguran jatuh. Bukan atas lantai ye, atas nota je. Cepat-cepat masuk dalam mulut. Dan Chipmunk terperasan, banyak bintang-bintang yang mengalami distortion. Kesan daripada mutasi semasa proses pembuatan kot. Tapi yang peliknya, kenapa banyak sangat bintang yang cacat ni? Pergi capai kotak dan tengok. Rupa-rupanya......

 Sila fokuskan apa yang perlu difokuskan sahaja

Rupa-rupanya memang ada dua bentuk ye? Satu bintang, satu lagi bentuk rocket. Confident je cakap bintang tu cacat. Ni la manusia, yang salahnya diri sendiri tapi benda yang tak hidup pulak nak disalahkan. Rasa macam kesian je baru tau benda ni. Kalau nak cakap iklan Honey Stars ni dah berkurun keluar TV, sorry lah I tak tengok TV. I tengok lecture notes je. Propa. 

Dan dalam kotak tu, ada free tau. Bukan barang mainan. Bukan-bukan. Tapi ini....


Siap tampal dekat board lagi tau! Bagitau En. Barney, puzzle ni dah siap. Kat belakang tu Chipmunk siap selotape lagi tau! Punya lah taknak puzzle yang dah dicantumkan tu terpisah balik. Gigih kan? Boleh pulak En. Barney tanya, "Ni dah umur berapa ni?". Kureng.

Si Cantik : Definisi cantik bagi awak?
Si Kacak : Pergi ambik cermin. Apa yang awak nampak tu, itu la maksud cantik.
*ok, terkedu sekejap*
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...