14/04/2017

Si Penjual Ikan

Adakah dengan menjadi Si Penjual Ikan baru hidup boleh maju ke hadapan?

Oh itu soalan yang berkemungkinan tidak relevan dengan konteks untuk tajuk di atas.


Kejadian semalam.

Isu double park.

Nak balik kerja after office hours.

Ye saya tahu awak mungkin nak menjemput family member awak. Tapi kalau dah double park tu buat lah cara macam double park.

Manners.

Dengan cara sopannya saya masukkan gear reverse dan mengharapkan awak mengundurkan sedikit kereta ke belakang bila nampak lampu reverse menyala.

Sedikit je. Tak minta banyak pun.

Dia boleh buat bodoh aje. Hon sekali pun dia pekakkan telinga.

Tengok sikit, ada sticker OKU ke. Mungkin pekak atau buta.

Tiada.

Bukan berseorangan. Tapi satu family. Seorang ibu dan ayah berserta tiga lagi anak kecik berumur lima hingga sepuluh tahun.

Attitude yang sebegitu agaknya yang dia mahu tunjukkan kepada anak anak.

Satu minit.

Lima minit.

Tujuh minit.

Mungkin kurang dari sepuluh minit itu hanya sepintas lalu bagi individu mulia seperti itu.

Tapi untuk seorang ibu yang ingin mengambil anaknya tujuh minit itu tersangat berharga.

Lambat tujuh minit boleh stuck dalam jammed yang tak dapat dicerna dengan akal.

Lambat ambil anak, taska kira OT pula. Yuran taska pun dah seberapa tambah OT lagi.

Rakyat zaman milenium, hidup pun mengais. Bajet lari, oh lagi lah sadis.

Mungkin dia orang ada ada, orang atas atas.

Dia peduli apa kesusahan orang lain. Janji hidup dia senang lenang.

Tapi encik. Still, manners please.

At least depan anak anak.

p/s: Tak diketuk cermin tingkap dengan harapan dia ada nilai common sense. Rupanya kelaut. Oh stress.

10/04/2017

Hari Hari Yang Huru Hara

Macam tongue twister pulak dah tajuknya.

Si tuan tanah sefamili ini masih lagu belum menstabilkan kehidupan setelah pemergian arwah nenek husband tempoh hari.

Selang seminggu, time husband outstation ke Kuching selama tiga hari. Pukul 2 pagi, Iolls terjaga dek kerana raungan Baby Aafiyah. Cari punya cari, rupanya jatuh katil. Kepala benjol, bibir bengkak dan hidung berdarah.

Blank. Terus call husband yang jauh beribu batu.

Pagi pagi buta ayah mertua datang bawa Aafiyah ke Unit Kecemasan Hospital Sungai Buloh. Syukur alhamdulillah, takda apa apa.


Selang sehari. Pihak taska inform, suhu Aafiyah 39.2°C. Husband terus pecut balik rumah.

Suhu makin rendah after bagi ubat demam tapi Aafiyah reject susu, both susu botol and direct feeding. Makan sesudu dua, air masak seteguk dua.

Malam tu, ke Unit Kecemasan lagi la bila mana badan Aafiyah dah start mengeletar. Lebih 6 jam taknak makan minum apa apa. Ada bintik bintik macam rashes.

Lepas lebih 5 jam menunggu, masuk bilik doctor. Doctor diagnosed measles bila tengok bintik merah tersebut. Doctor isi form notifikasi penyakit berjangkit. Suruh nurse ambik sample darah dan tekak. Then prescribed ubat demam.

Hari seterusnya. Aafiyah makin teruk. Totally reject susu dan solids. Since 3 petang until 8 pagi esok nya. Semua dia tolak. Bibir merah dan kering, badan panas dan menggigil.

Disebabkan experience yang kurang meyakinkan dengan Hospital Sungai Buloh sebelum tu, kali ini bawa Aafiyah ke Unit Kecemasan di private hospital pulak.

Kena warded dan on drip sampai dua botol.

Pakar Kanak Kanak inform Aafiyah kena penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) pulak. Percanggahan diagnosis di situ.


Tapi lega la. Pagi tu warded, petang dia dah start beransur pulih. Bahagianya rasa bila dia tak reject direct feeding after 3 days. Nak menyusu dan dah start nak makan. Rupanya before ni dia taknak sebab ada banyak ulcer dalam mulut.

Oh ini si ibu tengah menaip entri di katil hospital bertemankan Aafiyah yang dah lena dibuai mimpi.

Insyaallah kalau semua okay, setelah dua malam berkampung esok boleh discharge dah.

Alhamdulillah. Michelin ibu yang before ni kurang angin sebab taknak makan dah makin okay.

Get well soon Baby Aafiyah!

31/03/2017

Penyakit Hati


Lebih baik diam.
Dari bercakap mengenai perkara yang tidak mendatangkan faedah.

Penyakit zaman moden.

Gossip.
Hati yang penuh hasad dengki.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...