30/11/2012

Perempuan, Lelaki dan Handbag.

Tengahari tadi masa lunch, En. Barney buka satu cerita tentang video yang kawan beliau share dekat Facebook. Balik lunch, Chipmunk minta En. Barney untuk bagi link video tu untuk Chipmunk tengok. Before Chipmunk cakap apa-apa, anda semua tengok dulu video tu.


First, mungkin tujuan Si Pembuat Video ini untuk sarcasm semata-mata. Tapi Chipmunk rasa benda ni tak patut kot. Especially, last part tu. salah ke apa yang Si Lelaki tu buat? Chipmunk tak nak ulas lebih-lebih, Chipmunk perempuan so pandangan Chipmunk akan bias memihak kepada perempuan. Cuma bagi Chipmunk setiap orang ada alasan masing-masing. Dan bukan hak kita untuk menentukan apa tindakan seseorang tu. 

Apa yang anda rasa lepas tengok video tu? Geram? Sakit hati? Kelakar?

p/s : Perempuan tak pandang lelaki yang maskulin semata-mata. Badan tough, bodybuilder whatever. Apa guna semua tu kalau tak gentleman pun.

Ayam Penyet itu Ayam yang dipenyetkan ye?

Dalam entri INI Chipmunk dah cerita sesi jelajah seluruh Malaysia hanya dalam masa satu hari je. Kali ni kami sampai ke Indonesia pulak semata-mata untuk makan tengahari. 

Hari selasa lepas Chipmunk ada bagitau yang Chipmunk tido 17 jam gara-gara tak tido malam before nya tu (INI). Konon nak study untuk exam Etika. Exam Chipmunk pukul 10.00 pagi sampai pukul 12.00 tengahari. Lepas exam tu, En. Barney terus ajak lunch. Perut Chipmunk ni memang dah merengek-rengek minta diisi pun! 

Disebabkan tekak ni nak rasa something yang luar dari kebiasaan, Chipmunk suruh lah En. Barney bawa ke tempat yang kami tak pernah pergi lagi. Dan akhirnya sampai lah ke sini....

Restoran Wong Solo (Indonesian Cuisine) Seksyen 9, Bandar Baru Bangi.

Dah nak masuk tahun kelima Chipmunk dan En. Barney di Bangi ni tapi tak pernah terfikir pun nak ke sini. Pernah jugak kawan-kawan cakap, kalau nak merasa Ayam Penyet sedap boleh lah ke sini.


Dah alang-alang sampai sini tu, memang menu Ayam Penyet lah yang menjadi pilihan. And FYI, ini kali pertama makan Ayam Penyet. Selalu dengar orang sebut, orang cerita je dan kali ni boleh rasa sendiri pulak.


Muka orang tak tido semalaman. Balik-balik dari melantak Ayam Penyet terus melantak tido sampai 17 pulak. Dah serupa macam berhibernasi dah. Elok sangat lah perangai tu.


Orang ni dah kelaparan, tapi Chipmunk tahan sebab nak ambik gambar dulu. Memang menelan air liur lah sambil bergambar tu. 


Air sampai pun kena hold makan jugak! Nak ambik gambar lagi. Typical Malaysian, snap snap dulu, upload twitter/instagram/FB then baru makan. Haha! I snap nak masuk blog je tau. Handphone biasa-biasa je untuk upload-mengupload ni.

Untuk orang yang pertama kali merasa Ayam Penyet ni, satu perkataan je. SEDAP! Nak try Ayam Penyet dan ada di sekitar Bangi boleh lah try makan di Restoran Wong Solo, Seksyen 9, Bandar Baru Bangi.

29/11/2012

Spontaneous Thursday : Dimanakah?

 
Dah tak nampak dah mereka yang lantang berdebat tentang isu boikot ni. Mungkin sibuk mengumpul dana untuk menghulurkan bantuan kot. *bersangka baik*


Ada sesuatu yang Chipmunk nak tanya mereka ini, gambar kat atas merupakan salah satu sumber jurnal yang Chipmunk gunakan untuk tesis Chipmunk. Perlu ke untuk boikot sekali? Atau Chipmunk perlu tutup mata dan cari sumber lain walaupun sumber tu salah satu sumber penting? Ha, macam mana?

28/11/2012

Jawab dan Review Part II

Chipmunk nak tunaikan janji Chipmunk untuk review blog mereka yang berjaya menjawab dengan tepat soalan dalam entri INI. Oh ya, jawapan soalan tersebut ada di entri INI.



Cuba teka apa benda pertama yang menarik perhatian Chipmunk? Warna blog! Sama pulak kan? Dan dah terang-terang kat header yang blog ini kepunyaan seorang gadis yang bernama Lyana. Kalau pandai cari, jumpa lah nama penuh siap dengan umur sekali. Adik Lyana ni baru je mula berblogging sejak empat bulan lepas. By the way, Lyana ada explain maksud header beliau dalam entri INI. Padat dan ringkas lagi. Oh ya, tutorial tudung bawal pun ada di SINI. Mari lah beramai-ramai kita singgah blog ni, dah singgah tu jangan lupa follow sekali ye. =)



Siapa tak kenal blogger ini. Sudah semestinya Kak Ruha yang manis lagi baik hati. Chipmunk pernah buat review blog Kak Ruha dulu. Boleh klik SINI. Kak Ruha sangat peramah orangnya. Mengomen pun rajin juga. Apa-apapun, Kak Ruha sila publish cerpen Kak Ruha tu cepat-cepat. Dah lama menunggu ni. =P

p/s : Nak kena review jugak? Ha, tu soal selidik di Sticky Post Chipmunk tu. Automatik akan masuk bloglist tahun baru nanti. =)

Wordless Wednesday : Lengkuas = Belangkas

Boleh rujuk entri INI terlebih dahulu.







27/11/2012

Nasi Lemak Pakcik Gelabah

Petang tadi Bangi hujan lebat. Tapi Chipmunk dan En. Barney gigih jugak nak pergi pasar malam. Sejak En. Barney kerja part time setiap malam dari Isnin sampai Sabtu, dah lama tak jejak kaki kat Pasar Malam Seksyen 16 ni. Kalau nak harap Chipmunk drive sorang-sorang, memang malas! 

Sebenarnya boleh je pergi malam kan, tapi gigih jugak kami berdua ni meredah hujan. Tu bukan gigih, tu menggedik namanya. Ada sebab redah jugak walau hujan ni.. disebabkan oleh ini.....


Tak nak tunjuk isinya, biar tunjuk luarannya dulu. Biar suspens sikit. Ni Chipmunk dan kawan-kawan panggil Nasi Lemak Pakcik Gelabah. Sebab pakcik yang bungkus nasi lemak tu memang menggelabah. Tapi nasi lemak pakcik gelabah ni sedap! Sebab tu lah Chipmunk dan En. Barney pergi petang jugak pasar malam ni. Kalau pergi malam, tinggal sikit je lah lauknya. 


Nasi lemak kerang favourite! Kalau pergi pasar malam dalam pukul 8.15 macam tu jangan harap lah nak jumpa lauk kerang lagi. Licin dah. Banyak lagi lauk yang ada. Ada daging, ayam, sotong, telur puyuh pun ada jugak. Tapi kalau nak pilihan yang banyak kena datang petang lah. Malam tak jamin lauk apa lagi yang masih ada.


Sambalnya pedas! Chipmunk yang tak tahan pedas ni terpaksa ready dulu air banyak-banyak. Tapi pedas tu sedap! 


Chipmunk makan dulu ye! =P

p/s : ada lagi entry makan-makan ni. Tu kena hold dulu. Kak Jijah jangan jealous ye. =P

Sleeping Beauty Moden

Nak confess something, sebenarnya semalam Chipmunk tak sempat langsung nak blogwalking. Pukul 10 pagi tu ada exam dan Chipmunk tak tido langsung pun sebab tak boleh tido punya pasal plus tak habis study lagi. Ada juga terlelap kejap-kejap tapi otak masih lagi fikir tentang exam. Last-last tak berani nak tido.

Habis exam tu terus pergi makan. Perut ni merengek pulak nak makan something yang lain dari hari yang lain. Nanti Chipmunk story-story kat mana ye. Balik dari makan tu, dalam kereta mata Chipmunk dah lain macam. Tak boleh nak buka. Memang sampai bilik tu terus landing atas katil dalam pukul 2 macam tu lah.

Bangun-bangun tu Chipmunk tengok jam laptop, 7.43. Chipmunk okay lagi. Lepas tu Chipmunk fikir-fikir "eh, kalau pukul 7.43 mesti dah gelap tapi kenapa ni terang semacam". Tengok balik jam laptop. 7.43 am!!!! OMG, seriously Chipmunk tido dari pukul 2 petang sampai 7.43 pagi???? Rasanya pukul 5 petang tu Chipmunk ada terjaga. Tapi macam samar-samar pulak ingatannya. Mamai lah tu. 

Bukan minum sekaligus tau. Ni yang buat Chipmunk boleh bertahan tak tido langsung tu.

Chipmunk selalu ambik livita je, redbull ni la first time try. En. Barney cakap redbull lagi kuat effect dia. Tapi Chipmunk rasa livita lagi berkesan untuk Chipmunk. 

p/s : Bangun-bangun terus siap pergi kelas. Nasib baik lah sekarang tengah cuti. Kalau tak, bukan terlajak solat zohor je, siap terlajak sampai solat subuh lagi.

26/11/2012

Jambatan ini Boleh Terbang?

Terpaksa mencuri sedikit ruang sempit yang ada. Ni entri autopublish yang ringkas.

Tahu tak Tatton Park di Cheshire, England terdapat sebuah jambatan dipanggil Pont De Singe ataupun Monkey Bridge yang direka oleh Olivier Grossetete, seorang artist dari Perancis. Kalau Chipmunk cabar anda naik jambatan ni, agak-agak anda mampu tak?





Mesti ngeri kalau naik jambatan yang macam ni.

sumber : INI.

25/11/2012

Adakah Hogwarts benar-benar wujud??

Ingat tak entri yang INI, Chipmunk ada suruh teka something kan? Alah, gambar yang ini...



Ini adalah Alnwick Castle yang terletak di United Kingdom. Panjang sejarah Alnwick Castle ni kalau nak diceritakan di sini. Kalau nak tau jugak boleh rujuk di SINI. Mula dibina pada tahun 1096 dan dibina untuk mempertahankan sempadan utara England. Sekarang, Alnwick Castle ni masih lagi didiami oleh Duke of Northumberland tapi hanya kawasan tertentu sahaja menjadikan Alnwick Castle sebagai istana kedua terbesar yang didiami setelah Windsor Castle

Alnwick Castle ni dah banyak digunakan sebagai set penggambaran filem dan drama TV. Tapi yang paling penting, ini adalah set penggambaran filem bagi filem....


Pendek cerita ini adalah Hogwarts! Bahagian exterior dan interior Alnwick Castle merupakan set penggambaran bagi filem-filem Harry Potter




Ada tak yang berjaya teka dengan betul ye? Kalau ada review dari Chipmunk tu adalah, tapi harap sabar lah menunggu. 2 minggu ni agak busy sikit. Jadi kalau Chipmunk senyap je tu, faham-faham lah ye. =)

p/s : Ringkas. Esok ada exam so esok pagi turn En. Barney pulak.

Artis Jalanan

Artis jalanan nie tak semestinya orang yang nyanyi tepi jalan ke, menari tepi jalan ke, tapi apa yang nak ditunjukkan kat sini adalah hasil grafitti yang cantik (walaupun agak vandalism di situ).

Mungkin diorang nie buat atas sebab2 tertentu. Cantik jugak hasil seni yang diorang tunjukkan. Perbuatan vandalism nie jangan ikut pulak. Nanti En. Barney pulak yang kena tangkap sebab ajar buat benda2 nie. -_-










Credit to weburbanist.com

24/11/2012

Sesi Jelajah seluruh Malaysia dalam masa sehari!

warning : Entri Penuh Gambar

Percaya atau tak yang Chipmunk boleh jamin yang kita mampu untuk menjelajah satu Malaysia  dari Negeri Perlis hingga ke Sabah dalam masa satu hari? Chipmunk baru je selesai siang tadi. Puas sudah pusing Malaysia. Jadi balik ni nak kongsi lah gambar-gambar yang masa perjalanan kami tu. 

Ingat tak entri INI? Kan Chipmunk dah ajak, tu lah siapa suruh tak nak ikut. Kan dah rugi. Kalau tak boleh kita pusing-pusing satu Malaysia.

Bersama Cik Dayah dan Cik Ain di dalam tram yang sesak.

 Pavilion Negeri Sembilan.

Puteri Lilin sesat.

Pavilion Negeri Sembilan

Pokok Melaka di Pavilion Negeri Melaka

Pavilion Negeri Melaka

Pavilion Negeri Kelantan

Pavilion Negeri Terengganu

Ini beranda rumah kami. Cantik tak? Okay, tipu. (Pavilion Negeri Terengganu)

Ini kura-kura baru Chipmunk. Okay, tipu lagi. Ini anak penyu. (Pavilion Negeri Terengganu)

Ini angin memang saja kasi saya nampak gemuk bah (Pavilion Negeri Sabah)

Yeay, I'm home! (Pavilion Negeri Sarawak)

Tok namanya buah Nangcem. Khas diembak pake belon dari Bintulu ke sitok.
Ini namanya buah Nangcem. Khas dibawa menggunakan kapal terbang dari bintulu ke sini.
(Pavilion Negeri Sarawak)

Nanas besar nanas kecik (Pavilion Negeri Johor)

Belangkas kalau diterbalikkan jadi apa? Jawab jangan tak jawab. (Pavilion Negeri Johor)

Pavilion Negeri Pahang

Kenduri kami nanti jangan lupa datang ye. Okay, itu gurau. (Pavilion Negeri Pahang)

MAHA 2012 di MAEPS, Serdang. Ada beberapa pavilion negeri yang tak ada gambar. Baru perasan. Sebab kesuntukan masa. Sempat nak pusing-pusing dan snap-snap area pavilion negeri je. Yang lain pulak tak sempat. Dengan cuaca panas lagi. Bagi yang belum lagi berkunjung ke Expo MAHA 2012 ni, datang lah. Ada macam-macam. Nak tengok kuda, nak tengok penyu, nak tengok buah dabai imported from Sarawak pun boleh. Ni Chipmunk nak promote sikit makanan-makanan Sarawak ni. Siapa yang teringin nak rasa Laksa Sarawak, Mee Kolok, Bumbu Pedas dan macam-macam lagi makanan-makanan yang ada di Sarawak boleh lah datang. Bila lagi nak merasa makanan-makanan begini kan. Boleh lah makan mee kolok sambil layan lagu Zee Avi "Mee Kolok Sigek" lepas ni. =)

p/s : Puas bila dapat makan Laksa Sarawak. Rasa macam ada di tempat sendiri je.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...