31/07/2013

Wordless Wednesday : Hadiah Raya

 



p/s : Students bagi. Bukan I punya tapi mak dan ayah.

Wordless Wednesday : Besties






p/s : Walaupun I sorang je yang berpuasa, mereka tetap menjadi peneman berbuka yang setia dari dulu sampai sekarang. Terima kasih!

Nak Kad Raya? Tinggalkan alamat anda di sini.

Setelah dua minggu menanti alamat-alamat dari mereka yang berkenaan untuk Chipmunk terbangkan kad raya melalui Abang Posmen, masih berbaki 10 lagi kad raya yang ada dalam simpanan Chipmunk ni. Memandangkan tiada yang menuntut 10 keping kad raya berkenaan jadi dengan senang hatinya Chipmunk nak bagi kad-kad raya tersebut buat mereka yang bertuah. 

Oh ya, jangan lupa tinggalkan nama sekali untuk tujuan pos mengepos surat cinta ni. 

Terhad untuk 10 orang blogger sahaja. Siapa cepat dia yang dapat!
(Dah cukup 10 orang. Weee.)

Ada yang tanya kenapa kad raya dia tak sampai-sampai lagi. Sesiapa yang bagi alamat before 21 July, memang rata-rata dah sampai di tangan individu yang sepatutnya. Ada tak siapa-siapa yang dah bagi alamat kat Chipmunk tapi kad raya tu tak sampai-sampai lagi? Takut juga kalau tak sampai ni.

*Update*
Buat 10 blogger terawal yang bagi alamat kat Chipmunk, insyaAllah Chipmunk akan suruh En. Barney poskan kad-kad tersebut a.s.a.p. Buat yang lain, jangan sedih-sedih dan jangan pulak lepas ni dah tak mau singgah sini dah. InsyaAllah, di lain masa mungkin rezeki anda pulak. Chipmunk minta maaf sangat-sangat ye. Huhu

30/07/2013

FIRST GIVEAWAY BY A&D kRAF


Hai semua. Apa khabar? Harap-harap sihat la yer.. Malam ini dengan rasminya, owner A&D Kraf ingin membuat GA. Ini merupakan GA pertama kami buat julung-julung kalinya. GA ni sangat la simple mimple. Syarat pun mestilah simple kan. Semua hadiah GA ni disponsor oleh A&D Kraf sendiri yer.. Jemput-jemputlah join. Harap-harap ramai yang sudi support First Giveaway By A&D KRAF ni yer..
KLIK BANNER UNTUK JOIN


SYARAT-SYARAT
1. Wajib ada facebook dan blog.
2. Buat entri bertajuk "FIRST GIVEAWAY BY A&D kRAF".
3. Copy coding dibawah dan paste diruang HTML entri.

Creadit to : Mialiana

3. Follow blog dan like fanpage.
(FANPAGE ) A&D kRAF


4. Klik iklan sponsor - *TUNGGU SAMPAI HABIS LOADING. TOLONG JUJUR*
5. Publish! Dan tinggalkan link entri diruang komen.Tempat lain tidak akan diterima..
6. Tarikh tamat 2 OGOS 2013. Umum pemenang 3 OGOS 2013.

29/07/2013

Thanks Mr. Nuffnang : Libresse Empower Her Camp..

Dah menjadi rutin harian check account Nuffnang hari-hari. Nak tengok trafik, nak tengok keyword, dan yang paling penting nak check earning. Ha, betul tak? Tipu lah kalau tak melompat keriangan kalau earning tak bertambah kan. 


Libresse Empower Her Camp..

Alhamdulillah tadi tengok-tengok ada CPUV baru dari Mr. Nuffnang. Kali ni dapat CPUV dari Libresse pulak. Tapi Chipmunk belum nampak lagi iklan ni di mana-mana. Kalau uolls nampak di mana-mana sahaja ia berada tu boleh lah klik-klik tengok apa yang ada. Kot-kot ada pertandingan atau info or anything yang berkaitan. Dah alang-alang bercerita tentang ni, kalau uolls nak dapatkan sample percuma daripada Libresse pun boleh jugak. Just isi je form di SINI. Ada nota kaki juga di situ, pemohon haruslah perempuan ye. Hiks.

Seni Kepala Ikan

Manusia ni bila dah kreatif sangat macam-macam yang boleh dilakukan. Kadang-kadang benda yang kita tak pernah terfikir pun boleh dibuat. Chipmunk banyak share hasil-hasil seni orang-orang yang kreatif ni. Siapa sangka dengan menggunakan cara, kaedah atau metod yang tak pernah terlintas di fikiran orang lain dapat menghasilkan sesuatu yang mungkin nampak cantik, hebat dan mungkin juga pelik. Contohnya Anne-Catherine Becker-Echivard seorang artist kelahiran Paris yang menggunakan kepala ikan untuk menyalurkan trait kreatif yang ada dalam diri beliau. Mula-mula Chipmunk tengok rasa nak gelak je, nampak kelakar tapi tengok banyak-banyak kali nampak comel pula. 







Ibu-ibu dan kakak-kakak sekalian kalau kepala ikan tak dibuat kari kepala ikan untuk juadah berbuka boleh buat macam ni. Kita tengok macam mana hasilnya. Hehe.

Sumber : INI

28/07/2013

Itulah Sayang

Tak sempat lagi blogwalking hari ni. Banyak yang perlu dilakukan. By the way, pagi tadi dengar Hot FM sambil tangan sibuk bekerja membentuk biskut-biskut yang comel macam I. Diputarkan satu lagu yang dari dulu lagi Chipmunk cari siapalah yang nyanyi. Comel sangat lagunya. Sekarang baru Chipmunk tau, no wonder lah suara-suara yang menyanyikan lagu tu macam biasa didengar. 


Itulah Sayang
The Ramlees

Tanya sama hati apa asal sayang
Adakah tandanya nampak dipandang
Kumbang rayu bunga bulan dan bintangnya
Punya tanda-tanda hubungan mesra

Tanya sama hati pernahkah merindu
Ingat masa lena apa mimpi mu
Masa berjauhan apa nan dikenang
Bila difahamkan itulah sayang

Tanya sama hati apa asal sayang
Adakah tandanya nampak dipandang
Kumbang rayu bunga bulan dan bintangnya
Punya tanda-tanda hubungan mesra

Tanya sama hati pernahkah merindu
Ingat masa lena apa mimpi mu
Masa berjauhan apa nan dikenang
Bila difahamkan itulah sayang

Tanya sama hati apa asal sayang
Adakah tandanya nampak dipandang
Kumbang rayu bunga bulan dan bintangnya
Punya tanda-tanda hubungan mesra

Tanya sama hati pernahkah merindu
Ingat masa lena apa mimpi mu
Masa berjauhan apa nan dikenang
Bila difahamkan itulah sayang
Itulah sayang

p/s : Dengar lagu ni serius rasa macam nak menari sekali. 

Arca Kayu Hanyut

Masih sibuk bertukang di dapur sambil ditemani Abang Handsome dan Kakak Cantik yang kononnya membantu. Jadi I tinggalkan uolls dengan gambar-gambar arca yang dihasilkan daripada kayu oleh seorang artist bernama Jeffro Uitto. Bukan kayu sebarang kayu, tapi kayu yang telah dihanyutkan ke tepi pantai. 








Paling suka kerusi tu. Macam style je. Rasa macam singgahsana di zaman Flintstone pun ada juga.

sumber : INI

 

27/07/2013

Cerita Ramadhan ke 18

Sedar tak sedar rupanya dah 18 hari kita berpuasa. Semakin hampir ke penghujung dan masing-masing semakin rancak dengan persediaan menyambut Aidilfitri. Well of course I pun tak terkecuali. Macam dalam entri lepas lah, (Rujuk SINI) Chipmunk pun tak mula bertukang di dapur. Baru siap satu jenis biskut. Lepas subuh esok nak buat satu lagi. 


Bagi gambar black and white baru nampak klasik sikit. Motif sangat kan? Entah apa lah nama biskut ni, dapat resipi dari mak terus buat. I dah rasa satu dua biji lepas berbuka tadi. Sedap jugak. Hehe. By the way, memandangkan hari ni hari sabtu yang dipenuhi dengan sifat malas untuk bersesak-sesak di bazaar ramadhan maka Chipmunk dan Mak ambik keputusan nak masak 100% juadah berbuka hari ni. Plus bapa Chipmunk ke masjid untuk berbuka. Jadi tinggal lah Mak, Chipmunk dan adik bongsu di rumah. Tak rancang pun nak masak hari ni, jadi bahan-bahan pun banyak yang tak lengkap. Jadi solution yang tinggal hanyalah mencampakkan apa sahaja ingredient ke dalam kuali. Alah, macam PowerPuff Girl, kot-kot lah accidentally hasilkan PowerPuff Cat. Eh. 

 
Selongkar punya selongkar jumpa benda ni. Elok lah tu, spagetti pun ada tapi tak cukup bahan nak buat bolognese whatsoever. Itu lah makanya I bilang kita main campak-campak je dalam kuali. Seulas bawang putih, sikit bawang besar, daging ayam yang dipotong kecil, kacang peas sikit dan last sekali touch up sikit dengan serbuk lada sesedap rasa. Nak rasa guna lidah tak boleh jadi letak lah ikut sedap tangan nak meletak je. Dan hasilnya adalah ini...


Oh ya, Chipmunk tambah sos cili thai sikit sebab nak bagi pedas. Pedas sikit je sebab I tak makan dan tak tahan pedas. Cuma sebagai perasa tambahan. Biarpun main campak-campak je dan entah resipi apa lah ini tetap sudah jugak. Heh.

Operasi

Memulakan operasi lepas subuh. Minggu ini buat biskut dulu. Minggu depan start operasi kek lapis.



As always, ada assistant yang membantu. Tapi faham-faham lah. Pagi-pagi lagi dah cari gaduh.



Ini belum lagi Abang E'el ni lompat atas oven. Bikin kecoh pagi-pagi betul belut oren ni.
posted from Bloggeroid

26/07/2013

Kuih Koci atau Bukan Kuih Koci?

Dalam entri INI, ramai yang bertanya. Apa nama? Kuih apa? Selama 5 tahun Chipmunk di Bangi, tak pernah jugak Chipmunk jumpa kat mana-mana. Kalau nak makan, kena tunggu balik Miri lah. Nah, tunjuk gambar dulu.


Ini namanya Kuih Koci. Walaupun namanya sama, tapi sebenarnya tak serupa dengan Kuih Koci yang selalu uolls tengok tu. Sebab tu dulu pernah gaduh dengan En. Barney gara-gara Kuih Koci. En. Barney ingat Kuih Koci yang begini, tak sebenarnya Chipmunk maksudkan Kuih Koci yang begitu. Kalau ingat balik rasa macam kelakar je. Jangan tanya macam mana nak buat sebab I pun kalau nak makan main tunjuk-tunjuk je.


Berintikan kacang. Sedap! In fact, ni salah satu kuih favourite Chipmunk. Dalam entri lepas, ada yang kata tengok gambar nampak macam manis. Tak pun sebenarnya. Tapi manis tak manis ni biasa lah, bergantung dengan orang yang membuatnya jugak. Kalau dia jenis yang pemurah dengan gula memang manis lah jawabnya kan? Mak cakap kuih ni sebenarnya kuih masyarakat cina. Biasalah sedangkan haiwan pun mengalami evolusi, kuih pun sama. Kemerepekan apa ini? Try search Kuih Ku atau Ang Ku Kueh. Mesti jumpa. Chipmunk tak tau mana datangnya nama Kuih Koci tu. Sebab dari kecik sampai lah besar begini orang panggil Kuih Koci je.

p/s : Dulu masa kecik-kecik pun panggil kuih kura-kura. Tengok rupa lah.

Pantai Merah yang berwarna merah

Dah lama rasanya tak ke pantai. Rindu pulak. Padahal kalau start enjin kereta, drive 10 minit  mesti dah sampai. Kalau dulu masa Chipmunk kecik-kecik, tiap weekend mesti makcik ajak jogging tepi pantai. Jalan kaki dari rumah. Dulu tinggal di kuarters guru. Dekat sangat lah dengan pantai. Cuma jalan kaki 5 minit je. Dah penat jogging, terus terjun masuk air. Jalan kaki balik rumah dalam keadaan basah kuyup. Rindunya masa tu.

Ni tiba-tiba cerita pasal pantai ni sebab Chipmunk baru tau ada sebuah pantai yang dikenali sebagai Pantai Merah (Red Beach). Terletak di delta Sungai Liaohe, daerah Panjin, China. Sebab apa namanya Pantai Merah? Sebab memang pantai tu berwarna merah lah. Well, tengok nama lah kan. Warna merah tersebut sebenarnya disebabkan oleh rumpai laut yang bertukar menjadi warna merah apabila tiba musim luruh. 







Tengok gambar nampak cantik je. Kalau tengok real depan mata entah macam mana lah. Mesti speechless. Kalau lah dapat tengok sendiri, alangkah seronoknya. Ada siapa-siapa nak bawa Chipmunk ke sini tak?

sumber : INI

25/07/2013

Spontaneous Thursday : Bukan sampah masyarakat.


 Ini sudah semestinya bukan sampah masyarakat.




Spontaneous Thursday : Dekat dan Jauh


Bila dekat tak peduli, 
Bila jauh tercari-cari
(Rindu Awak 200%, Liyana Zahim)


Dapat mesej di Facebook yang berbunyi seperti di atas dari ex-coursemate masa degree dulu. Nak masuk 2 tahun jugak tak berjumpa. Masing-masing sibuk dengan life masing-masing. Sibuk dengan kerjaya bagi yang dah memasuki alam pekerjaan. Sibuk dengan keluarga bagi yang dah berkeluarga dan sibuk dengan pengajian bagi yang sambung study. Kalau dulu masa masih lagi study, masing-masing sibuk dengan assignments, aktiviti dan juga program-program di kampus. Agak kurang jugak spent masa bersama. Bila masing-masing dah graduate, rindu pulak nak hang out sama-sama macam dulu-dulu. Tapi sayang, tak dapat nak join plan berbuka bersama ni, I dah terbang balik menyeberang Laut China Selatan. Sedih. 

p/s : Lain hari, lain waktu. Ada jodoh ketemu lagi.

24/07/2013

Wordless Wednesday : Kuih? Kueh? Kuih Muih?


Wordless Wednesday : Argh, stress!



23/07/2013

Cara pelik untuk mengenalpasti jantina kucing.

Baru je baca entri Cik Nor yang INI siang tadi dan sekarang virus itu menjangkiti diri. Blank tak ada idea nak buat entri. Apa-apapun, I tinggalkan uolls dengan gambar yang I culik dari FB Nuffnang


Apa perkara pertama yang terlintas di fikiran anda bila tengok gambar di atas? Ada siapa-siapa yang nak try?

Kad Raya + Bookmark + Sticker dari Duniashida.com

Menghabiskan petang dengan menonton drama Korea. Oh itu sudah biasa. Keluar ke ruang tamu mencari Abang Handsome dan Kakak Cantik untuk diganggu tidurnya tiba-tiba terpandang sesuatu di atas meja. Kenapa rasa macam ayat ni tunggang langgang? Kesah, janji orang faham. Ada satu sampul surat dengan nama sendiri. Belakang sampul tertulis " Top Komen Bulanan Blog Shida :) ". Tak buka lagi dah tau dah siapa pengirimnya. Isinya seperti berikut,


Ada kad raya, dua bookmark dan satu sticker dari blogger Shida. Siap ada kartun favourite adik bongsu Chipmunk, The Adventure Time with Finn and Jake. Kena sorok betul bookmark ni, nanti kena kebas dengan adik. Thanks Kak Shida.

Sekadar gambar hiasan

22/07/2013

Despicable Me 2 : Minions Song - Underwear (I Swear)

Ramai yang berangan nak jadi minion rupanya. Hasil daripada kaji selidik yang dilakukan dalam entri INI. Chipmunk memang cakap kat En. Barney, nak tengok Despicable Me 2. Cuma tak adalah part hentak-hentak kaki tu. Berjaya jugak tengok walaupun mata mengantuk gila time tu. Demi minions sekalian, ku harungi jua kemengantukan yang melanda. Cuma I tak lah obses sangat dengan minions ni sampai pergi rempuh McDonald pagi-pagi buta semata-mata nak dapatkan patung tu je. Lainlah kalau minions yang betul-betul kan.

Part yang paling I suka adalah part last sekali, di majlis perkahwinan Gru dan Lucy.  Lagu I Swear (Underwear) tu. Part ni memang sakit perut gelak. Ni ada video lagu tu, siap dengan lirik lagi. Boleh lah ikut minions tu nyanyi sekali.


So, siapa yang tak tengok lagi boleh lah serbu pawagam yang berdekatan. Chipmunk tak sure pulak cerita ni ditayangkan sampai bila. Bawa anak-anak, adik-adik, kakak-kakak sekali. Nak bawa sekampung pun boleh. Puas hati tengok benda alah kuning yang comel tu.

Rindu Awak 200% - Liyana Zahim

First of all, nak bagitau. I dah sampai kat rumah dengan selamatnya petang semalam. Tak sempat nak blogwalking. Melayan karenah Kakak Cantik dan Abang Handsome yang makin hari makin nakal dan makin gemok! Lepas tu habiskan novel yang I baca dalam flight semalam. Dalam flight kalau tak ditemani senaskhah novel seolah-olah tidak sah perjalanan itu. Kali ni novel dari seseorang yang Chipmunk kenal di dunia maya ini yang juga merupakan seorang blogger. Novel fresh dari oven lagi tu tau. 


Sabtu lepas pergi Midvalley, kawan pesan suruh beli Sticky Candy. Nak bawa balik Miri. Singgah MPH dulu sementara tunggu waktu berbuka. Pusing-pusing rak buku sambil cuci-cuci mata cari novel best-best tiba-tiba ternampak pulak novel ini depan mata. Before ini ada terbaca Kak Liyana potpetpotpet kat Facebook katanya keluar August nanti. Tapi dah jumpa, rembat saja lah. Nak tunggu apa lagi. By the way, I is malas nak taip balik sinopsis Rindu Awak 200%. Boleh rujuk gambar di bawah.

Klik untuk lebih jelas.

Yang paling I suka, heroin nama Aisya okay. Ini sudah masuk part verangannnn. By the way, cerita ni tak lah berat sangat. Santai je. Comel-comel gitu. Kalau tengah pening-pening kepala tu tapi gatal jugak nak baca novel, I rekomen novel ni untuk uolls baca. Tak payah kerut-kerut dahi untuk digest every word dan story line. Just baca ikut flow saja. Ada ke yang baca lompat-lompat chapter? Konflik cerita pun hanya berkisar tentang suami isteri yang tak ngam tu je. Kurang penglibatan orang ketiga. Cuma dah nak dekat pengakhiran cerita baru ada campur tangan orang ketiga sikit yang nak merosakkan rumah tangga orang. Haih, tak elok punya perangai.

I told you, ini novel fresh punya dari oven. Boleh try cari di kedai buku berdekatan. Kalau nak beli terus dari Kak Liyana Zahim pun boleh jugak. Bole PM beliau di SINI. Kot-kot lah dapat diskaun ke. Hiks.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...