31/10/2012

Wordless Wednesday : Taman Wetland, Putrajaya

 Ini adalah entri tertangguh sejak 2 minggu yang lepas. Harap maklum.















30/10/2012

Ouch! Panas.

Entri ini sebenarnya sambungan kepada entri sebelumnya, yang INI. Tapi kejadian ini terjadi sebelum kejadian entri sebelumnya, juga entri INI.

Kelmarin lepas decide nak pergi ambik gambar, Chipmunk ajak lah En. Barney pergi Alamanda. Bangi - Putrajaya bukan jauh mana pun, sekangkang kera pun tak lepas. Ini tipu. Cakap lah kat En. Barney, teringin nak makan sizzling kat Food Court Alamanda tu. Memandangkan En. Barney pernah bagitau yang sizzling kat situ sedap. Itu kisah 4 tahun lepas. Nak masuk tahun kelima Chipmunk duduk Bangi ni, sekali dua je pernah merasa makanan kat Food Court Alamanda ni. Jadi kelmarin, apa salahnya kalau nak mencuba sesuatu yang baru kan. 

Kitorang sampai je semalam, tengok-tengok panjang betul barisan depan tempat sizzling tu. Tapi teringin nak merasa punya pasal, gigih beratur. En. Barney la, Chipmunk macam biasa goyang kaki kat meja makan like a boss. Elok sangat lah perangai tu! Tak tau la berapa lama masa kitorang menunggu tu, hasilnya dapat lah ini...

Black Pepper Beef

Ini En. Barney punya. Beliau ni memang hantu Black Pepper pun, cukup suka. Chipmunk ada jugak rasa sikit. Black Pepper tu memang pekat. Patut la cepat je licin kan. Chipmunk baru habis kunyah seketul daging. Bila nak ambik seketul lagi sebab sedap, tengok-tengok semua dah lesap!

Black Sauce Chicken with Mushroom

Yang ni pun sedap jugak. Cuma kalau kuah dia lagi pekat, memang lagi sedap lah. Tapi yang tak bestnya mushroom tu ada satu je. Kalau dua acceptable lagi, ni satu je. Tak puas pulak. Tapi ayam ada banyak la, dalam 3-4 ketul kot. Ni Chipmunk ambik yee mee, tak cepat sangat kenyang. Kalau ambik mee, memang En. Barney je la yang sapu habis. Yang ini, Chipmunk tak larat nak habiskan.


Seminit sebelum semuanya lesap di depan mata, sebab masing-masing dah kelaparan. Sebut pasal harga pulak, adalah dalam RM6.50-RM8.50. Kalau tak silap lah. Tapi memang kurang dari RM10. Chipmunk memang suka sizzling. Berasap-asap je bila panas-panas kan. Dengan bunyi kuah mendidih lagi. Suka pulak dengar. Haha!

Ni baru dua Chipmunk dan En. Barney try. Next time nak try yang lain pulak. Baca menu macam sedap je.

29/10/2012

Perlu sangat ke bergambar?

warning : Ini entri penuh gambar. Mungkin akan mengalami alahan pada mata. Sakit mata mungkin. Sila ambil langkah berjaga-jaga.

Chipmunk ni sebenarnya jenis yang tak berapa gemar bab-bab bergambar ni. Tapi bila mood bergambar tu sampai, ambik kau. Silap haribulan boleh kalah Gisele Bundchen tau. Ha, mampu nak lawan? Ehem, perasan mode sudah mari. Maybe tak fotogenik kot, susah nak dapat gambar yang perfect. Nak perfect sangat sampai 10 tahun akan datang pun susah nak dapat makcik oi!

Jadi bila orang tanya "Mana gambar konvo? Nak tengok." Memang Chipmunk akan jawab lah, tak ada gambar konvo pun macam orang lain. Snap sana, snap sini. Dan percaya lah, dalam kamera Chipmunk ada satu gambar ni saja. Satu-satunya gambar yang En. Barney ambik pada hari kejadian. *Tolak gambar failed dan candid yang entah apa-apa*


Gambar ni Chipmunk pernah letak dalam entri INI. Tapi yang ni dari kamera sendiri. Ini lah kawan rapat Chipmunk masa 1st year dulu. Alhamdulillah, sekarang pun still kawan lagi cuma tak boleh lah nak serapat dulu. Bila masuk 2nd year beliau terpilih menjadi finalis Gadis Melayu, dan lepas tu sibuk dengan kerjaya dalam bidang media/hiburan ni. Tambah pulak sekarang beliau dah bertukar status dari Cik ke Puan dan Chipmunk pulak sibuk dengan study. Jadi tak dapat nak tido sebantal, makan sepinggan macam dulu. Tak payah nak hiperbola sangat ye. Dalam entri lepas ramai yang tanya kat sebelah tu retis ke? Siapa yang follow rancangan Gadis Melayu musim kedua di TV9 atau tak pernah miss tengok rancangan Bersamamu di TV3, maka anda kenal lah siapa beliau.

Okay, berbalik semula ke cerita pasal gambar konvo. Memandangkan ada yang tanya Chipmunk mana gambar konvo jadi petang tadi, Chipmunk ulang.. PETANG TADI selepas seminggu baru Chipmunk dan En. Barney gedik-gedik nak ambik gambar. Nasib baik tak pulangkan jubah lagi. Kalau tak, memang satu gambar kat atas tu je lah yang ada. 

Smurf tu adik bongsu Chipmunk yang pilih. Motif pilih smurf sebab nak bagi adik Chipmunk nombor 2 tu jealous. Punya lah baik betul perangai. 

Segan tau! Tiba-tiba pakai jubah dan topi konvo entah kat mana-mana entah.

Jangan tertipu. Kat dalam benda biru tu kosong lagi sebenarnya.

 Ha, siapa tau kat mana tempat ni? :P

Malu!!

 InsyaAllah, tahun depan kita konvo sama-sama ye! =)

Degree dah lepas. Master pulak dalam progress.

Itu tandanya sudah penat. Gigih tau turun naik tangga pakai heels tu.

 Selepas cubaan yang ke 646 kali. Okay, tipu.

Okay, saya penat!

 Kenapa Chipmunk tak buat gaya titanic kat atas batu tu eh? Boleh verangannn naik kapal besar kejap. Padahal atas batu je pun, bukan tinggi mana pun.

Tak tau kenapa paling suka gambar yang ni. :D

p/s: Ini je yang ada, kalau ada yang tanya nak tengok gambar lain tu minta maaf lah. Memang ini je gambar yang ada.

28/10/2012

Blog Review : Miz Ruha

Hari ini nak buat review lagi. Malas sebenarnya. Tapi kena gigihkan jugak. Tinggal dua lagi ni. Tapi tu belum review yg simple-simple lagi. Maaflah, lately ni busy pulak plus mood pun macam nak tak nak je menaip entri.



Ha, ini adalah salah seorang dari kakak-kakak manis lagi ayu yang Chipmunk suka terjah dan suka komen entri-entri beliau, Miz Ruha. Kak Ruha ni aktif jugak mengupdate blog. Kadang-kadang Chipmunk pun tak terkejar nak mengomen. 


Yang tu header. Simple but sweet. Kak Ruha minat warna hijau ye? Ada orang blog warna lain tapi warna tu bukan warna favourite dia pun, sebagai contoh yang tengah menaip ni entri ni *tunjuk diri sendiri*. Kenapa Chipmunk tanya, sebabnya bila masuk blog Miz Ruha automatik mata akan jadi warna hijau. Tak percaya? Cuba klik header kat atas tu, tengok sendiri blog beliau. 

Apa yang kita boleh jumpa kat blog Miz Ruha? Soalan ni, sangat susah nak jawab tau. Sebab ada macam-macam! Cakap je nak apa. Tips? Fakta? Kisah peribadi? Segmen/Giveaway? Semua ada, lengkap. Tak percaya, pergi selongkar sendiri. Yang paling penting, ada ini......

Nak panggil cerpen atau mini novel ni eh? Mana-mana pun boleh lah kan? Chipmunk bagi sinopsis lah sikit ye. 

Cerpen ni mengisahkan tentang Meon yang nak kahwin dengan girlfriendnya. Tapi ada je halangan. Contoh macam rumah girlfriend hilang lah, phone tertukar lah. Pendek cerita memang ada je yang menghalang Meon ni. Tapi adakah Meon berjaya jugak bertemu dan berkahwin dengan kekasih hatinya di pengakhiran cerita? 

Ha, yang tu kena tunggu Miz Ruha habiskan cerpen Mak, Aku Mahu Kahwin!! ni dulu lah. Tapi seronok lah, kelakar pun ada. Kalau nak baca cerpen ni, cari je kat sidebar macam yang Chipmunk tunjukkan dalam gambar di atas. Tapi sebelum tu, harus lah terjah blog hijau ni dulu. Senang je nak cari apa yang Chipmunk tunjuk kat atas tu, sebab blog Miz Ruha ni simple je, kemas dan tersusun lagi. Tambah pulak cepat je loading. Jangan risau, tak ada lagu atau widget-widget yang menyerabutkan. Pokoknya, boleh singgah lama-lama dengan hati yang senang dan juga tenang.


26/10/2012

Blog Review : DuniaWilma[Dot]Com

Mula-mula sekali MAAF! Chipmunk ni asyik-asyik maaf saje kan. Silap haribulan nanti boleh sinonim dengan perkataan maaf tu. Someone dulu pernah kata, perkataan maaf ni tak boleh nak guna selalu sangat. Sebab bagi beliau maaf tu sangat lah tinggi darjatnya sehingga kalau selalu digunakan perkataan maaf tu jadi suatu perkataan yang tiada ertinya lagi. Tapi bagi Chipmunk, perkataan maaf yang ikhlas dari hati itu menunjukkan seseorang individu tu sentiasa merendahkan dirinya di hadapan individu lain. 

Okay-okay. Lupakan perkara di atas dan balik semula ke perkara pokok yang ingin disampaikan. Chipmunk ni dah kenapa formal sangat ni! Pengaruh subjek Etika Alam Sekitar lah ni. Hari ni Chipmunk nak langsaikan hutang blog review untuk Teka Gambar dan Review Part III bulan lepas. Bulan lepas ye! Elok sangat perangai tangguh-tangguh ni. Haish. Before kita tengok blogger mana yang bertuah, Chipmunk nak tunjuk gambar yang Chipmunk suruh teka tu.. 


Kenapa Chipmunk rasa macam tak pernah pulak explain apa benda ni eh? Dalam Jawapan Teka Gambar dan Review Part III pun Chipmunk just tunjuk gambar je. 

Ni sebenarnya Expanding File. Ikut yang tertera kat file tu lah. Tapi blogger yang jawab file yang ada banyak-banyak bahagian atau yang sewaktu dengannya tu Chipmunk terima jugak lah. Dan untuk kali ni blogger tersebut adalah....



Tengok header di atas mesti ramai yang dapat agak Sis Wilma ni ada di mana kan? Sama ada Sis Wilma berasal dari Sabah yang tu Chipmunk tak berapa tahu lah. Tak sempat lagi jadi wartawan, nak temu ramah beliau. Taknak cerita lebih-lebih tentang tuan punya blog. Kalau nak tahu lebih lanjut boleh tanya beliau sendiri. Hehe. 

Chipmunk tengok blog Duniawilma.com ni dah hampir setahun jugak, since november 2011. Yang Chipmunk sempat selongkar, Chipmunk jumpa banyak tips tau. Tak kisah lah tentang apa sekalipun. Di sidebar sebelah kiri, boleh nampak bahagian categories. Nak baca tentang apa, klik je kat situ. Entri kebelakangan ni Sis Wilma cerita tentang tempat menarik di Kundasang iaitu Kundasang War Memorial. Setakat ni ada 3 Part, tak tau la kalau ada lagi part yang menyusul lepas ni. Ada banyak gambar tau. Sila lah terjah blog beliau kalau nak tengok gambar-gambar tu. Klik saje header di atas. Baca entri tentang tempat menarik kat Sabah ni buat Chipmunk makin geram pulak nak jejakkan kaki ke Negeri Di Bawah Bayu ni sebab Chipmunk tau yang Sabah ni banyak tempat cantik-cantik. Betul tak? Biarpun dulu pernah duduk setahun kat Labuan, tak pernah pulak plan nak ke KK atau tempat-tempat lain di Sabah. InsyaAllah, satu hari nanti Chipmunk akan sampai jugak. Kot-kot lah nak pergi honeymoon ke. Eh!

Pandangan peribadi Chipmunk lah kan, blog ni sangat simple! Bukan bermaksud simple yang tak best tau. Simple yang Chipmunk suka. Tak ada widget itu ini yang buat blog makin berat. Kemas dan tersusun je. Cuma nampak crowded sikit lah. Tapi Chipmunk tak jumpa pulak kotak follower. Ni pendapat Chipmunk lah, terserah pada tuan punya blog tu sendiri. Kalau ada kotak follower senang sikit blogger lain nak follow. Chipmunk nak follow tapi scroll atas bawah tak jumpa lah pulak. Memang tak ada atau tersembunyi atau memang Chipmunk yang tak jumpa ni?

Apa-apapun, jom terjah Duniawilma.com ni sama-sama. Chipmunk nak tengok tips apa lagi yang ada. Kot-kot lah boleh praktikkan ke. Selain daripada tips yang ada, ada banyak lagi entri-entri yang menarik. Chipmunk dah selongkar sikit-sikit apa yang ada. Nak sambung balik lepas ni. Nak ikut tak?


p/s : Kalau tak silap tinggal 2 review lagi perlu Chipmunk buat ni.

Sudah terang lagi bersuluh.. Ini Hantu!

Warning : Entri ini adalah salah satu daripada berdozen entri yang tertangguh

Al-kisah....

14 Oktober yang lepas birthday En. Barney. Jadi, macam biasalah dan macam orang-orang lain jugak Chipmunk mesti fikir nak bagi hadiah apa lah birthday orang tu nanti kan. Memandangkan Chipmunk agak busy dengan study tambah pulak dengan urusan pinjam jubah untuk konvo lah, pergi sana pergi sini untuk settlekan segala macam hal-hal berkaitan maka Chipmunk malas nak fikir jadi Chipmunk order la something dari someone. Chipmunk sebenarnya pernah order something like that tapi dekat orang lain lah. Tapi, tak kisah lah sebab something tu memang something yang En. Barney suka. Pendek cerita memang hantu lah! Tapi bukan hantu sebarang hantu tau. En. Barney memang pernah disalah anggap sebagai hantu pun. Boleh klik SINI untuk baca. Itu cerita hantu lain, tapi yang ni.....
 .
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Hantu Coklat!
 Bukan En. Barney sorang je. Chipmunk pun hantu jugak! Hantu coklat eh.


Yang ini hadiah masa 1st time sambut birthday En. Barney dan serius Chipmunk tak ingat order kat siapa. Yang penting online jugak lah. 


Yang ini En. Barney yang hadiahkan. Dan sudah selamat sampai ke destinasi yang hendak dituju. Chipmunk pernah cakap dalam entri yang INI Chipmunk sayang sangat nak makan kan. Tapi nak tak nak kena makan jugak. Dah orang tu tak habis-habis buat ayat tacing kata kita ni tak sudi nak makan coklat yang dia bagi.

Dan untuk hari jadi En. Barney tahun ni, Chipmunk hadiahkan ini....
.
.
.
.
.
.
.
.
Boleh cari FB yang tertera dalam gambar tu kalau nak tengok banyak lagi gambar coklat yang comel-comel

Yang ini khas dari Chic Na. First of all thanks sebab bagi pinjam gambar dan yang kedua thanks sebab buatkan coklat yang sangat comel! Chipmunk dan En. Barney memang tertarik dengan coklat orang lidi tu. Chic Na pernah buatkan entri tentang gambar di atas. Boleh tengok kat SINI ye. Mostly yang order coklat dari Chic Na mesti blogger jugak kan? Kalau ada yang terasa nak mengorder jugak tu boleh la terjah blog Chic Na. Tapi lebih baik contact beliau melalui FB, reply pun cepat je.


p/s : esok wajib buat review yang dah lama tertangguh ni. Haish!

25/10/2012

Spontaneous Thursday : Manusia yang Sempurna

Sangat susah untuk berurusan dengan manusia yang tidak mahu menerima pandangan orang lain ni.
Hanya dia seorang yang betul, dia seorang yang sempurna.

Dinner sambil ditemani lampu meja. Seronok sangat bila lampu bilik rosak time banyak sangat kerja nak disiapkan. Tunggu Isnin la jawabnya nak buat report.

22/10/2012

Asyik-asyik MAAF. Bosan lah!

Maaf ye blogger-blogger sekalian kerana tidak mampu untuk membalas semua jejak dan membalas semua komen yang ada. Tersangat busy buat masa sekarang. Tunggu bila lapang sikit nanti akan start membalas semua jejak yang ditinggalkan. InsyaAllah. 

Thanks Joe untuk gambar comel ini!

Alhamdulillah, dapat jugak janji kita masa Tahun Pertama di UKM dulu untuk grad sama-sama tercapai kan. Biarpun agak ketinggalan berbanding mereka bertiga. Alhamdulillah, memulakan hari-hari pertama di UKM bersama-sama. Menamatkan pengajian ijazah sarjana muda di UKM secara rasmi pun bersama-sama. Syukur.

p/s : Siapa tahu kat sebelah Chipmunk tu siapa? Siapa boleh teka dengan tepat, maka beliau memang seorang yang bijak. :-P
 

19/10/2012

Ajarkan dia terbang....

Sambil ditemani secawan Teh Susu Putih 3 in 1 Old Town White Coffee sebelum menyiapkan diri untuk ke kelas jam 10.00 pagi. 

Tak ada mood nak blogging!
Tak ada mood nak konvo!
Tak ada mood nak ke kelas!

Mana dia lari?
Boleh?
Tolong carikan untuk saya?







Boleh tolong ajarkan Cik TengTeng terbang?

 


Boleh saja! Gaya apa yang kamu mahu belajar?






....Mahu terbang juga, lari dari semua....

17/10/2012

Wordless Wednesday : Lagi 4 Hari




16/10/2012

1st Giveaway by Wani Izzati

Tak ada mood la pulak nak taip entry panjang-panjang. Jadi hari ni nak join satu Giveaway ni lah. Macam biasa, yang simple-simple sahaja. 


Kalau nak tengok syarat-syarat dan apakah hadiah yang comel-comel tu, boleh lah klik SINI. Takpun, banner di atas. Syarat sangat simple. Jadi tunggu apa lagi, jom la join sekali. 

Tarikh Tutup : 26 Oktober 2012

p/s: Simple dan mudah kan?

15/10/2012

Movie Review : Stolen

Mula-mula nak minta maaf. Semalam tak sempat pulak nak online, reply jejak, blogwalking and komen-komen. Seharian tak ada kat bilik. Berfoya-foya menyambut birthday En. Barney. Berfoya-foya lah sangat.

So, macam yang Chipmunk pernah bagitau dulu. Tengok wayang dan jadi rutin setiap kali sambut birthday ni. Selalu kalau nak sambut birthday En. Barney, Chipmunk akan pilih nak tengok movie apa tanpa pengetahuan En. Barney. Kiranya macam surprise lah konon, tak bagitau nak tengok movie apa. Cuma bagitau En. Barney nak tengok wayang pukul berapa. Lagipun Chipmunk beli tiket wayang online je. Jadi bila En. Barney datang collect tiket baru tau movie apa yang nak ditengok. Tapi kalau birthday Chipmunk haruslah Chipmunk yang pilih nak tengok movie apa. *wink*



Nicolas Cage, itu favourite actor Chipmunk dan En. Barney. Dan tambah pulak En. Barney memang minat movie yang genre macam ni. Memang tepat sangat la movie ni.

Will Montgomery (Nicolas Cage)

Movie ni mengisahkan tentang seorang perompak berprofil tinggi, Will Montgomery (Nicolas Cage). Will mempunyai seorang anak perempuan, Alison (Sami Gayle) yang beliau memang sayang sangat-sangat lah. Tapi Will ditangkap dan dipenjarakan selama 8 tahun selepas misi beliau dan rakan-rakannya untuk merompak 10 juta US Dollar dari sebuah bank gagal. Kegagalan misi tersebut mengundang dendam kepada salah sorang rakan Will, Vincent Kinsey (Josh Lucas) yang memalsukan kematiannya sendiri supaya semua orang percaya yang Vincent ni dah mati. Pada hari Will keluar dari penjara, Vincent merancang untuk menculik Alison dan menyembunyikan Alison di dalam but teksinya dan kemudian meminta wang tebusan sebanyak 10 juta US Dollar yang bermaksud wang rompakan yang dipercayai telah disembunyikan oleh Will sebelum beliau ditangkap. Ini memaksa beliau untuk pulang ke jalan lama yang salah dengan bantuan bekas rakan kongsinya, Riley Jeffers (Malin Akerman). Itu pun selepas kata-kata beliau tidak dipercayai Tim Harland (Danny Hutson) Ketua FBI yang ditugaskan untuk memerhati dan menangkap Will 8 tahun lepas. 

 Vincent Kinsey (Josh Lucas)

Agak-agaknya lah kan, dapat tak Will Montgomery menyelamatkan anaknya? Dan mana Will nak dapatkan wang tebusan sebanyak 10 juta US Dollar bila masa yang diberikan hanya 12 jam sahaja? Bagaimana Vincent Kinsey memalsukan kematiannya bila dirinya sebenar masih lagi bergerak bebas dan bekerja sebagai pemandu teksi? 

Alison (Sami Gayle)

Cerita ni best lah. Serius masa diorang merompak tu, mata Chipmunk ni macam kena gam je dekat skrin. Tak boleh nak pandang kiri kanan. Terkagum sekejap dengan cara diorang merompak. Dah kata perompak profil tinggi kan. Dan ending tu, sangat suspens. Takut je Will ni mati dibunuh. Tapi adakah Will terbunuh dalam misi menyelamatkan anaknya dari Vincent? Ha, yang tu kena tengok lah sendiri ye. Movie ni baru lagi keluar. 11 Oktober yang lepas.

Riley Jeffers (Malin Akerman)

p/s : Nak update pasal Taman Wetland Putrajaya nanti. Cantik!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...