10/10/2012

Blog Review : Pilot Lover

Sambung lagi sesi review blog ni. Nak buat semalam tapi balik lambat pulak dari tengok adik-adik Kelab Tarian Sanggar Citra praktis untuk pertandingan masa Pesta Konvokesyen nanti. Nanti Chipmunk buat entry lain promote Pesta Konvo 2012 pulak.

Kali ni, Chipmunk nak review blogger yang bernama Naz, jugak dikenali sebagai Pilot Lover. Tau tak, dulu Chipmunk berangan sangat nak boyfriend pilot tau. Gara-gara terpengaruh dengan novel Adam dan Hawa lah! Tu cerita lama, zaman sekolah dulu-dulu. Masuk universiti pun berangan lagi nak dapat boyfriend pilot, sekali ambik kau. Dapat boyfriend budak Sains Nuklear. Sains Nuklear sangat En. Barney tu sampai mimpi-mimpi pasal bom kan? Ehhhhhh, melencong pulak.


Blog ni Chipmunk nak cakap, ala-ala retro tau. Dengan background jalur-jalur yang warna-warni. Sangat ceria. Kita yang masuk ni pun ceria-ceria je. Loading pun cepat walaupun banyak gambar. Cuma satu la nak pesan buat blogger-blogger yang tak suka blog yang ada lagu. Blog Cik Naz ni ada lagu. Lagu dari seberang rasanya. Chipmunk jenis yang suka mute laptop. Jadi kalau termasuk mana-mana blog yang ada lagu tu Chipmunk tak kisah sangat. Cuma pernah la sekali dua, terlupa nak mute laptop masa blogwalking tiba-tiba termasuk blog yang lagunya boleh buat orang sakit jantung mati terus. Tapi jangan risau, lagu blog Cik Naz ni memang boleh layan. Lagi-lagi masuk blog yang ceria gitu dengan lagu yang macam tu, rasa tenang la pulak.

Tu cakap pasal blog, nak cakap pasal header pulak. SERIUS COMEL GILA! Tak percaya? Tengok ni.....


Cakap pasal isi blog, Sekarang Chipmunk tengah selongkar-selongkar lagi apa yang ada. Terbaca pulak kisah Cik Naz kat MRSM. Dan teringat pulak kenangan masa masuk MRSM dulu. Tambah pulak En. Barney pun budak MRSM jugak, selalu la dia cerita kisah-kisah zaman dia kurus lagi tu. Tapi Chipmunk mampu bertahan kejap je, dalam satu penggal. Biasa lah budak-budak lagi. Masa Form 1 dulu, Miri-Kuching pun jauh yang amat. Last-last bapa ambik, bawa balik dan masuk sekolah lama balik. Alhamdulillah, sekolah kat mana-mana pun result PMR boleh senyum sampai ke telinga dan SPM pun syukur mampu untuk membolehkan Chipmunk jejakkan kaki di bumi UKM sehingga ke peringkat sarjana. Ehhhh, menyimpang lagi...

Sebelum Chipmunk melencong lagi jom lah teman Chipmunk selongkar blog Cik Naz ni. Boleh klik header kat atas tu ataupun klik SINI. Chipmunk ada baca first post beliau yang bertarikh 15 April 2012. Tapi susah pulak nak baca, sebab tulisan putih. Memang tulisan tu putih ye? Untuk Cik Naz, mudah-mudahan tercapai jugak impian nak dapatkan pilot license tu dan mudah-mudahan berjumpalah Mr. Pilot seperti yang diidamkan. Hehe.

p/s : Ada 4 lagi jawapan tepat yang Chipmunk kena buat review. Siapakah yang bertuah tu? Tunggu...

32 comments

10/10/2012 01:27:00 am

comel je header die...

10/10/2012 02:24:00 am

pilot lover..teringat abam aaron..hewhewhew~

10/10/2012 03:10:00 am

sis pun selalu mute lappy masa bw..nak-nak sis ni bw tengah malam...kang satu rumah bangun..hehe

jap nak terjah :)

10/10/2012 03:14:00 am

salah satu cita2 masa kecik dulu nak jadi pilot tp sbb masa sekolah dulu belajar main2, skrg mampu jd pilot kapal terbang kertas jer...hehe

10/10/2012 06:55:00 am

tak suka blog yang ada lagu... even lappy tak keluar sound *kalau pakai earphone baru dengar* tapi akan keluar untuk download lagu tu..
kalau banyak blog buka and ada lagu, memang banyak lah juga popup untuk download keluar..

--> siapakah 4 insan bertuah itu? adakah kak termasuk? harus tunggu ni.. ^_^

10/10/2012 07:08:00 am

haha.. parah tu sampai mimpi bom.
nak terjah la. :)

10/10/2012 07:42:00 am

Comelnye Header dia..^^

10/10/2012 09:13:00 am

@Nisa Greennnpanda

kan kan kan.. hehe

10/10/2012 09:15:00 am

@miss fluffy

hahaha.. sama la kite!

10/10/2012 09:15:00 am

@puteri kasih

itu la sis.. lg klau buka tab bnyk2 tu.. jd lagu ape dah tu..

10/10/2012 09:17:00 am

@kaishin

takpe.. pilot kapal terbang kertas pun macho jugak.. hahaha. :P

10/10/2012 09:18:00 am

@miz ruha

yg download tu pun mengganggu jugak.. huhu..

10/10/2012 09:18:00 am

@Chic Na

dah itu je yg dia belajar.. tu yg termimpi2 tu kot. hahaha..

10/10/2012 09:19:00 am

@LiLy @ MaMaQiStInA

comel kan.. dah la warna warni lg tu.. hehe

10/10/2012 01:35:00 pm

wahhh nakk terjahh :D hehe

10/10/2012 06:56:00 pm

comey header ni..terjahh la..

10/10/2012 08:58:00 pm

kmk mok jadi stewardess, hehe~

10/10/2012 09:41:00 pm

untung laaa blog yg kena review...teringin nak kena review,tapi xpernah org nak review..muehehehe..pepepun blog2 ni sumanya OHSEM! i loike :D

10/11/2012 12:23:00 am

Terjah!! Hee

10/11/2012 06:26:00 am

comel je header...
sebb cik aisya yg review..yaya nk g trjah sat...
hehe ;p

10/11/2012 09:23:00 am

@Detective Fiqa

nk ikot.. hehe

10/11/2012 09:23:00 am

@azizah :)

comel kan kak.. hehe

10/11/2012 09:24:00 am

@Michelle Hopell

boleh jd stewardess flight kmk MYY-KL camtok.. hehe

10/11/2012 09:24:00 am

@Santan Manis

insyaAllah, nanti ada jugak yg review tu.. :)

10/11/2012 09:25:00 am

@Sally Yatiey

jom! hehe

10/11/2012 09:25:00 am

@Cik Yaya

haha. pun boleh mcm tu. hehe

10/11/2012 12:24:00 pm

xkenal lg blog pilot lover..nk terjah hehee :)

10/11/2012 01:36:00 pm

Pilot Lover...menarik gaya yer.tgk jap lah :)

10/11/2012 09:12:00 pm

@shidaR

hehehe.. sila2.

10/11/2012 09:12:00 pm

@ayut

tgk jgn tak tgk. hehe

11/17/2012 07:31:00 pm

Ya Allah naz tak perasan langsung yg sis ada buat review pasal blog naz.. thank u so much sis.. tetibe terharu... ^_^ seriously appreciate it.. thanks sgt3 ^_^

11/18/2012 09:33:00 am

@PILOT LOVER

it's ok.. =)
same2!
XD

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...