29/04/2013

Review : Iron Man 3


Siapa yang tak tengok Iron Man 1 dan 2? Aku rasa majoriti visitor page nie mesti tengok dah cerita nie. Sekarang nie nak review pula pasal Iron Man 3. Iron Man 3 nie adalah satu filem keluaran Marvel Comics dan salah adalah filem yang meletup sehinggakan dapat sambutan yang menggalakkan.



Cerita Iron Man 3 nie mengisahkan negara Amerika yang diancam oleh pengganas yang bernama The Mandarin (Ben Kingsley). Satu letupan demi satu letupan berlaku di bandar besar Amerika. Kemudian Tony Stark (Robert Downey Jr.) menjadi berang disebabkan perbuatan tersebut lalu mencabar si pengganas ini. Kemudian Maya Hansen (Rebecca Hall) muncul semula dalam hidup Tony Stark, manakala Pepper Potts (Gwyneth Paltrow) pula nak tahu apa kaitan Maya dengan Tony Stark nie. 'Letupan bom yang bukannya bom' nie masih menghantui rakyat Amerika. Apakah yang dimaksudkan dengan 'Letupan bom yang bukannya bom' nie? Nak tahu? Tengoklah Iron Man 3 nie.

siapa pula nie??

Review tentang cerita nie memang superb! Walaupun pada awalnya cerita Iron Man 3 nie macam slow sikit tapi bermotif. Sebab memudahkan kita untuk faham cerita nie. Jalan ceritanya menarik tetapi banyak menimbulkan persoalan yang tiada jawapan yang jelas.

Grafik tak payah cakap la. Memang awesome! Boleh dikatakan setiap grafiknya detail dan tak nampak cacat celanya (tak tahu la kalau orang lain sebab aku kusyuk tengok cerita nie). Dan ending cerita nie really unexpected. Kalau dah tengok cerita nie mesti tahunya apa yang tak terjangkanya. Overall cerita nie rating dia tahap 8.3/10 la. :)








Sumber : IMDb dan Google

Apa masalah Nuffnang ni?

Hai hai hai..
Maaf ye anda semua. Serius, minggu ni busy sangat. Busy dengan kerja. Busy meronggeng pun ya jugak. Akan try untuk reply jejak, reply komen dan semua-semua yang patut lah.

Malam nanti insyaAllah akan buat entri tentang movie yang Chipmunk tengok last saturday. Entri Autopublish lah tapinya. Ini ada satu soalan buat anda semua...


Selama dua tahun Chipmunk berblogging dengan blog ni, tak pernah sekali pun Chipmunk dapat BE. Tapi bila Chipmunk check Nuffnang tadi, ada 3 pulak BE yang dah dikreditkan kat situ. Padahal sebelum ni tak ada pun 3 kempen tu everytime Chipmunk check Nuffnang sebelum ni. Tapi hari ni ada pulak. Bila tengok tarikh, yang tahun lepas punya pun ada. Earningnya ciput bersen-sen je lah. Tak faham kenapa jadi macam ni. Chipmunk dah sent ticket kepada pihak Nuffnang, tanya tentang hal ni. Tapi haruslah belum dapat jawapan lagi.

Ada siapa-siapa yang pernah jadi macam ni atau ada yang boleh tolong explain tak?

p/s : Baru terfikir nak curang dengan En. Nuffnang sebab tak pernah bagi kita BE.

25/04/2013

Spontaneous Thursday : Janji Melayu


Cukup pantang dengan JANJI MELAYU.
Tolong lah berusaha sikit untuk ubah persepsi orang tentang diri kamu tu. Maaflah, dari kecil lagi saya memang dididik untuk menghormati waktu dan juga janji. 

Satu-satunya perkara yang mana saya tidak mengaku sesungguhnya saya juga berbangsa melayu. Segala kutukan yang membina dan juga menjatuhkan diterima dengan hati yang terbuka. 

Tiada kaitan dengan yang hidup ataupun telah meninggal dunia. Nasiblah kalau ada yang terasa. Sepuluh jari saya susun, pohon kemaafaan.

p/s: Boleh kata bukan melayu pure, ada sikit hybrid di situ.

24/04/2013

Wordless Wednesday : Oh My Thesis!



Yaya Craft Giveaway

Dah kena tag dengan Adik Siti Farhahnis untuk join GA INI. Nasib baik syarat simple je. Kalau tak mau meroyan jugak dengan line internet yang lagi teruk dari siput ber'catwalk' ni. Sesungguhnya I ni sangat memilih untuk join mana-mana GA. Kalau syarat tu berderet nak kena follow dan like tu maaflah. I ni busy woman, plus I guna WiFi Kampus yang hidup segan mati tak mahu ni. Mesti ada yang rasa macam nak lempang je perempuan ni kan? 

Syarat-syaratnya serius simple je. Boleh klik banner di bawah untuk keterangan lanjut.


Mangsa Keadaan : Kakak Cantik dan Adik Comel.

Tarikh Tutup : 30 April 2013

23/04/2013

Lagenda Bujang Senang dan mitosnya

Maaf, Entri panjang. 

Bujang senang adalah merupakan seekor buaya hitam putih gergasi yang telah hidup pada zamannya di sepanjang Batang Lupar di Sri Aman


Serangan buaya terkini yang dilaporkan di Sarawak sejak akhir-akhir ini adalah satu tragedi yang biasa berlaku sejak 1940-an lagi. Sarawak Bumi Kenyalang terkenal dengan keganasan buayanya sejak serangan yang terakhir Bujang Senang pada tahun 1992 yang menjadi lipatan sejarah Sarawak. Kemunculan buaya pemangsa baru, Bujang Seblak mengikut mentornya yang terdahulu iaitu Bujang Senang, Bujang Samarahan dan Bujang Tisak adalah seekor buaya gergasi hitam yang kini dipercayai masih mengganas dan terus mangsanya di sepanjang Sungai Seblak. Memandangkan tiada maklumat yang terperinci tentang Bujang Seblak yang kini telah membunuh 3 orang sejak tahun 2007

Ketika Bujang Senang mengganas dahulu, boleh kita dengar dari pelbagai lapisan masyarakat di Sarawak pada masa itu. Itulah Bujang Senang. Saya masih ingat lagi pada penghujung tahun 1984 sewaktu saya berumur 12 tahun bersama adik-beradik saya yang lain menaiki kapal Rajah Mas dari Kuching ke Sarikei kerana mengikuti ayah saya berpindah ke sana. Untuk makluman, menaiki Rajah Mas ke Sarikei mengambil masa 12 jam untuk sampai ke destinasi dengan bayaran RM10 seorang.

 Kapal Rajah Mas

Apabila cerita tentang kehebatan Bujang Senang ini disampaikan kepada saya, sedikit sebanyak telah menggerunkan jiwa saya kerana diberitahu buaya ini adalah sebesar sebuah bas ekspres dan sekiranya ia mahu ia boleh melibaskan Rajah Mas dengan ekornya sahaja dan memakan semua isi di dalam Rajah Mas ketika itu. Ia jugak digambarkan mempunyai sepasang mata yang besar dan merah menyala dan boleh melihat 1 km jauhnya. Perjalanan yang jauh ini diselubungi dengan cerita Bujang Senang menyebabkab saya tidak dapat tidur lena sehinggalah saya sampai ke destinasi.

Terdapat mitologi orang Iban mengenai Bujang Senang. Ia dikatakan jelmaan seorang lelaki yang dikenali sebagai Simalungun. Mengikut cerita dari orang lama-lama, Simalungun telah dibunuh dan seterusnya menjadi lagenda buaya putih yang mendiami Batang Lupar di Sri Aman. Sejak dari hari itulah dia telah bersumpah bahawa dia dan keturunannya akan mengganas. Adalah dipercayai Simalungun atau Bujang Senang ini telah mengganas selama 50 tahun (1941-1992) sebelum menemui ajalnya.

Bujang Senang adalah dari spesies Crocodylus porosus yang berukuran 20 kaki panjang dan mempunyai jalur putih dibelakangnya. Adalah dipercayai lebih kurang 100 orang telah jatuh ditangannya sepanjang ia bermaharajalela di Batang Lupar. Mangsa terakhirnya pada 22 Mei 1992. Seorang gadis Iban, Dayang anak Bayang dibunuh di Sungai Pelaban, satu lagi anak sungai Batang Lupar berhampiran Lingga di Bahagian Sri Aman. Buaya ini kemudiannya di tembak mati oleh beberapa penembak tepat polis dan pemburu Iban selepas memburunya selama 4 jam. Ia adalah buaya terbesar dan tertua yang pernah ditangkap di kawasan itu. Tulang rahang Bujang Senang telah disimpan di Jong Crocodile, Kuching. 

 Crocodylus porosus

Cerita keganasan Bujang Senang ini bermula pada tahun 1982 apabila reptilia itu membaham Penghulu Bangan dari Rumah Panjang Pali di Sri Aman yang pada waktu itu bersama abangnya Kebir sedang asyik menangguk udang di Sungai Sungga, cabang Batang Lupar sebelum beliau terpijak sesuatu di dasar sungai. Sepantas kilat, seekor buaya besar timbul dengan tubuh Penghulu Bangan di rahangnya. Kebir yang memerhati dari tebing terus terjun dan memeluk ekor buaya itu demi menyelamatkan adiknya tetapi tidak berjaya. Ketika itulah beliau menyedari buaya itu mempunyai belang putih dibelakangnya. Warna itu pula kelihatan berkilau-kilauan.

Klik untuk lebih jelas

Operasi mencari mayat Penghulu Bangan berterusan selama 5 hari tetapi cuma bahagian atas mayat sahaja yang ditemui. Berikutan itu, polis Sarawak melancarkan Operasi Buaya Ganas di semua sungai besar di negeri itu seperti Batang Sadong, Samarahan, Lupar, Layar dan Saribas

Batang Sadong, dari belakang rumah makcik Chipmunk di Kampung Selangking, Simunjan. Takkan berani letak kaki dalam air tu.

Operasi itu gagal dan Bujang Senang terus mengganas. Di antara tahun 1982-1991, sebanyak 13 orang telah menjadi mangsa kebuasan Bujang Senang walaupun mengikut cerita yang tidak dapat disahkan, ia telah mengganas sejak tahun 1941 lagi.

Kejatuhan Bujang Senang berlaku pada Mei 1992 ketika ia menyambar mangsa ke 14, Dayang anak Bayang (20 tahun), ketika gadis Iban itu sedang menyeberangi Sungai Pelaban bersama ibunya. Air Sungai Pelaban hanya sedalam paras pinggang tetapi sebaik sahaja ibunya menaiki tebing, satu deburan kuat secara tiba-tiba menyebabkan Dayang hilang dari pandangan. Abang Dayang, Enie Bayang dengan bantuan rakan-rakannya segera membantu, bersama mereka ialah Bomoh Mandau yang tidak henti-henti membacakan mantera. Setelah lebih dua jam, Enie menjumpai mayat adiknya yang masih sempurna di celah puing-puing di salah satu lubuk sungai itu. Dengan tidak disangka, kelibat buaya itu timbul semula dan Mandau segera melemparkan lembing ke arah kepala buaya tersebut namun lembing tersebut patah. Beberapa das tembakan yang dilepaskan Enie pulak gagal membunuhnya. Buaya itu lantas melarikan diri ke arah Batang Lupar namun terhalang oleh sebatang kayu besar yang merentangi mulut Sungai Pelaban.


Ketika itulah, penduduk dari 3 buah kampung iaitu Pelaban, Suduku dan Lingga mengepungnya. Sebanyak 40 das tembakan yang menggunakan peluru paku sepanjang 10 cm dilepaskan dan 22 daripadanya tepat di kepala haiwan tersebut. Akhirnya ia menemui ajal dan bangkainya diangkut ke rumah panjang yang mengambil masa 4 jam dari tempat kejadian.

Pada ketika itulah disedari di belakang buaya tersebut ada garisan putih dan dipercayai ia adalah Bujang Senang yang diperkatakan selama ini. Pengerusi JKKK Kampung Lingga, Awang Mahda Pengiran Mat mengesahkan buaya yang dibunuh itu adalah buaya jantan.

Katanya, orang yang membelah perut buaya tersebut menemui tulang dan rambut yang tidak dapat dikenalpasti (manusia atau binatang), timah dan tali nilon. Berukuran 18.5 kaki panjang dengan lilitan perut 6.9 kaki. Malangnya bangkai buaya itu kemudian dibuang begitu saja. 

Beberapa hari kemudian, kepalanya dikerat dan dibawa oleh Johnson Jong untuk tatapan umum di Jong Crocodile (sejak 1963) kepunyaannya yang terletak di Siburan. Johnson (65 tahun) percaya buaya itu adalah Bujang Senang seperti yang didakwa dan merupakan buaya pertama yang dilihatnya mempunyai jaluran putih di belakang.

Menurut sejarah, buaya telah wujud sejak 160 juta tahun yang lalu. Jalur putih di belakang buaya yang didakwa Bujang Senang itu berkemungkinan separa albino, ujar Dr. Charles Leh (Kurator Sejarah Zoologi dan Semulajadi Muzium Sarawak). 

Namun, masih ada yang mempertikaikan kesahihan Bujang Senang telah mati. Malah terdapat masyarakat Iban di sepanjang Batang Lupar percaya Bujang Senang masih hidup malah bersaiz lebih besar. Oleh kerana itulah, jika pukat mereka terjerat anak buaya, mereka segera melepaskannya sambil memohon maaf bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini berlaku pada mereka dan keturunan mereka. 

gambar dipetik daripada En. Google
sumber : INI

22/04/2013

The Ballroom on Magnolia Street by Sharon Owens

Chipmunk geram sebenarnya dengan line internet ni. Lembab mengalahkan siput "musuh ketat Angry Bird" tu. Membantutkan hasrat ku untuk menjengah kawan-kawan. Cewah! By the way Chipmunk dah habis baca novel English yang Chipmunk cakap Chipmunk tengah baca dalam entri INI tu.


The Ballroom on Magnolia Street

Shirley Winters is a daydreamer in love with vintage clothes and '80s music. She's also in love with gorgeous Declan Greenwood and can't believe her luck when her crush is rewarded with a swift marriage proposal. 

Older sister Kate, who enjoys collecting handbags and lovers with equal relish, is less than pleased with the news. There is no chance she is playing bridesmaid to Shirley's bride, so the rush is on to find  a husband of her own.

Handsome Johnny Hogan owns the ballroom on Magnolia Street and still pines for Marion, the woman he loved and lost many years ago. And when he finds out that Declan is the son Marion had by him, he insists on playing a major part in the wedding. But little does he realize that Kate intends making it Belfast's double wedding of the year.

Bagi Chipmunk novel ni nak kata menarik tak jugak, tak menarik pun tak jugak. Boleh lah untuk dibaca sebelum tido tu. Cerita tentang dua beradik ni, Shirley dan Kate Winters yang mana kakak (Kate) tu taknak si adik (Shirley) lebih daripada dia. Si adik pulak ikut je kata Si Kakak sampai lah bila Shirley nak kahwin dan Kate pun taknak kalah jugak! Kate ni agak boros sikit. Beli handbag itu ini, baju pun nak grand jugak. Bila Shirley nak kahwin, dia pun nak kahwin kalau boleh lagi awal dari Shirley. Parents dan boyfriend Kate hanya mampu geleng kepala je memikirkan kos yang perlu ditanggung untuk majlis perkahwinan tu nanti. Yela, dah orang tu nak semua benda yang grand. Haruslah ongkosnya pun grand jugak. Akhirnya Kate menjadi tertekan. Lain pulak kisahnya dengan Johnny Hogan atau popular dengan gelaran Hollywood Hogan. Hidup seakan-akan terperangkap dalam ruang masa semasa Marion Greenwood masih lagi buah hatinya walaupun Marion sekarang is happily married dengan Eddy Greenwood bersama tiga lagi anaknya (excluding Declan).

Ending novel ni? Nak tau kena baca sendiri lah. Hehe. Konklusinya, janganlah kita saling dengki mendengki sesama sendiri, khususnya adik beradik. Darah daging sendiri pun nak dengki jugak? Gaduh-gaduh tu biasalah, Chipmunk pun begitu dengan dua orang adik Chipmunk tu. Ini pesanan khas buat kaum wanita termasuk Chipmunk jugak lah, tak payah la nak boros sangat beli ini, beli itu. Nanti campak masuk dalam almari, keluarnya setahun sekali jugak. Bagi yang baru putus cinta tu pulak, jangan lah terlampau bersedih dan sibukkan diri anda dengan perkara-perkara lain. You have to move on, ada banyak lagi yang menanti anda di masa akan datang! Ini semua pengajaran dari novel ni.

February, Lisa Moore. Macam sedih je. Tentang seorang ibu tunggal yang terpaksa membesarkan anak-anak setelah kehilangan suaminya.

Nak menang Shawl Lace Halfmoon Custome Made?

Agak busy sehari, dua hari, tiga hari ni. Jadi kalau I tak singgah rumah uolls jangan marah ye. Malas nak cakap panjang, I nak ajak uolls join satu contest ni. Alah, senang je. Taip-taip sambil kunyah Honey Stars di awal pagi, dah siap dah. Nak cakap sambil tutup mata tu nampak sangat lah menipunya kan. 

Syarat simple je. Salah satunya kita kena buat review mengenai contest ni. Pemenang akan dipilih berdasarkan review paling menarik dan kreatif. Hadiahnya? Ni I copy paste dari blog Tuan Tanah
Pemenang akan dapat shawl lace halfmoon custome made exclusive hand made taw. Pemenang boleh request  nak macam mana kita akan buat in sha allah.


Perempuan ni dah berangan tau nak pakai shawl lace halfmoon time Dinner kolej nanti. Tuan tanah kan cakap InsyaAllah boleh request macam mana kita nak, boleh la request yang bertepatan dengan tema Dinner tu nanti. Catwalk masuk dewan ala-ala Jennifer Lawrence kat red carpet Anugerah Oscar sambil cakap,

 "Shawl halfmoon custom made ekslusif ditaja khas oleh Izyanty Collection!"

Cuma I pakai shawl half moon, Jennifer Lawrence tidak lah.

Haaa, grand tak? Berangan je perempuan ni kan. Confident je menang. InsyaAllah, kalau rezeki *sambil bodek-bodek tuan tanah*

By the way, kalau tak menang pun semua peserta akan dapat Gift Voucher bernilai RM10. SEMUA ye! Boleh lah berangan nak tempah shawl untuk raya pulak. Discount rm10 tu.


Menarik kan? Tak payah tunggu lagi, tak perlu nak fikir banyak-banyak pun. Just klik je banner kat bawah ni. Tengok sendiri apa yang perlu dibuat. 


Cuma I takut, Cik TengTeng yang kebas dulu shawl tu. Melaram pusing satu taman.
 

20/04/2013

Pameran Katak dan Kodok

Chipmunk pernah buat entri mengenai katak suatu ketika dulu kan. Klik SINI untuk baca entri tersebut. Dan maaflah, ramai yang geli dengan katak kan? Bagi Chipmunk katak ni comel lah, geram je rasa. Macam nak picit-picit! Okay, itu kejam.

Jadi siang tadi En. Barney ajak Chipmunk ke Muzium Alam Semulajadi di Presint 15 Putrajaya. Nak pergi tengok Pameran Katak dan Kodok. En. Barney taknak pergi pun sebenarnya. Mula-mula masa Chipmunk ajak, boleh pulak dia buat muka sambil cakap "Awak sorang je yang excited nak pergi tengok katak-katak dan kodok-kodok tu". Lebih kurang begitu lah. Tapi last-last dia ajak jugak. Sebab nak pujuk I yang merajuk sebab apa entah.

Makanya siang tadi, lepas lunch di Alamanda Putrajaya kitorang pun pusing-pusing jugak mencari Muzium Alam Semulajadi ni. Mahu setengah jam jugak mencari. Tak ada signboard pun kat mana-mana, tau kat Presint 15 je. Tak pernah masuk Presint 15 ni, kalau Presint 16 tu selalulah. Tu pun lepas tanya orang dan berpandukan instinct akhirnya sampai jugak. Oh ya, bayar RM2 untuk masuk tau. Tapi tak banyak sangat pun katak hidup yang ada. Yang paling tak puas hati I tak boleh nak tengok African Bullfrog. Nak tengok yang tu, dalam gambar nampak comel je. Tapi tengok-tengok dalam kaca tu kosong. Mungkin staff alihkan kat mana-mana lah tu kot. Huhu.

Katak Sawah

Dua ekor Katak Bertanduk Borneo. Cuba cari.





Katak Tanduk Cranwell (Fantasy Pacman Frog)

Katak Tanduk Cranwell (Albino Pacman Frog)


Katak Budgett

Katak Beracun Biru

Kodok Perut Berapi

Ada banyak lagi gambar sebenarnya. Takkan nak upload semua pulak kan. Hari isnin ni adalah hari terakhir Pameran Katak dan Kodok ni. Jadi mana yang tak sempat tu, boleh lah datang esok atau lusa. 

Oh ya, apa beza katak dan kodok eh? En. Barney cakap, kalau kodok ni kulitnya kasar sikit. Datang mood malas nak membaca untuk cari info, tanya je lah. Alah, ramai yang begitu.
 

19/04/2013

Shironeko, kucing paling pemalas di dunia

Beberapa hari lepas Chipmunk ada share tentang Pet Sweep kan? Klik SINI, bagi mereka yang ingin mengupah kucing sebagai tukang sapu di rumah. Itu untuk kucing-kucing yang hyperactive macam Mr. Eel tu. Kali ni kita story-story pasal kucing pemalas pulak eh. 

Chipmunk jumpa ini masa tengok gambar-gambar kucing kat FB. Mari kita berkenalan dengan Kucing yang paling pemalas di dunia, Shironeko. Geram je Chipmunk tengok muka Shironeko ni. 










Macam Maru the Scottish Fold, Shironeko ni pun berasal dari Jepun jugak. Rasa INI blog tentang Shironeko dan adik beradiknya kot. Sukahati je perempuan ni. Blog tu menggunakan bahasa jepun. Chipmunk mana lah faham. Kalau setakat nak tengok-tengok gambar tu boleh lah.

E'el ni nak jugak interframe. Dasar kucing gila kamera.

sumber : INI

18/04/2013

Spontaneous Thursday : Apa nak jadi?


Perkara pertama,
Sekarang ni, satu hari mahu 10 kali mandi. Kadang-kadang macam taknak keluar langsung dari bilik mandi. Pemanasan global! -_-

Perkara kedua,
Macam-macam hal betul sekarang. Hebat sangat ke ambik video membuli orang lepas tu upload kat laman sosial? Maaf lah dik, orang tak respect orang yang sebegitu. Lain lah kalau adik menang Nobel Prize. Memang akak tabik spring lah kat adik. Pfftttt.


17/04/2013

Wordless Wednesday : Ini pun jadi lah.


16/04/2013

Upah Kucing Sebagai Tukang Sapu

Dah lama tak share gambar Cik TengTeng dan Mr. E'el kan? Dulu panggil Baby E'el, sekarang tak boleh panggil Baby dah. Dah besar dan menggemuk dengan jayanya. Cerita pasal E'el ni, sekarang ni dah makin nakal. Lompat sana, lompat sini. Hyperactive sungguh. Ada sekali lompat macam mana entah sampai seterika yang atas iron board tu boleh jatuh. Nasib baik tak jatuh atas badan E'el. Mak mampu geleng kepala je lah. Kadang-kadang kesian tengok Cik TengTeng kena buli. Dikejar ke sana, ke mari oleh E'el yang nakal tu.

Ulat bulu tido tepi tingkap.

Dah penat main kejar-kejar lah ni. 

Disebabkan E'el ni terlampau nakal dan sekarang Cik TengTeng pun dah terikut sama, memang tunggang langgang lah rumah tu. Barang hiasan kaca kena letak dalam almari yang budak berdua ni tak boleh nak buka. Kalau tak putih mata lah pecah sana sini. Even kerja sekolah mak pun, kertas-kertas ujian atau apa-apa pun tak boleh letak merata. Bangun esok pagi tengok lah segala kertas dan buku tu jadi macam sayur tak habis dikunyah. FYI, parents Chipmunk dua-dua cikgu. Buku dan kertas-kertas memang ada di mana-mana. Tu belum buku sekolah adik lagi.

Bila dah keadaan macam ni, teringin Chipmunk nak hadiahkan something untuk kucing dua ekor ni. Tapi tak tau lah kalau di Malaysia ni ada. Kalau ada tu elok sangat lah.

Pet Sweep

Direka oleh Todd Lawson untuk kegunaan kucing dan anjing. Sambil berkejar-kejaran tu boleh lah sapu-sapu habuk sekali. Ni kalau E'el dan Cik TengTeng pakai memang bersih habis satu rumah diorang kerjakan.

Imagine E'el buat macam ni, mesti comel gila!


Kalau betul lah macam ni, memang senang lah mak Chipmunk nanti. Lagi-lagi kalau Chipmunk dan adik perempuan Chipmunk tu tak ada kat rumah. E'el dan Cik TengTeng ada untuk bersihkan rumah. Haha!

Mengumpat E'el lah tu. Huh!

p/s : Cik TengTeng sekarang kurang comel dah. Bulu habis gugur. Tapi dah bawa pergi jumpa Vet. Alhamdulillah, bulu-bulu Cik TengTeng dalam proses untuk tumbuh balik.

sumber : INI
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...