30/11/2011

Wordless Wednesday : Dulu dan Sekarang

Johari a.k.a Jongang sekarang dah besar.

DULU
(April 2011)



SEKARANG
(November 2011)


26/11/2011

Merayau-rayau di Bandaraya Melaka

Semalam dalam pukul 4 petang Chipmunk, En. Barney, Cik Syikin dan jugak Cik Elya bertolak menaiki Si Merah untuk ke Johor. Sebab weekend ni keluarga angkat Chipmunk, Cik Syikin dan Cik Elya jemput kitorang datang untuk kenduri kahwin Angah. Tapi kitorang tak straight ke Tangkak tapi singgah ke Muar, sebab dah janji dengan Cik Maizura. Thanks Cik Mai ye, dah la bagi kitorang 4 ni stay rumah beliau. Siap bawa jalan-jalan Melaka lagi tu. 

Tak banyak sangat gambar. Gambar yang ada pun guna kamera phone Chipmunk yang entah apa-apa tu. Sebab tu lah, gambar tak berkualiti. Kamera phone je. Kamera Chipmunk pulak dah bagi bapa. Exchange dengan handycam bapa tapi Chipmunk tinggalkan kat rumah pulak. Menyesal pulak tak bawa terus hari tu. 

Biarpun dah lewat sempat jugak kitorang berjalan-jalan di Jonker Walk. Tengok abang-abang beca dengan beca yang sound system kalah kereta. Dan sempat jugak kitorang ke Pantai Klebang biarpun dah pagi-pagi buta. Dah-dah, daripada Chipmunk membebel, merapu dan yang sewaktu dengannya, baik kita tengok gambar je kan. 

 Disebabkan kitorang merayau malam-malam, tak banyak gambar kat sini.

 Cantik kan? 

 Kampung Morten. Bagitau En. Barney nak rumah macam ni. 

Lepas beli tiket ada orang cakap "rasa macam gayat pulak nak naik"

p/s : Sempat update sebab semua tak bangun lagi.

25/11/2011

Baju Baru Cik Teng Teng


Masa Chipmunk dan En. Barney tengok Puss In Boots hari tu, Chipmunk ada beli something untuk Cik Teng Teng




Mak ada bagitau yang baju Cik Teng Teng ni dah kecik. Sebabnya Cik Teng Teng dah membesar dan perut pun makin bulat. Jadi Chipmunk pun beli lah baju baru untuk Cik Teng Teng, ambik saiz yang besar sikit. Nak tengok baju baru Cik Teng Teng?


p/s : Tak sabar nak tengok Cik Teng Teng pakai baju baru.

24/11/2011

Spontaneous Thursday : Perfectly Imperfect.


I fall, I rise,
I make mistakes..
I live, I learn,
I've been hurt but I'm alive..
I'm human, I'm not perfect,
But I'm thankful!

23/11/2011

Premiere Screening Puss In Boots


Semalam Chipmunk dan En. Barney pergi Nuffnang Premiere Screening : Puss in Boots kat One Utama. Kan dapat tiket free untuk tengok Puss In Boots ni (Boleh rujuk entry INI dan INI). Thanks again Nuffnang sebab sudi bagi tiket lagi.


Apa yang Chipmunk boleh cakap pasal Puss In Boots ni adalah COMEL! Especially masa Puss kecik-kecik. Tak ada yang baru sebenarnya tentang jalan cerita Puss in Boots ni sebenarnya. Semua berkisar tentang nursery rhymes dan kisah dongeng kanak-kanak. Contohnya, Humpty Dumpty, Jack and Jill dan jugak Jack and the Beanstalk. Tapi himpunan cerita dongeng dan nursery rhymes ni bila dikaitkan jadi menarik. Contohnya macam, apa kaitan Puss dengan Humpty Dumpty? Apa pulak peranan Jack and Jill dalam movie ni? Dan kacang ajaib Jack Beanstalk tu pulak macam mana? Dan yang paling penting.. Kitty Softpaws, pencuri paling licik di Sepanyol. Kalau nak tau kenapa nama Kitty Softpaws tu macam tu, tengok la sendiri Puss In Boots di pawagam berhampiran mulai 24 November 2011.

 Puss (Antonio Banderas) dan Kitty Softpaws (Salma Hayek)

 Puss dan Kitty bersama Humpty Dumpty (Zach Galifianakis)

Istana gergasi yang ada angsa bertelurkan emas


Bawa satu family tengok Puss In Boots. Memang best la!

22/11/2011

Barcode peLik2 Je

Masa aku dan chipmunk stadi kat fakulti, adalah kitorang nie download 1 application (barcode scanner) guna handset chipmunk. Maklum lah, wireless kat fakulti nie laju2 je. Tunggu kejap je bab2 download nie. Tapi kalau untuk student, lambat macam kura2. T_T

Application barcode nie punya la payah nak scan. Kitorang scan la barcode yang kitorang cari kat pakcik Google nie. Scan2 tak boleh, tak jadi. .Tiba2 tengah sembang2 masa scan tu, application nie capture pulak secara tak sengaja. Yang agak mengelikan hati nie, chipmunk nak scan barcode yang pelik2 je. Memang lah tak dapat scan. Hehe.. (jangan marah ye chipmunk ^^)

Ok. Straight to the point. Yang kat bawah nie antara barcode yang pelik2 sikit.





Hmm.. Agak2 macam mana lah nak scan nie??


Sumber gambar : Pak cik Google

20/11/2011

Mari tiru gaya Maru!




Ini adalah Maru the Japanese cat. Peminat-peminat kucing mesti kenal Maru ni siapa. Famous kot dengan kecomelan dan kenakalan beliau. Oleh yang demikian, ada kucing lain yang menjadikan Maru ni sebagai idola dan mengikut aksi-aksi Maru, seperti..

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Cik Teng-Teng!




p/s : Cik Teng-Teng bajet akan jadi famous kalau ikut aksi Maru.

18/11/2011

SkateBoard DesiGn Yang sTyLe!

Siapa yang tahu main skateboard? Cuba angkat tangan sikit.. Haha.. Skateboard nie permainan yang agak mencabar untuk di cuba. Sebab bagi aku susah sikit nak belajar skill2 dia. (Yela, sebab aku dah gemok! -_-). Dulu ada jugak belajar nak main menatang nie, tapi last2 give up dah.

Tapi kat sini, aku nak berkongsi sikit pasal design kat skateboard tu. Macam menarik je. Lagi pun macam2 design ada. Walaupun tak main dah, tapi aku suka tengok design yang lawa dan kadang2 pelik pun ada. Lain orang lain taste-nya. Kat bawah nie ada design yang cantik2. Siapa nak gi usha kat kedai skateboard.


17/11/2011

Jodoh Atau Cinta karya Iman Nizrina


Jodoh Atau Cinta karya Iman Nizrina
Novel ni dah lama sebenarnya. Tapi baru sekarang teringat nak beli. Sebenarnya novel ni adalah novel online pada mulanya. Dapat sambutan hangat dari readers jadi novel tu nak dipublishkan. Memang follow la dulu, tapi last-last terlupa. Ni teringat pun bila ternampak kat MPH masa tengok movie Immortals kat Alamanda hari tu.

Tengku Iman Umairah.. gadis yang jarang sekali menggunakan 'Tengku' di pangkal namanya berkahwin atas kehendak datuk angkatnya yang jugak datuk Aiman Danish, suami kontraknya. Berkahwin menjadi tiket kepada Iman untuk menyambung pelajarannya di luar negara. Dibenci oleh ibubapa mentua dan suaminya sendiri atas alasan dia perempuan kampung dan tidak berharta. Tetapi kebencian itu ulai surut selepas kematian datuk dan abang iparnya yang terlibat di dalam kemalangan yang turut mencederakan Dato' Arif, bapa mentuanya. -Sebahagian daripada sinopsis di belakang novel-

Novel ni boleh tahan jugak. Tapi konflik yang terlampau banyak buat jalan cerita nampak berat. Watak antagonis pun ramai compare tu novel-novel lain. Maybe sebab tu la rasa setiap watak antagonis tu tak dapat diolah dengan kemas dengan si Maya tu, Tengku Fauzan, ibu Maya tu lagi. Selain tu, ceritanya agak kompleks la jugak. But still best jugak la. Kalau nak baca sebahagian daridapa novel ni bolehlah baca kat blog penulis Iman Nizrina ni, www.kisah-hidup-iman.blogspot.com.

16/11/2011

Wordless Wednesday : Thanks again.


 Klik untuk lebih jelas

Thanks again Nuffnang!

p/s : memang saja nak tunjuk email sekerat.

15/11/2011

Giveaway "7 Days"

Dah lama orang tak tag join GA ni. Kali ni, terima kasih buat Lily sebab tag untuk Giveaway "7 Days" ni. Untuk keterangan lanjut boleh klik banner kat bawah ni ye. =)


Nak kena tag 2 orang blogger ni. Jadi Chipmunk nak tag

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...