31/08/2012

Datang balik dah penyakit ni.


Beberapa hari kebelakangan ni Chipmunk tak boleh nak tido malam. Biarpun lampu bilik tido pukul 11 malam lagi dah tutup, tetap mata tak nak tido sampai la subuh. Nak kata tido siang memang tak lah. Sebab Chipmunk bukan jenis yang tido siang. Plus tak pandai tido siang pun melainkan penat yang melampau ataupun sakit. Kalau masa-masa lain jangan harap la nak tido siang. Ada je benda yang nak dibuat.

Dulu pernah jugak macam ni. Masa tu 2nd year time degree dulu. Lepas subuh baru mata ni nak lelap. Dah tu kelas pulak banyak pukul 8 pagi sampai lah ke tengahari. Pergi kelas lemah longlai je sebab tak cukup tido dan rehat. Petang pulak masuk lab sampai lah pukul 5 petang. Dan malamnya training tarian sampai pukul 2-3 pagi. Kalau manusia yang normal memang balik-balik training tu terus rebah sebab penat la kan? Tapi Chipmunk ni tak. Tapi time tu Chipmunk guna jugak untuk belek-belek nota kononnya. Dah alang-alang tak nak tido. Tapi bila badan dah letih, ilmu boleh ke masuk? Satu semester jugak lah ada masalah tak boleh tido ni. Dan hasilnya memang result semester tu cukup 'cantik' lah. Sekarang ni, dah datang balik penyakit ni. Kenapakah?? Ada tak apa-apa tips yang mencegah ataupun merawat insomnia ni? Nak bagi masa tido perempuan ni normal balik dan mengelakkan benda yang sama berulang di masa akan datang. Huhu.

Best nya kalau dapat tido macam ni - Maru

p/s: main mekap2 dengan blog, mata tak boleh tido punya pasal. Perasan apa yang berubah?

30/08/2012

Spontaneous Thursday : Pedas!



When life gives you cili, you make a sambal (Syark Ibrahim, 2012).


Terbaca tweet junior Kelab Tarian Sanggar Citra yang Chipmunk rasa kelakar tapi logik jugak kan?

sumber : google

29/08/2012

Wordless Wednesday : Hai! Nama Saya E'el!






27/08/2012

Segmen : Bersama Warna Kegemaranku


Sebenarnya kan, Chipmunk tak tau nak update apa ni. Langsung tak ada idea. Kepala pun pusing. Demam dah sudah, flu pun sudah, sekarang ni pening kepala pulak. Jadi nak join satu contest ni. Memandangkan tuan punya dah menjemput. Syarat-syarat pun simple. Kalau nak join jugak klik je banner kat bawah ni.


Syarat nombor 1 dan 2 dah settle (nak tau apa syarat-syarat tu klik banner di atas). Syarat ketiga pulak cerita tentang warna kegemaran dan kenapa minat warna tu. Sebenarnya Chipmunk ni jenis yang tak kisah pun tentang warna-warna ni, bantai je sebenarnya.  Tapi dalam banyak-banyak warna Chipmunk prefer warna MERAH. Sebab bagi Chipmunk warna merah itu memang sangat menawan. Dan merah jugak nampak berani, I Likeeee! Hehe.

Ada lagi syarat suruh letak bukti macam gambar lah tapi Chipmunk ni jenis yang kurang sikit bila part-part bergambar ni. Lagi-lagi gambar sorang-sorang, memang tak lah. Kena ada something yang trigger gene kaki bergambar tu. Jadi selongkar punya selongkar jumpa jugak lah gambarnya.


Kereta Chipmunk, Si Merah dan nampak tuan punya kereta pun pakai baju warna merah di situ ye. Orang selalu cakap tu kereta En. Barney sebab tengok En. Barney yang drive kereta tu pergi mana-mana. Yelah, dah ada driver buat apa Chipmunk nak drive lagi kan? Eh!

Ada something lagi colour merah yang tak kisah la Chipmunk kena travel pergi mana-mana atau ulang-alik KL-Miri, Chipmunk mesti bawa jugak. Ini....


Yang ni Chipmunk beli online tapi tak ingat pulak dekat siapa. Memang sengaja beli sepasang, first anniversary Chipmunk dan En. Barney dulu. Chipmunk simpan satu, En. Barney pulak simpan satu. Dah dua tahun lebih dah simpan bantal merah ni. Dah jadi macam bantal busuk dah sekarang.

Satu lagi Chipmunk lupa, tengah mesej-mesej dengan En. Barney baru Chipmunk perasan. Dan nasib baik Chipmunk pernah buat entry pasal INI dulu.


Sony Ericsson W8 warna merah yang Chipmunk pakai sekarang. Dah setahun jugak. Tapi tak nampak pulak belakang warna merah tu. Jumpa gambar ni pun bila selongkar-selongkar blog.

Eh, tak terperasan pulak banyak cakap kan? Last Chipmunk nak tag.....

26/08/2012

Tahniah Kakak Sayang!


Sebenarnya dah lama Chipmunk nak taip entry yang ni, kali ni malas nak tangguh-tangguh dah. Kali ni Chipmunk nak umumkan yang Chipmunk dapat anak buah baru. Actually bukan lah anak buah bermaksud anak saudara betul-betul. Bukan, bukan.

Alhamdulillah, pada 17hb Ogos yang lepas kakak kesayangan Chipmunk telah selamat melahirkan sorang baby perempuan. Jangan salah paham pulak, bukan kakak kandung tapi kakak cantik yang rapat dengan Chipmunk di UKM. Penat lelah menari sama-sama dengan Kelab Tarian Sanggar Citra, yang selalu pujuk Chipmunk kalau Chipmunk kena marah, kena tegur dengan choreographer. Yang selalu urut kaki Chipmunk lepas latihan tarian ataupun lepas show/pertandingan atau bila-bila Chipmunk mengadu kaki sakit sebab penat berlatih. Yang selalu sabar dengan Chipmunk kalau Chipmunk tak boleh nak tangkap step tarian yang Choreographer ajar dan yang paling penting selalu bagi nasihat kat Chipmunk. Dan sekarang macam tak percaya pulak beliau dah jadi mama. Dulu masa kat UKM, masing-masing macam budak-budak lagi. 

Ni gambar baby yang ditag oleh kak Zana kat FB. Comel kan?

Baby girl ni diberi nama Naurah Irdina. Tak sure pulak apa maksudnya. Tapi yang Chipmunk tau, baby Naurah ni cantik macam mama dan putih macam ayah. Ada beberapa lagi gambar baby Naurah ni kat FB mama dia tapi tak berani lah nak letak kat sini banyak-banyak. 

Buat Kak Zana sekeluarga,
Tahniah saya dan Mail ucapkan. Mudah-mudahan Kak Zana satu family happy-happy selalu. Dan semoga Naurah membesar menjadi sorang anak yang solehah, bijak dan lemah lembut sama macam Kak Zana. InsyaAllah, kalau Mail bawa saya balik Sg. Petani lagi boleh lah jumpa Naurah ni. Hehe.

Betapa kurusnya En. Barney kat dalam gambar ni kalau nak compare dengan sekarang. *tepuk dahi*

Oh ya, FYI Chipmunk pernah buat entry simple tentang majlis Kak Zana dan masa tu Kak Zana offer Chipmunk dan En. Barney jadi pengapit beliau. Boleh klik SINI untuk baca entry tersebut.

p/s: En. Barney, bila nak bawak orang balik Sg. Petani jumpa nenek lagi?

Korean Drama Five Fingers


Semenjak dua menjak tak ada buat ap-apa kat rumah ni, kerja Chipmunk memang menghabiskan drama-draa korea yang ada. Chipmunk baru je habiskan drama A Gentleman's Dignity dan dalam proses untuk menghabiskan drama BIG yang Chipmunk baru start tengok seminggu before raya kalau tak silap. Tinggal 3 episod lagi ni.

Memandangkan still lagi tak berapa nak sihat, jadi ada chance lah nak meluangkan masa bersama drama-drama korea ni. Lagipun ada masa lagi dua minggu before Chipmunk mendaftar untuk sambung belajar lagi. Tak sedar lagi dua minggu boleh lah jumpa En. Barney ni. 

Cakap pasal drama korea yang terbaru, ada satu drama korea yang menarik patut korang tengok. Mula ditayangkan pada 18 August yang lepas. Dan setakat ni baru 2 episod Chipmunk tengok. 



Chipmunk macam tertarik dengan jalan cerita drama ni. Episod awal-awal ni lah yang Chipmunk tengok. Basically pasal pemain piano. Nak ulas panjang-panjang tak reti pulak sebab baru tengok dua episod je dan setakat ni Chipmunk rasa best. Tentang dua orang budak ni, yang sorang memang dilatih seawal umur 3 tahun bermain piano dan yang sorang lagi baru je sentuh piano tapi talent dia bukan main lagi. Dan diorang ni mempunyai ayah yang sama tapi latar belakang yang berbeza. Ha, macam mana lah tu kan? Nak tau lagi lanjut sama-sama lah kita follow drama Five Fingers ni. Nak download drama ni boleh lah klik SINI manakala subtitles pulak boleh download kat SINI

Cakap pasal pelakon pulak, tengok tak Princess Hours? Yang ada Yoon Eun Hye dan Song Ji Hyo tu? Hero Princess Hours ni lah yang jadi Hero dalam Five Fingers ni. Baru ni lah Chipmunk tengok Joo Ji Hoon ni berlakon after drama Princess Hours. Dan heroin untuk drama ni sepatutnya Eun Jung dari kumpulan T-ara. Tapi disebabkan skandal buli kumpulan T-ara, Eun Jung digantikan oleh Jin Se Yeon. Chipmunk tak tau sangat pasal skandal T-ara tu, those yang memang follow news Kpop ni mesti tau la kan. Dan honestly Chipmunk nak tengok drama ni dulu pun sebab nak tengok Eun Jung berlakon. Tapi jalan cerita drama ni pun menarik jugak. *updated : bukan bermaksud Chipmunk ni minat Kpop tau. Jangan salah paham pulak. Tidak, tidak. Chipmunk tau pun sikit-sikit pasal Kpop ni gara-gara adik-adik Chipmunk ni jenis yang perasan diorang ni duduk kat Korea. haha!*

Eun Jung

Sekali lagi nak bagi link untuk download ni. Klik SINI untuk download Five Fingers dan SINI untuk download subtitles. 

p/s: drama Faith dan Arang and the Magistrate pun macam best jugak. 

24/08/2012

Ramainya Peminat.


Rasanya bukan Chipmunk sorang je yang terkapai-kapai mencari mood blogging yang dah ke laut lepas raya ni. Dah la berperang dengan mood, nak bertarung dengan idea pulak. Langsung tak tau nak update pasal apa. Nak update pasal raya macam bosan la pulak semua asyik update pasal raya je. Nak tanya raya korang macam mana, soalan punya lah tak bombastik langsung. Nak cerita pasal raya? Memang tak ada benda yang happening raya tahun ni. Boleh kata raya 2 hari je. Raya ketiga dan keempat bersilat dengan masalah perempuan sampai plan konvoi raya tahun ni last minute cancel. Dan hari seterusnya dilanda demam pulak. Ini pun mata pedih-pedih lagi nak menaip. Makan ubat? Sudah semestinya malas.

Basically tak ada benda nak diceritakan pun cuma nak menunjuk sikit yang I ni ramai peminat lepas raya ni. Tak percaya boleh tengok bukti di bawah.

Sekali abang posmen hantar dalam satu hari, siap kena staple lagi.

Itu lah, before raya tak ada yang nak hantar kad raya banyak-banyak. Sekali lepas raya, ambik kau. Actually, yang sampul putih tu surat jemputan untuk ke Majlis Perjumpaan Bekas Pelajar dan Guru sekolah menengah dulu. Plannya insyaAllah akan pergi 1hb September ni nanti. Dah kebetulan ada di Miri time ni. Selalu pihak penganjur buat reunion mesti time tu Chipmunk tak ada di Miri punya. Dah ada peluang ni, pergi je lah. Ni kalau Chipmunk tanya ada tak yang satu sekolah dengan Chipmunk mesti susah gila lah dapat jawapan ada. By the way, siapa-siapa alumni Lutong Government Secondary School (LuGoSS) yang ada terbaca ni jom lah kita ramaikan lagi majlis ni. 

Yang belakang sampul putih tu pulak sebenarnya slip exam semester yang lepas. Alhamdulillah, result memang boleh buat I menangis terharu lah. Yang PosLaju ni nanti Chipmunk terangkan, sebab ada nak promote something sikit.

Yang ni dalam sampul surat coklat kat belakang sekali tu.

Alhamdulillah, sampai jugak akhirnya. Agak lama jugak menunggu. Chipmunk dah pernah explain dalam entry INI. Agak-agak kalau malas nak besarkan mata tengok gambar tu boleh lah baca dalam entry yang INI

Yang PosLaju tu sebenarnya Chipmunk ada beli something. Time abang posmen tu datang Chipmunk ada dalam bilik sambil tengok Running Man dengan headphone di telinga, full volume lagi. Family pulak tak ada kat rumah rasanya. Abang posmen tu hon sampai pecah telinga pun tak akan ada orang nak buka pintu. Sebenarnya Chipmunk beli yang ini...

sumber INI

Chipmunk beli lipbalm kat SINI. Tambah pulak tengah promotion. Selalu jual dalam RM12-RM13. Tapi sekarang dijual hanya pada RM6 semua flavour sehingga 31 Ogos. Chipmunk baca sebab nak clearkan stock yang ada dan nak order stock baru. Chipmunk pernah beli sekali tapi lipbalm yang tu Chipmunk bagi kat adik. Beli dulu pun sekali dengan kawan. Kawan tu la yang introduce lipbalm yang ni. Sebab kawan Chipmunk ni jenis bibir sensitif. Kalau pakai jenis yang macam lipice tu tak boleh. Pernah sekali dia pakai jenama Nivea kalau tak silap. Memang agak teruk jugak lah bibir dia. Sekali tengok macam kena fungal infection. Mula-mula tu agak was-was jugak nak membeli. Then Chipmunk tak ingat kawan Chipmunk ni cakap apa tapi yang Chipmunk tau lipbalm ni berasaskan tumbuh-tumbuhan macam jojoba, sweet almond oil, sunflower oil, cocoa butter, something like that lah. Nak kata vegan tak jugak sebab ada kandungan beeswax. Belum cerita pasal perisa-perisa lipbalm ni lagi. Contoh macam perisa Cookies Cream, bau macam biskut oreo je. Kalau bulan puasa ni mau kurang pahala puasa. Asyik sapu lipbalm je sebab nak merasa biskut oreo. Ada macam-macam lagi flavour yang ada. Senang cerita kalau nak tau lebih lanjut boleh lah ke website ni terus mylipstuffmalaysia.blogspot.com

p/s: promote ni agak-agak dapat tak satu tube lipbalm free? Hehe.

23/08/2012

Spontaneous Thursday : Cuti Dah Habis


Cuti blogging sudah habis. Nasib baik tak cuti lama macam tahun lepas. 
 
Tak sempat nak renovate blog tukar ke mood raya, last-last biar je lah macam tu. Nanti-nanti story pasal raya, tak jumpa pulak cable nak transfer gambar-gambar dari kamera ke laptop. 
 
 
Ni biskut cornflakes kegemaran ramai. Tiap-tiap tahun Usu Chipmunk mesti buat. (Usu tu bermaksud Maksu/Paksu. Nak bezakan Maksu atau Paksu tengok nama kat belakang lah). Dan Usu Nancy mesti akan buat banyak-banyak sebab tau kalau buat sikit memang anak-anak saudara dia dulu yang habiskan, nak hantar ke ruang tamu untuk dihidang pun takkan sempat.
 
p/s: Sekarang ni mula untuk follow drama korea terbaru Five Fingers. Macam best, tapi tak jumpa lagi mana nak download subtitles. 

16/08/2012

Berlalunya Ramadhan, Tibanya Syawal


Memandangkan masing-masing berlumba-lumba nak ucapkan Selamat Hari Raya, jadi Chipmunk pun tak nak ketinggalan nak ucapkan Selamat Hari Raya jugak. 

First of all, Chipmunk nak menyusun sepuluh jari yang ada ni (nak susun jari kaki sekali nampak macam kurang sopan pulak), untuk minta maaf seandainya Chipmunk ada atau pernah tersilap kat mana-mana sepanjang berblogging ni. Tersinggung perasaan mana-mana pihak ataupun terkasar bahasa. Kalau ada yang terasa hati dengan mana-mana komen atau jejak yang Chipmunk tinggalkan tu, Chipmunk minta maaf dari hujung rambut hingga hujung kaki. Chipmunk jugak manusia biasa, tak perfect mana pun jadi standard lah kalau ada tersilap kat mana-mana tu. Jangan simpan dalam hati, tapi tegurlah dengan elok dan bukannya dengan caci maki. =)

klik untuk lebih jelas

Sedih bila Ramadhan kian berlalu pergi. Alhamdulillah, ramadhan kali ini secara peribadi adalah yang terbaik berbanding ramadhan-ramadhan sebelumnya. Mudah-mudahan segala amal dan ibadah sepanjang bulan yang mulia ini diterima oleh-Nya. Dan mudah-mudahan kita dipanjangkan umur untuk berjumpa lagi dengan ramadhan di tahun yang akan datang.

Untuk blogger yang ada di Miri tu, jemput-jemput la datang ke rumah. =)

p/s: nak renovate blog lah, paling kurang pun tukar header. Semangat raya sikit. Kerja edit-mengedit untuk gambar di atas tu menggunakan khidmat google images.

Spontaneous Thursday : Volunteer


Raya tahun ni tak payah susah-susah nak beli bunga untuk hias meja. Dah ada yang volunteer nak jadi 'bunga' hiasan




Nak minta jasa baik anda semua untuk klik INI, INI dan INI boleh?

15/08/2012

Kad Raya Handmade yang Simple.


En. Barney selalu cakap, Chipmunk ni jenis orang yang tak boleh nak duduk diam. Mesti ada je benda yang Chipmunk akan buat. Even demam-demam pun sama je. Tu yang selalu kena marah tu. Petang semalam, asalnya Chipmunk keluar dari bilik tidur nak ambik wudhu' nak solat asar. Toleh ruang tamu, tengok adik Chipmunk ada buat something. Lepas solat tu memang terus jerkah adik, nak tengok buat apa, bersepah pulak tu. 

Sekali tengok, rupanya dia nak buat kad raya handmade untuk schoolmates dia. Kesian tengok macam susah je dia nak cari idea, Chipmunk pun meng'offer'kan diri untuk tolong.

Jadi Chipmunk dan adik terus selongkar sini sana nak tengok apa yang kitorang boleh guna.


Chipmunk ni kalau buat something, memang fokus. Bukan ingat kiri kanan, pandang jam pun tak, . Sekali tengok adik bongsu Chipmunk bagitau dah pukul 4.30 pm dan Chipmunk tak gerak dari rumah lagi nak ambik mak balik mengajar. Balik-balik rumah mak hanya mampu geleng kepala tengok keadaan ruang tamu yang dah jadi macam tongkang pecah semula tu. 


Kena siapkan 20 kad raya yang simple dalam masa satu malam. Jadi kita berehat dulu bukan bersama kitkat tapi aiskrim Sherbet dari Magnolia (Bekas kecik warna purple). Pernah rasa? Chipmunk suka perisa Melon. Sedap, macam ada nata de coco kat dalam.


Inilah hasilnya, simple je sebab bahan-bahan dan masa yang agak terhad. Itupun pukul 1 pagi pun tak siap semua lagi. Bahagian dalam Chipmunk tak sempat nak ambik gambar, terlampau mengantuk punya pasal. Bahagian dalam tu simple je. Print out pantun raya atas kertas berwarna, gunting rectangle and buat shape sikit. And then cut and paste ketupat yang dilukis atas kertas berwarna hijau sebagai hiasan. At least ketupat tu ada lah menampakkan yang kad tu kad raya sikit. Last step, Chipmunk sembur wangian sikit. Memang bau macam kad yang wangi yang dijual di kedai-kedai hadiah.

Buat para blogger sekalian, maaf sangat-sangat. Tahun ni tak dapat la nak pos-mengepos kad raya untuk anda. Biasalah penanam anggur yang berjaya ni, susah nak cari modal. Harap ladang anggur je besar. Doakan agar Chipmunk dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki dan tak pernah bosan untuk berblogging jadi insyaAllah boleh la kita berjumpa di Ramadhan dan Aidilfitri yang akan datang. InsyaAllah, tahun depan boleh lah pos kad raya untuk blogger pulak. Tahun ni setakat menolong tu mampu lah.

nak minta jasa baik anda semua klik INI, INI dan INI boleh?

14/08/2012

Rezeki di Bulan Puasa dari Creative's Wardah Handmade Art


Petang tadi Chipmunk pergi berbuka dengan BFFs Chipmunk. Actually bukan berbuka sekali, diorang yang temankan Chipmunk berbuka. Fyi, kawan-kawan rapat Chipmunk majoriti non muslim tau. Tapi kitorang memang rapat sangat. Alhamdulillah, ada kawan-kawan macam mereka ni. Bila semua balik Miri memang tak lepas peluang untuk berkumpul sama-sama, kongsi-kongsi cerita. Malas nak cerita panjang, esok-esok Chipmunk cerita pasal berbuka dengan diorang ni. Tunggu diorang upload gambar dulu.

Jadi balik-balik je dari berbuka tadi, buka pintu bilik terus nampak ada something kat atas katil. Ini...


Chipmunk ada join satu Giveaway ni (Rujuk SINI), dan Alhamdulillah Chipmunk menang 1st Prize. Nak tau hadiah yang Chipmunk dapat? Ini....

Tudung Bawal Roses Wardah

Alhamdulillah, boleh buat tudung untuk raya ni. Dan cantik pulak tu. Kalau siapa-siapa yang berminat nak beli tudung yang macam ni untuk raya nanti boleh tengok kat SINI, tapi tengok macam stok terhad je. Tengok lah kalau ada yang berkenan di hati tu. 


Tak lupa jugak duit raya RM20. Memang murah rezeki puasa tahun ni, syukur Alhamdulillah! Nak tunggu duit raya dari En. Nuffnang lagi. En. Nuffnang, bila nak bagi saya duit raya ni, dah lama tunggu. Dari raya tahun lepas lagi, takkan taknak bagi kot. Boleh saya guna untuk topup duit sambung belajar ni nanti. Hehe.

Lupa pulak nak promote, di SINI ada jugak menyediakan perkhidmatan buat kad raya handmade. Memang menarik sangat tau. Bukan kad raya je, kad birthday, kad kahwin dan segala macam cucu cicit nenek moyang kad pun ada. Nak tengok lebih lanjut boleh tengok SINI atau masuk pagenya terus di SINI. Cantik, rugi tak tengok. 

Nak sambung belajar bulan september ni nanti. Jadi nak kumpul duit. Huhu. Boleh tak anda dan anda yang baik hati lagi handsome dan menawan tolong klik INI, INI dan/atau INI? Terima Kasih banyak-banyak!

13/08/2012

Mode : Busy!


Lately ni busy sikit. Sebab tu tak boleh nak online sangat. Biasalah nak raya, macam-macam nak kena prepare. Dan tambah pulak busy nak uruskan hal nak sambung belajar. Nak kena call sana, nak kena call sini. Agak susah jugak bila badan ada di Sarawak dan semua benda yang perlu di-settle-kan semua di semenanjung sana. Medium yang ada cuma call je. Kalau ada yang boleh orang lain buat or ambikkan terpaksa minta tolong En. Barney pulak. Dah la nak raya ni lagi lah serabut dengan preparation nak raya. Sampai nak menaip entry pun ayat pun tunggang langgang. Nampak tak keserabutan di situ? Apa-apapun tetap bersyukur dengan rezeki yang Allah bagi. Alhamdulillah. 

Dah nama pun supervisor, haruslah sentiasa berehat.


Terpaksa minta emailkan surat tawaran sementara. Nak settlekan hal pinjaman dan semua-semua sebab after raya ni nak kena daftar. So sebolehnya uruskan semua benda before raya, plus Chipmunk pun jauh kat Sarawak. Surat tawaran yang betul menurut staff yang in-charge hari tu masih dalam proses penghantaran. Actually, kalau nak tau course Chipmunk masa degree dan master ni tak related pun. Rasa macam otak dah tepu dan tak mampu untuk sambung dalam bidang Sains dan Teknologi, lagi-lagi bahagian research. Tapi keinginan nak belajar tu masih ada. Masa apply hari tu dalam dilema jugak, nasib baik la terus rujuk dengan lecturer yang merangkap pengetua kolej di UKM. Alhamdulillah, akan jadi student balik lah awal september ni. Wish me luck! =)

p/s : Kena call office ini pulak dah.

Ads : Dengan ubat gigi Darlie kita boleh menang INI. Dahsyat.
Ads : Jom pergi SINI. Macam menarik je.
Ads : INI boleh tukar lelaki jadi perempuan? Serius?
Ads : Dengan INI kita boleh pergi mana-mana yang kita nak. Best!

12/08/2012

Mengemas Rumah Edisi Raya


Quick update sebab mata dah tak larat untuk menaip panjang-panjang dan hanya mampu bertahan untuk menunggu kek lapis ni masak.

Biarpun jam baru pukul 11.35 pm masa Chipmunk menaip ayat ini. Ayat ini ye, harap maklum. Tapi mata ni dah terasa, masyaAllah beratnya. Tapi kek lapis tak masak-masak lagi macam mana ni?

Jadi, nak dijadikan cerita. Siang tadi masa Chipmunk masih sibuk lagi 'bertukang' nak buat kek lapis kat dapur, bapa Chipmunk pulak sibuk-sibuk dan jugak bising-bising mengemas kat ruang tamu. Dan paling Chipmunk tak tahan tu, siap ada Supervisor lagi tau!
 Nak tolong bapa kemas rumah jugak! Tolong tengok. - Cik TengTeng a.k.a Supervisor

Untuk hari sabtu ni, Chipmunk dah siapkan 2 kek lapis tapi dua-dua sama jenis lah. Satu mak nak bagi pakcik Chipmunk dan satu lagi memang tiap-tiap tahun Chipmunk akan buatkan satu untuk nenek dan kali ni special request dari Nenek Aki (Chipmunk panggil datuk Chipmunk Nenek Aki). Gambar di bawah ni yang dah siap. 

Ni adalah Kek Lapis Batik Sutera, klik SINI untuk resipi dan cara membuatnya.

Ads : Dengan ubat gigi Darlie kita boleh menang INI. Dahsyat.
Ads : Jom pergi SINI. Macam menarik je.
Ads : INI boleh tukar lelaki jadi perempuan? Serius?
Ads : Dengan INI kita boleh pergi mana-mana yang kita nak. Best!

10/08/2012

Projek Kek Lapis Sarawak


Dalam entry INI Chipmunk ada bagitau yang Chipmunk dah start buat biskut raya kan? Setakat hari ni semua dah ada 4 jenis biskut. Tinggal satu lagi biskut yang adik Chipmunk request. Ramai jugak yang cakap awalnya buat biskut raya. Awal ye? Bagi Chipmunk standard lah start buat biskut awal-awal. Sebab ada lagi satu projek yang menanti. Dan projek yang Chipmunk maksudkan tu adalah Projek Kek Lapis Sarawak.

Pening nak cari resipi yang macam Chipmunk nak buat

Tiap-tiap tahun memang dah jadi kewajipan untuk buat kek lapis. Memang bersengkang mata la nak menunggu kek lapis ni. Mana taknya, time favourite Chipmunk untuk 'bertukang' kat dapur adalah lepas subuh. Dalam pukul 5.30 pagi macam tu. Kat Miri ni pukul 4 pagi lagi dah bangun sahur.  Dari pukul 5.30 pagi sampai lah around pukul 11-12 tengahari baru siap. Dan selalunya malam Chipmunk akan buat sejenis lagi, tunggu punya tunggu around pukul 2 pagi baru siap. Memang tiap-tiap hari hanya mampu tidur untuk 2 jam je. Dan rutin yang macam ni akan bermula sabtu ni. Kalau kurang nampak Chipmunk blogwalking tu faham-faham lah ye. 

Untuk raya tahun ni Chipmunk dah plan nak buat Kek Lapis Cadbury. Pernah rasa sekali, tu pun yang beli. Ni first time buat sendiri. Sedap! Kat dalam tersusun coklat cadbury. Macam dalam gambar di bawah ni.

sumber google

Dan tahun ni jugak Chipmunk nak try buat Kek Lapis Bercorak. Yang coraknya agak complicated. Chipmunk tak berapa nak master sangat buat kek lapis jenis ni. Mesti ada yang silapnya. Tahun ni, dah siap beli kelengkapan untuk 'bertukang' harap-harap menjadi lah ye. Kalau jadi nanti Chipmunk buat entry macam mana nak buat Kek Lapis Bercorak yang agak complicated ni. Kalau tak ada entry apa-apa maksudnya tak jadi la tu. Hehe.

Nak kongsi sikit gambar Kek Lapis Bercorak yang Chipmunk google. Chipmunk tak decide lagi Chipmunk nak buat kek apa. 





p/s : Harap-harap lah kali ni menjadi.

Ads : Dengan ubat gigi Darlie kita boleh menang INI. Dahsyat.
Ads : Jom pergi SINI. Macam menarik je.
Ads : INI boleh tukar lelaki jadi perempuan? Serius?
Ads : Dengan INI kita boleh pergi mana-mana yang kita nak. Best!

09/08/2012

Mana nak cari Sukan Olimpik yang macam ni?


Sedar tak sedar tinggal beberapa hari lagi nak raya kan? Rasa sayu pulak nak tinggalkan bulan ramadhan. Hari ni malas nak update pasal raya atau puasa ataupun yang sewaktu dengannya. Tentu ramai lagi blogger-blogger lain yang akan update blog pasal benda yang sama. Jadi hari ni apakata Chipmunk update pasal Sukan Olimpik London 2012 pulak. Tapi sukan-sukan yang ni agak special sikit. Bukan dari segi sukan yang dipertandingkan. Tapi dari segi penyertaan para peserta. Ada unik sikit kat situ. Nak tau kenapa Chipmunk cakap macam tu? Kita tengok gambar-gambar kat bawah ni.











Hebat bukan? Agak-agak kalau Cik TengTeng masuk Olimpik ada chance nak menang pingat emas tak?

p/s : Tahniah buat Pandalela Rinong kerana berjaya menghadiahkan Malaysia pingat gangsa dalam acara beliau pagi tadi. *updated*
sumber : INI

Ads : Dengan ubat gigi Darlie kita boleh menang INI. Dahsyat.
Ads : Jom pergi SINI. Macam menarik je.
Ads : INI boleh tukar lelaki jadi perempuan? Serius?
Ads : Dengan INI kita boleh pergi mana-mana yang kita nak. Best!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...