31/08/2012

Datang balik dah penyakit ni.


Beberapa hari kebelakangan ni Chipmunk tak boleh nak tido malam. Biarpun lampu bilik tido pukul 11 malam lagi dah tutup, tetap mata tak nak tido sampai la subuh. Nak kata tido siang memang tak lah. Sebab Chipmunk bukan jenis yang tido siang. Plus tak pandai tido siang pun melainkan penat yang melampau ataupun sakit. Kalau masa-masa lain jangan harap la nak tido siang. Ada je benda yang nak dibuat.

Dulu pernah jugak macam ni. Masa tu 2nd year time degree dulu. Lepas subuh baru mata ni nak lelap. Dah tu kelas pulak banyak pukul 8 pagi sampai lah ke tengahari. Pergi kelas lemah longlai je sebab tak cukup tido dan rehat. Petang pulak masuk lab sampai lah pukul 5 petang. Dan malamnya training tarian sampai pukul 2-3 pagi. Kalau manusia yang normal memang balik-balik training tu terus rebah sebab penat la kan? Tapi Chipmunk ni tak. Tapi time tu Chipmunk guna jugak untuk belek-belek nota kononnya. Dah alang-alang tak nak tido. Tapi bila badan dah letih, ilmu boleh ke masuk? Satu semester jugak lah ada masalah tak boleh tido ni. Dan hasilnya memang result semester tu cukup 'cantik' lah. Sekarang ni, dah datang balik penyakit ni. Kenapakah?? Ada tak apa-apa tips yang mencegah ataupun merawat insomnia ni? Nak bagi masa tido perempuan ni normal balik dan mengelakkan benda yang sama berulang di masa akan datang. Huhu.

Best nya kalau dapat tido macam ni - Maru

p/s: main mekap2 dengan blog, mata tak boleh tido punya pasal. Perasan apa yang berubah?

32 comments

8/31/2012 08:50:00 am

awak ada pk apa2 ke? ada pblm?? huhuhu apa kata2 ptg2 tuh awk g jog ke. bila malam rasa leth msti tidoq cepat2. huhu mana tahu kan? len bdn len pulak. tapi, bhya tau insomnia neh. kos dia salah satu daripada disorder yg ada. disorder yang bila sampai tahap dan ketikanya boleh menyebabkan schizofrenia :)

sumber:kelas psikologi abnormal sue pelik

8/31/2012 09:42:00 am

kat etips akak banyak petua:

1. Jangan makan makanan berat pada waktu malam. Minum susu dan lakukan senaman ringan sebelum tidur.
2. Jangan menonton tayangan filem seram atau filem hantu sebelum tidur
3. Katil dan tilam mesti selesa
4. Jika susah tidur, bangun dan lakukan beberapa aktiviti ringan
5. Jangan minum kopi atau teh sebelum tidur

baca lagi--> http://nurazizahyahaya.blogspot.com/2011/03/petua-mengatasi-penyakit-susah-tidur.html

Anonymous
8/31/2012 12:01:00 pm

Bahaya juak tok..

8/31/2012 12:08:00 pm

@Sue PeLik


xde jugak.. huhu.. dulu badan dah extra letih dgn schedule pack, sama jugak takleh tido. huhu. boleh jadi sampai camtu sekali ke? huhu

8/31/2012 12:12:00 pm

@azizah :)

no 1,2, dan 5 mmg sy tak buat. Katil mmg dah selesa dah tp masalahnya mata yg taknak lelap. huhu. yang No 4 tu boleh la cuba lepas ni..

8/31/2012 12:13:00 pm

@Sally Yatiey

nya lah ya. palak pun jd biol juak, xcukup tdo. pusing2 jak rasa. huhu

8/31/2012 12:28:00 pm

memang susah hehe

8/31/2012 12:55:00 pm

@beckhrooy

susah? ape yg susahnya tu? huhu

8/31/2012 05:35:00 pm

Ee dulu pernah susah sangat nk tido, even badan penat tp mmg susah nak lelap. Kalau tido pun tak lena, jap2 dah terjaga. Hmm, terseksa rasa.

8/31/2012 06:57:00 pm

biasa eyqa akan relax sebelum tidow..
pk yg best3 jew

8/31/2012 08:10:00 pm

sama lah kite, sy xde tips sbb sy mmg susah nk tidur mlm, hehe..btw comel sgt kucing maru, suke giler dgn beliau hehehe

8/31/2012 08:37:00 pm

ce jmp doctor...bhy tuh

8/31/2012 08:47:00 pm

ada member gitau dulu, jangan renung skrin laptop lama sangat...cahaya tu akan menganggu masa tido.

p/s sis pun ada masalah yang sama. tapi tetap renung skrin laptop gak...hehehe

8/31/2012 09:15:00 pm

@Nurulee

ha, macam tu la.. tau xpe.. huhu

8/31/2012 09:15:00 pm

@Nur Atiqah Mohd Zaki

klau fikir yg best2 ni mmg hasilnya berangan. haha

8/31/2012 09:17:00 pm

@lynndAmya

mmg jenis yg susah tdo jugak. nak tunggu 15 mnt-20 mnt baru lelap. tp ni dh advance dh dr tu. huhu

8/31/2012 09:17:00 pm

@miss fluffy

insyaAllah.. huhu

8/31/2012 09:18:00 pm

@puteri kasih

ooo.. yeke sis? maksudnye kena kurg2 la layan drama korea ni. haha

8/31/2012 11:19:00 pm

aku pun ada masa2 dia x leh tdo mlm gak.

8/31/2012 11:32:00 pm

bahaye tu sys ,
sampai tak tido ,
sys byk pk kott .
tu yg susah tido

#ce-jumpe doktor tanye kenape , nanti dea bg ubat tido . hehe :D

8/31/2012 11:40:00 pm

err. why jd mcm ni? huhuhuhu
tapi df same jugak mcm akak.
kalau penat giler2 baru dpt tito kalau tak susah nak tito hahaha :D

8/31/2012 11:55:00 pm

sy pun ada masalah tido gak..kena baring2 kat katil sejam dua pastu baru bole tido..hehe

9/01/2012 12:41:00 am

@aswadz

kalau kadang2 tu xpe jugak kan, ni dah berapa hari dah. hmmm

9/01/2012 12:42:00 am

@amy syahiera

tak jugak kot. huhu..

dah masuk part ubat2 ni yang seram sikit ni. haha

9/01/2012 12:42:00 am

@Detective Fiqa

ni penat macam mane pun tak leh nak tido jugak.. hmmm

9/01/2012 12:43:00 am

@nadzirah sofia

ni buka setakat sejam dua dah ni. 4-5 jam dah. huhu

9/01/2012 01:45:00 pm

xleh tdo? ermmm....ntah la...kdg2 kalo xleh tdo, layan mv kompem tertdo...hihi

9/01/2012 01:53:00 pm

@tirahzairi

dh layan mcm2 dah tirah. dr drama korea, running man, buka youtube tgk mcm2 video smpai la main angry bird same je hasilnye.. huhu

9/01/2012 03:44:00 pm

cian jgk kan..xckp tido ni xelok utk bdn..yela sbb xckup rehat..kan..tapi lau da ssh tido nk wat cmne..lau yaya, time wktu siang tu bnykkan aktvti..perah otak ke perah tenaga ke..hehe..then time malam mesti bdn letih punye..bru leh tdo dengn nyenyk..lau xleh jgk, mase baring nak tido tu, bzkir je...nti sedar xsedar da tertido da..cube la wat..insyalh..^_^

9/01/2012 08:27:00 pm

@Cik Yaya

thanks cik yaya utk tips tu.. boleh try.. hehe

9/02/2012 10:36:00 am

maybe your brain and body is too active. :)

9/02/2012 02:17:00 pm

@SimplySeoul

tak jugak.. huhu

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...