31/08/2014

Salam Hari Kemerdekaan ke 57



Salam Hari Kemerdekaan dan Selamat Bercuti!

p/s : Cantik je Google bersempena dengan hari merdeka ni. Dengan kelopak-kelopak bunga kebangsaan negara, bunga raya. 

30/08/2014

Kenduri Kahwin Sana dan Sini

Weekend ini Iolls fully booked. Bajet retis je kan? Padahal tak adalah fully booked pun. 31st August duduk goyang kaki kat rumah settle kan apa yang perlu. 1st of September pulak nak pergi somewhere masih lagi nak settle kan something. September, memang bulan favourite Iolls tiap-tiap tahun. Tahun ini tak perlu nak berteka-teki hadiah apa yang En. Barney nak bagi because I dah tau since last month apa yang I akan dapat. Tapi kadang-kadang stress juga bila fikir balik umur makin bertambah setiap kali menjelang bulan september. Oh, pening kepala sekejap. 

Alamak, title bukan main kenduri kahwin. Alih-alih isi kandungan jauh terpesong. 

This week memang ramai yang ambik peluang cuti weekend yang panjang sikit untuk melangsungkan perkahwinan. Ada tiga jemputan kahwin semuanya. I ada dua, En. Barney pulak satu. Kejap lagi nak pergi kenduri officemate Iolls dan lepas tu terus ke KL pergi kenduri kawan baik En. Barney pulak. Lagi satu cuma mampu kirimkan hadiah je memandangkan majlisnya jauh di Kelantan sana. 

sesi membalut hadiah malam tadi

Snap gambar pun boleh stress bila mengenangkan kamera phone yang nan hado. Bersabar lah sementara Xperia kesayangan siap untuk dibaiki. Apapun, Tahniah dan Selamat Pengantin Baru buat pasangan yang akan dan telah melangsungkan perkahwinan pada hujung minggu ini, minggu depan dan juga minggu-minggu yang seterusnya. Semoga berbahagia sehingga ke anak cucu hendaknya. Amin. 

Oh, tak lupa juga buat Blogger Nurie yang juga sah bergelar seorang isteri semalam. Alhamdulillah. Hadiah Puan Nurie nanti I bagi masa resepsi nanti ye. 

p/s : Tetiba I pulak yang stress dah kenapa?

29/08/2014

Terbang Tunduk - Fynn Jamal

I suka dengar lagu-lagu Fynn Jamal. Setiap patah kata itu ada maksudnya tersendiri. Yang mendalam, yang bermakna. Paling penting sebagai peringatan. Dah lama I perasan lagu Terbang Tunduk ini kat radio. Kalau tak silap, sama ada sebelum puasa atau sebelum raya I dengar sembang-sembang Fynn Jamal di Hot FM yang lagu ini dicipta khas buat Captain Dato' Halim Othman sempena Red Bull International Air Race tahun ini. 


Terbang Tunduk
Fynn Jamal

Bertahanlah, wahai raksa, jangan kau terhenti
Berpautlah, wahai nyawa, ini bukan mimpi
Saksikan dengan mata
Rasakan dengan jiwa
Kau sedang tinggi

Jauhnya kau terbang
Siapa sangka?
Getir yang menghalang tak besar mana

Payah payah semalam
Moga mudah selama

Tiap apa yang mematah tegakmu
Tiap yang menolak
Tiap yang memijak henyak
Biar di belakangmu

Jangan dikenang
Moga dibuang dendam dan sayu

Tuhan
Jangan kau izin aku lupa
Jangan kau biarkan aku mendepang dada
Pasakkan hatiku pada kaki
Paksakan ku tunduk sehingga mati
Lately ni quite stress jugak lah. Hari-hari terpaksa entertain client yang sangat lah fussy. Cuma dalam minggu ini semua yang terlebih cerewet pulak yang datang mencari. Ragam semuanya buat I teringat kat lagu ni. Tak kisah lah besar mana gaji, betapa gahnya nama company tempat dimana rezeki dicari dan pangkat yang tinggi. Kaki tetap berpijak jugak di bumi. Belum lagi I dengar orang gaji besar ada sayap boleh terbang. Lain lah kalau memang ada jet peribadi sendiri tu kan. Itu terbang juga cuma kaki masih lagi menjalankan fungsi sama macam orang lain. 

Set minda. Berurusan dengan orang yang begini sebenarnya sebagai peringatan buat diri sendiri. Jangan jadi seperti itu. Bak kata Fynn Jamal, "Jangan kau biarkan aku mendepang dada, pasakkan hatiku pada kaki." InsyaAllah.

p/s : Kadang-kadang terlupa, langit itu terlalu tinggi. 

28/08/2014

Kemaruk Selfie versi Haiwan

Rasanya baru semalam I terbaca artikel seorang remaja yang ber'selfie' di puncak pencakar langit setinggi 345 meter di Hongkong (rujuk entri INI). Gigih sungguh. Sanggup membahayakan nyawa sendiri gara-gara kemaruk nak ber'selfie' kan. Itu belum lagi selfie sebelum ajal. Boleh baca entri Blogger Azlan Strider, 10 Selfie Sebelum Maut.

Balik-balik baca artikel atau entri tentang manusia ber'selfie' ni, boleh pulak malam tadi I terbaca tentang haiwan ber'selfie'. Memang gelak sakan lah bila tengok gambar-gambar ni. 







Gambar yang last tu macho tak? Tapi yang paling I suka gambar panda yang duduk bersimpuh dalam lift, angkat phone and snap. Comel sungguh!

p/s : Sila utamakan keselamatan anda kalau nak berselfie. Tak perlu lah nak jadi attention seeker sangat.

sumber : INI

27/08/2014

Wordless Wednesday : Pondan Flavour??

Sumber : Group Whatsapp

26/08/2014

Kain 'Felcra'

Alkisahnya pada satu hari di hujung minggu dengan watak seorang jejaka dan seorang gadis. Sedang melintasi pusat membeli-belah Sogo. Titik destinasi, sebuah kedai di Jalan TAR. Mencari sesuatu dan sesuatu untuk sesuatu. 

Sedang menunggu lampu pejalan kaki untuk bertukar hijau, tiba-tiba sang jejaka membuka mulut dan menyoal..

"Awak nak cari kain FELCRA ke?"

Oh, tak mampu untuk terusan menaip dengan ayat yang formal. Lagi tak mampu untuk menahan gelak. Iolls tak tahu lah celah mana si jejaka tersebut mengutip perkataan Felcra dalam kamus beliau. Mungkin dengar sayup-sayup di telinga sahaja mungkin. 

Yang dimaksudkan sebenarnya adalah Lycra.

Maaflah En. Barney. Ini first time I dengar orang panggil kain Felcra. Setahu I, Felcra itu akronim untuk Federal Land Consolidation and Rehabilitation Authority. Lycra baru lah sejenis fabrik. Confused lah tu bila hampir sama je bunyi nya. Tak apalah, at least sekarang dah tahu apa beza Felcra dan juga Lycra kan? Hiks.

Gambar hiasan (Sumber google)

p/s : Pernah nampak Italian Chiffon kat Jakel dengan harga RM1K semeter. Kenapa mahal sampai 1K eh?

25/08/2014

Korean Drama : My Secret Hotel

Walaupun bukan lah seorang yang meminati Kpop, I selalu juga buka website allkpop.com. Ini semua sebab nak tahu drama korea yang terbaru, drama mana yang ratingnya tinggi dan so on. Macam drama My Secret Hotel ni lah. I terbaca satu artikel dalam website allkpop yang drama ini ditayangkan dalam minggu lepas. Baca sinopsis macam menarik, jadi I try la download episod 1 nak tengok best atau tak.  



Sinopsis My Secret Hotel

Nam Sang Hyo (Yoo In-Na) merupakan pengurus untuk jabatan yang dinamakan sebagai 'Wedding Planning Department' untuk sebuah hotel terkemuka iaitu The Secret Hotel. Selepas tujuh tahun, Nam Sang Hyo bertemu semula dengan bekas suaminya yang juga merupakan salah seorang daripada client nya, Gu Hae Yong (Jin Yi Han) yang bakal berkahwin di hotel tersebut. Keadaan menjadi rumit apabila Nam Sang Hyo terjerumus di dalam kisah percintaan tiga segi antara dirinya, Yeo Eun Joo (Lee Young Eun) dan Pengarah Urusan hotel tersebut, Jo Sung Gyeom (Namgoong Min). Namun memburukkan lagi keadaan apabila berlaku satu kes pembunuhan di hotel terbabit.

So for so good. Best jugak. Just imagine, masa pengantin lelaki tengah walk down the aisle tiba-tiba ada mayat jatuh dari atas. Dari mana datangnya mayat tersebut, kenapa dia dibunuh dan siapa pembunuhnya? Yang paling penting apa motif pembunuhan tersebut dan apa kaitannya dengan kisah-kisah cinta Nam Sang Hyo? Tengok episod satu dah buat kita tertanya-tanya. Hari ni nak download episod dua pulak. 


Tapi drama My Secret Hotel ini mengingatkan I kepada drama Emergency Couple lakonan Song Ji Hyo dan Choi Jin Hyuk. Lebih kurang sama je. Santai dan kelakar. Cuma My Secret Hotel ni mungkin agak tense sikit kot sebab ada kisah pembunuhan. Tapi kalau uolls suka tengok Emergency Couple, mungkin akan suka juga tengok My Secret Hotel ni kot. 

Download My Secret Hotel

Watch Online My Secret Hotel

p/s : Siapa ada tengok drama Three Musketeers lakonan Yong Hwa CNBlue a.k.a Buah Hati Sally? Best tak?

24/08/2014

Cash Out Nuffnang Kali Kedua

Lewat bulan Jun lepas, I click untuk cash out amount yang ada dalam account Nuffnang. Alhamdulillah walaupun tak lah banyak mana, cukup lah untuk bayar repair handphone I yang masuk wad tempoh hari. Nak beli smartphone baru, dengar ura-ura Sony nak keluarkan Xperia Z3. Nak tengok specifications Z3 dulu, kalau berkenan boleh lah ambik. Dalam masa tu boleh lah kumpul duit sikit kan. Ehem. 

Anyway, check Nuffnang sampai kalau tak silap earlier this month kot. Sebab I guna alamat rumah di Sarawak, jadinya check tersebut tak sampai kat tangan Iolls. Mak whatsapp gambar surat, baca ada perkataan Nuffnang automatik tau yang dalam tu ada check. Minta tolong Mak deposit kan check sebab nak tunggu I balik memang lambat lagi lah. 


Tak dapat ambik gambar check, snapshot payment advice pun jadi lah. Ini ada tips untuk uolls yang baru  first time nak cash out Nuffnang, make sure uolls cash out hujung bulan. Sebabnya pihak Nuffnang akan ambik masa 30 hari selepas hujung bulan untuk process earning tersebut. Daripada uolls cash out awal or tengah bulan, terpaksa tunggu sampai hujung bulan dan tunggu lagi 30 hari, better uolls cash out masa hujung bulan terus. Tak lama sangat nak tunggu check tu sampai. Sambil tu, boleh tambah earning sikit lagi kan. Hiks.

p/s : Orang lain tiga tahun lebih dah cash out banyak kali, Iolls baru gedik nak cash out kali kedua. 

23/08/2014

[ Nuffnang Premiere Screening ] Lucy

Dua hari setelah filem Lucy ditayangkan, baru sempat nak buat entri biarpun Iolls dah tengok dulu hari Rabu lepas. Yang tanya "best tak, best tak" cerita ni, macam Iolls bagitau SINI, "esok lusa I story" dengan harapan anda dan anda bersabarlah sebentar. Nak buat entri khamis lepas, tak sempat. Nak publish entri semalam, macam tak manis pulak bercerita pasal movie on National Day of Mourning kan. 



Sinopsis Lucy

Lucy diperangkap untuk menjadi keldai dadah berdepan dengan keadaan yang lebih menggetirkan setelah bertemu dengan Mr. Jang. Dadah sintetik yang dinamakan CPH4 dimasukkan ke dalam bahagian ususnya untuk membolehkan dadah tersebut dibawa merentas negara. Namun paket dadah tersebut pecah dan kandungannya meresap masuk ke dalam tubuh Lucy yang kemudian membolehkan Lucy untuk menggunakan 100% kapasiti otaknya. 


Macam yang Iolls bagitau di SINI, movie ini adalah saintifik. Siapa yang cintakan ilmu, this is the right movie for you. Apa yang terjadi bila dadah CPH4 masuk ke dalam tubuh Lucy dan apa tindak balas tubuhnya terhadap dadah tersebut? Kemudian, apa yang dia boleh lakukan bila dia menggunakan 100% kapasiti otaknya? Jangan kata 100%, 40% sahaja dia sudah boleh melakukan sesuatu yang sangat luar biasa. 


Yang tidak berminat untuk menonton Sci-Fi movies, jangan risau sebab I rasa movie ini dah guna the most basic scientific term. In fact I rasa, diolah untuk menjadi bahasa harian yang digunakan supaya lebih difahami. Dari apa yang I tengok, asas untuk movie ini pun simple. Proses pembelahan sel ataupun Mitosis. Benda yang I belajar dari Form 4, matrikulasi sampai lah universiti. Even En. Barney yang paling bahagia bila ponteng kelas biologi masa sekolah-sekolah berkurun yang dulu pun masih ingat lagi.  


Siapa yang suka dengan movie Transcendence, I pasti uolls akan suka movie ini jugak. Cuma Lucy lebih simple dan mudah difahami berbanding Transcendence. Yang mengharapkan Filem Lucy ini compact dengan action, sorry to say I rasa movie ini lebih kepada to value the knowledge. Plus Lucy lebih kepada Sci-Fi movie berbanding Action. Jadi action memang kurang sikit lah. 


Kalau tanya I best atau tak, memang I jawab movie ni best. Cuma I rasa macam tak cukup. Apa-apapun, untuk movie Lucy ni I bagi 6.9/10. Ada yang dah tengok Lucy? Ataupun uolls plan nak tengok weekend ni? Scarlett Johansson tu. Hiks

p/s : Dalam banyak-banyak movie tahun ni, paling tak sabar nak tunggu Mockingjay. Lagi 3 bulan. Wink wink!

22/08/2014

Remembering #MH17

sumber : google

21/08/2014

Movie Date

Dalam entri INI kan Iolls ada bagitau yang Nuffnang bagi I dua tiket free untuk menonton premiere screening filem Lucy lakonan Scarlet Johansson dan juga Morgan Freeman yang ditayangkan di pawagam mulai hari ini. 


Satu perkataan untuk Filem Lucy adalah Saintifik. Nanti esok lusa Iolls cerita panjang lebar. Tak larat nak taip autopublish entri malam tadi dan tak sempat nak story banyak pagi-pagi before office hours. Lewat sikit sampai rumah gara-gara terlambat sebab pening cari parking masa nak balik. Tersalah park kereta kat wing satu lagi punya pasal terpaksa ber'Running Man' sebentar dalam One Utama sambil imagine tengah main bell hide-and-seek macam dalam Running Man.Lepas tu tambah pulak terlambat gara-gara jalan tutup di Persiaran Surian. Itu belum lagi lencong sana sini gara-gara pembinaan MRT. Nasib baik Iolls pernah kerja dan duduk area Damansara tu sekejap, tau la jugak selok belok jalan di sana. Pesanan bukan penaja buat uolls yang agak jarang menggunakan Persiaran Surian baik malam mahupun siang, sila pastikan uolls berada di lorong yang betul. Memang agak pening sikit, especially malam. Macam malam tadi, terpaksa guna jalan jauh. Punya lah nak kejar masa, sekali tengok lambat jugak. 

Yang sebelah kiri tu memang ayat bikin panas. Thanks Nuffnang!

p/s : Before movie Lucy start semalam, ada tengok trailer Spongebob the Movie. Bukan main lagi En. Barney ni kata nak tengok. 

20/08/2014

Wordless Wednesday : [Teaser] Sesi Menjahit



19/08/2014

Tepung Cucur Keju Adabi

Semalam dan semalam lagi nak buat entri tentang Tepung Cucur Keju dari Adabi ni. Tapi tengah pening dengan phone yang tetiba meragam diserang oleh penyakit berjangkit bawaan Xperia Z Sally Samsaiman. Bila phone dah tak boleh on, lupa pulak semua gambar yang nak dibuat entri tu semua ada dalam phone tak sempat nak transfer lagi. Gambar boleh google, jadi Iolls tetap nak story-story jugak!

Sumber : Google

Tepung Cucur Keju Adabi

I takkan sedar kewujudan Tepung Cucur Keju ni kalau tak disebabkan oleh adik I. Pernah goreng kat rumah untuk berbuka puasa ramadhan lepas untuk adik-adik. Masa buka puasa bukan main sedap lagi rasa Cucur Keju. Dengan rasa cheese nya yang sungguh marvelous! Jadi bila balik rumah sewa sendiri, makanya haruslah dimakan lagi kalau dah sedap kan. Goreng half packet sebab makan sorang-sorang, dari breakfast kenyang sampai ke minum petang. Mengunyah Cucur Keju sambil tengok drama korea Josean Gunman. Bertemankan Teh Hijau secawan, tambah lagi kalau time hujan. Memang terbaik lah! Lunch dengan Cucur Keju dari Adabi pun sudah memadai! Itu kalau I lah, kalau En. Barney satu paket makan dia sorang pun tengahari cari nasi jugak. 

p/s : Bagus jugak ada tepung cucur macam ni. Nak buat cucur keju sendiri? Nan hado lah jawabnya. 

18/08/2014

Dapatkan Smartphone Terkini dengan Harga Terbaik Hanya di DirectD

UPDATE

DirectD yang terletak di SS15,Subang Jaya. Aku pun tak pasti lah sama ada korang pernah dengar nama kedai ini ke tidak. Untuk pengetahuan korang, DirectD ini merupakan sebuah kedai yang menjual telefon pintar. Bukan itu saja, kalau korang nak cari headphone, tablet atau aksesori boleh juga didapati di sini. Even power bank dan bluetooth handsfree pun ada juga.


Bagi yang tak tahu akan kewujudan DirectD sebelum ini pasti tertanya-tanya dimanakah lokasinya. Terletak di Subang Jaya SS15, land mark kedai  ini korang perlu cari Subang Parade dan juga Corporate Tower. Di belakang Corporate Tower korang akan nampak deretan shoplots dan korang mesti akan nampak restoran Chili Padi. Restoran Chili Padi memang sebaris dengan DirectD. Cuma perlu jalan sikit saja menghala ke arah K3K Benta Kaya dari Chili Padi. Jalan straight je mesti akan jumpa. Kalau pening juga nak cari, ini alamatnya. No. 64, Jalan SS15/4B Subang Jaya. Sekarang kan dah ada waze. Senang.

Kenapa DirectD? Bagi aku setakat yang aku dengar dari kawan-kawan aku, handphone kat kedai tu agak murah la. Jadi aku pun pergi la beli handphone kat situ. Aku beli Lenovo S820 dengan harga dalam RM400. Aku dengan Chipmunk tengok handphone model yang sama di Giant Shah Alam, harganya dalam RM650. Tiga angka jugak bezanya disitu.


Jadi, rasa-rasa korang berbaloi tak dengan harga itu? Bagi aku pun kira dah cukup murah la. Oh ye, kat situ pun ada juga menyediakan perkhidmatan untuk repair handphone sekali. Dalam entri INI, Chipmunk ada bagitau handphone dia meragam. Technician DirectD informed battery problem. Seperti yang dijangkakan. 

Bagi yang siapa-siapa yang sedang mencari handphone, boleh lah pergi situ tetapi kena gigih sikit lah beratur. Agak ramai jugak lah manusia yang berkunjung di DirectD ni even time office hours pun boleh tahan ramai jugak. Hatta, nak hantar repair pun sama juga. Kena berbaris panjang dulu sebelum tiba giliran anda.

Antara handphone yang ada dijual di kedai ini :








sumber : DirectD

Yang sedang mencari handphone tu boleh la try tengok di DirectD, mungkin harganya menepati citarasa korang. Atau nak hantar repair phone pun boleh jugak.

Alamat DirectDNo. 64, Jalan SS15/4B Subang Jaya
Facebook DirectD : Directd

Siapa-siapa yang pernah beli handphone kat situ, bolehlah kongsi-kongsi sikit pengalaman ke atau apa-apa saja. Aku pun baru kali pertama beli handphone kat situ. Jadi nak jugak dengar pendapat korang mengenai DirectD ni. 

17/08/2014

Alahai, Apa Sudah Jadi?

Kalau sebelum ini, Sally yang mengalami masalah smartphone meragam. Kali ini Iolls pulak. Masa date dengan Sally tempoh hari di Go Mo Nae Korean Restaurant (Ampang Point), sembang-sembang jugak tentang problem smartphone Sally. Sebenarnya smartphone Iolls pun ada masalah yang sama. Cuma tak seteruk itu. 

Tapi, bila problem Sally dah settle. Smartphone I pulak yang mula meragam dan makin kronik penyakitnya. Since jumaat lepas dia dah start meroyan. Balik-balik restart saja. Bila cucuk power supply, okay. Tapi lagi. Lepas malam tadi, cucuk power supply pun tak jalan. Once tekan button on / off, tunggu dua saat phone restart balik. 


First gambar kat IG Iolls, February tahun lepas. Hampir setahun setengah jugak pakai, baru dia start meragam. Macam Sally tempoh hari, sebab masalah battery. Dan Iolls rasa yang ini pun sama jugak sebab kes lebih kurang je. 


Sally, kita pun pakai phone sementara sama macam Sally pakai hari tu. Cuma Sally warna putih, yang ini warna merah. Jangan lah nak kena beli phone baru, sayang kot yang ini. Ada sentimental value guna rebate RM200 tu. Er, sentimental value lah sangat kan.

p/s : Pening pulak. Time ni jugak dia nak meroyan. 

16/08/2014

Crossing On The Paris : Dana Gynther

Novel English berjudul Crossing On The Paris ni sebenarnya I dah habis macam masa dalam flight dari Kuala Lumpur ke Miri sebelum raya lepas. I memang ada habit dalam flight wajib bekal novel untuk dibaca. That's why la I tak suka naik flight malam sebab rasa tak selesa nak membaca. Prefer flight lepas subuh pukul 6-7 pagi. Baca novel sambil bertemankan pemandangan indah matahari terbit dari dalam kapal terbang. Sungguh menenangkan!


Crossing on The Paris
Dana Gynther

Sinopsis Crossing on The Paris

The opulent age of empires is ending, but the great queens of the sea - the magnificent ocean liners - continue to reign supreme. Despite the tragedy of the Titanic, the race to build even larger and more luxurious floating palaces continues, and the passangers still flock to make the atlantic crossing in style. 

In 1921, the SS Paris leaves Le Havre on her maiden voyage. Aboard, passengers dine in glittering grandeur on French cuisine, served by hundreds of unnoticed servants and chefs. Below the waterline, the modern oil-fired engines throb day and night. And for three women, this voyage will profoundly change their lives. 

Travelling first class, elderly Vera Sinclair is reluctantly moving back to Manhattan after thirty wonderful years aboard. In cozy second class, reveling in her brief freedom from family life, Constance Stone is returning after a failed mission to bring her errant sister home from France. And in stifling servants' quarters, young Le Havre native Julie Vernet is testing her wings in her first job as she sets out to forge her own future. For all three, in different ways, this transatlantic voyage will be a life-changing journey of the heart. 

Vera Sinclair, Constance Stone, dan Julie Vernet. I suka gaya penulis menceritakan kisah ketiga-tiga mereka. Kisah yang berbeza, kelas yang berbeza dan juga peringkat umur yang berbeza. Vera Sinclair seorang veteran dalam lingkungan 60-an, dalam perjalanan untuk kembali semula ke tempat asalnya dengan membawa 1001 beban kenangan masa lampau yang sukar untuk ditinggalkan di bumi Perancis. Constance Stone, kononnya dengan unhappy mariagge life dan Julie Vernet, seorang gadis muda yang baru mula untuk mengorak langkah mencorakkan masa depan sendiri, meninggalkan kedua ibu bapa di La Havre setelah kematian ketiga-tiga abangnya semasa perang dunia. 

Paling best moment mereka bertiga bertemu secara kebetulan tapi masih lagi sedar akan kehadiran masing-masing. Pertemuan demi pertemuan secara kebetulan itu akhirnya membuahkan persahabatan. Berkongsi kisah suka dan duka yang secara konklusinya sangat bermakna buat mereka bertiga. 

Dan satu lagi perkara yang I suka dalam novel ini, SS Paris yang menjadi latar bagi novel ini sememang nya wujud. Most of the details mengenai SS Paris dalam novel ini adalah hampir tepat. Seolah-olah kita berlayar bersama SS Paris tapi hanya dengan membaca novel cuma. 

SS Paris (1921 - 1939)
sumber : google

SS Paris, merupakan ocean liner Perancis yang terbesar pada eranya dengan enjin yang berbeza daripada liner yang terdahulu. Dengan interior yang lebih moden dan gah berbanding dengan yang lain. Tapi sayang, pada tahun 1939 SS Paris terbakar semasa sedang berlabuh di Le Havre dan menyebabkan ia terbalik dan karam. 

SS Paris grand staircase (sumber : wiki)

Dari jalan cerita hingga ke kapal, Dana Gynther berjaya mengetengahkan kecantikan SS Paris tanpa menenggelamkan jalan cerita tiga wanita berkenaan. Rasa macam Iolls pulak yang berlayar bersama SS Paris. Padahal baca novel je pun. 

p/s : #nowreading City of Ashes. Bila agaknya movie nya akan keluar eh?

15/08/2014

Thanks Mr. Nuffnang : iH Media Liese

Lepas dapat tiket free dari Mr. Nuffnang untuk menonton filem Lucy lakonan Scarlet Johansson, bila check akaun Nuffnang dapat lagi CPUV baru. Banyak CPUV dari Nuffnang lepas raya ni. Almaklumlah duit raya katakan. Syukur ada jugak rezeki lebih. Hiks

iH Media Liese

Sebenarnya I sendiri pun belum nampak lagi iklan ini di mana-mana. Iklan apa I tak tau nak story panjang lebar. Cuma yang I tau, Liese ni adalah satu produk yang menjurus kepada penjagaan rambut kalau tak silap. Betul atak tak iklan ini mengenai barangan Liese masih belum dapat dikenalpastikan. Kena tunggu iklan tu muncul dulu lah jawabnya. Apa-apapun terima kasih banyak-banyak ye!

p/s : Weekend tiba lagi. Yeay!

14/08/2014

Nuffnang Premiere Screening of Lucy

Wahai En. Barney, keranamu ku turutkan jua. Cuba nasib kot-kot dapat ticket free dari Nuffnang sebab ada orang tu dari dulu lagi merengek nak tengok Scarlet Johansson. Okay, part merengek tu tipu. Dari awal lagi En. Barney dah cakap teringin nak tengok movie Lucy. Yang pertama sebab Scarlet Johansson. Kedua, sebab Scarlet Johansson. Sebab ketiga masih lagi kerana Scarlet Johansson dan akhir sekali trailer nampak macam best. Nampak perulangan Scarlet Johansson di situ? Ehem.


Nuffnang Premiere Screening of Lucy

Nampak ada contest untuk movie Lucy terus join bila mengenangkan orang tua tu nak sangat tengok kan. Dan dapat jugak a pair of tickets untuk menonton filem Lucy bersama Nuffnang 20hb Ogos nanti di One Utama. Ada siapa-siapa lagi yang dapat jugak? Kita jumpa di sana nanti ya. 

p/s : Harap-harap En. Barney tak pergi outstation last minute. 

13/08/2014

Wordless Wednesday : Tick Tock = Stress!



sumber : Google


12/08/2014

Jawatan Kosong RM3K sebulan!

Sekarang ni musim kakak-kakak officemate hantar resign letter. Ada yang resign sebab nak kahwin. Ada yang resign sebab tak tahan. Politik pejabat. No komen. Itu department lain, tak ada kaitan dengan department Iolls. 

Gamble je hantar resign letter tanpa sebarang back up plan pun. Janji resign. Kemudian mula lah cari kerja macam cacing kepanasan. Tanya sana, tanya sini. Last-last I bagi jawatan kosong yang kononnya urgent seperti di bawah. Sekadar gurauan di hari yang busy dan tegang. 


Ada member tu punya lah serius baca, sekali terkena. Siapa yang tengah urgent cari kerja sekarang ni boleh lah try apply salah satu jawatan seperti yang tertera di atas. Nak start kerja terus sekarang ni pun boleh. No hal punya. Gaji tinggi, makan free pulak tu. Eh eh, don't take this seriouly pulak ye. Kejap lagi adalah Cik Anon sentap dan emo ingat kita main-mainkan dia pulak. Ini cuma gurauan semata-mata. 

Dah alang-alang bercerita tentang Jawatan Kosong ni kan, siapa-siapa yang sedang mencari pekerjaan especially yang tinggal di area Shah Alam, Bukit Jelutong dan kawasan berdekatan, I ada nampak banner besar Jawatan Kosong kat depan bangunan company I kerja ni. Sekarang ni memang tengah giat untuk mencari staff baru pun. Untuk keterangan lanjut uolls boleh email I di aisyaahd@gmail.com.

p/s : Yang tengah gigih job hunting sana sini tu all the best ya! 

11/08/2014

Sesi Open House Raya bersama Baby Ash!

Bulan syawal dengan open house memang tidak dapat dipisahkan. Semalam saja ada dua tiga. Sepanjang hari asyik makan dan makan dan makan dan akhir sekali makan lagi. Tak sempat nak lapar, dah makan lagi. 

Semalam rumah pertama yang diserbu adalah rumah Kak Farah Bubblynotes and Baby Ash! Terima kasih Kak Farah sudi jemput adik-adik yang tak berapa nak betul ni kan. Siap masak spaghetti sedap lagi tau. 

Tengok tengah malam confirm terliur. Yummy!

Dari Subang nak ke Puncak Alam tak lah jauh sangat macam yang duduk Ampang tu kan. Tak janji pun jam berapa nak datang, cuma mention around tengahari je kot. Berbekalkan alamat rumah maka kita Waze saja. Dah nak sampai tu, nampak dalam aplikasi Waze ada friend yang around that area jugak. Dah tau dah siapa. Siapa lagi kalau bukan Blogger Sally yang hatinya sedang bunga-bunga sebab baru jumpa husband tercinta di konsert CNBlue tempoh hari. 

Duta Ayam Goreng katanya. 

Sembang apa lah agaknya dengan Baby Ash kan?

Gambar ehsan dari Blogger Ainim.

Kali kedua bersua muka dengan Kak Farah. First time di Flora Kafe dulu still malu-malu meow lagi. Nak bersembang pun segan. Blogger Ainim pun kali kedua juga jumpa face to face. Masa first time dulu, Blogger Sally lah ajak jumpa-jumpa sekali di Paddington House of Pancake. Blogger Sally tak payah cakap, balik-balik jumpa muka itu jugak. Lasti week dah jumpa, minggu ni jumpa lagi. Alamak, kalau orang tu baca mesti sentap taknak jumpa I dah lepas ni. 

Terima kasih sekali lagi Kak Farah Bubblynotes dan juga Baby Ash. Tak lupa juga buat Mama Kak Farah. Lain kali kalau buat spaghetti lagi roger-roger ye. Dengan tak malu dan tebal muka nak datang serbu spaghetti sedap. Hiks.

p/s : Petang semalam dapat whatsapp dari Kak Farah. Katanya tak sihat. Get well soon and take care ya!

10/08/2014

Misi Sukar di Pagi Raya

Tertanya-tanya misi apa yang Iolls sebutkan dalam entri INI? Dan apakah itu makhluk-makhluk hitam yang berterbangan? Ha, I nak cerita lah ni. Konon je misi sukar tapi Iolls ikut dan tengok je. Yang bekerja Mak dan Bapa, anak duduk tengok je. Baik punya perangai. 

Ini pohon buluh, yang nak dicari adalah rebungnya. 

Syawal ke enam, Mak ajak ke kebun nenek. Nak ambik rebung katanya. Bila dengar nak ke kebun ni, hari raya kita pakai selekeh-selekeh ye anak-anak. Tak kuasa nak turun naik bukit naik heels empat inci. Kejap lagi heels tertinggal kat atas, tuan punya badan dah tergolek sampai bawah dulu. Rebung entah ke mana, heels pulak ke mana. Tuan punya badan mahunya kat hospital. 

Sesi menghalau pemangsa a.k.a nyamuk

Perkara pertama yang perlu dilakukan dalam misi mencari rebung ini adalah, nyalakan unggun api. Nyamuk banyak weh. Ini bukan segerombolan nyamuk dah tapi satu batalion agaknya dia angkut pergi serang weolls. 

Mak Bapa buat kerja, anaknya snap gambar. Terbaik punya anak. 


Setelah selesai 'menumbangkan' beberapa batang rebung, angkat kaki dan balik. Menu utama rumah I masa open house tempoh hari, Acar Rebung. Sedap sehingga menjilat jari! Lagi-lagi mak yang masak. Double triple sedap! 

Mission accomplished. Jom balik!

Yang uolls tengok kat atas ni jalan yang agak landai sikit. Tak snap pulak tempat yang I guna untuk turun. Agak curam. Turun naik bukit macam ni kalau pakai baju cantik-cantik memang menangis lah balik nanti. Tak ada maknanya nak cantik lagi. Selekeh juga. 

Tak sempat pulak snap gambar Acar Rebung hasil tangan mak. Kan I dah cakap dalam entri INI, raya tahun ni adalah raya yang paling malas nak snap gambar. 

p/s : Kejap lagi nak serbu rumah Kak Farah Bubblynotes. Wink wink!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...