04/02/2014

Makan-makan dan sembang-sembang @ Paddington House of Pancakes

Ahad lepas date dengan rakan-rakan blogger. Seharusnya I angkut sekali En. Barney jadi Pak Supir. Nak harapkan sendiri drive? Kalau area bangi-kajang-serdang-putrajaya memang pro lah nak drift bagai. Cuba masuk KL dan tempat-tempat lain, stress jadinya. Tak pasal-pasal I jadi The Hulk bertukar warna hijau. Lagi-lagi jumpa driver yang 'terlebih pandai' tak pasal-pasal warna hijau jadi warna hitam. Dayang senandung. Eh?

Asalnya plan dengan Blogger Sally nak jadi orang korea celup cari makanan korea kat Ampang Point. One day before Sally whatsapp, plan bertukar sebab nak jumpa dua lagi blogger lain di The Curve. Iolls menurut perintah je. On je memanjang. Asalkan jangan bawa I pergi tempat-tempat yang merepek sudah.


Berpeluang juga jumpa Blogger Ainim Suju dan Blogger Dayang Deno. Dalam bersembang-sembang tu apalah guna kalau tiada makanan. Eh, tengok tu. Makan lagi.


Paddington House of Pancakes. Terima kasih Sally sebab bawa Iolls ke sini. First time makan kat sini sebenarnya. Terliur pulak bila teringat pancake kelmarin tu. Makan tu je dah kenyang. Tapi kenyang tu lebih kepada muak sebenarnya. Tahan juga la kenyang tu sampai ke petang.


Amboi, perli nampak. First time sebenarnya ni bertemu mata ke mata dengan rakan blogger. Bersembang bukan dengan mengguna papan kekunci seperti kebiasaan. Seronok! Ada masa kita jumpa lagi lain kali.

P/s : lamanya tak blogwalking. Rindunya lah. Komen yang perlu publish pun dah mencecah 400+. Sobs. 

15 comments

2/04/2014 09:20:00 am

seronoknya dapat jumpa kwn2 blogger yg lain :)

2/04/2014 09:44:00 am

wahh mcm best ajeee..sometime we should have a good spending time ngn kekawan.saje flashback kan ;)

2/04/2014 01:55:00 pm

amboi aisya.. entry makan2 jer yer.. terliur tau

2/04/2014 02:18:00 pm

salam. wahh bestnya dapat berjumpa sesama blogger :)

2/04/2014 02:28:00 pm

Wah, bestnya. Bilalah giliran kamek dapat jumpa kitak. Hihi.

2/04/2014 04:39:00 pm

kesian encik barney .huhu . kite senasib. haha

2/04/2014 10:44:00 pm

untunglah makan2. hana kat sini sekat makan. haha

2/04/2014 11:06:00 pm

waaa..aisya jmpa dik deno..comel je dia.. :)

2/04/2014 11:46:00 pm

aduuh bestnya ..makanannya semua nampak sedap2

Luangkan sedikit masa untuk vote blog acik yang tercalon bagi favorite lifestyle blog Cara vote di sini

2/05/2014 07:43:00 am

Wah,,mesti seronok kan.yg lg best makanan dia tu..mcm sedap je.:D

2/05/2014 02:06:00 pm

wahh. sedap2 nya makanan tu semua dear :)

2/06/2014 09:53:00 pm

Blogger yg pnh jmpe 2je jijah dgn yui..len xpnh lg.bila la nk jmpe ni...hihi

2/07/2014 11:36:00 pm

bila nak jumpa sis plak? hehe

2/10/2014 12:49:00 pm

fuhh terliuq plak tgok ni haaaa

4/13/2015 12:14:00 pm

rasanya macam dah komen entri ni...kenapa tade..? ahaaaaa~

eh, Hi!

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...