26/08/2012

Korean Drama Five Fingers


Semenjak dua menjak tak ada buat ap-apa kat rumah ni, kerja Chipmunk memang menghabiskan drama-draa korea yang ada. Chipmunk baru je habiskan drama A Gentleman's Dignity dan dalam proses untuk menghabiskan drama BIG yang Chipmunk baru start tengok seminggu before raya kalau tak silap. Tinggal 3 episod lagi ni.

Memandangkan still lagi tak berapa nak sihat, jadi ada chance lah nak meluangkan masa bersama drama-drama korea ni. Lagipun ada masa lagi dua minggu before Chipmunk mendaftar untuk sambung belajar lagi. Tak sedar lagi dua minggu boleh lah jumpa En. Barney ni. 

Cakap pasal drama korea yang terbaru, ada satu drama korea yang menarik patut korang tengok. Mula ditayangkan pada 18 August yang lepas. Dan setakat ni baru 2 episod Chipmunk tengok. 



Chipmunk macam tertarik dengan jalan cerita drama ni. Episod awal-awal ni lah yang Chipmunk tengok. Basically pasal pemain piano. Nak ulas panjang-panjang tak reti pulak sebab baru tengok dua episod je dan setakat ni Chipmunk rasa best. Tentang dua orang budak ni, yang sorang memang dilatih seawal umur 3 tahun bermain piano dan yang sorang lagi baru je sentuh piano tapi talent dia bukan main lagi. Dan diorang ni mempunyai ayah yang sama tapi latar belakang yang berbeza. Ha, macam mana lah tu kan? Nak tau lagi lanjut sama-sama lah kita follow drama Five Fingers ni. Nak download drama ni boleh lah klik SINI manakala subtitles pulak boleh download kat SINI

Cakap pasal pelakon pulak, tengok tak Princess Hours? Yang ada Yoon Eun Hye dan Song Ji Hyo tu? Hero Princess Hours ni lah yang jadi Hero dalam Five Fingers ni. Baru ni lah Chipmunk tengok Joo Ji Hoon ni berlakon after drama Princess Hours. Dan heroin untuk drama ni sepatutnya Eun Jung dari kumpulan T-ara. Tapi disebabkan skandal buli kumpulan T-ara, Eun Jung digantikan oleh Jin Se Yeon. Chipmunk tak tau sangat pasal skandal T-ara tu, those yang memang follow news Kpop ni mesti tau la kan. Dan honestly Chipmunk nak tengok drama ni dulu pun sebab nak tengok Eun Jung berlakon. Tapi jalan cerita drama ni pun menarik jugak. *updated : bukan bermaksud Chipmunk ni minat Kpop tau. Jangan salah paham pulak. Tidak, tidak. Chipmunk tau pun sikit-sikit pasal Kpop ni gara-gara adik-adik Chipmunk ni jenis yang perasan diorang ni duduk kat Korea. haha!*

Eun Jung

Sekali lagi nak bagi link untuk download ni. Klik SINI untuk download Five Fingers dan SINI untuk download subtitles. 

p/s: drama Faith dan Arang and the Magistrate pun macam best jugak. 

20 comments

8/26/2012 02:23:00 pm

Lmk dah sik layan cta korean. Kacak juak muka Eun Jung ya ^^

8/26/2012 02:59:00 pm

wahh ! tak sangke sys peminat kpop :D

8/26/2012 03:04:00 pm

dah lama x tgk korean movie
pasal kes buli , ada baca tapi tak tahu details
kantoi time editing video time program reality kan.

8/26/2012 03:29:00 pm

wah2..daebbaakk! =)

8/26/2012 05:04:00 pm

best yer... nnti nak tgk la.. akak xberapa minat korea kalau tak betul2 best..hehe

8/26/2012 05:17:00 pm

nak try tgk la cite five fingers ni..
faith mcm best.. tp xtgk lagi,, :)

8/26/2012 08:48:00 pm

http://chot91.blogspot.com/2012/08/contest-segmen-bersama-warna-kegemaranku.html

first contest dri chot..feel free to join n support me yar friend..tq..:)

8/26/2012 10:52:00 pm

Anna minnaaattttt Korea taw,,... cite rase same laa....

8/27/2012 11:36:00 am

@Sally Yatiey

kmk tertarik nangga nya pun sebab muka nya kacak.. sweet jak.. hehe

8/27/2012 11:37:00 am

@amy syahiera

tau ckit2 je.. tu pun sebab adik2 gila kpop.. kalau dh asyik buka lagu/video semua pasal kpop mmg automatik tau lah biarpun tak minat.. hehe

8/27/2012 11:37:00 am

@.::: Princess MOMOY :::.

xtau la dear.. tau pun sebab lyn cerita ni.. huhu

8/27/2012 11:39:00 am

@sUke-sUki :D

hehe.. =D

8/27/2012 11:40:00 am

@azizah :)

setakat yg saya tgk ni kak mmg best.. tp still part diorg kecik2 lg.. xtau lah bila dh masuk part diorg dh besar nnti..

8/27/2012 11:40:00 am

@miz ruha

itu la, dgr2 mcm best.. huhu

8/27/2012 11:42:00 am

@chot ok..!

thanks sudi jemput.. insyaAllah join..

8/27/2012 11:43:00 am

@Eyqa Lovetta

minat drama dan running man je.. yg lain2 kureng skit.. hehehe

8/27/2012 01:56:00 pm

bila tgk Eun Jung tu teringat cite Dream High..hihihi.lame dah tngl zaman2 korea ni..adehhh

8/27/2012 02:05:00 pm

sebulan dua ni macam tak sempat je nak layan...hukk

8/28/2012 01:55:00 pm

@ayut

itu lah, tau eun jung pun gara2 tgk cerita dream high.. hehe

8/28/2012 01:58:00 pm

@puteri kasih

busy sgt ye sis? huhu

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...