Malam tadi, macam biasa buka la nota-nota subjek Ekologi kejap. Baca betul-betul, BUKA ye. Sekadar nak mencukupkan syarat je. Sambil tu mulut tak berhenti nak mengunyah Honey Stars, sambil ditemani oleh segelas Sunquick Oren kat tepi. Dan mata pulak pandang skrin laptop. Buka nota tapi pandang skrin laptop. Dapat tak apa yang cuba disampaikan kat sini? Multitasking bukan. Kononnya lah.
Kalau makan Honey Stars ni, makan sebutir-sebutir memang tak puas! Mesti penuh segenggam tangan dan terus padatkan masuk dalam mulut. Tak sedar diri tangan tu kecik bukan main, Honey Stars yang cuba untuk digenggam tu pulak sama banyak dengan genggaman tangan King Kong. Haruslah ada yang berguguran jatuh. Bukan atas lantai ye, atas nota je. Cepat-cepat masuk dalam mulut. Dan Chipmunk terperasan, banyak bintang-bintang yang mengalami distortion. Kesan daripada mutasi semasa proses pembuatan kot. Tapi yang peliknya, kenapa banyak sangat bintang yang cacat ni? Pergi capai kotak dan tengok. Rupa-rupanya......
Sila fokuskan apa yang perlu difokuskan sahaja
Rupa-rupanya memang ada dua bentuk ye? Satu bintang, satu lagi bentuk rocket. Confident je cakap bintang tu cacat. Ni la manusia, yang salahnya diri sendiri tapi benda yang tak hidup pulak nak disalahkan. Rasa macam kesian je baru tau benda ni. Kalau nak cakap iklan Honey Stars ni dah berkurun keluar TV, sorry lah I tak tengok TV. I tengok lecture notes je. Propa.
Dan dalam kotak tu, ada free tau. Bukan barang mainan. Bukan-bukan. Tapi ini....
Siap tampal dekat board lagi tau! Bagitau En. Barney, puzzle ni dah siap. Kat belakang tu Chipmunk siap selotape lagi tau! Punya lah taknak puzzle yang dah dicantumkan tu terpisah balik. Gigih kan? Boleh pulak En. Barney tanya, "Ni dah umur berapa ni?". Kureng.
Si Cantik : Definisi cantik bagi awak?
Si Kacak : Pergi ambik cermin. Apa yang awak nampak tu, itu la maksud cantik.
*ok, terkedu sekejap*
31 comments
hihi ada gak makan honey star aritu..main kunyah je..dah nak abis baru perasan ad bentuk roket tuh..siap teruja lagi..pasni boleh lah dorg bt bentuk beruang honey star plak..gitu?hiks
mana la tau dah nama pun honey stars kan. mestila ingat bentuk stars. huhu.. oh lama tak main puzzle. :)
heheee..halusss muluss tgn ..byk jalur tgn cik chipmunk kite nih hehee..
@miss fluffy
tu buhan honey stars dah tu. nak panggil ape la.. haha
@Chic Na
itu la cikna. setahu sy mmg dulu semua bentuk star sekali ada bentuk roket jugak rupanya
@shidaR
itu jugak yg ditengok. haha
kalau akk tak sempat nak tengok bentuk bintang tu terus ngapp! hehe
@azizah :)
lebih kurg je kite kak.. hehe
sedap ni honey star
letak nota depan laptop, konon semangat berkobar-kobar nak study ni.. tapi en lappy yang dapat perhatian lebih --> itu kak ruha
begitu rupanya bentuk bintang... ^_^
best apa main puzzle.. tak kira lah umur berapa pun~~
lisa terus makan je. tadenye nak belek2 bentuk bintg tu. janji sodap. muehehehehe:P
salah satu maknan Fav Qis..dia suka sebab dapat benda free tu.. :D
sesiapa yang suka multitasking mesti task mengunyah menjadi wajib...kan kan..hehehe
bintang.... mcm tu ekr...
ki ki ki
ayoo. df jarang kott makan tu. df lagi suka coco tu :P hehehehe
btw makan jugak kalau dahlapa. hahaha
dh lme x mkn honey star. xtaw lak ade bentuk roket. haha
comel je la aisya ni. sggp buat puzzle tu. kekeke
hehe suke mkn honey star satu2 sbb kalo mkn segenggam xrase nikmatnye, hihi..puzzle tu santekkk la! XD
da lme xmkn la...
@abg cik
sedap kan. hehe
@miz ruha
same la kak! haha. konon je nota tu, buat cukup syarat.
puzzle tu boleh buat org leka sekejap. hehe
@Lissa
yg masuk mulut mmg tak belek dah la. ni pun perasan sebab jatuh2. haha
@LiLy @ MaMaQiStInA
budak2 biasa la kak. suka sgt lg2 kalau ada mainan kat dalam tu kan. hehe
@puteri kasih
hahaha.. tau takpe sis...
@Leeza dayasari [santai leeza]
mengikut definisi Honey Stars. Bentuknya begitulah. hehe
@Detective Fiqa
coco crunch minat jugak tp lebih memihak kepada yg ini. hehe
@haz
itu la, sy pun baru tau jugak. hehe
bak kata haz, kanak2 ribena kan.. haha
@siti naqiah
satu2 tak puas. lagi suka mulut penuh. haha. sungguh tak sopan.
@tirahzairi
g beli, pastu belek ade tak bentuk lain selain 2 ni. hehe
haha...biasela tu..xsmua STAR sempurne..hihihih ;p
amboi beshnyer dia men puzle smpi tmpl kt board tuh..xpela..kta kan masih muda remaja..ngeee =D
-suke koko krucnh-
@Cik Yaya
tp ni bukan star tapi roket. macam mane? hehehe
Salam, haha :p patutlerrr banyak yg cacat ye..haha lame dh xmakan Honeystar ni, tak tahu pulak ade yg 2 bentuk cmni..hehe