Ni hal semalam. Nak cerita malam tadi, mood menaip tak sampai pulak. Macam malas pulak nak blogging dah, tambah pulak dah merajuk dengan En. Nuffnang. Tunggu masa je nak buang code-code iklan Nuffnang tu. Okay, balik semula ke cerita asal. Semalam, ajak En. Barney pergi Malaysia Chocolate Fair kat MidValley. Yang tahun lepas Chipmunk tak pergi, jadi tahun ni rasa teringin nak pergi tu sangat membuak-buak okay. Memandangkan pergi pakai kereta, jadi Chipmunk ajak lah Cik Elya, Cik Yani dan jugak Cik Jane pergi sekali.
Malaysia Chocolate Fair ni berlangsung dari 28hb September sehingga 30hb September. Ada yang sempat pergi tak? Booth yang chocolate tak banyak mana pun. Lebih kepada kanak-kanak sebenarnya. Tapi tetap best jugak sebab tengok chocolate kat sana sini.
Memborong untuk bawak balik hostel
Sebenarnya tak ambik banyak gambar banyak pun. Mata asyik melekat kat chocolate je. Tapi tak membeli pun. Mood nak membeli tu tak sampai-sampai. Tapi bagus jugak, kalau tak memang Chipmunk akan memborong la. Jimat sikit ye. Nak bershopping harus ada mood, baru excited.
Abaikan perut tu, Chocolate dan Macaron yang perlu difokuskan.
En. Barney ada belikan Macaron. Nak tangkap gambar yang En. Barney beli tu jangan harap lah. Masuk mulut dulu ambik gambar kemudian macam mana? Last year Chipmunk ada hadiahkan Macaron untuk birthday En. Barney. Yang tu Chipmunk order dari Cik Min, Macaron beliau sangat sedap. Tu yang sampai En. Barney pun jatuh hati dengan Macaron tu.
Coklat Birthday part II
Yang ni orang hadiahkan. Ehem! Memang Chipmunk tak berani makan lah sebab dah comel sangat. Sayang nak makan.
Balik tu rasa menyesal pulak tak membeli tau. Sebab Chipmunk tertarik dengan sejenis candy ni, Sticky Candy. (Boleh klik SINI kalau nak tau Sticky Candy ni apa). Chipmunk ni bukan jenis yang suka makan makanan yang manis-manis macam ni. Tapi tersuka pulak. Tak tau kalau ada dijual kat mana-mana. Macam jual online je rasanya. Sticky Candy ni sangat sesuai untuk dijadikan hadiah birthday. Comel-comel pulak tu.
p/s : Dalam proses kemaskini bloglist untuk bulan oktober.
51 comments
bestnya pergi chocolate fair~~
coklat birthday tu comel~~ haruslah kalu sayang nak makan..^^
tak pernah lagi makan macaron..:)
dah lama nak tanya ni.. tapi asyik lupa aje..
cam ne nak buat widget mereka tu??
yummy...dengar jer coklat fair dah teruja. mesti nak cari white coklat. kalau dah beli gak coklat nie mau tahan setengah tahun sebb sayang nak makan.hehe
comel nya kalo shida pn syg nk mkn heheee :D
Bestnye..kalaulah dekat kompom bawa Qis p terjah coklat fair ni..mesti dia rambang mata tgk coklat2 ni semua.. :)
Dh laaa sweettttt nmpak sedap jee ! haaaaa x)
x dapat pergi pun...jauh sangat la...
Eee...bestnya...Bilalah ada Malaysia Chocolate Fair kena buat kat Sabah nie...Huhuhu @_@
wahhh :D. nampak sedap jee hehehe nakkk!!1
Kalau tahu ni nk pegi gak..hehehe seronoknya coklat fair
@miz ruha
macaron sedap. tp ade yg terlampau manis.. klau macaron cik min sedap. manisnye sedang2 je.. hehe
@miz ruha
jadi tak? hehe
@mizsfatima
tak minat white chocolate sbab manis.. huhu
@shidaR
itu la.. syg nk mkn. nk buka plastik tu pun sayang.. huhu
@LiLy @ MumMyQiStInA
mau dia suruh akak memborong coklat tu.. hehe
@✉ ¥ana Fauzi ✉
nmpak sedap tp tak rasa pun lgi. hehe
@Lynn Hamzah
takpe.. ade rezeki tahun dpan bleh g.. =)
@Wilma
baru pergi sekali ni je.. terlepas yg tahun lepas punya.. huhu
@Detective Fiqa
fiqa suruh la cik abang belikan.. hehe
@azizah :)
sy baru tau jugak minggu lepas. dlm hari khamis kot. terus plan nk g ahad tu. hehe
Bestnyaaaaaa. Nyaman2 coklat ya . Hee
syg nk mkn coklat yg dibuat cantik2 kan...hihi
@Sally Yatiey
lom juak merasa.. syg mok makan. haha
@tirahzairi
itu la pasal. rasa nk simpan je...
bestnyaa ! napa tak ajak kiter pegi . hehe :P
serius cik na jeles. huwaaa..
better makan cepat2 nanti keluar fungus kat cekelat tu. :)
Wah..tgok coklat mcm sayang giler nak makan..hewhewhew..
@shiyda
mane la tau nk ikut jugak. hehe
@Chic Na
takut jugak mcm tu cikna. tp serius syg nk sentuh! huhu
@aiN NaJwa
itu la pasal. huhu. comel je.
huwaaaaaaa e'in xsempat pegi pun..
@E'in
3 hari je, sekejap je kan.. huhu.. sy pun nasib baik free.. klau tak mmg terlepas lg la tahun ni..
waaaaaaaa.... menarik..
kalau kawan sy tahu. mmg sukalah dia....
bestnyer dapat gi chocolate fair eh..chocolate bear tu cute..kalau sis pun memang simpan je tak makan..hehe
@Leeza dayasari [santai leeza]
semalam last day chocolate fair ni. 3 hari je. huhu
@puteri kasih
tp takut nnti tak elok. nk makan syg. dilema sungguh! huhu
adoi..comelnya coklat yang gmbr bear tue . .
@cikeyrah
tu la. dlm dilema ni nak mkn atau simpan je. huhu
alalalalaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa.....
yaya ni dahla giler cokelat..cmner bleh xtaw ade choc fair kt sane??urghhh..nk ngishh..btmbh kuchewa pas tgok pic2 cik aisya amik ni..terliuq jak tgok cokelat2 tu... >,<
-nape ble xtaw niii-
Hahah susah betul dpt coklat yg cantik2 ni xsnggup nk makan plak xD
@Cik Yaya
sy pun tau dari blog cikna.. huhu.. klau tak mesti terlepas jugak.
@zana
tak makan pun lg. tak tau sedap tak. syg nk mkn. hehe
@Everything's Everythings
itu la. ingat nak simpan je tp mmg tak tahan la kan. huhu
choclate fair!best yer....tp suke la bear tu...comel sgt.klu dpt syg kot nk mkn :)
@ayut
mmg syg pun.. huhu.. dlm dilema ni nk mkn ke tidak. huhu
bestny! dulu slalu g kt UTM..skrng dh xde kesempatan..asyik sibuk je..huhu..
@shu
ye? ni baru 1st time pegi. yg thun lpas tak pergi sbab ape ntah. huhu
wuuu.. >,< len kali lau ade lg gtaw yaya jgk taw..yg area kl la..hehe
@Cik Yaya
insyaAllah.. =D
syg seribu kali syg sbb sy kurang berminat dgn coklat..hehehe
@kaishin
klau mcm tu takleh nk tolong lah.. hehe