Hari Khamis yang lepas, Chipmunk terbaca post di group FB Kolej Kediaman Chipmunk. Katanya Sabtu (semalam), akan ada gangguan bekalan elektrik di UKM Bangi dari pukul 9 pagi sehingga 7 malam. Chipmunk baru nak pasang angan-angan nak berehat sabtu tu sambil menghabiskan cerita korea yang ada. Sekali terpaksa la plan keluar jugak. Dan akhirnya Chipmunk dan En. Barney decide nak pergi MidValley tengok movie je. Macam biasa, beli tiket online je la. Tak kuasa nak beratur panjang semata-mata nak membeli tiket wayang, tambah pulak weekend. Faham-faham la MidValley tu macam mana. Dan kitorang plan nak tengok movie ini....
Movie ni mengisahkan tentang kehidupan masa depan. Dalam tahun 2042 sehingga 2072. Looper ni sebenarnya pembunuh upahan dan bukan calang-calang pembunuh upahan. Mereka ni diupah untuk membunuh orang-orang dari masa depan. Ha, macam tu? Sampai la satu masa mereka akan diupah untuk membunuh diri mereka sendiri, tapi bukan bunuh diri tau. Hero cerita ni Joe (Joseph Gordon-Levitt yang handsome), seorang Looper. Macam Looper yang lain, tugas mereka akan berakhir bila mereka bunuh loop terakhir iaitu diri mereka sendiri. Agak-agak sanggup tak Joe ni bunuh Old Joe (Bruce Willis yang macho)? Dan berjayakah Old Joe dibunuh dan dapat tak Joe jumpa Rainmaker yang dicari tu? Rainmaker tu malas Chipmunk nak ulas, nanti jadi tak faham pulak. Nak tau kena lah tengok sendiri.
Ms. Fluffy ada komen, yang movie ni agak confusing sikit. And yes! Jalan cerita sangat slow. Dan objektif utama movie ni hanyalah untuk mencari Rainmaker sebenarnya. Action pun agak kureng la. Tembak sekali terus mati. Biasalah senjata masa depan kan. Mesti lagi power. Yang best bila Old Joe mengganas di akhir cerita. Tapi okay la jugak ceritanya, tak bosan cuma kurang best lah. Kalau nak suruh Chipmunk bagi rating untuk movie ni, mungkin dalam 3.9/5. Nak kata best, tak jugak. Nak kata tak best, tak jugak. Nak kata average. Mungkin tinggi sikit dari average kot.
Nak cakap pasal latar masa, tak ada yang boleh dibanggakan sangat. Kalau macam tu la keadaan di masa depan, memang cukup sadis. Pollution everywhere, manusia pula pulak hilang pertimbangan, hilang pedoman, tiada budi bahasa, seolah-olah macam sifat kemanusiaan tu hilang. Salah sikit terus tembak. Dah kena tembak terus mati. Harap-harap la generasi akan datang bukanlah seperti yang digambarkan dalam movie ni. Mudah-mudahan generasi akan datang semakin menuju ke arah kebaikan, bukannya kemunduran dan kekejaman.
Pergi la tengok movie ni. Boleh tahan lah. Tapi kalau jenis yang suka cerita santai yang tak perlu untuk berfikir mungkin anda akan rasa cerita ni bosan dan sangat-sangat confusing.
34 comments
akak da lama tak menjengah panggung wayang.hehee
oo... begitu ceritanya...
kalau tak banyak action tak best juga..
tapi cara aisya cerita macam okayla..
guna mesin masa depan lagi canggih.. tak perlu bertarung habis-habisan.. sekali tembak dah mati...
@Aishah Jahirah
ni pun sbab tak tau nk buat ape kak.. tgk movie je la utk menghabiskan masa. huhu
@miz ruha
nk kata action tak jugak. more to sci fiction la cerita ni.. huhu
hahaha cite ni amat rumit bg sy ^^
@Detective Fiqa
yg menceritakan ni pun rasa rumit. haha. tak tau nk cerita yg mana satu.
haha kan?agak confusing..rsnya motip mereka nk cr rainmaker je..budak kecik..adesss btw, sbb jejaka macho berlakon, layan..bhahaha;p
Ayark, looper lak. Dulu ada satu citer, jumper... Pening gak citer2 ni.
macam mana lah nak kene bunuh diri kite yang mase depan ye? hehe, da lame sgt xtgk wayang :(
minat bruce willis. tp mcm complicated je kan citer ni.
@miss fluffy
itu la.. nk carik rainmaker je pun.. banyak betul lencongan dia.. haha
@Ibnuismaini Ismail
jumper tu tak penah tgk plak.. best ke?
alamak citer yg cnfius2 yg mlas shida nk tgk hehee...shida suka yg extreme... :)
@siti naqiah
haha. mcm mane tu.. :P
slalu download je klau tak tengok kt cinema.. hehe
@Chic Na
tu la. dia byk pusing2 dulu.. huhu
leeza tak tgk movie ni. tak menjadi pilihan... hmmmm seminggu sekali tgk wayang.
haha..so,sesape yg rase citer ni bosan n more confuse msti dia seorng yg sgt suke cerita2 yg sntai kan..hehe
-tgok movie dgn penuh focus n consentration(betul ke ejaan?)hehe-
wah...bestnya.. tak sempat akak nak tengok gan abg..dia nak balik! sempat tengok taken2 je..
@shidaR
yg extreme macam mana tu? hehe
@Leeza dayasari [santai leeza]
wah, untung lah seminggu sekali tengok wayang. hehe
@Cik Yaya
betul betul betul.. sy pulak tak suke sgt cerita santai, mcm bosan. tp kalau complicated sgt pun bosan jugak sebab tak paham.. haha
@azizah :)
taken 2 best tak kak jijah? Hari tu tak tau nak tengok movie ape. main belasah je. tengok rating imdb mcm tinggi, ambik je la. hehe
erm nak tgk ke tak eh? macam tak best jer..
Kalau citer2 yg buat kita kompius ni malas akak nk tgk..buat kita berfikir..kalau akak tak paham asyik duk tanya hubby citer ni tentang apa..sampai hubby malas nak layan.. :)
@kaishin
nak kate tak best tak jugak. ok2 la.
@LiLy @ MumMyQiStInA
haha.. sekali sekala takpe la kak.. hehe
layan movie tak ajak sis eh :P hehe
@puteri kasih
ala... sis mesti busy.. huhu
tak tgk lagi looper ni.. hiihuuu
@haz
g la tengok. layan jugak la.. hehe
nk gak tgk crite nie.. coz cambest, hehe.. hero pun hensem!!!
@Nisa Greennnpanda
hero handsome tu penting. hahaha!
ada buat kupasan pasal cerita nie kat blog, siap bergambar lagi pon depa komen depa kompius.. wakakaka..
@Aujinz
mmg confusing ckit la cerita ni kan. takleh nk baca review je, kena tgk jugak.. hehe