warning : Ini entri penuh gambar. Mungkin akan mengalami alahan pada mata. Sakit mata mungkin. Sila ambil langkah berjaga-jaga.
Chipmunk ni sebenarnya jenis yang tak berapa gemar bab-bab bergambar ni. Tapi bila mood bergambar tu sampai, ambik kau. Silap haribulan boleh kalah Gisele Bundchen tau. Ha, mampu nak lawan? Ehem, perasan mode sudah mari. Maybe tak fotogenik kot, susah nak dapat gambar yang perfect. Nak perfect sangat sampai 10 tahun akan datang pun susah nak dapat makcik oi!
Jadi bila orang tanya "Mana gambar konvo? Nak tengok." Memang Chipmunk akan jawab lah, tak ada gambar konvo pun macam orang lain. Snap sana, snap sini. Dan percaya lah, dalam kamera Chipmunk ada satu gambar ni saja. Satu-satunya gambar yang En. Barney ambik pada hari kejadian. *Tolak gambar failed dan candid yang entah apa-apa*
Gambar ni Chipmunk pernah letak dalam entri INI. Tapi yang ni dari kamera sendiri. Ini lah kawan rapat Chipmunk masa 1st year dulu. Alhamdulillah, sekarang pun still kawan lagi cuma tak boleh lah nak serapat dulu. Bila masuk 2nd year beliau terpilih menjadi finalis Gadis Melayu, dan lepas tu sibuk dengan kerjaya dalam bidang media/hiburan ni. Tambah pulak sekarang beliau dah bertukar status dari Cik ke Puan dan Chipmunk pulak sibuk dengan study. Jadi tak dapat nak tido sebantal, makan sepinggan macam dulu. Tak payah nak hiperbola sangat ye. Dalam entri lepas ramai yang tanya kat sebelah tu retis ke? Siapa yang follow rancangan Gadis Melayu musim kedua di TV9 atau tak pernah miss tengok rancangan Bersamamu di TV3, maka anda kenal lah siapa beliau.
Okay, berbalik semula ke cerita pasal gambar konvo. Memandangkan ada yang tanya Chipmunk mana gambar konvo jadi petang tadi, Chipmunk ulang.. PETANG TADI selepas seminggu baru Chipmunk dan En. Barney gedik-gedik nak ambik gambar. Nasib baik tak pulangkan jubah lagi. Kalau tak, memang satu gambar kat atas tu je lah yang ada.
Smurf tu adik bongsu Chipmunk yang pilih. Motif pilih smurf sebab nak bagi adik Chipmunk nombor 2 tu jealous. Punya lah baik betul perangai.
Segan tau! Tiba-tiba pakai jubah dan topi konvo entah kat mana-mana entah.
Jangan tertipu. Kat dalam benda biru tu kosong lagi sebenarnya.
Ha, siapa tau kat mana tempat ni? :P
Malu!!
InsyaAllah, tahun depan kita konvo sama-sama ye! =)
Degree dah lepas. Master pulak dalam progress.
Itu tandanya sudah penat. Gigih tau turun naik tangga pakai heels tu.
Selepas cubaan yang ke 646 kali. Okay, tipu.
Okay, saya penat!
Kenapa Chipmunk tak buat gaya titanic kat atas batu tu eh? Boleh verangannn naik kapal besar kejap. Padahal atas batu je pun, bukan tinggi mana pun.
Tak tau kenapa paling suka gambar yang ni. :D
p/s: Ini je yang ada, kalau ada yang tanya nak tengok gambar lain tu minta maaf lah. Memang ini je gambar yang ada.
43 comments
congrate... bestnye dah konvo.. insyaallah tahun depan bakal mnyusul... :)
Happy Convocation...
Ayu2 gambar konvo you..:)
Slps ni.. selamat dtg ke dunia pekerjaan ;)
@Miss Purple
Amin.. boleh la turun tengok ni.. hehe
@aTieYusof Family
thanks.. hehe.. tak jugak.. belajar tak habis lagi ni.. :)
Patutlah macam pernah tengok..
Congrats...Cantik² gambar..^^
@LiLy @ MaMaQiStInA
tq.. hehe..
pkai kamera bese je kak.. tak mmpu nak ambik pakai dslr.. ;)
tahniah lagi!! ^_^
sempat juga aisya bergambar... :)
akhirnya dapat juga sis tengok gambar-gambar konvo adik manis sis ni kan :)
so suwitttt ^_^
wah tahniah...
comel jer akak tengok gambar2 aisya @ chipmunk tu.. ^_^
Dah konvo..Tahniahhh..!
ok je tu aisya. comel & ayu lagi. hihi.. kat man tu eh? macam pernah nampak. hihi..
dah cam dia siapa. maybe sbb dia berisi sket kot nampak lain.
tahniah sys !
heyhey ! tempat nie kat mane ?
sangat awesome ! cantek ciptaan Allah , subhanallah
bestnyer dapat bergambar kat atas tu... seronok nyer.... ^_^ tengok baju konvo terus nak grad cecepat...heheh
ni pon cute ape.. comey aisya ni yer..hehe nasib en tunang setia amik gambar..hehe
thniah kak :D hehehe sorry late BW. sibuk raya lahh~~ :D hehehe
tahniah,,=)
gamba last paling suweet
cngrate again..hehe
comei nyer cik aisya kiter ni..
weee amboi heels tu ta ble thn..hahah
bpe inch tuh? ^o^
smoga sukses plak utk master yg akn dtg ni ^_^
@tirahzairi
thanks.. =)
@miz ruha
haha.. itu la.. kalau ikutkan hati ni memang takde gmbr la jawabnye.
@puteri kasih
tu je la gambar yg ade sis.. punye la malas nak ambik gambar.. huhu
@nita
hehe.. tq..
@Cik Nur
thanks.. =)
@Chic Na
kat putrajaya.. pernah nampak? hehe..
bahagia di samping keluarga tersayang tu.. =)
@amy syahiera
thanks.. =)
putrajaya.. hehe
@PILOT LOVER
insyaAllah, nnti turn kamu plak.. hehe
@azizah :)
gambar terpaksa je ni kak.. haha..
@Detective Fiqa
tq fiqa.. hehe.. sy plak beraya kt bilik hostel je.. mmg byk sgt lah mase nk online.. hehe
@NORSHAHFEZA HAMSAN
tq.. tu la, suke gmbr last tu jugak.. =)
@Cik Yaya
jap nak ambik pembaris nak ukur.. hahaha..
amin..
thanks! =)
tahniah Aisya
comel dan kecik molek jeaisya nie..huhu
tahniah aisya..comel *harap xde yg marah* hehe
@♥ Nana BamBam ♥
hehe.. tq.. =)
@kaishin
tq.. haha. takdenye..
gambar dan trus gmabar...yehaaa..perlu jgk gmbr sbb sbgai knangan :)
bestnyer...hehe
okey, gmbr yg tak pakai jubah tuh comel..k bai..hahaha
@ayut
tp mood pun harus ada jugak.. bgambar dgn mood yg ke laut nnti gmbr tak cantik! huhu
@miss fluffy
haha! tq..
tahniah dear..comel jer aisya :)
@shidaR
tq2.. =D
nak dekat dah konvo..hehe
@hnahdy
konvo dah 10 hari yang lepas.. hehe
kaki gambar ni..
@Ameer Hamzah
tak jugak.. klau kaki gmbr mau beratus dah gmbr.. sy ade ni je.. hehe