15/10/2012

Movie Review : Stolen

Mula-mula nak minta maaf. Semalam tak sempat pulak nak online, reply jejak, blogwalking and komen-komen. Seharian tak ada kat bilik. Berfoya-foya menyambut birthday En. Barney. Berfoya-foya lah sangat.

So, macam yang Chipmunk pernah bagitau dulu. Tengok wayang dan jadi rutin setiap kali sambut birthday ni. Selalu kalau nak sambut birthday En. Barney, Chipmunk akan pilih nak tengok movie apa tanpa pengetahuan En. Barney. Kiranya macam surprise lah konon, tak bagitau nak tengok movie apa. Cuma bagitau En. Barney nak tengok wayang pukul berapa. Lagipun Chipmunk beli tiket wayang online je. Jadi bila En. Barney datang collect tiket baru tau movie apa yang nak ditengok. Tapi kalau birthday Chipmunk haruslah Chipmunk yang pilih nak tengok movie apa. *wink*



Nicolas Cage, itu favourite actor Chipmunk dan En. Barney. Dan tambah pulak En. Barney memang minat movie yang genre macam ni. Memang tepat sangat la movie ni.

Will Montgomery (Nicolas Cage)

Movie ni mengisahkan tentang seorang perompak berprofil tinggi, Will Montgomery (Nicolas Cage). Will mempunyai seorang anak perempuan, Alison (Sami Gayle) yang beliau memang sayang sangat-sangat lah. Tapi Will ditangkap dan dipenjarakan selama 8 tahun selepas misi beliau dan rakan-rakannya untuk merompak 10 juta US Dollar dari sebuah bank gagal. Kegagalan misi tersebut mengundang dendam kepada salah sorang rakan Will, Vincent Kinsey (Josh Lucas) yang memalsukan kematiannya sendiri supaya semua orang percaya yang Vincent ni dah mati. Pada hari Will keluar dari penjara, Vincent merancang untuk menculik Alison dan menyembunyikan Alison di dalam but teksinya dan kemudian meminta wang tebusan sebanyak 10 juta US Dollar yang bermaksud wang rompakan yang dipercayai telah disembunyikan oleh Will sebelum beliau ditangkap. Ini memaksa beliau untuk pulang ke jalan lama yang salah dengan bantuan bekas rakan kongsinya, Riley Jeffers (Malin Akerman). Itu pun selepas kata-kata beliau tidak dipercayai Tim Harland (Danny Hutson) Ketua FBI yang ditugaskan untuk memerhati dan menangkap Will 8 tahun lepas. 

 Vincent Kinsey (Josh Lucas)

Agak-agaknya lah kan, dapat tak Will Montgomery menyelamatkan anaknya? Dan mana Will nak dapatkan wang tebusan sebanyak 10 juta US Dollar bila masa yang diberikan hanya 12 jam sahaja? Bagaimana Vincent Kinsey memalsukan kematiannya bila dirinya sebenar masih lagi bergerak bebas dan bekerja sebagai pemandu teksi? 

Alison (Sami Gayle)

Cerita ni best lah. Serius masa diorang merompak tu, mata Chipmunk ni macam kena gam je dekat skrin. Tak boleh nak pandang kiri kanan. Terkagum sekejap dengan cara diorang merompak. Dah kata perompak profil tinggi kan. Dan ending tu, sangat suspens. Takut je Will ni mati dibunuh. Tapi adakah Will terbunuh dalam misi menyelamatkan anaknya dari Vincent? Ha, yang tu kena tengok lah sendiri ye. Movie ni baru lagi keluar. 11 Oktober yang lepas.

Riley Jeffers (Malin Akerman)

p/s : Nak update pasal Taman Wetland Putrajaya nanti. Cantik!

20 comments

10/15/2012 10:12:00 am

citer ni ok2 je la..

10/15/2012 10:29:00 am

best eh cite ni,,,
nak tengok jugalah,,,
tertarik dengan cara aisya review... ^_^

10/15/2012 11:11:00 am

woww. macam best je. hehehe

10/15/2012 01:31:00 pm

nk tgk lh citer ni

10/15/2012 04:06:00 pm

@kartikel.com

setiap org berbeza pandangannya. Mungkin awak mengharapkan lebih lg drpd cerita ni. bg sy, kalau dilihat secara overall masih lg boleh dikategorikan sebagai best. =)

10/15/2012 04:07:00 pm

@miz ruha

haha.. bg sy best lah.. org lain tak tau plak mcm mane. :)

10/15/2012 04:51:00 pm

alaaaaaa tak sempat nak tgk citer ni lagi..huhuhu mcm best!

10/15/2012 09:35:00 pm

macam best jgk stolen ni. banyak aksi & penyiasatan ek. mmg every year tgk wayang ke? :)

10/15/2012 10:48:00 pm

dah lama tak tgk movie..hukkk

10/16/2012 07:49:00 am

@azizah :)

akak, baru lagi kuar ni. sempat lagi kot. kalau akak tak busy nak pndah sana la. hehe

10/16/2012 07:49:00 am

@Chic Na

tak la byk sgt aksi dia dan bukan cerita penyiasatan. Tapi boleh buat kita terpaku tengok.

10/16/2012 07:50:00 am

@puteri kasih

download je sis kalau tak sempat sangat nk g cinema. huhu

10/16/2012 08:14:00 am

macam best jer citer ni...
nak suh hubby download lah..^^

10/17/2012 07:06:00 am

yaya suke tgok lakonan nicols cge tuu..(tpengaruh citer ghost rider..huhu) citer ni mcm best je..
ok ye cik aisya?

10/17/2012 07:37:00 am

@LiLy @ MaMaQiStInA

kalau tak silap dah boleh download dah movie ni kak.. :)

10/17/2012 07:38:00 am

@Cik Yaya

tak berapa sgt tgk dia dlm ghost rider. lg suka national treasure dan sorcerer's apprentice. hehe

10/17/2012 08:55:00 pm

kmk suka juak tengok movie genre mcm tok.
tp nak tok blom tengok gk,mcm menarik jak :)

10/18/2012 12:15:00 pm

nnt free blh tgk lg hehee :D

10/26/2012 12:54:00 pm

@Michelle Hopell

kmk tgk juak jalan ceritanya.. mun best kmk tgk. hehe.. tp yg tok nang best la.. hehe

10/26/2012 12:55:00 pm

@shidaR

tgk lagi? hehe

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...