27/07/2013

Cerita Ramadhan ke 18

Sedar tak sedar rupanya dah 18 hari kita berpuasa. Semakin hampir ke penghujung dan masing-masing semakin rancak dengan persediaan menyambut Aidilfitri. Well of course I pun tak terkecuali. Macam dalam entri lepas lah, (Rujuk SINI) Chipmunk pun tak mula bertukang di dapur. Baru siap satu jenis biskut. Lepas subuh esok nak buat satu lagi. 


Bagi gambar black and white baru nampak klasik sikit. Motif sangat kan? Entah apa lah nama biskut ni, dapat resipi dari mak terus buat. I dah rasa satu dua biji lepas berbuka tadi. Sedap jugak. Hehe. By the way, memandangkan hari ni hari sabtu yang dipenuhi dengan sifat malas untuk bersesak-sesak di bazaar ramadhan maka Chipmunk dan Mak ambik keputusan nak masak 100% juadah berbuka hari ni. Plus bapa Chipmunk ke masjid untuk berbuka. Jadi tinggal lah Mak, Chipmunk dan adik bongsu di rumah. Tak rancang pun nak masak hari ni, jadi bahan-bahan pun banyak yang tak lengkap. Jadi solution yang tinggal hanyalah mencampakkan apa sahaja ingredient ke dalam kuali. Alah, macam PowerPuff Girl, kot-kot lah accidentally hasilkan PowerPuff Cat. Eh. 

 
Selongkar punya selongkar jumpa benda ni. Elok lah tu, spagetti pun ada tapi tak cukup bahan nak buat bolognese whatsoever. Itu lah makanya I bilang kita main campak-campak je dalam kuali. Seulas bawang putih, sikit bawang besar, daging ayam yang dipotong kecil, kacang peas sikit dan last sekali touch up sikit dengan serbuk lada sesedap rasa. Nak rasa guna lidah tak boleh jadi letak lah ikut sedap tangan nak meletak je. Dan hasilnya adalah ini...


Oh ya, Chipmunk tambah sos cili thai sikit sebab nak bagi pedas. Pedas sikit je sebab I tak makan dan tak tahan pedas. Cuma sebagai perasa tambahan. Biarpun main campak-campak je dan entah resipi apa lah ini tetap sudah jugak. Heh.

20 comments

7/27/2013 09:54:00 pm

kadang-kadang kita ni bila dok main campak je bahan-bahan,lg sedap rasanya..hehe..

7/27/2013 10:02:00 pm

selalunya yang campak campak tulah yang sedap kan :)

7/27/2013 10:32:00 pm

Nyamannnnnn ;D

7/27/2013 10:54:00 pm

masak main campak² rasa dia mesti pelik.. :D

7/27/2013 11:54:00 pm

waa sedap nyaaaa .. hehehhe

7/28/2013 10:32:00 am

sdapnya nampak..:)

7/28/2013 11:09:00 pm

ayut mkn spagetti msa buka puasa pertama aritu ^^ ni aisya dah cuti sem ea?

7/29/2013 12:56:00 pm

@IbuNoey

betul.. hehe

7/29/2013 12:57:00 pm

@puteri kasih

jgn cmpak bahan2 yg pelik2 dah. haha

7/29/2013 12:57:00 pm

@Sally Yatiey

sampe menjilat jari! hehe

7/29/2013 12:57:00 pm

@Botak

klau cmpak yg pelik2 mmg pelik lah jawabnya. hehe

7/29/2013 12:58:00 pm

@Normi Nieza

not bad lah.. sedap jugak. hehe

7/29/2013 12:58:00 pm

@Syuhada Nasya

hehe.. nyum2..

7/29/2013 12:58:00 pm

@ayut

baru ni lah.. tu pun buat sendiri. hehe

7/29/2013 03:50:00 pm

wahh...dah start buat biskt rya eyh. momoy kalau buat spageti buat sos tu sendiri jer. guna resipi mama angkat

7/30/2013 12:11:00 pm

@.::: Princess MOMOY :::.

dah lambat klau nak buat sos sendiri.. hehe

7/30/2013 04:39:00 pm

kuih pe tu cik aisya?
yaya pon da strt buat kuih..
minggu ni nk wt lg..heee =D

7/31/2013 01:34:00 am

nampak sedap tu aisya.. :D

7/31/2013 09:17:00 am

@Cik Yaya

ntah la nama apa.. mak bg resipi tu je.. nama kuih takde plak.. haha

7/31/2013 09:18:00 am

@Mizz Aiza

sy sendiri tgk sy sndiri yg terliur kak. haish, takleh jadi ni. haha

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...