06/07/2013

February, Lisa Moore

Macam dalam entri INI, dalam masa berapa hari tak ada laptop ni Chipmunk habiskan masa dengan membaca novel. Dan dalam masa berapa hari tu jugak, Chipmunk berjaya habiskan satu novel english. Ambik masa lebih kurang 3 hari jugak lah nak habiskan. Selalunya kalau baca novel english ni lambat sikit, paling kurang dalam 4-5 hari baru habis. Tapi kali ni nampak sangat tak ada kerja kan. 


Chipmunk tak tau bila orang lain tengok cover buku ni mesti akan ada tanggapan pelik. Blogger Tedi siap tanya lagi ini buku ni buku tips untuk orang mengandung ke? Haha! I tak kahwin lagi lah, kenapa pulak nak beli buku tips orang mengandung. Tepuk dahi.  Kawan Chipmunk pulak siap bagi muka pelik lagi. Mungkin sebab ini lah wujudnya kata-kata, "Don't judge a book by its cover". 

Okay, panjang sangat dah cerita tu. Sebenarnya hari ni nak review novel tersebut. Blogger Lana dan Blogger Sally ada tanya best tak. Bagi Chipmunk, novel ni best dan sangat menyentuh perasaan. 

Novel February ni mengisahkan macam mana kehidupan Helen O'Mara selepas kematian suaminya yang mati lemas apabila pelantar minyak tempat Cal O'Mara kerja tenggelam. Bagaimana Helen terpaksa membesarkan tiga orang anaknya dan tambah pulak sejurus kematian Cal, Helen disahkan pregnant. Dan bagaimana dia mengambil masa lebih 20 tahun untuk move on dan berbelas tahun juga dia hidup dalam kesepian dan kesedihan. 

Cerita ni sedih sampai I rasa macam nak nangis bila baca. Especially part dia terkenangkan husband dia dan rasa husband dia masih ada dalam rumah tu. Pelantar Minyak Ocean Ranger tenggelam di bulan February dan bulan February jugak lah Helen O'Mara kehilangan husbandnya. Maka sebab itu lah judulnya February. Cuma novel ni confusing sikit sebab tak ada dialog langsung, dan cerita diceritakan menerusi point of view penulis. Mula-mula je tapi bila dah biasa, okay dah. Okay lah, diselitkan sikit cerita anak-anak Helen dan suka duka kehidupan mereka. 

Kat Richardson
Next, Vanished (Kat Richardson)

Sekarang Chipmunk tengah baca yang di atas. Yang ni tak tau pulak bila Chipmunk akan habis baca. Memandangkan sekarang dah ada laptop jadi dah boleh buat banyak lagi kerja lain yang tertangguh. Novel Vanished ni agak creepy, sampai Chipmunk baca pun boleh meremang. 

p/s : Ini semua novel berapa ringgit yang Chipmunk beli masa Big Bad Wolf tahun lepas. 

24 comments

7/06/2013 08:59:00 am

mesti btol2 best novel ni kan.. cepat sungguh Chipmunk baca..
http://tulisanfadz.blogspot.com/

7/06/2013 09:02:00 am

menarik citer february tu..

7/06/2013 11:01:00 am

@Fadz hashim

best.. plus takde kerja yg nk dibuat. haha

7/06/2013 11:01:00 am

@azizah :)

dan sediihhhhh.. wuwuwu

7/06/2013 11:41:00 am

baca review ecah memang best. hehe..:)

7/06/2013 12:36:00 pm

Macam best citer ni...
Sedihnye bila kehilangan orang tersayang...

7/06/2013 01:35:00 pm

Hahaha.. Buku owg beruntin.. Mun kamek sik baca bena2 entry towk, kamek pun fikir ya buku owg beruntin..

P/s RM6 jark rega buku ya. Murah eh..

7/06/2013 03:09:00 pm

wah takde dialog ke buku tu? kira macam karangan la ni... hehe. tp kalau novel2 sedih ni sy minat!

7/06/2013 03:13:00 pm

macam best jalan ceritanya.. tapi bahasa english nak.. hee.. sik rajin baca novel english ;D

7/06/2013 06:43:00 pm

WAaa sedihnya..tak boleh baca kisah kehilangan suami.. baca s.khabar pn nangis jgk..

7/06/2013 11:30:00 pm

rajinnya membaca.. akak dah lama tak membaca novel.. novel english boleh kira dengan jari berapa kali akak baca.. hihi..

7/07/2013 08:52:00 am

@cik kiwi's

=)

7/07/2013 08:52:00 am

@LiLy @ MaMaQiStInA

tau takpe kak.. penulis tu pulak hebat sangat, sampai terkesan dlm hati ni ha..
adoii. haha!

7/07/2013 08:53:00 am

@Isabel Diaz

haha.. yala, mun org nangga cover jak nak.. mesti salah paham..

rm6 atau rm8 mun x salah kmk.. nang murah2..

7/07/2013 08:53:00 am

@Amirul Ramli

takde.. mula2 agak pening sikit lah. boleh la try cari lepas ni. =)

7/07/2013 08:54:00 am

@Sally Yatiey

try la sekali sekala. hehe

7/07/2013 08:55:00 am

@Mieza Jhaa K

akak baca novel ni agaknya dah meraung mungkin.. haha.. gaya penceritaan penulis tu, hebat.. smpai kita boleh rasa apa yg watak tu rasa. huhu

7/07/2013 08:56:00 am

@Mizz Aiza

kdg2 sy suka bace novel english.. tak mcm novel bm yg typical dan klise ni.. huhu

7/07/2013 04:47:00 pm

rasa macam nak cari novel vanished tu

7/07/2013 05:12:00 pm

pernah nampak novel February tu, tapi tak beli la.. sekarang Hana ngah nak habiskan novel Beautiful Creatures, movie dah tengok.. hehe :D

ada cadangan novel English lain tak? :D kawan2 ada beri cadangan baca novel Sophie Kinsella, tengah fikir lagi bila nak beli.. hehe :D

7/08/2013 08:17:00 am

@puteri kasih

sy ni pun beli masa big bad wolf hari tu sis.. hehe

7/08/2013 08:19:00 am

@Haruno Hana 하나

tak suka klau baca novel yg dah tgk kt movie. kecuali harry potter je lah.

try baca novel Cecelia Ahern.Jodi Picoult okay jugak, tp novel dia selalunya agak berat sikit lah. Tak pun Nicholas Sparks.

7/08/2013 09:34:00 am

sedih ye..ni kes tlalu kyusk mbce, mghayati novel tu la ni kan..tu yg smpai mnytuh perasaan tu..hee =D

7/09/2013 09:47:00 am

@Cik Yaya

tu satu jugak.. tp penceritaan penulis tu yg mndekatkan lg pembaca dgn watak novel tu.. ada cerita yg sedih tp penulis tak olah dgn baik feel tu tak sampai jugak kpd pembaca.. hehe

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...