Ingat tak dalam entri INI, (entri dua minggu lepas kot) En. Barney ada hadiahkan Chipmunk something tu. Maaflah, baru sekarang sempat nak story-story kat uolls! Iolls busy sangat 2 minggu ni. Gedik sungguh perempuan ni.
Chipmunk suruh korang teka kan? Ada yang kata teddy bear la, takpun chocolate, minyak wangi, cupcake tapi paling suka jawapan Chic Na. Tapi memang betul la makanan.
Ini adalah Sticky Candy. Chipmunk baru tau sebenarnya tentang Sticky Candy ni. Masa pergi Malaysia Chocolate Fair 2012 di Midvalley bulan Oktober lepas (Boleh rujuk SINI). Time tu Chipmunk menyesal pulak tak beli. Sejak dari tu lah Chipmunk suka memeningkan kepala En. Barney, asyik cakap teringin Sticky Candy ni. 2 minggu lepas bila Chipmunk ajak keluar date sebab stress duduk bilik mengadap assignment, En. Barney ajak lah pergi Midvalley jalan-jalan saje cuci-cuci mata.
Sekali sampai dua pakcik tu belikan. Taknak pening kepala lah tu. Haha. Actually, Chipmunk bukan jenis yang suka makan benda-benda manis macam ni. Tapi Sticky Candy ni tak rasa manis sangat, masam-masam sikit. Sambil buat assignment tu, ini lah yang jadi peneman. Tapi tak boleh nak makan banyak-banyak. Dan nama pun candy kan.
Lover's Corner (small) RM16.90
Mix Rocks Candies (Large) RM19.90
Ada macam-macam perisa sebenarnya. Singgah outlet pink Sticky Candy pastu pilihlah perisa apa yang kita nak. Kalau bernasib baik jumpa lah Sticky Candy yang kartun-kartun ni. Macam Angry Bird apa semua. Sticky Candy ni so far hanya boleh didapati di The Gardens, Pavilion dan juga One Utama. Kalau nak design sendiri pun boleh tau. Nak letak nama sendiri untuk door gift kahwin dan yang sewaktu dengannya boleh lah.
Bagi yang berada di luar kawasan tu, kalau nak order boleh isikan order form yang mereka sediakan. Lepas tu tunggu lah Encik Posmen datang rumah hantarkan Sticky Candy yang korang order tu. Sebarang tempahan atau pertanyaan boleh terus ke Facebook Sticky Malaysia di SINI.
21 comments
nak cikit..hihi
la sticky candy ke..haha tak ku sangka ini jwpnnyee..
Aihh mende nilah paling faveret bila tgh study . Hahah mood study up
berwarna-warni... tak pernah makan lagi...
sebab tak pernah jumpa...
cantik aje kalau bagi gift kat sape2 yang memang suka candy macam ni... menarik... ^_^
betul la kan makanan. hihi.. macam sedap je. macam marshmallow pun ada. mintak sikit. :P
pernah beli. tp mas atu bulan puasa. so ditundakan. smpai lah skrg, tak beli2.
oohh candy! menarik tu sebab berwarna warni... nyumnyum
Comel jer sticky Candy tu..kalerful..^^
@tirahzairi
ambik la.. hehe
@miss fluffy
hahahaha!
@sa mic
tau takpe.. =)
@miz ruha
btul tu kak.. kalau nk bg hadiah sesuai ni.. hehe
@Chic Na
marshmallow yg keras.. hehe
@azizah :)
mcm2 rasa jugak.. hehe
@LiLy @ MaMaQiStInA
ini klau dapat kat Qis mmg dia suka lah kak.. hehe
@Leeza dayasari [santai leeza]
takpe.. pasni bleh la beli.. =)
owh...candy ni ke...huu
kat mne ade ni cik aisya?
mhal nye mcm cokelat la plak..heee
msti sedap sgt tu smpi cik aisya asyk teringt2..^,^
wah...seronokla yer...hilang kempunannya :D
@Cik Yaya
ade bgtau dlm entri.. hehe.. kt OU, Pavi & The Gardens je setakat ni.. hehe.. sedap2.. hehe
@ayut
haha.. dah habis nnti boleh minta beli lg ye.. haha!
Baru dapat rasa sticky..dek tergoda ckp anak2 yg katanya..kalu nk gula2 rasa nasi lemak ...try laa sticky... Kikikiki..