Zaman sekarang ni kalau cakap pasal handphone, kalau boleh budak-budak yang umur 4-5 tahun pun wajib ada phone jugak. Bukan sebarang handphone tau, smartphone dah sekarang. Handphone yang biasa-biasa ni tak pandang pun.
Chipmunk teringat lagi kata-kata Kak Liyana Zahim kt FB suatu ketika dulu. Cewah, suatu ketika dulu tu, padahal bukan lama mana pun. Budak-budak sekarang, dapat straight A's tak kira lah UPSR atau PMR...
"Ayah, nak SIII sebijik. Paling kurang pun Blackberry lah. Boleh kita BBM dengan kawan-kawan kita."
Cuba cakap macam tu dengan bapa Chipmunk, nak tau jawapan dia apa?
"Belajar rajin-rajin. Nanti dah besar dapat kerja bagus-bagus kau nak beli telefon harga 10k pun boleh. Aku tak kisah."
Sadis bukan? Kalau nak compare dengan zaman sekarang lah. Tapi zaman sekarang memang tak boleh nak dibandingkan dengan time kita dulu-dulu pun. Maka dengan itu, Chipmunk jadi terlatih untuk tak minta apa-apa andai kata dapat result 30 A sekalipun. Apatah lagi nak minta handphone sebijik. Even dah dapat degree, and dapat sambung master pun. Tak adanya dapat soalan begini...
"Kakak nak hadiah apa dah grad ni?"
ataupun begini
"Kakak nak hadiah apa sempena dapat sambung belajar ni? Sebagai pembakar semangat untuk terus berjaya katakan"
Oooooh... beruntunglah kalau dapat soalan-soalan macam tu ye. Rasanya dalam mimpi pun belum tentu dapat dengar soalan-soalan begitu. Okay, berbalik kepada topik asal. Jangan nak menggedik melencong ke tempat lain pulak.
Chipmunk dulu nak dapat handphone punya lah payah. Parent jenis yang strict dengan anak-anak. Dan Alhamdulillah, sebab itu lah boleh berjaya sampai ke tahap sekarang ni. No phone, no TV, no computer. Tengok TV, ada masa-masa tertentu yang dah ditetapkan. Nak online pun sama. Itupun mak wajib ada di belakang. Nak pantau anak dia lah tu. Handphone? Habis SPM baru dapat tau, dalam penghujung tahun 2006. Itupun handphone secondhand. Warisan turun temurun dari mak. Nak tau phone apa? Ha, ini.....
Motorola C390. Model tahun 2004 kalau tak silap. Chipmunk pakai tahun 2007. Time tu kan sibuk dengan phone yang ada kamera, infrared dan bluetooth dan walkman bagai tu kira paling canggih lah tapi phone yang ni, satu pun tak ada. Nak dijadikan cerita, phone ni uzur dan rosak pulak. Maka, beli phone baru dan itu pun dengan duit sendiri jugak.
Nokia 3110c. Chipmunk beli tahun 2007 jugak untuk gantikan phone yang dah rosak tu. Dan dalam banyak-banyak phone. Phone ini lah yang paling lama bertahan. Sampai tahun 2010 Chipmunk guna dan sampai sekarang masih ada lagi di tangan adik bongsu Chipmunk.
Sony Ericsson Yari. Yang ini barulah phone yang bapa belikan untuk Chipmunk. Sebab apa yang tu Chipmunk tak ingat. Actually Chipmunk paling selesa guna yang ni. Tapi sayang hanya mampu bertahan setahun je, padan muka rosak sebab habit buruk Chipmunk sendiri.
Sony Ericsson W8. Alhamdulillah dah setahun lebih guna. Ini pun bapa belikan untuk ganti Yari yang dah rosak tu. Kalau nak tunggu Chipmunk beli guna duit sendiri memang merana lah mak dan bapa tak boleh nak contact anak diorang yang berada jauh di perantauan ni. Jauh lah sangat, sekadar 2 jam 15 minit je naik kapal terbang.
Memandangkan sekarang tengah heboh tentang rebate RM200 untuk smartphone yang bawah RM500 tu, agak-agak dapat tak phone baru ni? Ha... En. Barney, phone yang awak nak beli untuk saya biar tahan lama sikit saya pakai tu ada jugak dalam senarai. Boleh lah ni ye dapat phone baru?
sumber : INI
p/s : smartphone atau handphone biasa mana-mana pun boleh asalkan dapat menghubungkan kita dengan insan-insan yang tersayang. Kalau untuk keselesaan diri itu boleh lagi diterima tapi kalau handphone canggih-manggih sekadar nak show off dengan orang buat apa?
40 comments
Saya sokong =)
abah eyqa un jenis sama ngn abah chipmunks... hehehehe
Samalh, first hp pun terun temurun punya xD Hahaha LOL
hadoi,, untungla bdk zaman skrg ni,,huhu
ms sekolah dulu tak pernah pun dijanjikan hadiah2 mewah mcm tu. untungla budak2 sekarang ye. ada rebate tu boleh beli phone baru lah. ;)
untunglah budak2 sekarang dapat straight A's je terus mintak yang mahal2. haha
biak knek tok mintak pa2 jk, ng dpt..x kdak zaman kita marek..mowk mintak beli hp nk ada touchlight ya jk pn ssh lu jk..huhu..
sy kalau mintak phone baru,sah2 kena marah. Huhu . Biarlah jeloz pun tgk kwan2 pkai iphone ke ape ke , asal bahagia :))
penat nak kejar teknologi sekarang .. cukup je lah pakai yg mane ade. haha
Tu lah untungnya budak² zaman skrang ni..nak apa..senang jer dapat..akak dulu sambung study kat kolej barulah merasa pegang n.set sendiri..tu pun abg yg bagi...
ingat dulu masa upsr abah kasi henpon butterfly je. skang ni nak suh abah belikan phone dia tak mau. last2 beli pakai duit sendiri. *cedih. hehe
yg pntg blh berhubung...klu yg extra function tu kire bonus..klu guna duit snri mgkn utk kepuasan slpas pnt bekerja..huhuhu..
Semasa belajar dikolej dahulu jangan harap dapat telefon bimbit. Ketika kerja baru dapat beli itu selepas bermain kutu. :-)
@Aisya Simpson
hehe.. =D
@Nur Atiqah Mohd Zaki
tp tetap tak merungut walaupun tak dpt ape2.. hehe.. kalau compare dgn skrg.. hmmm...
@Arisha Halim
haha.. janji ade.. tak kisah lah turun temurun 10 generasi asalkan boleh lg nak diguna.. hehe
@trah zain
kannnn.. itupun nak bising2 tak dapat itu, tak dapat ini.. hmmm..
@Chic Na
same lah cikna..
nak beli takleh jgak sbab yg skrg ni okay lg.. lain lah kalau ade yg nak bg.. hehehe
Haha ingat wa sorang je yang ada dalam statement mcm ni, kihkih . Paling cikai sony yang camera 3.2mb tu je . hahaha
@Cik Que
iboh padah tepon torchlight ya, arum bulak tepon mainan pun payah juak.. haha!
@Hana Nordin
jawabnye belajar rajin2, kumpul duit byk2 pastu nak beli sedozen iphone pun boleh.. haha
@-meeSUPERGIRL-
bersyukur lah dgn ape yg ade ye.. hehe
@LiLy @ MaMaQiStInA
itu lah kak.. sy lepas spm pun further study dkat tmpat lain.. bila dh perlu sgt2 baru lah dpt.. kalau saje je tu jgn harap lah..
@Misz Fazie
bersyukur lah dik oi.. sy dulu lepas upsr jgn kata handphone butterfly, butterfly hidup tu pun jgn harap nk dpt.. g tangkap sendiri klau nk.. haha..
@ayut
btol2.. kalau dh kerja tu lain cerita lah kan.. untuk kemudahan diri sendiri jgak.. hehe
@akubiomed
hahaha.. mcm tu pun boleh..
@Cik Zara
kan.. time dulu2 nak minta aiskrim malaysia satu pun tak berani.. hahaha
kak guna fon masa akhir 2004... itu pun tak tahu dah berapa hand yang guna...
budak sekarang dapat result gempak dah boleh dapat benda mahal... <-- untuk family yang mampulah...
zaman dah makin maju...
hehe samalah...sy lepas SPM je bru beli hp..tuh pun pakai duit sndiri..haha..and hp tuh still guna smp sekarang~ wahaha..legend sgguh
haha , samaa lah . Nak mintak apa pun tak berani . Tapi lepas SPM ni alhamdulillah mintak fon sebijik , ingatkan dapat masa umur 19 ke rupanya sehari lepas birthday dah dapat , alhamdulillah lah :)
dpt nokia lumia pon besh jgk yaya ni..hehe sbb bukn jnis mit sgt pon dgn yg lg cngih2 mcm smsung sume tuuu..lau yaya ckup boleh MCJ,CALL,AMIK PIC,MP3 dah ckup! hehe
-xminat dgn hp yg cngih skrng..utk o9?urm..mayb sbb da ade lptop kot..^o^-
@sa mic
haha.. dh kira canggih lah tu ada kamera 3.2 tu..
@miz ruha
itu la kak. peredaran zaman..
@miss fluffy
kalau nokia mmg tak terkejut lah tahan smpai skrg.. hehe
@diny.syazwani
wah, untunglah.. hehe
@Cik Yaya
tp kdg2 laptop besar sgt nak dibawa ke mana2. hehe
belikan untuk sis smartphone satu :P hehe
@puteri kasih
tnggu sis belikan sy note sbijik.. =P
rebat tu hanya hanphone tertentu kan...
@azizah :)
tp dgr2 dah dimansuhkan yg tu.. skrg bleh beli apa2 smartphone asalkan pendapatan below 3k..