18/11/2012

Aku yang bercerita tentang Aku Bercerita

Ini hasil taipan di kala idea kering kontang dan minda berkecamuk mengenangkan assignments a.k.a mini-mini tesis yang satu pun belum lagi mencapai noktah yang terakhir walaupun bertapa di bilik hostel tatkala yang lain semuanya pulang ke kampung halaman, bersuka ria menggemukkan badan. Sila baca dengan satu nafas sahaja. Mampu?

Sedang stress sebenarnya. Rasa macam tak mampu dah untuk memuntahkan idea-idea yang kosong di dalam Microsoft Word. Lain lah kalau guna Windows 8 yang grand itu, mungkin bersemangat lah sikit kot. Ceh, alasan. Menaip entri baru boleh je. 

Sebenarnya... *sebenarnya lagi?*
Bukan nak cakap yang DragonBall ada 7 biji semuanya. Bukan bukan.
Tapi sebenarnya Chipmunk tak sabar nak tunggu karya terbaru Saudara Ramlee Awang Musrhid, iaitu Aku Bercerita. Bakal berada di pasaran bulan Disember ini.  Dengar-dengar, karya ini lain dari yang lain. Apa yang lain tu Chipmunk tak tau. Chipmunk pun tengah tunggu novel tu keluar. Harap-harap lah hujung bulan. Tengah-tengah bulan ni payah sangat. Bukan apa, kerja banyak!!!

 Sunan Musafir, PWTC


Fiksyen 302, Alamanda Putrajaya

Memang minat sangat karya Tuan RAM. Kalau dapat pergi launching untuk novel ni mesti berlipat kali ganda mak jealous tak dapat pergi. Kalau ada yang edisi kulit keras pun bagus jugak. Teringat ada seorang tu tanya Chipmunk nak jual tak hardcover Sutera Bidadari yang Chipmunk ada, agak-agak orang tu dah jumpa tak yang dia cari tu? FYI, novel-novel Chipmunk bukan untuk dijual. Semua tu untuk simpanan peribadi. Lagipun memang hasrat Chipmunk dari kecik-kecik lagi nak ada mini library sendiri kat rumah nanti. InsyaAllah.

Sutera Bidadari, PWTC

p/s: Sedang mencari novel Anugerah Pertama karya Tuan RAM tahun bila entah. Tinggal satu novel tu lagi untuk Chipmunk lengkapkan karya-karya Tuan RAM yang Chipmunk dah baca. Ada siapa-siapa tau kat mana ada?

Sumber : INI

26 comments

11/18/2012 09:11:00 am

Wah minat novel2 thriller RAM. hehe. Baguslah. Saya pengumpul novel jgk. Tp xbaca RAM pnya novel. Takut sket cerita berunsur seram ni :)

11/18/2012 09:37:00 am

@baby comel

hehe.. minat sebab karya dia lain dr yg lain.. lepas tu menguji minda.. tu yg suka... =)

11/18/2012 01:31:00 pm

rajinnya aisya baca novel. tak pernah lg baca karya RAM tu.

11/18/2012 01:33:00 pm

kak Aisya suka ek novel RAM? piqah lom pnah lagi baca novel dia.tapi macam best.tapi tak beli2 lagi. huhu.. boleh nak pinjam novel kak aisya? hhahahha

11/18/2012 01:36:00 pm

Teruskan membaca. Semoga menjadi manfaat pd mase akn dtang :)

11/18/2012 01:47:00 pm

Waaahhh...dulu ain minat baca Novel...sekarang tidak lagiiiii..kalau baca novel, keje ain semua xjalan...tp dengar kata karangan Encik RAM niy adalah terbaik....=)

11/18/2012 03:22:00 pm

Aku Bercerita?? disember ni. harus beli

11/18/2012 03:36:00 pm

mmg penggemar novel cik aisya ni kan..tringt plak tetibe dulu giler novel..hehe tu zman sekolah la..da keje ni xde mse plak nk bce novel..

*baca buku resepi plak..haha ;p*

11/18/2012 03:55:00 pm

w8 hohooo^^ shida punya BE tu hehee^^

11/18/2012 04:42:00 pm

belum pernah lagi beli karyanya..

satu hari sy akan try beli.

11/18/2012 05:15:00 pm

oh jijah xpernah lg baca karya dia...hehe

11/18/2012 07:02:00 pm

tirah xminat novel...hihi

ps: alamat bg kat komen je...tirah xpublish...

11/18/2012 09:32:00 pm

ada novel baru ye nanti...
tak baca anugerah pertama... kumpul koleksi sunan aje... :)

11/19/2012 10:32:00 am

@Chic Na

skrg takde masa dh cikna. T_T

11/19/2012 10:32:00 am

@Syafiqah Othman

boleh2... tp kena terbang g sarawak dulu lah.. semua ada kt sana.. =P

11/19/2012 10:32:00 am

@Suue

thanks! hehe

11/19/2012 10:33:00 am

@aiN NaJwa

memang terbaik! hehe
sama la kite ni. sbab tu sy suka baca terus.. xnk tangguh2, tak tido pun takpe.. haha

11/19/2012 10:33:00 am

@hnahdy

bukan harus. wajib! hehe

11/19/2012 10:34:00 am

@shidaR

untunglah.. kite tak mampu nak berBE ni.. =)

11/19/2012 10:34:00 am

@Nur Azila

try la.. mesti akan sangkut punya. =)

11/19/2012 10:35:00 am

@azizah :)

kak jijah try la baca.. seronok.. =)

11/19/2012 10:36:00 am

@miz ruha

anugerah pertama tu novel lama gila2.. huhu.. novel pertama RAM kot.. dengan publisher mana ntah.. susah nk cari skrg ni.. huhu

11/19/2012 10:39:00 am

untuk penulisan Tuan RAM mmg tak pernah ada koleksi...mgkn 1 ari nnt :)

11/19/2012 10:51:00 am

@ayut

try la dgn novel yg terbaru ni. hehe

11/19/2012 10:59:00 am

sis pun tak sabar nak tunggu novel terbaru RAM. Sis suka sangat baca karya dia tapi masih tak mampu nak buat novel thriller..hukk

11/20/2012 08:48:00 am

@puteri kasih

kena byk membaca genre yg mcm tu lah kan, suatu hari nanti sis pun boleh jadi mcm beliau.. =)

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...