Petang tadi Bangi hujan lebat. Tapi Chipmunk dan En. Barney gigih jugak nak pergi pasar malam. Sejak En. Barney kerja part time setiap malam dari Isnin sampai Sabtu, dah lama tak jejak kaki kat Pasar Malam Seksyen 16 ni. Kalau nak harap Chipmunk drive sorang-sorang, memang malas!
Sebenarnya boleh je pergi malam kan, tapi gigih jugak kami berdua ni meredah hujan. Tu bukan gigih, tu menggedik namanya. Ada sebab redah jugak walau hujan ni.. disebabkan oleh ini.....
Tak nak tunjuk isinya, biar tunjuk luarannya dulu. Biar suspens sikit. Ni Chipmunk dan kawan-kawan panggil Nasi Lemak Pakcik Gelabah. Sebab pakcik yang bungkus nasi lemak tu memang menggelabah. Tapi nasi lemak pakcik gelabah ni sedap! Sebab tu lah Chipmunk dan En. Barney pergi petang jugak pasar malam ni. Kalau pergi malam, tinggal sikit je lah lauknya.
Nasi lemak kerang favourite! Kalau pergi pasar malam dalam pukul 8.15 macam tu jangan harap lah nak jumpa lauk kerang lagi. Licin dah. Banyak lagi lauk yang ada. Ada daging, ayam, sotong, telur puyuh pun ada jugak. Tapi kalau nak pilihan yang banyak kena datang petang lah. Malam tak jamin lauk apa lagi yang masih ada.
Sambalnya pedas! Chipmunk yang tak tahan pedas ni terpaksa ready dulu air banyak-banyak. Tapi pedas tu sedap!
Chipmunk makan dulu ye! =P
p/s : ada lagi entry makan-makan ni. Tu kena hold dulu. Kak Jijah jangan jealous ye. =P
20 comments
Haha, ada pulak Pakcik Gelabah. Mcm2... tngk dari gambar pun blh tau nasi lemak tu blh bukak selera :D
makan2
bencii tol! entry makan2! mane nak cari nasi lemak yg rasa semenanjung kat sini ni..wuaaaaaaaaaaaaaa!! aisya jahat.. ciann akak tau... :p
erkk telan air liur sekejap sebelum komen.. hehe.. sedapnya.. tapi kelakar lah korang gelar nasi lemak pakcik gelabah tu.. haha.. macam best je nama tu.. unik mesti ramai yang tertarik :P
suka nasi lemak kerang... ^_^
bestnya tengok...
alahai sis pula yang lapar..hehe
disebabkan dia menggelabah tu yg jadi sedap aisya. kikiki..
Adeh..terkebul2 nur tgk nasi lemak tu..!
Sedapnyaaa....!
Nama sempoi..rasa mantopp..:)
wahhh nmpk sedap ! hihi kelakarnya pakcik tu mmg gelabah ek? hihi
@Cik Adieb
sebab pakcik sgt menggelabah bungkus nasi lemak. haha! mmg sedap.. =)
@Cik Pensil
jom! =P
@azizah :)
kena buat sendiri lah jawabnye tu.. =P
@Aida Omar
kitorg yg panggil mcm tu.. pakcik tu tak tau agaknye. haha!
@miz ruha
bestnye tengok? =P
@puteri kasih
kalau lapar, makan. hehe =P
@Chic Na
agaknye la cikna kan.. hahaha
@Cik Nur
pakcik tu tak tau kot org panggil pakcik gelabah. hehehe
@lynndAmya
a'ah.. hehe.. nk cepat kot sbab ramai customer.. =)
cian pak cik tu...dh jd name kat nasi lemak dia.hahahaha.nk cpt tu..kerana customer.hihihi..cian jijah dijeleskan oleh aisya:)
@ayut
customer ramai.. lgpun nasi lemak dia mmg laku.. tu yg kena cepat2 tu.. hehe