20/11/2012

Kisah Laut yang Semakin Lenyap

Macam biasa, Chipmunk tengah cari bahan untuk siapkan assignment sebenarnya. Dan tu Chipmunk jumpa something yang Chipmunk rasa menarik untuk dikongsikan.

Batang Sadong

Di sini Jambatan Terpanjang Sarawak akan dibina. Dekat sangat dengan kampung Chipmunk. Tengok gambar ni rindu pulak rasa nak balik. Last jejak kaki kat sini pun tahun 2010 dulu. By the way, bukan gambar di atas ni yang Chipmunk nak story-story. Tapi benda lain. Biasalah melencong dulu.

Orang putih panggil, Aral Sea. Kalau translate dalam bahasa melayu menjadi Laut Aral lah kan. Terletak di benua Asia, di antara negara Kazakhstan dan jugak Uzbekistan. Sebenarnya bukan laut, tapi sebuah tasik. Dengan keluasan 68,000 kilometer persegi, menjadikan Laut Aral merupakan di antara empat tasik terbesar di dunia. Tapi itu dulu, zaman 1960-an. Sekarang?

Menurut NASA's Earth Observatory, sebanyak 60% daripada jumlah air di Laut Aral ni lenyap, lesap, tersejat dan yang sewaktu dengannya. Dalam tempoh hanya 30 tahun! Dan menyebabkan Laut Aral yang besar ini terbahagi kepada 4 tasik yang lain. 


Fenomena Laut Aral yang semakin mengecil ni dikatakan di antara bencara alam sekitar terburuk yang pernah berlaku. Semua ni gara-gara tindakan manusia. Aliran masuk air sungai dari dua sungai utama iaitu Syr Darya dan Amu Darya dialihkan untuk tujuan penanaman kapas dan padi bagi menampung pertambahan penduduk yang semakin meningkat.

Kapal-kapal yang karam di Laut Aral suatu ketika dulu

Dulu Laut Aral ni terkenal dengan industri perikanan. Jadi tidak mustahil banyak kapal-kapal yang karam di dasar Laut Aral ni. Dasar laut yang sekarang ni menjadi kawasan daratan.



 Suatu ketika dulu ini adalah dasar tasik.

Tasik yang telah berubah menjadi ini.

Dari apa yang Chipmunk baca, permukaan Laut Aral Utara telah meningkat sebanyak 50% pada tahun 2012. Ini hasil daripada pembinaan empangan di Syr Darya yang membantu mengalirkan air ke Laut Aral Utara. Tapi, empangan ni gagal untuk memulihkan semula Laut Aral Selatan. Dan Chipmunk baca, Laut Aral Selatan ni semakin hari semakin kecil dan mungkinkah ia akan lenyap suatu hari nanti?

sumber : INI, INI, INI, INI dan INI.

21 comments

11/20/2012 08:48:00 pm

erkk.. sampai kering tasik aral tu eh. mesti kawasan tu iklim dia panas je kan. sayangnya kalau hilang.

11/20/2012 10:02:00 pm

wow...laut n tasik yg sudah kering kontang ke ni...dah jadi darat pla..
kenapa boleh jadi kering ye..bnyk nk kene research ni..huhu ;p

11/20/2012 11:41:00 pm

wah cepat betol kering!!!! igtkan sb ghaib begitu saja. rupanya sb manusia sndri .. tp cepat betul kan .. luas pulak tu . haih

11/20/2012 11:53:00 pm

laut aral ye...
ada kemungkinan laut aral selatan akan lenyap...

nice sharing aisya... :)

11/21/2012 12:42:00 am

oo..baru tahu pasal laut aral ni..dasat juge tgk gmbar laut besar tp tsejat terus kering mcm tu eh..hmm..dasat..

thanks aisya sharing info ni :)

11/21/2012 12:42:00 am

oo..baru tahu pasal laut aral ni..dasat juge tgk gmbar laut besar tp tsejat terus kering mcm tu eh..hmm..dasat..

thanks aisya sharing info ni :)

11/21/2012 12:48:00 am

perubahan geology menyebabkan berlaku depositional environment...

11/21/2012 02:26:00 am

terima kasih sebab share cerita2 sebegini.
kita perlu sedar hakikatnya kita sedang mengubah dunia. hmmmmmm

11/21/2012 11:06:00 am

wahh dari lautan luas jadi daratan dah.. dasyat la..kalau makin mngecil tu bagaimana la ek.. takut gak..

11/21/2012 11:42:00 am

@Chic Na

tak panas pun rasanya.. sebab ni kt belah hemisfera utara yg iklim temperate

11/21/2012 11:45:00 am

@Cik Yaya

sebab tindakan manusia cik yaya.. aliran fresh water dr dua sungai utama dialihkan utk tujuan penanaman kapas dan padi terutamanya.. kemasukan air tawar takde.. huhu

11/21/2012 11:47:00 am

@-meeSUPERGIRL-

kan.. ntah la.. tak khatam lg baca2 pasal ni.. huhu..

11/21/2012 11:47:00 am

@miz ruha

betul tu.. syg kan.. dulunya tasik yg besar dan gah.. jd macam ni.. huhu

11/21/2012 11:48:00 am

@shidaR

nk kata tersejat pun ntah la.. huhu

11/21/2012 11:53:00 am

@Fendy

bace sikit pasal depositional environment ni..

is it sebab takde influx of fresh water? and something to do with sedimentation and all?

btw thanks, pengetahuan baru tu.. =)

11/21/2012 11:55:00 am

@Leeza dayasari [santai leeza]

yup.. ade teori yg sy belajar.. kite ni sbhgian drpd alam.. tp kenapa kite bertindak seperti kita yg menguruskan alam.. =)

11/21/2012 11:57:00 am

@azizah :)

tu la kak. sy bace effect 'ghaib'nya laut aral ni.. mennyebabkan local climate change kat kwsn tu.. summer jd lebih panas dan kering.. winter pulak jd lebih sejuk dan lebih pnjg..
bumi kita ni sedang menderita sbnrnye.. huhu

11/21/2012 05:00:00 pm

tidak mustahil akan lenyap..kdg2x keperluan hidup memaksa utk fenomena ini semua terjadi...kdg2x rasa tak patut tapi bagaimana utk truskan kehidupan andai tidak dilakukan.sewaktu melakukan perubahan efek jangka msa panjang pasti ada...

11/21/2012 09:03:00 pm

la sayangnya kalau terus lenyap macam tu

11/22/2012 09:13:00 am

@ayut

persoalannya wajar ke manusia memusnahkan alam just utk kepentingan manusia sendiri? mcm mane dgn hidupan lain? cth mcm ikan yg ada dlm tasik tu? hmmm...

setiap ape yg dicipta ade fungsinya sendiri.. klau hilang satu? tak ke mengganggu keseimbangan?

11/22/2012 09:14:00 am

@puteri kasih

itu la sis.. huhuhu

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...