21/09/2011

Wordless Wednesday : ♥ Sanggar Citra!



Thanks adik-adik Sanggar Citra sekalian sebab buat surprise.
Thanks jugak En. Barney sebab bersubahat dengan adik-adik nakal ni.
Dan HAPPY BIRTHDAY jugak untuk Cik Elya.

p/s : Zety, pinjam gambar jap..

19/09/2011

Thanks! ♥♥♥


Semalam 18 September. Chipmunk sambut tahun baru. Umur dah meningkat setahun. Rasa macam makin tua la pulak ye, even orang still tengok macam budak sekolah. Comel sangat la kot. Ok. Perasan.

Tahun ni..
Tak macam tahun lepas. Sambut birthday dengan family. Tahun ni jugak, tak macam tahun lepas-lepas. Sambut birthday dengan kawan. Tahun ni, extra special sikit. Sebab sambut birthday dengan En. Barney. Walaupun dah setahun setengah dengan En. Barney, this is the first time sambut birthday Chipmunk sama-sama. Walaupun tahun lepas masa birthday Chipmunk, Chipmunk dah ada En. Barney. Jarak yang sangat jauh tu jadi penyebab utama tak boleh sambut birthday sama-sama. Nasib baik lah Maxis bgi free call satu hari. Tapi itu pun, tak sempat dan tak boleh nak panaskan telinga. Mula-mula memang kecik hati, tapi bila fikir-fikir balik. Chipmunk bersyukur sangat-sangat sebab Chipmunk ada En. Barney. Bersyukur sangat-sangat yang Allah kekalkan hubungan kami sampai hari tu dan hopefully sampai akhir hayat.

Tahun ni,
First time rasa sambut birthday dengan En. Barney, setiap masa rasa macam nak menangis. Bukan sebab sedih. Tapi terharu sangat-sangat. Sambut birthday tak ada kek tak kisah. Serius tak kisah. Tapi kalau sambut birthday tak ada En. Barney yang tu memang tersangat lah kisah. En. Barney cakap nak belikan kek, sebab sambut birthday mesti ada kek. Tapi Chipmunk tak rasa macam tu pun, sebab yang penting En. Barney ada. Biarpun Chipmunk ni keras kepala, angin tu kadang-kadang tak betul. Tapi En. Barney layan jugak perangai tak betul Chipmunk ni. Thanks sangat-sangat!


p/s : First time buat entry macam ni. Segan pun ada. Lepas ni jangan ada yang kutuk Chipmunk buat entry jiwang sudah. =)

17/09/2011

♥ Sushi!


Dah lama Chipmunk teringin nak makan something ni. Masa cuti hari tu lagi. Jadi, sebab semalam cuti sempena Hari Malaysia, En. Barney pun bawa la pergi The Mines lepas solat jumaat. Motif utama adalah makan.

Semalam kitorang makan kat Sushi King. Akhirnya dapat jugak makan sushi ye. Berangan ada kat Jepun kejap. Ingat lagi masa first time pergi makan kat Sushi King dengan En. Barney. Still fresh lagi dalam kepala ni even rasa macam dah lama dah. Memang dah lama dah pun.Yang paling best Sushi King ni, green tea free! Tambah pulak En. Barney memang tak minum green tea lagi la Chipmunk suka. Dapat full control satu jug besar green tea tu. Tak payah berebut, tak payah kongsi. 

Banyak jugak yang kitorang makan semalam. Sampai rasa perut ni dah kembung dah makan banyak sangat. Sambil makan tu leka perhati pekerja Sushi King ni buat sushi. Terfikir jugak, kalau Chipmunk la kat tempat dia tu, Chipmunk buat sushi untuk diri sendiri je. Tak payah nak buat untuk orang lain. 






p/s : hari esok dah tahun baru dah! =)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...