Jarang jumpa perempuan yang tak minat chocolate kan. Salah satu benda yang tak dapat dipisahkan dengan perempuan adalah chocolate. Ni berdasarkan apa yang Chipmunk tengok la. Ha, jejaka-jejaka sekalian kalau nak senang pujuk awek sila lah bagi chocolate. Tak payah susah-susah, Ferrero Rocher pun jadik la. Gerenti terus cair punya. Tapi ada jugak yang perempuan tak suka chocolate ni kan?
Kalau Chipmunk, Chipmunk prefer dark chocolate. Dark chocolate ni pahit sikit dan tak manis sangat macam chocolate biasa. Chipmunk ni tak boleh nak makan banyak sangat benda-benda manis ataupun terlampau manis, mesti pening kepala. Sah-sah la white chocolate Chipmunk tak makan, manis sangat.
Dan dalam banyak-banyak chocolate yang kita boleh jumpa kat kedai-kedai, Chipmunk nak share favourite Chipmunk.
Kinder Bueno
Yang ni kalau beli satu paket je memang tak cukup. Selalu beli terus tiga paket tu. Dan boleh makan sekaligus tiga-tiga paket tu.
Toblerone
Dulu masa matrik suka borong chocolate ni. Matrik dulu dekat Labuan (Kolej Matrikulasi Labuan). Before balik bercuti borong chocolate banyak-banyak, pastu duduk rumah melantak chocolate. Terlupa sekejap ada makanan lain.
Dan yang ini, suatu ketika dulu...
Tofi Luk
Chipmunk ingat lagi dulu Chipmunk suka makan ni sambil study. Time ambik PMR dulu. Dah hampir sedekad dah. Terasa tua sekejap. Siapa pernah makan? Tapi Chipmunk tak jumpa dah chocolate ni sekarang. Kenapa eh? Carik jugak.
Chocolate favourite anda pulak?
sumber : google








