24/03/2013

Untuk Tatapan Warga UKM dan Sekitarnya

Entri melekat sehingga 24 Mac 2013. Sila scroll ke bawah untuk entri terbaru.

Ehem-ehem. Kali ni biarlah formal sikit ye. Cik Dayah ni bukan boleh percaya sangat. Nanti beliau share kat mana-mana entri ni terserlah pulak perangai kanak-kanak ribena I. Ceh, formal lah sangat kan? Seperti tahun lepas, kali ni sekali lagi nak tolong Cik Dayah kita ni promote apa yang akan berlaku tidak lama lagi.

Bermula 21 Mac 2013 sehingga 24 Mac 2013 akan berlangsung Festival Sanjungan Satria (Fessat) anjuran Kolej Tun Hussein Onn di Dataran Panggung Seni, Universiti Kebangsaan Malaysia. I sebenarnya dah lost count ni Fessat yang ke berapa sejak jejak kaki di bumi UKM ni. Plus minus tolak tambah mungkin Fessat ke-5 kalau tak silap. Tapi kali ni, agak lain sikit. Sebab salah satu poster yang Cik Dayah share sangat menarik minat perempuan si kanak-kanak ribena ni. 


Penampilan khas Tun Dr. Mahathir Mohamad tu. Jadi dengan ini, saya mewakili Cik Dayah serta mereka yang berkenaan ingin menjemput seluruh warga UKM, Bandar Baru Bangi dah sekitarnya untuk sama-sama memeriahkan lagi program-program yang dianjurkan sepanjang beberapa hari Fessat ni berlangsung. Ada macam-macam program I tell you. Pertandingan dan hadiah-hadiah menarik, semua lah. Kesemua ada di dalam gambar-gambar di bawah ni. Tarikh, masa mahupun contact person semua ada. Sila klik untuk lebih jelas ye.










Tunggu apa lagi, bagi yang berada berdekatan tu boleh buka calendar phone tu dan save tarikh-tarikh di atas ni ye. Takut nanti terlepas pulak ada jugak yang menangis, cuma tak la sampai menangis air mata darah kan. Bagi mereka yang terlibat untuk menjayakan Fessat kali ini sama ada secara langsung mahupun tidak langsung, all the best diucapkan.

p/s : Dayah, tutti frutti saya jangan lupa eh. 

sumber : Iedya Abdullah

22/03/2013

Sepantas Kilat

Laptop meragam, buat hal pulak. Kebetulan time diperlukan untuk menyiapkan assignment. Geram betul. Nak online tak boleh, nak buka blog tak boleh, nak reply jejak tak boleh. Tapi dah hantar kat En. Barney untuk reformat laptop yang usianya dah boleh dihantar masuk tadika ni. 

Ini pun Chipmunk baru dapat balik laptop Chipmunk. Boleh lah nak jenguk blog lepas ni. Tapi dalam beberapa hari ni agak busy sikit. Jadi masa nak ziarah-menziarahi sesama jiran tu agak kurang sikit la ye. 

Nah, gambar Abang Handsome untuk tatapan semua.

20/03/2013

Wordless Wednesday : Save the Date

 Sumber : INI

Sumber : INI
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...