03/02/2014

Joe's Kitchen

Datang sini memang asyik makan saja. Mana tak makin lama, makin gemuk. Haish. Biarpun I skip lunch, just breakfast and dinner saja pun terasa semakin membulat. Dah la I ni jenis yang berat badan cepat naik. Pernah sekali, seminggu lebih je berat dah naik 4 kg, nasib baik jenis yang berat cepat naik dan turun pun cepat jugak. 

Anyway, sebelum I jauh melencong, last week I pergi makan satu tempat ni yang I rasa macam selalu je tengok dalam instagram Nora Danish. Colleagues BFF I ajak and dia pun ajak I sekali. Katanya ke tempat makan kepunyaan Joe Flizzow, Joe's Kitchen.
Last week lagi dah datang sini. Biasalah, keretapi lambat ni payah sikit nak bercerita. Suka environment nya, santai je.

Beef lasagna buat colleague BFF I dan kami berdua on je dengan pizza untuk dinner.
Datang sini faham-faham lah tak boleh selalu. Blink-blink mata tengok harga. Boleh tahan sedap jugak. Nak lepak santai-santai memang environment Joe's Kitchen memang terbaik.


Tak jauh sangat dengan Korean Restaurant, The Street Cafe yang I pergi tempoh hari. Nak ke sini boleh lah rujuk alamat di atas. Nak tanya direction kat I memang silap orang lah.  I follow je driver, nak ingat jalan kureng sikit.

P/s : asyik update pasal makan je sekarang ni. Haish. 

02/02/2014

From Terengganu with Love

Dalam entri yang lepas-lepas, I ada bagitau yang En. Barney outstation ke Kuala Terengganu berapa hari. Nak pergi tengok mesin baru kat hospital baru katanya. Pergi hari rabu, balik hari jumaat dan sabtu keluar dating dengan I sebab nak bagi buah tangan dari Terengganu. Mula-mula acah je cakap kat dia nak ole-ole. Sekali tengok betul-betul dia bawa. Rezeki jangan ditolak, dah orang nak bagi kecik tapak tangan, kawah yang I tadahkan.
Keropok ikan siap dengan sos sekali. Actually tak goreng pun lagi. Lagipun I sorang je, tak syok pulak makan sorang-sorang. 

Khamis lepas En. Barney ke Kelantan pulak. Agak-agak ada tak buah tangan untuk I ye? Ehem. Kejap lagi nak jumpa En. Barney. Nak tengok ada tak something untuk I. Amboi, perempuan ni kan. 

01/02/2014

The Street Cafe

Ini cerita yang betul-betul basi. I pergi The Street Cafe ni last week. Dengan member housemate BFF I. Pergi berdua je sebab yang lain masing-masing ada hal jadi tak dapat ikut. 

Bagi peminat-peminat makanan Korea, kalau belum ke sini, sila lah serbu ya. Pernah disiarkan dalam rancangan Jalan-Jalan Cari Makan. Episod yang mana satu I tak tahu lah sebab memang jarang tengok TV. 


Malam tu kitorang dapat free appetizer (dalam gambar, kanan tengah-tengah). Sedap jugak. I order spicy rice cake (tteokbokki, kanan atas sekali) satu set dengan kimbap (kiri bawah). Satu set dengan harga RM21.90. Tapi puas gila lah makan sebab banyak. I tak ingat pulak member I order apa. Yang penting nasi dan ayam pedas dengan harga RM16.90 (kanan bawah sekali).
Suka dengan environment sini. Kalau uolls nak jadi macam Choi Young Do dalam drama The Heirs pun boleh. Makan tteokbokki sambil conteng-conteng dinding kat sebelah. Staff pun friendly je. Siap tanya, makanan kat situ okay tak. Masa nak bayar pun dapat free gula-gula comel. 


I is failed dengan jalan-jalan kat sini jadi kalau uolls nak menyerbu The Street Cafe boleh search kat Waze berpandukan alamat yang tertera dalam gambar di atas.

P/s : nak pergi lagi lah. Nak bawa En. Barney pulak kali ni.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...