Entri ini mungkin agak panjang dan mungkin juga penuh gambar. Alamak, cermin mata lupa pakai. Nak taip entri panjang-panjang, mata spare harus ada. Nanti berpinar-pinar biji mata ni tak sempat pulak nak taip sampai habis. Takut bising pulak
adik comel Qila sebab tak update entri lagi.
Memandang kalau nak cerita part by part tu tak syok pulak rasa sebab rasa macam tengok cerita korea, bila part best je sedar-sedar dah habis dan kena tunggu episod lain so kita rangkumkan semua cerita untuk Mini Gathering ini dalam satu entri sahaja. Oh, sila baca ayat tersebut dengan hanya satu nafas. Boleh? Dan memandangkan Iolls ni kalau dah menyimpang jalan cerita tu lupa daratan sekejap, jadi harus bahagikan mengikut subtopik siap-siap dalam entri ini. Gaya dah macam tengah writing thesis pulak cik akak ni kan.
1.1 FLORA KAFE, AMPWALK
Sebenarnya I pernah berurusan sekejap dengan
Flora Etcetera masa I kerja di company lama dulu. Sekejap je lah sebab I kerja situ pun sekejap je. Langkah kaki masuk
Flora Etcetera tergamam tengok dekorasi yang sangat cantik! Bila
Qila kata
Mini Gathering akan diadakan di
Flora Kafe, terus terlintas di fikiran I tempat tu memang bombastik punya cantik lah. Penuh dengan bunga-bungaan gitu.
Sampai-sampai je, sembang kejap baru buka menu. Masing-masing pening tak tau nak makan apa. Pagi tu I memang dah melantak one and a half
Egg Tart. Half tu datangnya dari I culik sikit En. Barney punya bahagian. So lunch tu perut still kenyang lagi sebenarnya. Cari juga something yang tak heavy sangat dan tak lah ringan sangat. Itu pun pening jugak tak tau nak makan apa. Last sekali pilih
Chicken Chop.
Chicken Chop with Mushroom Gravy
En. Barney pulak pilih Black Pepper instead of Mushroom
Melengkapkan hidangan lunch weolls untuk tengahari itu adalah Watermelon dan Orange Juice. Yang I paling suka tentang Chicken Chop di Flora Kafe ni adalah gravy nya. Black Pepper mahupun Mushroom. Sedap! Sekejap-sekejap I culik sikit Black Pepper dari pinggan orang sebelah.
Dessert
Yang ini adalah surprise dari Flora Kafe. Thank you, thank you! Disebabkan weolls syok sangat berlari-lari anak ke sana dan ke mari hanya kerana bergambar, tak perasan dengan kehadiran ini di atas meja. Aiskrim vanilla dengan pisang sira, touch up sikit dengan buah ceri dan juga kacang almond. Oh, sangat manis! Bagi penggemar makanan-makanan yang manis mesti suka! Disebabkan Iolls ni bukan lah penggemar makanan yang manis, jadi I mampu kutip kacang almond je.
Flora Kafe memang sesuai sangat untuk sebarang event macam birthday party, bachelorette party atau segala macam party ataupun gathering. Dengan dekorasi yang sangat cantik dan sangat sesuai untuk uolls selfie berjuta-juta lemon kali. Bunga-bunga cinta di mana-mana.
1.2 BLOGGERS' MINI GATHERING
Supposedly start pukul 12.00 tengahari. Tapi memandangkan I dan En. Barney pergi somewhere kejap before tu, sampai di Ampwalk around 12.30 tengahari jugak. Tapi yang lain-lain pun tak sampai lagi. Masuk toilet kejap, tak lama kemudian dapat WhatsApp dari
Sally bagitau dah sampai.
Bertemu jua kita akhirnya wahai adik comel! Oh,
Qila yang comel jangan lupa janji nak belanja tengok Mockingjay Part 1 nanti ye.
Hiks.
Mengikut perkiraan ini adalah pertemuan yang ketiga dengan
Sally. Oh, Iolls memang suka kacau
Sally tengah selfie. Jangan marah.
Personally suka sangat dengan gambar ni. Sebab kita semua nampak sangat comel. And by the way
Ayue Jean Blogger Retis comel sangat lah. Terima kasih kepada Cik Monopod anda ye
Sally.
Dapat jumpa
Kak Farah Bubblynotes and Ash the Bubbly Baby. Biarpun tak sempat nak beramah mesra, tak apalah. InsyaAllah next time boleh jumpa lagi.
Tak sangka boleh jumpa
Cik Misi Asha Hana time ni sebenarnya. And cerita lawak yang tak berapa nak lawak sangat lah dengan
Niesa Lovecrew. Bukan main lagi masing-masing cakap KL gitu padahal dua-dua asal Sarawak. Sebab masing-masing takut salah orang. Kalau nenek Iolls tahu ni, mahu kena bebel. Tak pasal-pasal kena cop lupa daratan pulak nanti dengan nenek.
Terima kasih buat
Bella selaku organizer dan
Qila yang jemput Iolls untuk datang. Seriously sangat-sangat seronok okay! Iolls rasa pipi ni dah macam kena cucuk botox. Lenguh sebab gelak je memanjang. Biarpun ada yang Iolls macam tak pernah singgah lagi blog diorang tambah-tambah pulak sekarang ni dah tenggelam timbul blogging. Tapi first time jumpa rasa macam reunion pulak.
Mini Gathering @ Flora Kafe
Reminder buat semua, Mockingjay Part 1 nanti masing-masing jangan lupa tuntut tiket dari
Qila seperti yang telah dijanjikan ya.
#SesiBahanQilaTakHabisLagi #QilaMestiBelanja #QilaJanganSentap #SayangQila
p/s : Disebabkan ada banyak sangat gambar, Iolls tak tau gambar mana dari siapa. Sesiapa yang berkenaan, pinjam gambar ye.