22/10/2014

Wordless Wednesday : Cornetto Red Velvet


p/s : En. Barney, nak lagi pleaseeee. 

21/10/2014

[ Korean Drama ] Blade Man

Since tengok Lee Dong Wook berlakon dalam cerita My Girl zaman muda mudi dulu, banyak drama lakonan beliau yang I follow. Cuma Hotel King je lah yang I tak sempat nak tengok lagi. So bila tau Lee Dong Wook ada berlakon drama baru, haruslah I tertunggu-tunggu. Plus, I suka tengok heroin dalam drama terbaru Lee Dong Wook ni. Oh sebenarnya tak ada lah drama baru pun, dah banyak episod jugak. Cuma I baru sempat nak story-story.



Sinopsis Blade Man

Joo Hong Bin (Lee Dong Wook) jejaka tampan dan kaya raya yang hatinya dipenuhi dengan sifat amarah yang memuncak. Dia kemudiannya bertemu dengan Son Se Dong (Shin Se Kyung), seorang gadis yang ceria dan peramah. Pertemuan tersebut kemudian sedikit sebanyak mengubah rentak kehidupan Joo Hong Bin dan melupakan amarah dan kesakitan yang bersarang di dalam hatinya. 


Kelakar. Lee Dong Wook memang nampak kebudak-budakan pulak dalam cerita ni. Tapi kalau dia marah, dah jadi macam The Hulk pulak. Boleh berubah menjadi sesuatu yang sangat bahaya. I baru tengok beberapa episod je sebenarnya, jadi tak tahu lagi apa yang menyebabkan perubahan supernatural itu. Kalau marah je bertukar. Bertukar jadi apa uolls kena tengok sendiri lah. Tapi tetap handsome jugak. 


Episod pertama, agak 'sesat' juga lah tengok cerita ni. Rasa macam, er cerita ni menghala ke mana sebenarnya. Dari mana nak ke mana, agak lost sikit. Episod kedua, nak mula nampak 'lampu jalan' yang samar-samar. Episod ketiga, dah start ke arah yang best.Teringin nak tahu macam mana si heroin boleh mengubah watak hero yang menyampah je tengok. Childish tapi kelakar. 

Tonton Online Blade Man

Download Blade Man

p/s : siapa tengok drama baru Joo Won? Member office kata drama tu pun best jugak

20/10/2014

Review : Dracula Untold

Semalam macam biasalah aku dan Chipmunk keluar dating. Planning sebenarnya memang nak tengok wayang cerita lain tapi cerita yang kitorang nak tengok tu tak ada. Jadi aku pilih nak tengok cerita ini. Ini poster Dracula Untold.


Cerita ini mengisahkan Vlad (Luke Evans) yang merupakan seorang pahlawan yang sangat digeruni pada masa dahulu. Dia merupakan seorang yang sangat kejam pada musuh-musuhnya. Setelah dia membina kerajaannya sendiri, Raja Mehmed (Dominic Cooper) memerintahkan Vlad untuk menyerahkan 1000 kanak-kanak serta anak Vlad, Ingeras (Art Parkinson) untuk dijadikan tenteranya.

Vlad cuba untuk mempertahankan kanak-kanak dari kerajaannya daripada Mehmed dengan mencari kuasa Vampire. Bagaimana Vlad daripada seorang manusia biasa bertukar menjadi Vampire? Adakah dia berjaya mempertahankan kanak-kanak serta anaknya daripada menjadi tentera Mehmed? Dan apakah yang terjadi kepada Vlad selepas dia menjadi Vampire?


Bagi aku cerita ini plot dia biasa-biasa saja. Kebanyakan vampire ini cerita dia lebih kurang saja. Kelemahan dia adalah barangan daripada perak, terbakar bila terkena cahaya matahari dan sebagainya. Lagipun, dalam cerita ini menampakkan Islam itu sendiri sebagai orang yang suka menyeksa orang lain dan menjadikan kanak-kanak sebagai sasaran. Jadi, bahagian cerita itu membuatkan cerita ini tak berapa best nak tengok. Part dia berlawan itu biasa-biasa jugak. Aku bagi rating cerita ini 5.5/10.







Sumber : IMDb dan Google
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...