03/01/2015

Salam Maulidur Rasul

Selamat Hari Cuti lagi buat semua. Ada tak yang balik awal hari rabu, cuti hari khamis dan cuti lagi hari jumaat? Disebabkan cuti maulidur rasul dianjak ke belakang? Bukan dianjak ke depan ye, tapi ke belakang. Ada? Kawan Iolls ada seorang yang begitu. Beruntung sungguh kan?

Eh bukan nak cakap pasal cuti lah. Sebenarnya ingin menyampaikan Salam Maulidur Rasul buat yang beragama islam. Hari baik begini apa kata kita perbanyakkan selawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW. Banyak manfaatnya, lagipun bukan susah pun kan? 



p/s : Hari baik bulan baik. Harap semuanya yang baik-baik. Hiks

02/01/2015

Bloglist Tahun Baru!

Gara-gara internet menyiput. Berhempas pulas depan laptop selama 2 jam semata-mata nak update bloglist. Padahal 15 minit dah boleh siap. Oh rasa macam nak hantuk kepala di dinding je. Tapi menyiput macam mana pun line internet, harus ku gagahi jua demi bloglist baru. So konklusinya, bloglist dah update.

Tahun baru tahun lama, kaedah pemilihan bloglist masih sama. Masih lagi berpandukan jejari-jejari komen untuk bulan lepas. Tak kuasa lah Iolls nak buat segmen bagai semata-mata bloglist. Apapun, terima kasih rakan-rakan sekalian. Especially yang tak pernah jemu-jemu untuk singgah mengomen. Terima kasih, terima kasih.


Buat yang tersenarai di atas, I dah masukkan dalam bloglist bulan ini. Boleh refer bloglist di sidebar sebelah kanan. Tapi kalau ada yang tertinggal tu jangan segan silu bagitau. Kot-kot lah Iolls terlepas pandang pulak. 


Tahniah dan terima kasih lagi buat semua. Biarpun Iolls sekarang ni dah kurang rancak berblogwalking, cuma singgah membuat kunjungan balas buat mereka yang telah  meninggalkan komen tapi masih juga tak dilupakan. Oh terima kasih lagi. 

p/s : Jumaat tapi rasa macam Isnin pun iye jugak.

01/01/2015

Dua Kosong Satu Lima

Angka satu bulan satu. Simpan kalendar semalam, buat kenang-kenangan. Tukar ganti dengan kalendar fresh tanpa satu contengan. Oh selamat tahun baru. Kalau semalam masing-masing berlumba-lumba mengarang entri terakhir tahun 2014, hari in pula rata-rata dengan entri Selamat Tahun Baru. Perkara sinonim. Semalam, hari ini dan azam tahun baru. 

Bercakap soal azam. Kita sentuh azam tahun ini, tak perlu singkap azam tahun lepas tercapai atau tidak. List down azam untuk tahun ini. So far apa perancangan uolls untuk meniti 365 hari lagi? Er satu soalan, kenapa setiap kali tahun baru je semua perah otak fikir apa azam baru untuk diri sendiri? Oh bagi I simple, tahun baru kalendar baru umpama fresh start. Kekononnya petanda aras untuk perumpamaan buang yang keruh ambil yang jernih. Tak gitu?

sumber : google

Main focus tahun ini. Kumpul duit kahwin oi. Jadinya wahai Encik Nuffnang bagi lah kita kaching-kaching banyak sikit tahun ini ye. Ehem. Er, boleh tak kalau nak start wedding countdown mulai sekarang? Okay ini gatal gedik namanya. 

Rezeki penghujung 2014.

Semalam sampai-sampai je office, Atas keyboard nampak voucher kepci. Selidik punya selidik, rupanya boss I yang letak sebelum dia balik semalam. Katanya dari Manager HR. Memang ramai yang dapat. Oh hari sebelumnya pulak, kakak office belanja makan. Alhamdulillah, murah rezeki di hujung tahun. Thank you 2014. 

Kita harapkan semoga tahun 2015 ini lebih baik dari tahun semalam. Dimurahkan rezeki, dikurniakan kesihatan yang baik dan dipermudahkan segala urusan. Amin. 

p/s : Tahun baru, umur baru. A year older, a year wiser. InsyaAllah.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...