10/01/2015

Ibu, Kucing Kelabu yang Gemok Mok Mok!

Ingat lagi kisah Ibu si Kucing Kelabu? Rasanya lepas entri yang itu, tak ada pulak Iolls share gambar Ibu. Sebabnya Si Ibu ni susah sangat nak bergambar. Jenis kucing yang tak reti nak duduk diam. Gesel sana, gesel sini. Baring sekejap then bangun semula. Sakit hati pulak kengkadang. Baru nak angkat phone nak snap gambar, dia dah bangun menuju ke arah kita. 


Selalu tunggu I balik kerja depan pintu rumah pukul 6.45 petang tiap-tiap hari. Asal buka pintu rumah je, dengar lah bunyi dia mengiau. Golek sana dan golek sini menampakkan perut berlemak dia tu. 

candid katanya

Ini gambar curi sebab dia tak reti nak duduk diam so cepat-cepat snap gambar. Tak tau lah kenapa kucing ni susah sangat nak bergambar. Kadang-kadang rasa geram je. Kita nak ambik gambar dia. Cuba lah duduk diam-diam and pose cecantik. 


Kalau Ibu duduk begini, suka cucuk-cucuk perut dia. Gedempol sangat I tengok. Disebabkan perut yang gemuk itu juga lah, Ibu tak boleh buat aksi akrobatik. Tak flexible sebab gemuk. 

Yang tak bestnya Ibu ni, kalau I dan housemate dua-dua masuk bilik tidur dan tak ada sorang pun di ruang tamu Ibu akan start mengiau dengan sekuat hatinya, cari mana orang sebab taknak dibiarkan seekor. Nak jugak ada orang teman. Tambah lagi bila dia tahu memang ada manusia dalam rumah tu. Gedik je kan? 

p/s ; Satu lagi perangai kalau dia seekor je di ruang tamu, habis rumah dia buat marathon lari sana-sini lompat sana sini.  

09/01/2015

Hadiah dari Novelis Laila Kamilia

Penghujung November lepas, Iolls ada join satu contest review novel karya novelis Laila Kamilia (rujuk entri INI). Dan alhamdulillah, sangkut jugak hadiah saguhati. Actually masa join tu tak tahu lah hadiah apa yang ditawarkan. I ni main terjah join gitu aje plus dah dijemput kan. 

Disebabkan Iolls hujung tahun lepas busy membusykan diri dengan kenduri sana sini dan awal tahun ini pulak busy dengan report itu ini, banyak pulak email tak terbalas. Bersalah pun ada jugak sebab kotnya tertunggu-tunggu email Iolls. Eh, tetiba cakap pasal email pulak. Ha iye lah, nak hantar hadiah kat Iolls tanya details itu ini tapi I pulak tak menyempat nak membalas. Jangan kata email personal, email office pun caca-marba tak terkejar nak reply. 

Sepatutnya nak tunjuk hadiah, tapi tertunjuk Iolls ni busy woman pulak. Anyway, tadi tengahari selepas melegakan kepala merehatkan minda alkisahnya report annually, monthly, quarterly dan macam-macam -LY lagi semua dah settle, kakak receptionist bagi satu parcel. Memandangkan I ni bukan kaki shopping online so dah agak dah dari siapa. 


Hadiah dari Novelis Laila Kamilia sebab menang hadiah saguhati dalam Contest Novel C1NT4 Top Secret tempoh hari. Thank you!


Pouch exclusive Harrods katanya. Alhamdulillah. Terima kasih sekali lagi buat Novelis Laila Kamilia. Bukan main jauh lagi import hadiah kan. 


Rasanya macam nak baca lagi je novel Cinta Top Secret tu tapi sayang dah hantar balik Sarawak pulak. Oh, reports dah settle so dah ada masa untuk membaca. Yippeee!

p/s : Cepat lah weekend. Minggu ini minggu pecah otak pecah kepala. Sobs

08/01/2015

Spontaneous Thursday : Tak nampak tengah busy ni??

Tatkala diri dilanda kesibukan, 
masa itu juga diajaknya kita menyembang,
Kononnya bosan.
Oh rasa hangin je satu badan. 
Kadang rasa macam nak lempang,
haish semua itu dugaan menguji kesabaran.

sumber : google

p/s : apa pasal balik-balik unable to connect ni? Nasib baik guna smartphone boleh buat hotspot. Ayam golek sungguh lah! Bayar kot, bukan barang free. #*&@!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...