30/06/2011

Info : Adenovirus



Adenovirus adalah sejenis virus yang boleh menjangkiti sisitem pernafasan. Jangkitan Adenovirus senang berlaku kat tempat2 yang kadar kepadatan manusia tinggi macam sekolah asrama, pusat latihan, pusat jagaan harian dan kem-kem. Walaubagaimanapun, golongan yang selalu kena jangkitan nie banyak dari golongan kanak2. Gejala virus :



Sakit mata



Demam



Batuk



Pneumonia


Virus nie boleh berjangkit bila pesakit batuk atau bersin. Titisan air pernafasan yang keluar akan terkena tangan pesakit. Orang lain boleh berjangkit kalau bersentuh dengan pesakit, melalui pernafasan dan sentuh permukaan yang tercemar dengan titisan air pesakit. Siapa pulak golongan yang senang dapat virus nie? Jawapannya semua orang berisiko.Tapi orang yang ada penyakit nie mungkin akan dapat kesan yang seperti berikut :
  • Tahap imuniti yang rendah
  • Masalah sistem pernafasan
  • Masalah jantung


Just share the information. ^^



Sumber : Kementerian Kesihatan Malaysia
Gambar : Google

28/06/2011

Nak pergi Sungai dalam Laut.. Boleh tak?

Tadi masa tengah menjalankan aktiviti masak-memasak padi, saja mengganggu Cik Bainun yang leka mengadap Youtube memandangkan padi dalam periuk tu tak masak lagi. Tergamam kejap tengok video tersebut sampai lupa apa yang Chipmunk buat.

Video tu pasal orang jumpa sungai kat dasat laut. Time tu terus ingat cerita favourite zaman kuat nangis dulu, The Little Mermaid. Dulu-dulu selalu nak jadi macam Ariel. Hidup dalam laut yang sangat besar dan bebas. Biasalah, dah nama pun budak-budak. Mana la nak tau, benda-benda macam tu just kisah dongeng semata-mata. 

Okay, berbalik kepada cerita asal kita. (Asal bunyi macam skema sangat ni. Alah, peduli la kan). First time tengok rasa macam terpegun pulak. Ni la bukti betapa hebatnya kuasa Tuhan sampai boleh diciptakan kejadian-kejadian yang macam ni. Bawah ni gambar-gambar yang Chipmunk ambik dari Encik Google. Nak tau lebih lanjut pasal sungai ni, just search je. Macam banyak je.








Kalau nak tengok video-video yang menarik pasal sungai ni boleh tengok kat bawah ni. Kalau tak pun search je kat Youtube.






p/s : Ini lah kekuasaan Allah.. Subhanallah.. =)

26/06/2011

Jalan-jalan jumpa I-City

Jumaat yang lepas..
Chipmunk, En. Barney dan Cik Syikin keluar merayau-rayau tanpa arah dan tujuan. Plan asal Chipmunk dan En. Barney mulanya nak habiskan masa tengok movie yang banyak dalam waiting list movie-movie yang perlu kitorang tengok. Tapi memandangkan Cik Syikin nak balik esoknya, keluar la idea untuk keluar merayau entah ke mana.

Pergi I-City ni semua En. Barney punya idea. En. Barney pernah janji nak bawa Chipmunk pergi I-City dan memandangkan ada Cik Syikin yang tau jalan (sikit la), just go on je la. Even masing-masing tak berapa sure sampai ada one time tu pusing bulatan 2 kali untuk make sure jalan mana yang betul.

Honestly, sampai-sampai je rasa excited sangat. Sebab before this memang teringin sangat nak pergi. And at last, sampai jugak. Nasib baik malam tu terbawa kamera sekali. Kalau tak rugi je datang, tak boleh nak ambik gambar banyak-banyak.





Chipmunk suka gambar ni. Cantik!









En. Barney dan chipmunk warna oren

24/06/2011

ReviEw : KL Gangster



Poster KL Gangster


Malam semalam aku, chipmunk dan kawan tempat praktikal dia pergi tengok citer KL Gangster nie kat Mines. Dah lama keluar dah citer nie, tapi kitorang baru pergi tengok. T_T

Nasib baik la aku baru habis exam. Kalau tak, tak dapat la tengok sekali. Ok. Tak payah merepak banyak2, kat bawah nie Trailer KL Gangster yang di ambil kat YouTube :




Trailer KL Gangster

Kalau tengok tajuk filem nie pun, dah tahu dah citer serius. Dah nama pun gangster kan? Ok. Nie ada sinopsis pendek. Citer nie mengisahkan beberapa group gangster yang ada kat KL nie yang berebut kawasan. Diorang nie akan buat apa sahaja untuk duit. Ada seorang mamat nie yang berlakon sebagai Malek (Aaron Aziz) yang dah insaf nak jadi gangster lepas kene tangkap dengan polis.

Dia masuk pun sebab Shark (Shamsul Yusof) yang tikam dia dari belakang. Lepas tu, adalah konflik2 cerita nie yang mana group2 gangster nie nak Malek balik ke dunia penuh kegelapan. Lepas tu pulak......... Korang tengok la sendiri kepada sesiapa yang tak tengok lagi. Tak best la klau aku citer sampai habis. Tu bukan sinopsis pendek dah. ^^




Aaron Aziz sebagai Malek





Shamsul Yusof sebagai Shark


Pendapat aku tentang cerita nie keseluruhan menarik la. Ada lah beberapa improvement dalam industri perfileman kita. Cerita ini memang cerita yang serius yang mana banyak suasana tegang. Maksud aku, bila tengok tu suspen, rasa macam tertekan je..

Tapi cerita nie diseimbangkan dengan sedikit komedi yang mana mengurangkan stress penonton yang tengok citer nie. Watak Zizan dalam citer nie sebagai Fadhil. Fadhil nie watak yang cukup penting dalam citer nie walaupun wataknya minor je. Memang menjadi la lawak yang dia buat. (pada hal aku memang peminat Zizan pun). ^^





Ada part tembak menembak tu, (bukan semua la) darah yang terpancut2 tu macam over pulak aku tengok. Pada hal kene tembak kat tangan je pun. Yang aku puji teknik dalam cerita nie, masa diorang dok berlawan. Macam watak Malek yang selalu bergaduh tu, nampak real je aku tengok. Daya tarikan cerita nie bagi aku adalah dari segi teknik berlawan dan jalan cerita yang agak jelas. Overall rating cerita nie 8.0 over 10. ^^


Screenshot KL Gangster :










Gambar : Pak Cik Google

Video : Youtube - Xanseviera93

21/06/2011

Hijau? Putih?



apakah ini?


Ok. Beberapa hari yang lepas, kitorang bertiga termasuk kawan chipmunk nie, pergi makan dekat satu restoran di kawasan Bangi. Nama restoran ini Restoran D'Limau Nipis. Restoran ini terletak kat Seksyen 8 bertentangan dengan PKNS bangi dan McDonald.

Air yang kat gambar atas nie la special kat restoran nie. Nama air nie Air D'Limau Special. Yang hijau2 tu, perisa limau dia. Tapi bentuk dia macam ala-ala cincau la. Sedap bende hijau tu.. Lepas tu, yang warna putih2 tu, aiskrim vanilla di mana adalah kesukaan si chipmunk nie. Kat atas aiskrim vanilla tu pulak, diorang letak macam ceri la. Siap warna-warni lagi. Tapi aku tak sure ape bende tu. Korang tengok kat gambar bawah nie.




Kat restoran nie, air yang nie memang sedap. Makanan dia macam mana pulak? Kitorang order nasi goreng pataya dan kawan chipmunk nie order char kuewteow. Setelah tanya pendapat masing-masing, kitorang cakap makanan dia boleh tahan lah. Ok. Disebabkan dah masing-masing lapar sangat masa tu, gambar yang aku ambik nie tak lah banyak sangat. ^^




Pandang apa lah tu agaknya kan?




Kawan chipmunk - cik Nurasyikin yang tengah layan kesedapan air tu




chipmunk dan nasi pataya-nya




asal tangan aku macam cacat je nie? T_T

18/06/2011

Kali ni makan sate pulak

Sekarang baru ada mood sikit nak blogging. Kalau lately ni siapa-siapa perasan Chipmunk senyap je. Xda mood la tu. 

Dah-dah, better kita sambung cerita. Ingat tak entry pasal SUPER RING 8? Last friday, Chipmunk dan En. Barney keluar lagi dengan diorang. Kali ni bukan dengan diorang tiga orang je, tapi hampir semua budak-budak yang sama tempat intern dengan Chipmunk. Dan this time, kitorang pergi sini pulak.

Pinjam jap gambar dari Mr. Google ye.

Kitorang jalan-jalan cari makan kat Sate Kajang Haji Samuri. Memandangkan Chipmunk dan En. Barney dekat je compare dengan diorang yang lain, so kitorang datang la awal sikit untuk ambik tempat. Kitorang pergi 10 orang. So, kena la save tempat siap-siap. Nanti xda tempat, kempunan budak-budak ni nak makan sate.

masa tengah tunggu diorang yang lain

 sebab dari tempat kitorang tak nampak menu, paksa En. Barney pergi snap gambar

Sebelum

Semasa

Selepas




p/s : Gambar sate xda sebab masing-masing dah kelaparan. Terlupa nak ambik gambar

16/06/2011

HeAdpHoNe

Ok. Kat sini aku nak kongsi sikit pasal headphone. Rasanya memang ramai la yang tahu pasal headphone nie. Mostly headphone design dia biasa je. Tapi yang nie bagi aku agak unik la. Sebenarnya banyak lagi headphone yang menarik dan lagi cool lagi. Korang cari la kat pak cik Google tu. Just shared the info! ^^





Semicircle headphone nie di-designkan ngam2 ngan telinga. Selain tu, headphone nie tak menghalang bunyi dari persekitaran. Jadi boleh digunakan untuk jangka masa yang panjang. Headphone nie adalah wireless dan juga menggunakan bluetooth sebagai media.





DEOS terbahagi kepada tiga :
1. DEOS diamond ($4,500 hingga $60,000)
2. CVRZ dengan Swarovski crystal
($110 hingga $200)
3.
CVRZ aluminium range (harga serendah $20)






Sekali tengok mesti orang anggap macam subang biasa kan? Headphone nie function dia biasa je tapi design dia creative sampai orang boleh buat sebagai hiasan jugak. Kira 2 in 1 la.





Designer : Akin Bocioglu
Ia mempunyai bluetooth headset dan juga sebagai sunglasses
Naik basikal pun style jugak nie. Cool!! ^^



Sumber asal crookedbrains

14/06/2011

She sells seashells by the seashore

Memandangkan sekarang xda buat apa sangat selain blogwalking dan baca entry-entry orang. Eh? Memang xda buat apa sangat pun, so Chipmunk merayau-rayau la mencari idea nak buat entry baru. Semalam, terbaca pasal Rainbow Cake kat blog Cik Syufa dan terus bagitau adik nanti balik rumah nak try buat Rainbow Cake dan kalau mak approve boleh la buat untuk raya pulak. Tak sabar nak balik!

Bila cakap pasal balik ni, teringat pulak tempat yang selalu Chipmunk pergi kalau balik sana. Memandangkan Chipmunk dilahirkan dan dibesarkan di Bandaraya yang kaya dengan minyak, Miri memang tak lari la dengan pantai. Pantai adalah destinasi wajib kalau balik Miri ni. 

Macam biasa, Chipmunk ni kan suka melencong dari motif sebenar, actually nak cerita pasal something yang orang boleh jumpa kat pantai. Contoh (pinjam gambar-gambar Mr Google jap ye),

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.




Tau kan apa ni? Seashell. Dalam bahasa melayu nya tak sure la pulak apa. Google translate bagitau kerang laut. Err, Betul ke?

Seashells ni kan ada banyak jenis. Dan hidupan laut ni kan, guna shell atau cangkerang dia as a protection. Sebab cakerang ni keras. Seashells ni kan, dah la ada macam-macam jenis. Cantik pulak tu. No wonder la orang jadikan kutip sea shells ni as a hobby. Dan boleh jugak digunakan untuk decoration. Nak tengok tak macam-macam rupa bentuk seashells ni?

Pearl troca

Turban

Venus comb

Wentletrap

Spindle

Miter

Cantik kan? Ni pun ada beberapa je yang Chipmunk letak kat sini. Kalau letak semua sampai bila nak habis.

p/s : nanti nak rumah dekat dengan laut la. Boleh pergi pantai hari-hari. En. Barney, boleh??

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...